‘Resurrection’ – Kisah Misteri Mati Hidup Semula

Nak kongsi satu drama bersiri English terbaru yang menarik minat aku. Tajuknya ‘Resurrection‘ – ‘What if someone you lost… returned?‘. Pertama kali tengok hari tu rasa macam best je dan menepati cita rasa genre cerita yang aku suka.

Resurrection merupakan drama bersiri No.1 Amerika Syarikat adaptasi daripada buku “The Returned” oleh Jason Mott yang berjaya meraih jumlah penonton sebanyak 13.9 juta.

Kini, drama bersiri lapan episod ni boleh ditonton melalui saluran Astro Lifetime 709. Drama ni disiarkan bermula 12 Mei, setiap hari Isnin, pukul 10 malam.

Resurrection drama bersiri No.1 Amerika Syarikat

Resurrection mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di pekan Arcadia, Missouri yang berubah selamanya apabila orang disayangi mereka yang telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula.

Kisah bermula apabila seorang budak lelaki Amerika berumur 8 tahun (Landon Gimenez) terdampar seorang diri di kawasan sawah padi di sebuah kampung di wilayah China tanpa mengetahui apa yang telah berlaku dan bagaimana dia boleh sampai ke situ.

Resurrection Jacob Langston

Mengingati dirinya berasal dari sebuah pekan iaitu Arcadia yang terletak di Missouri, Amerika Syarikat, Jacob telah dibawa oleh seorang pegawai imigresen, J. Martin Bellamy (Omar Epps) pulang ke kampung halamannya.

Kemudian dia dibawa ke sebuah rumah yang didiami oleh pasangan warga emas berusia 60 tahun, Henry (Kurtwood Smith) dan Lucille (Frances Fisher) yang telah kehilangan anak mereka, Jacob, 30 tahun lalu akibat mati lemas.

Resurrection kisah orang mati hidup semula

Jacob masih mengenali mereka sebagai ibu bapanya walaupun rupa paras mereka berbeza kerana telah dimamah usia. Lucille sangat gembira dengan keajaiban dan kemunculan semula anaknya Jacob, tetapi Henry masih tidak dapat menerima hakikat kemunculan Jacob.

30 tahun telah berlalu tapi Jacob kembali masih sebagai seorang budak. Pelik dan penuh misteri, kan?

Rakan-rakan dan ahli keluarga mereka semua inginkan jawapan, termasuk Sheriff Fred Langston (Matt Craven) yang kehilangan isterinya Barbara apabila lemas ketika cuba menyelamatkan Jacob 30 tahun lalu, serta Maggie (Devin Kelley) anak perempuan Fred yang bekerja sebagai doktor.

Paderi Tom Hale (Mark Hildreth) pula cuba mencari iktibar keagamaan di sebalik peristiwa pelik yang sedang berlaku.

Resurrection Maggie

Resurrection cerita misteri orang mati hidup semula

Keadaan menjadi bertambah keruh apabila Elaine Richards (Samaire Armstrong), rakan karib Maggie mendapati dirinya berkait dalam rantaian misteri di Arcadia tu.

Bellamy, pendatang di bandar itu berganding bahu dengan Maggie untuk mencari jawapan kepada kejadian misteri di Arcadia. Sepanjang penyiasatan mereka, Maggie membongkar beberapa rahsia di sebalik sejarah silam dirinya sendiri.

Trailer ‘Resurrection’

Adakah mereka akan berjaya menyelesaikan misteri Arcadia sebelum dunia luar mengetahuinya? Bolehkah mereka melindungi Jacob daripada kuasa di luar kawalan?

Banyak lagi persoalan yang ditimbulkan melalui siri Resurrection ini seperti bagaimana mereka hidup kembali, mengapa mereka hidup kembali, siapa sebenarnya mereka yang hidup kembali, dan lain-lain.

Nak tahu kisah selanjutnya jangan lupa ikuti drama bersiri ‘Resurrection’ setiap Isnin pukul 10 malam di saluran Astro Lifetime 709. Resurrection Episode 1 boleh ditonton di laman web Lifetime Asia.

Resurrection TV Series Premiere Astro Lifetime 709

3 Comments

  1. Menarik cerita nie…

  2. interested. boleh la nak download lepas ni. hee

  3. nampak macam berbelit-belit je jalan cerita ni :)

Leave a Reply