Parkour.. Aku suka bende nih. Korang tau tak apa dia ‘Parkour‘ tu? Kat bawah ni penjelasan tentang Parkour yang aku copy paste sikit daripada Wikipedia.
Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l’art du déplacement (seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari point A ke point B dengan secepat dan sepantas mungkin, menggunakan kebolehan badan manusia.
Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, di mana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran – dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar.
Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.
Sejarah dan Asal Usul Parkour
Parkour diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang dikenali dengan nama David Belle. Dialah yang telah memperkenalkan sukan extreme dan lasak ini ke seluruh dunia yang pada awalnya hanya berkembang di Perancis.
Diinspirasikan daripada ayahnya, Raymond Belle, seorang tentera Perancis yang berkerja sebagai ‘sapeurs-pompiers’ (bomba tentera).
Raymond memperkenalkan kepada David tentang sebuah latihan halang rintang dan metode natural yang akhirnya dikenali dengan nama ‘Parkour’.
Sejak saat itu, setiap kali David pulang dari sekolah dia berlatih dengan membuat latihan fizikal dan cuba untuk meloloskan diri dari situasi yang sulit.
Menurut David, Parkour berguna sebagai self-defense dalam keadaan tidak terduga. Martial art (seni mempertahankan diri) disebut sebagai sebuah bentuk latihan untuk ‘fight’ (bertarung), parkour pula merupakan suatu bentuk latihan untuk ‘flight’ (kabur dari segi bahaya).
Ketika berusia 15 tahun, David Belle berpindah ke Lisses (kota di Perancis). Pada waktu itu dia bertemu dengan para remaja di sana yang tertarik dengan apa yang dilakukan oleh David.
Di sinilah segalanya bermula dengan lahirnya Team Parkour yang digelar Yamakasi.
Bersama teman masa kecilnya, Sebastien Foucan beserta beberapa pemuda lain, mereka mula mengembangkan Yamakasi sebagai team Parkour yang terkenal di serata Perancis.
Namun disebabkan perbezaan prinsip, David dan Sebastian berpisah dan meninggalkan Yamakasi. Sehingga saat pengambaran filem Yamakasi yang dibuat pada tahun 2001 juga dijalankan tanpa kehadiran mereka berdua.
Sebastien Foucan juga pernah berlakon dalam filem James Bond: Casino Royale dengan aksi parkour-nya ketika adegan kejar-mengejar dengan James Bond.
Korang boleh tengok aksi dia dalam Casino Royale kat laman YouTube – “Chase Part with Sebastian Foucan“. Aku malas nak masukkan kat sini. Hahaa..
Nilai Kehidupan Dalam Parkour
1. Menempuh Halangan dan Masalah Dalam Kehidupan
Dalam hidup ni, terdapat banyak rintangan dan masalah hidup yang dapat kita lihat. Semua orang pasti mempunyai sesuatu yang ingin dicapai.
Di saat kita bergerak untuk menuju ke puncak, banyak rintangan (obstacles) yang akan menghalang. Dengan menggunakan prinsip daripada Parkour, kita akan berusaha menempuh rintangan tersebut dengan indah dan penuh kawalan, dan berupaya menyelesaikan masalah yang kita hadapi dengan penuh efisien dan efektif.
2. Berani Melawan Rasa Takut
Seseorang yang takut untuk mencuba sesuatu takkan berupaya untuk berbuat apa-apa dan tidak akan menjadi sesiapa. Semua manusia pasti akan melalui proses ini.
Kalau kita tak berani dan tak mampu melawan rasa takut, takkan ada kemajuan dalam kehidupan kita. Kalau kita terlalu berani, kita akan bertindak bodoh; dan jika tersilap langkah boleh menimbulkan kecelakaan.
Jangan pula kita terlalu takut kerana kita tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya takut. Oleh itu, antara rasa takut dan berani tu haruslah kita seimbangkan.
3. Bangkit Dari Kegagalan
Ketika mencuba suatu gerakan dalam Parkour, kita akan selalu mengalami kegagalan atau jatuh. Tapi kalau kita sentiasa bangkit dan mencuba lagi, kita pasti akan menguasai salah satu gerakan tersebut.
Begitu juga dalam kehidupan. Kalau kita inginkan kejayaan, kita haruslah berani untuk jatuh atau gagal. Cuba dan cuba lagi banyak kali, dan belajar supaya tidak gagal dan tidak jatuh untuk kali yang seterusnya.
4. Sentiasa Fleksibel dan Bersemangat
Parkour akan membuat diri kita sentiasa fleksibel dan bersemangat. Begitu juga dalam kehidupan.
Di saat kita berada dalam situasi yang baru, kita akan berfikir untuk terus fleksibel dan berusaha menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. Walaupun situasi tersebut pada awalnya kurang menyenangkan bagi kita.
5. Berfikir Dengan Kreatif dan Bebas
Dalam Parkour, kita boleh berimaginasi dan menjadi seorang yang kreatif dengan mencipta gerakan baru atau menggabungkan beberapa gerakan yang kita sudah mahir untuk dijadikan satu gerakan baru. Begitu juga dalam kehidupan.
