AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Automotif » PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat

26/06/2013 Anarm 25 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

PROTON ada buat satu contest – “Nama Siapa Hebat“. Pertandingan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) ni untuk mencari nama bagi kereta compact Proton yang akan dilancarkan pada 2014 iaitu tahun depan.

Peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan kad pengenalan yang sah berumur 12 tahun ke atas, termasuk pekerja Proton dan ahli keluarga mereka.

Kecuali pekerja Proton yang terlibat dalam AJK penganjur contest “PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat“.

contest proton nama siapa hebat

Peraduan Nama Siapa Hebat anjuran Proton ni berlangsung dari 25 Jun 2013 hingga 25 Julai 2013 (11.59 malam).

Cara Sertai PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat

  • Isi borang daftar penyertaan secara online melalui laman web Proton Nama Siapa Hebat. Boleh juga download borang PDF untuk penyertaan melalui pos.
  • Hantar penyertaan beserta nama yang paling kreatif untuk kereta compact Proton yang baru dalam Bahasa Malaysia. Boleh hantar lebih daripada satu penyertaan.
  • Tunggu pengumuman pemenang.

borang penyertaan contest nama kereta proton

Setiap borang peraduan mesti lengkap dengan maklumat yang diperlukan termasuk nama yang dicadangkan bagi kereta compact Proton, serta rasional pemilihan nama yang dicadangkan tu dan ditulis dengan cara yang paling kreatif.

Untuk cadangan nama bagi kereta compact Proton yang baru, boleh fikirkan dan cari idea nama berdasarkan hint yang telah diberi.

Hint:
The car is stylish, hip and compact, with advanced, innovative design and features. It’s spacious, comfortable and extremely practical. It’s fun to drive!

Hadiah PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat

Hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang peraduan ni adalah seperti berikut:

1st Prize : 1 X Proton Compact Car Premium AT

2nd Prize : 1 X 3D2N stay at Rebak Island Resort Langkawi + RM3,000 cash

3rd Prize : 1 X Macbook Air

4th Prize : 2 X iPad Mini

5th Prize : 2 X Samsung Galaxy S4

6th Prize : 2 X HTC One

7th Prize : 150 X RM250 cash

8th Prize : 100 X Proton Mini Fridge

hadiah contest proton nama siapa hebat

Best kan hadiah-hadiah dia? Jom join contest Proton ni. KLIK DI SINI untuk hantar penyertaan. Mana tahu ada rezeki menang hadiah kereta sebijik. Hadiah-hadiah lain pun best jugak.

Proton Anarm – Ok tak kalau aku cadangkan nama ni? Haha..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Automotif Keyword : cari idea nama kereta proton, contest proton, hadiah kereta proton, kereta baru proton, kereta compact proton, nama kereta siapa hebat

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Buah Tangan Dari Luar Negara
Next article:
Floria Putrajaya 2013

25 Comments

  1. ProfHariz says

    07/07/2013 at 5:29 PM

    Aku dah submit satu nama Nak menang harapan :P

    Reply
  2. Mohd Helmi says

    02/07/2013 at 5:06 PM

    Dah join contest ni, sempat hantar dua penyertaan je… Cuma pelik dengan proton ni, nak kan nama dalam bahasa Melayu, tapi penyertaan dalam bahasa Inggeris… Kan dah berbelit lidah nak menaik dalam bahasa inggeris. :)

    Reply
  3. Hafizul says

    29/06/2013 at 10:44 AM

    Emm susah kalau tak kreatif ni..hehe

    Reply
  4. encikarman says

    27/06/2013 at 6:00 PM

    kena isi betul2, jgn bg yg tipu nanti tak layak ( kata member aku yg keje proton ).
    Nampak gaya kurang skit persaingan nih.. ahaks..

    Reply
  5. Rina says

    27/06/2013 at 7:39 AM

    Hmm… hadiahnya sangat fantastis, pasti banyak yang akan mengikutinya. 100% contest ini bakalan seru :w00t:

    Reply
  6. kakiblog says

    27/06/2013 at 6:07 AM

    kalau selalu fikir tentu keluar idea nanti..selamat mencuba..

    Reply
  7. ProfHariz says

    27/06/2013 at 1:59 AM

    Kena pikiaq dulu nama dia :p
    nanti baru hantar penyertaan

    Reply
  8. sensasi2020 says

    27/06/2013 at 12:49 AM

    Dah lama idam kereta free, nak letak nama ape ehhh…? Tengah fikir. Kalau solat hajat mcm mana? Minta restu dari Allah Taala.

    Reply
  9. Juan says

    26/06/2013 at 11:34 PM

    aku pun baru tau benda ni tadi semasa baca kat paultan, best gak, rasa nak join

    Reply
  10. Shahrul says

    26/06/2013 at 9:55 PM

    kena tgk gambar kete baru dpt inspirasi ni

    Reply
  11. sukma says

    26/06/2013 at 8:40 PM

    pergghh…hadiah hebat,,,kalau macam tu aku nak letak nama Proton Sukma sempena nama aku yg glamour…ayat macam retis….hehe

    Reply
  12. hasrulhassan says

    26/06/2013 at 5:00 PM

    Perghh Proton Anarm .. Proton Titan… semua tak bleh blah punya nama … aku pun nak buat gak la nama cam tu .. erkk alamak .. nama aku kurang komersil la … ciiiiss.. :P

    Hmm aku nak letak nama Proton X-Factor .. hehehee…

    Reply
  13. titan says

    26/06/2013 at 4:52 PM

    gua dah hantar nama “proton Titan”

    Hang jangan ambil nama tu aa.. haha

    Reply
    • Anarm says

      26/06/2013 at 5:03 PM

      Abis laah.. Confirm menang nama Proton Titan tu.. Takde can dah orang lain nak menang.. Haha..

      Reply
    • Mus says

      27/06/2013 at 12:30 AM

      mcm ada harapan kalau nama Titan digunakan.. :cheerful:

      Reply
  14. fendy says

    26/06/2013 at 4:38 PM

    pernah try dulu masa kereta inspira…kali ni nak cuba nama lain plak…

    Reply
  15. safwan seth says

    26/06/2013 at 4:33 PM

    boleh hantar banyak kali ke?

    Reply
    • Anarm says

      26/06/2013 at 5:01 PM

      Tak pasti pulak boleh hantar banyak kali ke tak.. Aku tak try hantar lagi.. Tengah fikir nama yg best..

      Reply
  16. onlajer says

    26/06/2013 at 4:02 PM

    Gua nak letak nama on,ajer ok tak

    Reply
    • Anarm says

      26/06/2013 at 4:10 PM

      Boleh try.. Mana tahu terpilih jadi pemenang.. Tahun depan keluar kereta Proton Onlajer.. Haha..

      Reply
      • onlajer says

        26/06/2013 at 4:14 PM

        pastu satu malaya ketawa guling – guling haha

        Reply
        • Anarm says

          26/06/2013 at 4:18 PM

          Aku pun akan ketawa guling2 jugak.. Hahaha.. Tapi kalau betul2 menang best laa dapat hadiah kereta sebijik..

          Reply
  17. MK Kimi says

    26/06/2013 at 3:44 PM

    part current car brand tu nak isi apa kalau yg takde kete lagi? kelentong lah kan jawabnya :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      26/06/2013 at 3:55 PM

      Kelentong pun boleh kot.. Isi je detail kereta apa2 kat kotak current car brand tu.. Hehe..

      Reply
  18. fyna says

    26/06/2013 at 3:43 PM

    boleh lah mencuba nasib nanti. :biggrin:

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy