Rasa Tertipu Dengan Telco Sekarang? Jom Tukar ke ONEXOX

Tukar ke ONEXOX je kalau anda rasa tertipu dengan telco yang anda gunakan sekarang. Setel masalah.

Ramai pengguna telco di Malaysia sekarang ni kerap komplen dengan servis dan caj-caj tak masuk akal yang dikenakan oleh pihak telco kepada mereka.

Dengan kredit kena potong tiba-tiba, caj ‘Pay Per Use‘, kadar panggilan dan SMS yang mahal, bil melambung walaupun tak guna, internet slow, dan macam-macam isu lagi.

Masalah Bil Melambung

Di bawah ni antara contoh masalah yang ditanggung oleh pengguna bila bil melambung akibat dikenakan caj yang entah apa-apa.

Aku dah banyak kali terkena macam tu sebelum ni. Masa guna prepaid, kredit tiba-tiba hilang sebab kena potong.

Bila tukar ke postpaid, ada masa-masa tertentu bil pulak melambung sampai beratus-ratus ringgit. Padahal guna macam biasa je.

Paling aku rasa bengang bila dicaj dari servis SMS. Tiba-tiba dapat SMS dan dikenakan caj tanpa apa-apa langganan, tanpa sebarang pengesahan, dan tanpa persetujuan.

Tukar Ke ONEXOX

Sebab itu lah aku bertukar ke Prepaid ONEXOX. Boleh baca “8 sebab kenapa perlu bertukar ke Prepaid ONEXOX“.

Sekarang aku dah tak perlu risau apa-apa kerana dengan ONEXOX semuanya telus. Tiada caj tersembunyi.

Setiap panggilan dan SMS yang kita buat boleh tengok dalam bil terperinci berserta caj-caj yang dikenakan. Sangat telus.

Dah macam postpaid pulak ada bil. ONEXOX ni prepaid.

Kadar terendah prepaid ONEXOX

Caj ‘Pay-Per-Use’ Aniaya Pengguna

Kebanyakan telco di Malaysia sekarang ni kenakan caj ‘Pay Per Use’ untuk internet. Bila terlebih guna, kredit automatik dipotong ikut berapa banyak kuota data yang dah digunakan.

Kadang-kadang kita tak sedar teraktifkan mobile data. Tahu-tahu kredit dah tinggal sikit sebab dah ditolak dari caj ‘Pay Per Use’ yang dikenakan.

Paling teruk macam kawan aku pernah kena. Baru saja topup, tengok kredit dah jadi RM0.00 sebab pihak telco dah potong habis kredit dia.

Pilih Telco Yang Betul dan Sesuai

Banyak faktor perlu kita tengok bila nak pilih telco yang betul-betul sesuai dengan cara penggunaan kita.

Semua orang nakkan kadar yang murah. Tapi kena tengok juga dari segi coverage, line ok ke tidak, jimat atau tidak guna telco tu, berapa harga langganan internet sebulan, dan lain-lain.

unlimited internet

Kalau nak internet yang unlimited, takde banyak pilihan. Internet unlimited yang sah di Malaysia setahu aku cuma Streamyx dan UniFi sahaja.

Kalau prepaid yang ada istilah ‘unlimited’ untuk internet biasanya mesti akan ada caj pay-per-use. Memang betul unlimited, tapi kita dipaksa bayar ikut penggunaan selepas dah habis kuota.

Kelajuan internet pun dikawal oleh pihak telco. Sekejap laju, sekejap slow.

Semudah tu je para pengguna tertipu dengan ayat “unlimited internet“.

Bila kena caj lebih, mulalah nak melenting lepas tu tulis status-status sentap di Facebook. Dah telco itu yang korang pilih, hadap jela. Tak perlu nak tunjuk perasaan sangat.

ONEXOX Plan Simkad Yang Menjimatkan

Setakat ni aku sangat berpuas hati dengan pelan ONEXOX. Bila ada ternampak status kawan-kawan Facebook yang menyumpah seranah sebab tak puas hati dengan telco yang dia guna, aku cuma mampu ketawa je. Haha.

Takde lah. Semestinya aku akan sarankan tukar ke ONEXOX.

Aku berkongsi info tentang prepaid ONEXOX ni takde niat lain. Cuma nak bantu kawan-kawan yang nakkan lebih penjimatan guna telefon bimbit.

Tukar ke ONEXOX prepaid yang menjimatkan

ONEXOX menawarkan perkhidmatan dengan kadar rendah untuk panggilan, SMS dan internet tanpa sebarang caj tersembunyi.

Siap bagi tempoh sah kredit sehingga 28 bulan (akan bertambah setiap kali topup) supaya pengguna tak perlu topup setiap bulan semata-mata untuk aktifkan tempoh sah bagi kredit yang masih ada baki lagi.

Dengan ONEXOX, selagi masih ada kredit, gunalah sampai habis. Tak kisah habiskan dalam tempoh berapa lama sekalipun asalkan tempoh aktif masih sah.

Dah habis kredit, baru topup balik kalau nak teruskan guna untuk buat panggilan, hantar SMS dan langgan internet.

Internet ONEXOX pun laju. Cuma tiada istilah ‘unlimited’ dan tiada terma Pay-Per-Use. Bila kuota internet habis, internet terus dihentikan. Untuk sambung guna boleh langgan data internet baru.

Cara macam ni aku rasa lagi bagus daripada kena caj akibat terlebih guna. Ada juga telco yang bagi guna internet lagi walaupun habis kuota tapi dengan speed yang teramat perlahan.

Buat sakit hati je guna internet slow.

ONEXOX internet berkelajuan tinggi
Speed internet menggunakan prepaid ONEXOX

Siapa berminat nak bertukar ke prepaid ONEXOX boleh beli simkad ONEXOX secara online.

Harga simkad ONEXOX hanya RM10. Boleh pilih nak kekalkan nombor lama (MNP) atau dapatkan nombor baru.

Sanggup ke terus-menerus tanggung rugi bila kena caj macam-macam oleh telco tu? Nak rugi ke nak jimat? Kalau nak jimat, jom tukar ke ONEXOX.

19 Comments

  1. wah, mcm best je ni.. skrg ni tgh survey prepaid yg paling bagus utk whole family.. sbb nanti nak port in je terus.. tengah cari prepaid yang validity paling lama sbb my dad jarang top up and selalu complain ttg validity 5, 7 hari je.. and satu lagi unlimited internet utk watsapp, waze (gps utk ayah) and wechat.. sbb xperlu susah2 sms dah kan.. abang recommend mcm mana? ada match tak dgn yang onexox ni? boleh ke port in utk prepaid yang ni? hehe.. thank you.

    • ONEXOX bagi validity 28 bulan @ 2 tahun 4 bulan . Boleh port in daripada mana2 prepaid . Tak kisah prepaid apa pun semua boleh tukar ke ONEXOX .

      Cuma bab internet unlimited, ONEXOX takde tawaran tu . Internet ONEXOX ikut kuota data yang kita langgan . Bila penggunaan data dah cukup kuota, internet akan terus stop . Tapi takde masalah guna untuk whatsapp, wechat dan waze .

  2. X dinafikan onexox nyer call rate rendah n internet ok untuk mobile – laju x la laju so-so gitu tp x lah siput mcm free basic internet link panas ahak.

  3. terima kasih kongsi info nie..first time dengar psl ONEXOX sebenarnya. bila dah tau ada alternatif seperti nie, mudahlah nak tukar kalau ada masalah dgn TELCO yang sedia ada. :)

    • Senang je.. Topup ONEXOX boleh beli kat 7E, petronas, shell, esso, online banking pun boleh.. Kalau susah nak topup aku pun taknak pakai.. Hehe..

    • Nak kekalkan nombor bayar harga simkad baru je.. Hanya RM10 (tak termasuk kos penghantaran)..

      Kalau kena macam kes tu, rujuk dgn pihak telco dulu.. Kalau tak dapat selesaikan jugak dengan pihak telco, report pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)..

      • No tel saya tu memang tak de 3G..no lama jadi sayang nak tukar…kalau kekalkan no dengan onexox ni harap2 boleh la online guna no ni je..kan?saya nak la..nanti saya pm ye..

        • Boleh je nak kekalkan nombor lama.. Cuma, nama orang yang daftar nombor lama tu pastikan sama bila nak tukar ke onexox.. Nama tak sama nanti permohonan ditolak..

    • Number boleh kekalkan.. Cuma pindah telco je..

      Topup ada jual kat 7E, stesen minyak petronas, shell, esso.. Topup guna online banking pun boleh.. Takpun topup beli dengan aku pun boleh jugak..

    • Kalau bengang masih ada pilihan untuk bertukar ke telco lain yang lebih menjimatkan. Tunjuk kesetiaan pun bukan dapat apa2. Tetap kena caj jugak sampai poket kempis..

      • Ya betul tuan banyak lagi telco pilihan,dulu aku pernah guna Dg lebih 12 tahun,Cel pun juga semua pun kempiskan poket kini guna Tunetalk ada lega sikit,kempis tu kempis ada jugalah tapi ada situasi menang-menang pakai…!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *