Renungan Sejenak: Jangan Merungut

Jangan merungut

Setiap daripada kita mesti akan merungut jika ada sesuatu yang kita tidak berkenan di hati.

Bagi yang dah berumahtangga, mungkin ada di kalangan korang yang merungut akan tabiat tidur suami yang kerap berdengkur (contoh).

Satu persoalan yang aku rasa pelik sampai sekarang, “Kenapa lelaki yang dah berkahwin, saiz badannya akan jadi bertambah besar berbanding ketika zaman bujang dahulu? Tambah-tambah di bahagian perut!” Hehe..

Dari apa yang aku tahu, orang yang berbadan gemuk ni dengkuran pada waktu tidurnya adalah lebih kuat dan lebih kerap.

Jadi, tak mustahil la kenapa ramai ‘cik abang’ yang berdengkur ketika tidur dan kaum-kaum ‘cik adik’ pula akan merungut keesokan harinya kerana tak dapat tidur nyenyak disebabkan gangguan bunyi berdengkur tu.

Tu kisah bagi orang yang dah berumahtangga. Aku yang masih bujang ni rasanya tak ada hak yang secukupnya untuk bercerita atau berkongsi dengan lebih lanjut tentang hal rumahtangga, walaupun bab ilmu-ilmu rumahtangga aku dah hafal sikit-sikit. Lalala..

Aku nak buat sedikit karangan berkaitan sikap suka merungut di kalangan kita. Merungut mungkin sekadar luahan rasa tak puas hati, bengang, fedap, marah, meluat dan sebagainya.

Tapi tahukah korang yang merungut ni ada kalanya berbahaya!

Bahaya dari segi apa, aku malas lagi nak menaip kat sini. Point dah ada cuma kali ni sekadar nak berpesan supaya “Jangan Merungut“.

Kenapa aku cakap “Jangan Merungut“? Jom kita renungkan sejenak…

masalah tidur berdengkur

  • Jangan merungut untuk suami/isteri yang tidur berdengkur pada waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
     
  • Jangan merungut untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah dan bukan berpeleseran di jalanan.
     
  • Jangan merungut untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
     
  • Jangan merungut untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
     
  • Jangan merungut untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
     
  • Jangan merungut untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
     
  • Jangan merungut untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
     
  • Jangan merungut untuk kaki yang lenguh disebabkan banyak berjalan, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
     
  • Jangan merungut untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita perolehi dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

56 Comments

  1. Seseorang manusia itu akan merungut apabila sesuatu perkara yang mereka lakukan tidak berjaya dan tidak dapat diterima sepenuhnya oleh orang lain.

    Merungut boleh menjadikan seseorang itu membenci anda. Hiduplah bahagia di bumi ini. Orang suka, kita bahagia. Orang benci, kita akan merungut. Hehehehe

  2. always look on the bright side of life laaa kan? hehe, kalo merungut blog x laku, at least ader blog, ye tak?

  3. sebenarnya akupun tak tau sama ada aku ni kuat merungut atau kuat membebel..hahahah..tp pagi2 memang aku membebel dekat kucing aku jerk..jgn selalu merungut nanti rezeki larik!

  4. Jangan merungu selagi kita masih hidup,hargailah semua peluang yang datang
    p/s ; nice artikel bro

  5. Woot!… Best entri ni bro, moral’nya… Jgn merungut kerana ap yg kita buat tu pasti ada hikmahnya…

  6. huhuhu..hidup mmg tak mcam yang kite nak..kite kena belajar menerima hidup kita yg telah ditentukan kan?

  7. suke2 entry ni….bukn pe kn..da jadi tabiat…mulut ni mang suke beno merungut itu ini…haahaha itu bekmana..kita masih boleh bercakap..hehhe :biggrin:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *