AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Renungan Sejenak: Jangan Merungut

Renungan Sejenak: Jangan Merungut

13/10/2010 Anarm 56 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Jangan merungut

Setiap daripada kita mesti akan merungut jika ada sesuatu yang kita tidak berkenan di hati.

Bagi yang dah berumahtangga, mungkin ada di kalangan korang yang merungut akan tabiat tidur suami yang kerap berdengkur (contoh).

Satu persoalan yang aku rasa pelik sampai sekarang, “Kenapa lelaki yang dah berkahwin, saiz badannya akan jadi bertambah besar berbanding ketika zaman bujang dahulu? Tambah-tambah di bahagian perut!” Hehe..

Dari apa yang aku tahu, orang yang berbadan gemuk ni dengkuran pada waktu tidurnya adalah lebih kuat dan lebih kerap.

Jadi, tak mustahil la kenapa ramai ‘cik abang’ yang berdengkur ketika tidur dan kaum-kaum ‘cik adik’ pula akan merungut keesokan harinya kerana tak dapat tidur nyenyak disebabkan gangguan bunyi berdengkur tu.

Tu kisah bagi orang yang dah berumahtangga. Aku yang masih bujang ni rasanya tak ada hak yang secukupnya untuk bercerita atau berkongsi dengan lebih lanjut tentang hal rumahtangga, walaupun bab ilmu-ilmu rumahtangga aku dah hafal sikit-sikit. Lalala..

Aku nak buat sedikit karangan berkaitan sikap suka merungut di kalangan kita. Merungut mungkin sekadar luahan rasa tak puas hati, bengang, fedap, marah, meluat dan sebagainya.

Tapi tahukah korang yang merungut ni ada kalanya berbahaya!

Bahaya dari segi apa, aku malas lagi nak menaip kat sini. Point dah ada cuma kali ni sekadar nak berpesan supaya “Jangan Merungut“.

Kenapa aku cakap “Jangan Merungut“? Jom kita renungkan sejenak…

masalah tidur berdengkur

  • Jangan merungut untuk suami/isteri yang tidur berdengkur pada waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
     
  • Jangan merungut untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah dan bukan berpeleseran di jalanan.
     
  • Jangan merungut untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
     
  • Jangan merungut untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
     
  • Jangan merungut untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
     
  • Jangan merungut untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
     
  • Jangan merungut untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
     
  • Jangan merungut untuk kaki yang lenguh disebabkan banyak berjalan, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
     
  • Jangan merungut untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita perolehi dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat……

Kategori : Santai Keyword : bahaya merungut, banyak berjalan, hal rumahtangga, isteri tak cukup tidur, jangan merungut, jiran yang bising, kawasan perumahan, lenguh kaki, main dengan jiran, perempuan di jalanan, remaja berpeleseran, renungan, renungkan sejenak, sakit otot lepas balik kerja, suami tidur berdengkur, syukur dengan apa yang ada, tips elak merungut

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Dapat duit daripada Nuffnang dan ChurpChurp
Next article:
Apa Itu Firebug dan Fungsinya Bagi Blogger

56 Comments

  1. Mohd Shahrul Hafizi says

    15/12/2010 at 11:51 PM

    LIKE this entry! :heart:

    Reply
  2. Ayie says

    04/11/2010 at 5:09 AM

    Seseorang manusia itu akan merungut apabila sesuatu perkara yang mereka lakukan tidak berjaya dan tidak dapat diterima sepenuhnya oleh orang lain.

    Merungut boleh menjadikan seseorang itu membenci anda. Hiduplah bahagia di bumi ini. Orang suka, kita bahagia. Orang benci, kita akan merungut. Hehehehe

    Reply
  3. pejol says

    01/11/2010 at 7:38 PM

    jangan merungut bila anak sepahkan umah, hahahaha

    Reply
  4. zik says

    25/10/2010 at 3:12 PM

    owh semua tuh janganla ek… jangan merungut… lakukan apa yang penting!!! cayalah…

    Reply
  5. jawatan kosong says

    24/10/2010 at 10:46 PM

    Memang la kita sering merungut bayar cukai pendapatan.. mesti diubah tu ya..

    Reply
  6. Azrul says

    20/10/2010 at 3:15 PM

    banyak merungut tu tandanya tak bersyukur la tu :)

    Reply
  7. Affan says

    20/10/2010 at 11:24 AM

    Nice sharing bro. Yg last tu. er

    Reply
  8. Suraya says

    19/10/2010 at 12:53 PM

    Jangan merungut kalau dapat pasangan yang suka merungut, tu tndanye die masih berperasaan.. :whistle:

    Reply
    • Mohd Shahrul Hafizi says

      15/12/2010 at 11:50 PM

      @Suraya, Hehehe. Amboi Kak Suraya. :tongue:

      Reply
  9. Bro Framestone says

    19/10/2010 at 10:05 AM

    Nice content.. bro nak boleh…??
    nnt bro kredit link ke entry ini

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:27 AM

      @Bro Framestone, boleh2.. takde hal.. :wink:

      Reply
  10. fitri says

    19/10/2010 at 9:31 AM

    insaf bace….perlu ada rasa syukur dalam jiwa..huhu

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:27 AM

      @fitri, terima kasih kerana membaca.. :happy:

      Reply
  11. samanosuke_04 says

    17/10/2010 at 3:12 PM

    always look on the bright side of life laaa kan? hehe, kalo merungut blog x laku, at least ader blog, ye tak?

    Reply
  12. Amirez says

    17/10/2010 at 1:53 AM

    peringatan yang bagus ni.
    bila harga petrol naik jangan merungut,
    itu tandanya kita masih mempunyai menteri kewangan yang ‘baik hati’ eheh

    kenapa perut laki boroi lepas kawen?
    ada kat entri lama blog aku ni
    http://blog.amirez.com/kenapa-perut-lelaki-buncit-lepas-kahwin/

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:26 AM

      @Amirez, LIKE!

      Reply
  13. catzer says

    16/10/2010 at 7:39 PM

    sebenarnya akupun tak tau sama ada aku ni kuat merungut atau kuat membebel..hahahah..tp pagi2 memang aku membebel dekat kucing aku jerk..jgn selalu merungut nanti rezeki larik!

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:26 AM

      @catzer, mesti tension je kucing tu kan? haha

      Reply
  14. wazy says

    16/10/2010 at 1:09 PM

    Jangan merungu selagi kita masih hidup,hargailah semua peluang yang datang
    p/s ; nice artikel bro

    Reply
    • wazy says

      16/10/2010 at 1:09 PM

      typo lak *merungut

      Reply
  15. Nizam6281 says

    16/10/2010 at 2:53 AM

    Woitt! Asal ada tag “Main dengan Jiran”
    Hehehe saje jek eh

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:25 AM

      @Nizam6281, yang ko pegi baca bende kat tag sape suruh? baca entri je.. tag tu abaikan.. wakakakakakaa..

      Reply
  16. Azizwan says

    16/10/2010 at 1:08 AM

    lepas ni takmo merungut lg dah :cwy:

    Reply
  17. apiih says

    15/10/2010 at 5:12 PM

    byk tol merungut nih..xbaik..huhuhu :whistle:

    Reply
  18. Ayieblog says

    15/10/2010 at 3:26 PM

    Assalamualaikum,betul 2 bro anarm kita perlu bersyukur dengan apa yang ada :).

    Reply
  19. din says

    15/10/2010 at 12:41 PM

    uish bgusnya tips ni..sedar dri jap ek..=p

    Reply
  20. syahrilhafiz says

    15/10/2010 at 11:55 AM

    betul tu..
    sikit2 nak merungut..
    sikit nak merungut..adoi..huhu

    Reply
  21. bistari says

    14/10/2010 at 10:33 PM

    Jangan merungut aku komen kat sini..tu sebab aku still baca kat blog ko.. :biggrin:

    Reply
    • Affan says

      20/10/2010 at 11:25 AM

      @bistari, Hahaha. betul

      Reply
  22. Mohd Isa says

    14/10/2010 at 10:25 PM

    nak merungut gak…cuba banyangkan housemate berdengkur…bergegar satu rumah…ades…ni hp aku rosak plak…ades…sabar je la…hehe

    Reply
  23. Azam says

    14/10/2010 at 12:41 PM

    Terima dengan redha dan berusaha untuk jadi yang lebih baik.

    Reply
  24. Geothite says

    13/10/2010 at 11:04 PM

    Marilah kita membudayakan diri dengan sikap positif dan bersyukur. Say NO to merungut! :w00t:

    Reply
  25. mohzam says

    13/10/2010 at 10:20 PM

    Merungut tu menunjukkan kita ni perihatin :whistle:

    Reply
  26. x-po says

    13/10/2010 at 10:07 PM

    insaf kawe boh huhu macih boh

    Reply
  27. Jaws says

    13/10/2010 at 9:44 PM

    renungan yang penuh bermakna..
    lepas ni tak mahu merungut lagi..

    Reply
  28. Dauspozi says

    13/10/2010 at 9:44 PM

    Woot!… Best entri ni bro, moral’nya… Jgn merungut kerana ap yg kita buat tu pasti ada hikmahnya…

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:23 AM

      @Dauspozi, setiap apa yang kita buat mesti ade hikmah dia.. antara nampak dengan tak nampak je..

      Reply
  29. ain says

    13/10/2010 at 5:27 PM

    jangan merungut bile bos merungut, itu bermakna bos anda seorang prihatin :tongue:

    Reply
    • Luthfi says

      13/10/2010 at 9:34 PM

      @ain, Jangan merungut bila bos tanya soalan pelik2 dan tak kreatif hehe

      Reply
  30. pakeri says

    13/10/2010 at 5:06 PM

    huhuhu..hidup mmg tak mcam yang kite nak..kite kena belajar menerima hidup kita yg telah ditentukan kan?

    Reply
    • Anarm says

      19/10/2010 at 10:22 AM

      @pakeri, hidup ni jadi lebih menarik bila apa yang kita buat, tak jadi macam yang kita plan..

      Reply
  31. Dayah says

    13/10/2010 at 3:49 PM

    Salam Anarm,

    Yerr betul! Setuju!

    Reply
  32. eiyda says

    13/10/2010 at 3:29 PM

    suke2 entry ni….bukn pe kn..da jadi tabiat…mulut ni mang suke beno merungut itu ini…haahaha itu bekmana..kita masih boleh bercakap..hehhe :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 6:37 PM

      @eiyda, oit.. kenakan entri ni balik ek.. wakakakaka.

      Reply
  33. ST says

    13/10/2010 at 3:04 PM

    Nice sharing bro :)

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 3:37 PM

      @ST, orait.. tengkiu..

      Reply
  34. mummy nana says

    13/10/2010 at 3:02 PM

    correct! agree! stuju! :)

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 3:35 PM

      @mummy nana, terima kasih :happy:

      Reply
  35. Syafrizal says

    13/10/2010 at 2:57 PM

    jangan merungut terlalu banyak…
    lakukan perubahan …

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 3:34 PM

      @Syafrizal, mulakan dari sekarang!!

      Reply
  36. zuls says

    13/10/2010 at 2:44 PM

    motivasi petang… :D

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 3:33 PM

      @zuls, lama sangat tak update blog.. bagus jugak sekali sekala post entri pendek2 macam ni.. :P

      Reply
  37. Ieda Al-Habsyi says

    13/10/2010 at 1:58 PM

    jgn merungut kerana setiap apa kita lakukan pasti ada hikmahnya

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 3:24 PM

      @Ieda Al-Habsyi, tapi kadang2 tu merungut jugak kan? kan? hehe..

      Reply
  38. ProfHariz says

    13/10/2010 at 1:42 PM

    Haahkan sebab ape dia naik kasi pam? huhu.. Apa-apa pun steady sudahh kan bro? huhu

    Reply
    • Anarm says

      13/10/2010 at 3:20 PM

      @ProfHariz, pam? hahaha..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy