Program SENYAP Vol #1.1 di Putrajaya

Event SENYAP? Siapa pergi event tu kena duduk SENYAP-SENYAP? Tak best langsung.

Nanti dulu. Untuk pengetahuan semua, SENYAP merupakan singkatan kepada “Social Enforcement for National Youth Awareness Program“.

Sebelum ni, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara Blogger dan Kementerian.

Event SENYAP #Vol 1.1 di Putrajaya

Setelah kewujudan Blogger disedari, maka dengan ini dibawakan SENYAP Vol #1.1 setelah kejayaan SENYAP 1.0 yang diadakan di PWTC sebelum ni.

Event SENYAP Vol #1.1

Tarikh, masa dan lokasi bagi program SENYAP Vol #1.1 ni adalah seperti berikut:

TARIKH11 April 2012
MASA9.00 PM – 10.00 PM
TEMPATAras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Precinct 4, Putrajaya
* Siapa datang akan dapat makanan PERCUMA – BigMac @ Spicy Chicken Mc Deluxe

Ikon Terkenal Altimet dan Bro Framestone

Program SENYAP Vol #1.1 ni akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu “Syukur” iaitu ALTIMET yang merupakan salah seorang daripada Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger).

Kedua-dua ikon ini akan ditemubual di atas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Makan McD percuma di program SENYAP

Borang Penyertaan Program SENYAP Vol #1.1

Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri Program SENYAP Vol #1.1 ni, sila lengkapkan borang penyertaan Program SENYAP Vol #1.1 ni dan sahkan kehadiran anda di capaian yang telah disediakan di bawah.

 
Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta pertama sahaja akan dipilih. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2012.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan juga di page Vyrec.

11 Comments

  1. senyap2.. tapi mesti kasi meriah.. semoga berjaya buat semua yang memeriahkan program nih… kawe bagitau awal2 tak dapat join… femes broframestone.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *