Tengahari semalam aku pergi ke majlis perkahwinan seorang kawan. Takde apa sangat yang nak diceritakan pasal majlis tu sebab pergi pun sekejap je. Lepas siap makan, ambik gambar ramai-ramai dengan pengantin baru dan kawan-kawan lain yang dah lama tak jumpa, lepas tu balik.
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin! Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu cicit piut dan bercinta sampai ke syurga. Aminn..
Sebelum balik rumah lepas bersurai dari majlis tu, aku saje join aktiviti kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tak ingat dah bila kali terakhir aku jumpa dengan diorang. Semalam baru dapat jumpa balik.
Diorang tu geng Backpackers yang biasa kita tengok berjalan dengan beg galas besar. Selalu jugak buat aktiviti pergi bercuti ramai-ramai jalan-jalan merata tempat merata daerah.
Teringin nak join aktiviti macam tu dengan diorang tapi oleh sebab situasi hidup aku sekarang ni tak berapa mengizinkan, terpaksa la aku buat aktiviti sendiri je dengan isteri tercinta.
Semalam kawan-kawan Backpackers adakan meeting untuk bincang aktiviti bercuti sambil jalan-jalan ke negeri Sabah. Aku pergi dengar je diorang berbincang.
Lokasi meeting diadakan di Taman Seri Empangan Putrajaya. First time aku pergi taman tu. Pemandangan dia pun boleh tahan cantik. Lain kali boleh aku bawa isteri jalan-jalan ambil angin kat situ. Bawa anak-anak pun ok jugak. Ehh.. Aku mana ada anak lagi..
Taman Seri Empangan ni terletak di Presint 5 Putrajaya berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Best jugak pergi situ tengok pemandangan cantik, boleh rehatkan minda dan sesuai untuk cari ilham dan idea.
Nak jogging pun boleh, ada trek disediakan kat situ. Pondok rehat pun ada disediakan yang menghadap ke tasik dan empangan.
Bagi yang bawa anak-anak, padang permainan kanak-kanak pun ada jugak kat situ. Boleh pergi berkelah kat situ bawa makanan untuk makan beramai-ramai. Tapi lepas dah habis makan, kemas-kemas la tempat berkelah tu, buang sampah dalam tong sampah yang disediakan.
Peliharalah alam sekitar kita.
Banyak sudut cantik untuk ambil gambar kat Taman Seri Empangan Putrajaya ni. Aku rasa mesti geng-geng photographer selalu datang sini untuk photo shoot.
Aku suka betul tengok air yang mengalir kat bawah tu. Rasa macam nak terjun gaya balik kuang lepas tu mandi kat situ. Haha.
cantik2.. boleh la singgah kalau lalu nanti
eh cantik gak tpt ni ek. apsal aku tak pernah sampai…
klo putrajaya best melepak ngan teman istimewa,,lepak je suasana,x ramai orang,tempat cantik,,
at least nk tgk wayang,main boling kt alamanda pon boleh,lg2 klo ada event kt putrajaya pon mantap2 gak,
pesta floral,belon panas,,,errrr pasar malam putrajaya pon ade ahha
tak pernah pergi lagi di putrajaya ni
dekat sangat dengan rumah aku ni. tak sampai setengah jam sampai. haha..selalu lalu..tapi jarang singgah melepak..
Cantik betul pemandangan dia. Sesuai jugak untuk beriadah sambil bergambar ni.
Dah lama teringin nak bawak anak-anak ke tempat ni. Tapi semenjak pindah ke Penang , kekangan jarak tidak mengizikan.
untunglah dapat pergi sana…. :D
tak pernah lagi ke sana…lawa nya tempat ni
@syaifuddin alias,
samalah bro..ntah bila berkesempatan.. :)
@Jebeng Otai™, moh ke sana..haha
Bro selalu kesana untuk termenung sensorang sambil cari ilham dalam hidup.
@Bro Framestone, sekarang pun termenung sensorang lagi ke? dah ada teman hidup tu, menung berdua la pulak.. hee..
Menarik juga tempat nie… Putrajaya aku belum habis khatam lagi…..
@Ritz, aku pun tak habis khatam lagi.. walaupun dah banyak tahun duduk dekat dengan putrajaya..
wahh..lama benar tak pergi putrajaya jalan-jalan..
Kalau belah presint 5 tak pernah sampai lagi….cantik gak tempat tu.
Bila melihat foto-foto nan cantik sudah sepantasnya taman seri empangan putra jaya ini dijadikan tempat rujukan untuk berwisata dan juga mengisi cuti pula
byk je tmpt yg cantik2 dekat putrajya tu..tu baru skit tu..hehe
@afi, putrajaya memang banyak tempat cantik.. cuma takde masa nak explore semua tempat kat situ..
Tak pernah lagi ke sana.. Bila lihat gambar-gambar ni terasa nak pergi pula! :D
@anif, aku pun baru first time pergi hari tu tapi tak sempat nak pusing2 tempat lain.. rasa nak pergi lagi jalan2 kat sana..
memang cantik lah tempat ni, boleh lah next shooting buat kat sini, terimakasih atas gambar2 yang cantik :smile:
@sweetkurma, sama-sama.. ada banyak lagi gambar cantik2.. tapi post sikit je.. kalau letak banyak2 gambar kang makin berat pulak nak loading blog ni..
Memang cantik sesuai untuk spot membidik.
@akubiomed, tu la pasal.. best nak membidik kat situ.. banyak angle cantik..