AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Movie » RENTAP – Filem Aksi ‘Parkour’ Mendebarkan

RENTAP – Filem Aksi ‘Parkour’ Mendebarkan

25/11/2014 Anarm 22 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Nampak macam menarik filem baru bertajuk “RENTAP” ni. RENTAP merupakan filem aksi ‘Parkour’ pertama Malaysia. Siapa tak tahu ‘Parkour’ tu benda apa, Parkour merupakan aktiviti lasak yang berasal dari Perancis, bertujuan bergerak dari point A ke point B dengan secepat dan sepantas mungkin, menggunakan kebolehan badan manusia.

Aku pernah tulis entri tentang Prinsip Parkour Dalam Kehidupan Kita. Bolehlah baca.

RENTAP filem Parkour pertama Malaysia

Sinopsis Filem RENTAP mengisahkan pasangan adik-beradik, Rashdan dan Rashid yang mempunyai minat mendalam dan mahir dalam sukan lasak ‘Parkour’. ‘Parkour’ adalah sukan lasak yang memerlukan seseorang itu mempunyai disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi. Walaupun mereka nampak kasar dan lasak di luar, namun mereka sebenarnya baik dan berhati lembut.

Rashdan dan Rashid dibesarkan sebagai anak yatim di sebuah rumah anak yatim yang dikendalikan oleh Zamri, seorang penjaga yang baik dan penyayang tetapi mempunyai sejarah hitam di masa lampau. Rashdan dan Rashid sangat mengambil berat akan rumah anak yatim yang dihuni mereka itu.

Masalah mula berlaku apabila sejarah hitam Zamri kembali menghantuinya. Seseorang yang bekerja untuk gangster Naga muncul dan memaksa Zamri untuk sembunyikan dadah di rumah anak yatim tersebut. Dalam masa yang sama seorang daripada anak yatim di situ, Sofiya diambil sebagai tebusan. Zamri tidak mempunyai pilihan lain.

Rentap Elfira Loy

Keadaan jadi semakin tegang bila Rashdan dan Rashid secara tak sengaja telah terbuang dadah-dadah milik gangster itu ke dalam mangkuk tandas,

Nyawa Sofiya yang terancam membuatkan Rashdan dan Rashid bertindak memulakan misi menyelamatkan Sofiya. Dengan bantuan seorang wartawan, Eliana mereka memulakan usaha berbahaya untuk menggulingkan sindiket dadah tersebut.

Zahiril Adzim, Syafie Naswip, Elfira Loy dalam RENTAP

Filem ni tentu penuh dengan aksi Parkour yang menakjubkan dan mendebarkan dengan aksi lompat bangunan, lompat pagar, lompat kereta dan macam-macam lagi. Aksi lasak ‘Parkour’ ni memang menarik ditonton.

Rentap Official Trailer (2014)

Rentap filem parkour Malaysia

Filem RENTAP yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Zahiril Adzim, Syafie Naswip, Elfira Loy ini akan ditayangkan di pawagam pada 4 Disember 2014. Filem aksi sebegini rasanya belum pernah ditayangkan dalam pasaran filem Malaysia. Nak tengok la nanti. Lagipun aku memang peminat sukan lasak Parkour.

Jom layan lagu tema filem RENTAP oleh One Buck Short.

UPDATE: Jom sertai Contest #RENTAP2014 dan anda berpeluang untuk menang 2 tiket tayangan khas filem RENTAP.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Movie Keyword : aksi parkour, contest rentap, elfira loy cantik, filem parkour, lagu tema filem rentap, one buck short, parkour, rentap, rentap filem malaysia, sinopsis filem rentap, sukan lasak parkour, syafie naswip, zahiril adzim

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Trackback.my Mudahkan ‘Tracking’ Barang Yang Dipos
Next article:
Burger Bakar Abang Burn RM5 Sahaja

22 Comments

  1. muliani says

    28/04/2015 at 4:25 PM

    tak suka cerita yg lasak sangat niii.. hehehe

    Reply
  2. titan says

    06/12/2014 at 8:23 PM

    dah lama gak tak main lompat-lompat nih..

    Reply
  3. Noriza Rahman says

    05/12/2014 at 7:57 AM

    Mesti ramai students yang serbu panggung wayang tengok citer Parkour ni

    Reply
  4. ikhwan says

    03/12/2014 at 5:01 PM

    filem lawan-lawan memang best, ada gaya ong bak.

    Reply
  5. Hajar says

    03/12/2014 at 2:34 PM

    Sinopsis mcm menarik..blh lah nk g tgk esok..huhu..thanks 4 sharing..

    Reply
  6. Jazilah Ilyas says

    02/12/2014 at 10:30 PM

    Baca reviw mmg menarik ni. Tapi kat Kelantan ni xde panggung. hohoho.. Lama sangat dah kitaorang tak gi tengok movie since pindah balik sini dan ada anak-anak kecik. Tak sampai ati nak tinggal anak2 :P

    Reply
  7. Nurul Fazreen Othman says

    02/12/2014 at 4:52 PM

    wow..baru baca review je mcm best je cite ni. Pernah tgk movie aksi parkour ni tp ckp perancis.

    Reply
  8. Syahril Hafiz says

    01/12/2014 at 10:40 PM

    teringin nak belajar parkour ni…tapi tangan kaki stamina semua kena kuat. suka tengok selain parkour yang orang main macam flag tu..perghh.. best.

    Lagi satu elfira berlakon..mesti tengok! hehe :D

    Reply
  9. Malaysia Tercinta says

    30/11/2014 at 1:48 AM

    Aksi lompat pagar asrama sekolah ada? hehe

    Reply
  10. imran says

    27/11/2014 at 11:21 PM

    mesti kena tengok ni kat wayang.

    Reply
  11. daddydee says

    27/11/2014 at 10:55 PM

    Dah lama tak ke wayang. Tunggu siar kat TV je la.

    Reply
  12. zaidimohd says

    27/11/2014 at 10:02 AM

    Nampak dari triller cam menarik, harapnya banyak aksi yang mendebarkan boleh disaksikan dalam filem rentap ni

    Reply
  13. Alongxp says

    26/11/2014 at 4:16 PM

    cool… barula org nampak bakat budak2 malaysia…

    Reply
  14. mselim3 says

    26/11/2014 at 1:18 PM

    Assalammualaikum… anarm,

    cerita aksi2 macam nie memang seronok ditonton.. mselim3 dah tgk serba sikit dan baca pasal aksi parkour.. sukar nak dilakukan oleh orang biasa2.. perlukan skill. Pape cerita macam nie ‘fun’… parkour nie dapat mengatasi rasa takut..

    mselim3

    Reply
  15. Mazni Azmi says

    26/11/2014 at 11:18 AM

    Cerita nak tarik orang muda masuk wayang.

    Pelakon pun muda muda belaka :)

    Reply
  16. blogger lelaki says

    25/11/2014 at 2:54 PM

    pelakon tu buat sendiri ke stunt parkour tu

    Reply
  17. sohoque says

    25/11/2014 at 1:58 PM

    jom tengok citer ni.. abam anarm belanja…!

    Reply
  18. Raihanah Ahmad says

    25/11/2014 at 1:49 PM

    harapnya adalah pengajaran yang baik dapat dikutip oleh anak2 muda yang menontonnya.

    Reply
  19. AZENI AHMAD says

    25/11/2014 at 1:33 PM

    Owhh namanya parkour yea utk aksi yang lari2 panjat2 sepantas kilat tue..
    Taktau istilah..hehehe
    Tapi bagus jugak bila diaplikasikan dalam filem Malaysia.
    Mcm muak pulak duk asyik gangster, lumba haram je..
    Pelakon pun best jugak…

    Reply
  20. diana says

    25/11/2014 at 1:17 PM

    Tapi pelakon nya tu tak best..awat budak2 je..ekekek

    Reply
  21. Hafiz Rahim says

    25/11/2014 at 1:12 PM

    Mantap tu pelakon sekarang..boleh stunt parkour..tak pernah dibuat pelakon lain lagi ni.

    Reply
  22. akubiomed says

    25/11/2014 at 12:44 PM

    Satu lagi cabang seni yang baru di Malaysia. Filem dapat perkenalkan seni Parkour ini. :)

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy