Merancang Target dan Tindakan dalam Blogging

Malam ni tenaga pengajar Akademi Denaihati mengadakan satu kelas untuk bekas pelajar WordPress Master Class. Dalam kelas ni juga diadakan perbincangan satu projek khas yang akan memberi manfaat kepada setiap pelajar yang terlibat.

Akademi Denaihati akan bantu setiap pelajar dalam menetapkan perancangan dan tindakan yang perlu dibuat bagi membolehkan blog mencapai target tertentu.

projek teamwork pelajar akademi denaihati

Dalam kelas yang masih berlangsung sekarang ni, perbincangan dengan lebih lanjut mengenai tips blogging, teknik menulis entri berkualiti, strategi SEO dan lain-lain diberi penekanan. Ini bertujuan supaya pelajar dapat tingkatkan tahap SEO dan prestasi blog masing-masing dalam mencapai target yang diidam-idamkan.

Target Dalam Blogging

Setiap blogger mesti ada target tertentu yang ingin dicapai sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ada yang nak jadikan blog sebagai punca pendapatan, ada yang nak jadi top blogger di Malaysia, ada juga yang nak jadikan blogging sebagai kerjaya, nak alexa rank bawah 500, nak income RM5,000 sebulan dari blog, nak dapatkan 1,000 lebih UV dan sebagainya.

Tapi, tanpa perancangan dan tindakan yang betul target tu takkan tercapai.

Perancangan yang nyata dengan tindakan yang betul dan target yang munasabah akan membolehkan kita berusaha dengan lebih sistematik. Hasilnya In shaa Allah jalan untuk capai target tu kita akan nampak dengan lebih jelas.

Apa target korang dalam blogging? Boleh kongsi?

41 Comments

  1. Kalau kat luar negara blog dah menjadi satu trend untuk menjana pendapatan utama bagi keluarga. Cuma kat negara kita ni blog masih menjadi side income sahaja. Cuma saya yakin blogging di Malaysia ni ke arah untuk menjana pendapatan utama bagi setiap orang.

  2. blog saya untuk memberi jenama kepada diri saya..lepas tu jadi usahawan plus blogger yang meraih pendapatan lumayan bro.

    • Tinggal 2 kali sesi je untuk Master Class yg akan dibuat bulan November dan December 2013 ni.. Lepas tu akan stop sampai tarikh yg akan diberitahu kemudian. Kena cepat2 register. Tahun depan tak tahu bila akan buat lagi..

  3. assalam,
    dulu2 target nak generate income
    rase mcm best jer kalo dpt, walopon rase mcm tak caya boleh
    alhmdulillah bila dah dpt & maintain monthly payout, syukur kpdNya…

    skg rase terpanggil utk share atas tiap2 post tu sebagai suatu amalan yang memberi manfaat sebab terasa akan dipertanggungjawabkan… ntah knapa skg ni rase kene banyak share peringatan (utk diri sendiri dan) buat org lain gak.

    jadi target, utk menyebarkan ilmu2 yg baik sebagai saham akhirat, (bunyi mcm bagus tp tu laa skg yg aku rase)
    bia org tak kenal aku takpe, sbab aku takut aku ni jenis yg mudah jd riak,
    so yg penting contents yg aku share aku nak pastikan bermanfaat, insyaAllah…

    • Waalaikumussalam..

      Setiap orang ada target berbeza. Bergantung pada diri masing2. Sebagai rakan blogger akan sentiasa bagi support.

      Semoga target tu tercapai. Sebarkan ilmu sebagai saham akhirat memang satu usaha yang murni dan terbaik!

    • Semoga berjaya bro. Bila kita dah ada target yg nak dicapai, rancang strategi btol2 dan bertindak. InshaAllah blogging sebagai kerjaya akan jadi kenyataan.

  4. target aku cuma nak menjadikan blog aku sebagai mesin duit automatik..generate income sambil-sambil gitu je dan jadikan recurring income..memang ambil jangka masa yang lama..:D

  5. Melihat pembaharuan yang dilakukan oleh Google dengan memperkenalkan Hummingbird tidak pasti sama blogging secara luhur atau teknikal. :-)

  6. Target saya menulis blog untuk mengekalkan 1000 Uv sehari… Tapi sehingga kini ianya masih belum membuahkan hasil… Teruskan usaha tangga kejayaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *