Raya Sakan di Aidilfitri 2012

Raya Aidilfitri tahun ni beraya sakan family aku sampai 10 buah rumah kot (mungkin lebih) kitorang pergi ziarah. Sambil ziarah bawa sekali hajat dan niat menjemput semua saudara mara ke majlis perkahwinan aku.

Aku rasa mesti riuh rendah bila semua dah berkumpul nanti. Boleh agak mesti semua dok berborak guna ‘bahasa rasmi’ keturunan aku – bahasa Jawa. Hehe..

kuih raya aidilfitri 2012

Pergi beraya di rumah-rumah sanak saudara aku tak berapa berselera sangat nak makan. Makanan yang terhidang semua lebih kurang je. Pergi rumah situ tengok biskut tat, almond london, rempeyek, biskut semperit, dan lain-lain. Pergi rumah sana pulak tengok biskut sama jugak. Jadi takde selera, boring sebab kat rumah aku pun menu sama jugak. “Biskut tunjuk”. Haha.

Yang jadi berselera sikit bila rumah tu ada hidangkan lemang. Lemang memang feveret aku. Ketupat pulak dah jarang nampak dah sekarang ni. Semua dah diganti dengan nasi impit.

Agaknya sebab nasi impit lagi senang nak buat kot. Tak macam ketupat, susah sikit nak buat. Nak kena cari daun dulu, lepas tu nak kena anyam daun dia pulak.

Tapi rasa nasi impit pun boleh tahan sedap jugak bila dimakan dengan kuah kacang.

seronok sambut hari raya aidilfitri
Seronoknya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hahahaha (gelak macam action kamen)

Walau macam mana pun makanan bukan tujuan utama kita bertandang ke rumah-rumah terbuka sepanjang musim sambutan Hari Raya Aidilfitri ni. Apa yang penting dapat pergi ziarah-menziarahi sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan yang kita jarang berjumpa. Eratkan balik tali persaudaraan.

Time raya ni la boleh pergi ziarah semua orang. Hari lain confirm ramai dah sibuk dengan kerja masing-masing, mana sempat nak jalan beraya ke sana ke mari, kan?

Kepada yang masih bercuti menyambut hari raya, selamat bercuti dan selamat hari raya Aidilfitri diucapkan. Bagi yang dah kembali bekerja, buat kerja elok-elok dan jalankan tanggungjawab tu dengan penuh gigih ye.

26 Comments

  1. lepas ni beraya ngan org umah da la yer…kena cabut undi la lepas ni kg saper nak kena balik hehehe

    • ingat nak beraya kat rumah jugak.. tapi oleh sebab nak sampaikan hajat tu, kena la follow sekali mak abah pergi beraya rumah sedara mara.. kalau nak pergi sendiri memang tak tau nk pergi mana..

    • Alhamdulillah, dapat jugak kawen.. dengan izin Allah juga.. kalau Allah tak izinkan lagi memang tak jadi jugak, kan.. tak plan sangat pon sebenarnya.. tau2 dah nak kawen dah.. macam tak caye je..

  2. salam..raya tahun nih ambe rasakan tak semeriah dulu. suasana agak berbeza berbanding tahun-tahun lepas..mungkin faktor umur kot..hehe..apa pun selamat hari raya..maaf zahir batin..kepada yang dah mula bekerja..tahniah..kepada yang masih bercuti..giliran anda pula lepas nih.. :biggrin:

    • faktor umur tu mungkin ada betulnya.. tapi tak kisah la.. yg penting musim raya ni dapat ziarah-menziarahi sanak saudara, bermaaf-maafan..

  3. memang senang berhari raya dengan seluruh keluarga dan saudara…selamat Hari Raya Idul Fitri Bang, mohon maaf atas segala kekhilafan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *