AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Event » Program SENYAP Vol #1.1 di Putrajaya

Program SENYAP Vol #1.1 di Putrajaya

05/04/2012 Anarm 11 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

“Event SENYAP? Siapa pergi event tu kena duduk SENYAP-SENYAP? Tak best langsung.”

Nanti dulu. Untuk pengetahuan semua, SENYAP merupakan singkatan kepada “Social Enforcement for National Youth Awareness Program“. Sebelum ni, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara Blogger dan Kementerian.

Event SENYAP #Vol 1.1 di Putrajaya

Setelah kewujudan Blogger disedari, maka dengan ini dibawakan SENYAP Vol #1.1 setelah kejayaan SENYAP 1.0 yang diadakan di PWTC sebelum ni.

ISI KANDUNGAN hide
1 Event SENYAP Vol #1.1
2 Ikon Terkenal Altimet dan Bro Framestone
3 Borang Penyertaan Program SENYAP Vol #1.1

Event SENYAP Vol #1.1

Tarikh, masa dan lokasi bagi program SENYAP Vol #1.1 ni adalah seperti berikut:

TARIKH11 April 2012
MASA9.00 PM – 10.00 PM
TEMPATAras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Precinct 4, Putrajaya
* Siapa datang akan dapat makanan PERCUMA – BigMac @ Spicy Chicken Mc Deluxe

Ikon Terkenal Altimet dan Bro Framestone

Program SENYAP Vol #1.1 ni akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu “Syukur” iaitu ALTIMET yang merupakan salah seorang daripada Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger).

Kedua-dua ikon ini akan ditemubual di atas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Makan McD percuma di program SENYAP

Borang Penyertaan Program SENYAP Vol #1.1

Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri Program SENYAP Vol #1.1 ni, sila lengkapkan borang penyertaan Program SENYAP Vol #1.1 ni dan sahkan kehadiran anda di capaian yang telah disediakan di bawah.

  • Lengkapkan Borang Penyertaan SENYAP 1.1
  • Sila sahkan kehadiran anda – RSVP

 
Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta pertama sahaja akan dipilih. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2012.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan juga di page Vyrec.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch
  • Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013
  • Bersama Zarul Umbrella di Santai @ Dataran Gemilang

Kategori : Event Keyword : blogger artis bersosial, blogger retis, event blogger, event putrajaya, iklan melalui blog, program anjuran kementerian, program senyap

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Makanan Sedap di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands
Next article:
Hari Kedua Hadir Seminar WordPress

11 Comments

  1. zik says

    15/04/2012 at 11:28 PM

    senyap2.. tapi mesti kasi meriah.. semoga berjaya buat semua yang memeriahkan program nih… kawe bagitau awal2 tak dapat join… femes broframestone.. huhu

    Reply
  2. titan says

    14/04/2012 at 10:37 PM

    hoho..hebat brader framestone nih.. :wub:

    Reply
  3. Mus says

    13/04/2012 at 3:12 PM

    sayangnya jauh sangat nak seberang laut china selatan. kalau tak.. pasti dah join ni.. :cwy:

    Reply
  4. Mohd Isa says

    10/04/2012 at 12:26 PM

    tudia, ganas tu bro. berganding dengan artis atas satu pentas. mantop. :)

    Reply
  5. syahrilhafiz says

    08/04/2012 at 9:25 AM

    bro dah naik sekarang, bagus..tapi jauh la pulak senyap ni :biggrin:

    Reply
  6. Manan Qayyim says

    06/04/2012 at 9:30 AM

    macam best je… public transport senang tak nak dpt kt situ…

    Reply
  7. akubiomed says

    05/04/2012 at 1:41 PM

    Ramai blogger sudah menghebahkan program SENYAP ini.

    Reply
  8. Jebeng Otai™ says

    05/04/2012 at 12:33 PM

    dua tokoh yg agak hebat :)

    Reply
    • Bro Framestone says

      05/04/2012 at 12:56 PM

      @Jebeng Otai™,
      Bro tak hebat mana pun…

      Biasa-biasa je

      Reply
      • incik says

        07/04/2012 at 2:38 PM

        biasa-biasa yang hebat dari bro framestone.. rugi gua tak dapat pi.. iskk

        Reply
  9. auc dot com says

    05/04/2012 at 12:13 PM

    Senyap tapi kena bising2 prog ni :biggrin:

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy