Renew Kad Debit CIMB Secara Online

Baru-baru ni aku terima satu email daripada CIMB Bank. Email peringatan supaya renew kad debit CIMB sebelum tamat tempoh.

Rupanya kad debit aku ni hanya boleh guna lagi 2 bulan lebih je. Kena tukar kad debit baru dah.

Aku jarang guna kad bank CIMB. Memang tak pernah tengok tarikh luput kad tu. Nasib baik CIMB hantar email tolong ingatkan. Kalau tak, jadi masalah pulak bila nak guna tapi kad expired.

Renew kad debit CIMB online

2 Cara Renew Kad Debit CIMB

Dalam email tu ada beritahu 2 cara untuk renew kad debit CIMB.

  1. Renew secara online
  2. Pergi mana-mana cawangan bank CIMB

Baru aku tahu sekarang ni dah boleh renew kad debit CIMB secara online. Sebelum ni nak renew kad hanya boleh buat di cawangan bank.

Aku pernah pergi bank nak tukar kad baru. Lama giler kena tunggu nombor giliran.

Dah ada sistem renew online ni lagi mudah. Cuma ambil masa sikit tunggu kad sampai. CIMB akan hantar kad melalui pos dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Kalau nak terus dapat kad baru, kena pergi bank lah.. Aku malas nak pergi bank.

Cara renew kad debit CIMB

Aku dah cuba sendiri renew kad debit CIMB secara online. Kad debit baru pun dah dapat. Sekejap je tunggu. Tak sampai 14 hari pun. Dalam 4-5 hari je kot.. Aku pun tak perasan bila kad sampai, tengok dah ada dalam peti pos.

Kad yang dihantar ni belum aktif. Kena aktifkan dulu di ATM, lepas tu baru boleh guna. Bila kad debit baru dah aktif, kad debit lama dah takda fungsi. Boleh buang.

Disaran musnahkan kad debit lama dengan memotong kepada separuh merentasi jalur magnet dan mikrocip yang ditanam dalam kad tu.

Kad debit CIMB dihantar melalui Pos Laju
Kad debit CIMB dihantar melalui Pos Laju

Cara Renew Kad Debit CIMB Secara Online

Untuk renew kad debit CIMB secara online boleh buat melalui laman web cimb.com.my/renewal. Kat situ ada FAQ (soalan lazim) untuk urusan renew kad debit melalui online. Boleh baca.

Seterusnya, tekan link “Click here to renew now” atau tekan butang “Renew your Debit Card now” (bahagian bawah sebelah kanan). Dia akan bawa ke borang CIMB Debit Card Renewal.

Hanya perlu isi borang online yang disediakan tu. Dia cuma minta maklumat 6-digit akhir nombor IC dan 4-digit akhir nombor kad debit. Tak perlu bagi apa-apa dokumen.

Kod OTP (One-Time-Password) untuk pengesahan akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftar di CIMB.

Cara renew kad debit CIMB secara online

Lepas tu pilih “Renew my debit card and deliver it to me” dan tekan PROCEED.

Isi alamat untuk penghantaran kad. Dia akan auto guna alamat akaun CIMB kita. Kalau nak kad debit baru dihantar ke alamat lain, isi alamat tu di bahagian “Mailing Address”.

Cara renew kad debit CIMB secara online

Siap! Itu saja cara-cara renew kad debit CIMB secara online. Lepas dah hantar borang online tu, tunggu je kad debit baharu dihantar dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Memang sangat memudahkan boleh buat urusan renew kad bank secara online.

Maybank pun boleh juga renew online. Tapi aku tak pernah buat lagi untuk kad Maybank sebab baru je tukar kad lepas kes duit dalam akaun Maybank hilang.

Untuk kad bank lain aku tak tahu boleh renew online atau tak. Jangan tanya aku. Aku cuma ada akaun bank CIMB dan Maybank je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.