Pelbagai elemen dalam kehidupan ni yang dapat kita gunakan untuk wujudkan satu gaya hidup baru yang sesuai dengan jiwa kita.
Kita hanya perlu mengadaptasikan idea dalam situasi hidup yang baru itu secara kreatif dan bebas bagi mengaplikasikannya dalam kehidupan yang kita lalui.
Parkour is more than just a physical activity – it is a mind set.
haha…..kat malysia nie dh ada parkour group…besar pnye!!!! tpi semua berjalan underground………..aku salah sorang……….setahun dh main………………cari kat facebook aku Rafiq Rifaie………..aku bleh tunjuk cara…………tpi make sure tulis kat wall aku yg korang minat parkour….hehe……
Lama dah saya x buat parkour2 ni..
Dulu selalu jugak training ngan kawan2.. :)
member2 kat skolah slalu buat benda ni :happy: ..saya tengok je, kalau nak buat belum BERANI :whistle:
konpem ketul2 tangan main benda ni hari2..
stamina pun cam power je.
Bukan senang nak panjat sini sana.
tapi kalau aku kena ikat tali dulu kot..
memang da lari konsep asal..ha3.
:lol:
aiyak… boleh ker buat..badan macam aku nie.. huhu :biggrin:
kenapa tk der kaum aii pon yg komen ni eyh? haha owang der gak la usha2 lam utube sal bende ni..mang terer la kan dowang..pehh bukn senang kot nak imbang badan..skali salah sangka..eh salah parking naye patah riuk oit..huhuhu :pinch:
@eiyda, kaum yu tak berani kot.. yu sorang je berani.. yu kalo bleh buat lipat2 badan cmni aii rasa mesti bleh menang acara gimnastik.. renang berirama pon bleh kalah tau.. :tongue:
hehe… aku minat baca dan tengok jer… kalau nak buat…BELUM berani…. hi hi
@zoul, aku minat nak buat.. tapi macam takde org nk mengajar.. terpaksa la layan tengok je.. dalam hati dah berbukit2 rasa jeles.. hoho
benda ni perlu badan sehat, kuat dan kecergasan berganda :)
aku manusia normal :)
@Luth Textile, rasanye semua ada kekuatan, kesihatan, kecergasan macam tu.. cuma tak perasan je kot.. tapi biasanye kalau tengah kelam kabut or cemas yg teramat sgt, peti ais besar pon selambe je bleh angkat sorang.. :lol:
aku pun minat parkour sejak kecik lagi.
cite yamakasi tu aku cuma tgk part diorg buat parkour je eheh.
kecik2 dulu penah buat yg basic lompat sana sini.
serius, hormon adrenalin capai tahap teringgi masa buat
@Amirez, yup.. aku dulu pon penah gak buat.. tp sekarang dah takleh.. perut dah makin ke depan.. berat ohh.. hahaha
@Anarm, haha. itu yg kena buat balik tu, koho², untuk kempiskan mana yang dah kembung eheh
diorang ni memang cari nahas dan berani..hehe tak takut cedera atau mati..kalau aku la, huhu tak nak la.. :cool:
@x-po, sebab diorang berani.. kalau tak berani, nk buat ape pon sume tak jadi.. die lebih kurang macam prinsip hidup seorang blogger gak la.. kui kui kui~ :tongue:
yamakasi :ninja:
@ChuyRy, bawak toyol.. ckp kt mak.. :getlost:
@Anarm, hahha lawak :biggrin: :biggrin: :biggrin:
hehe… aku suka kalau skill yang dia selit lalu lubang kecik.. nmpk mantap gila kan.. hehe dah jadi macam :ninja: lak… :p
@mrnamie, power ahh die tu.. rasa nk gi berguru ngan die.. agak2 die terima aku tak bila die tengok aku gemok? huhuu
@Anarm, huhu.. aku pun gemok gak.. hukhuk… anarm, ada ym/or gmail?
@mrnamie, rasa macam menipu lak kalo ckp takde YM.. hahaha.. add la.. khairul_anarm :cool:
@Anarm, erk… haha.. tq tq
Aku berminat gak dengan parkour ni
sesuai untuk melawan rasa takut dan menjadi lebih berani :biggrin:
@wazy, betol tu.. aku pon begitu juga.. :tongue:
caiitt!! baru tadi tengok video damien tu kat blog lolo ko terus publish kat sini eh.. blogger tegar btol ko ni.. smart oo00oo aksi damien tu.. part yg die pakai baju sambil pusing2 tu yg takleh blah.. demmm.. smart giler..
@PenTulis, blogger kene pandai amik kesempatan.. jgn lupa bagi credit.. hahaha.. thanks to lolo.. :tongue:
cam orang yg tough n fit jer leh buat benda ni..
hahaha…
akan ku cuba buat gak satu hari nanti bila badan aku dah jadi cam Kazuya Mishima..
hehe..
@Jaws, ko tengok video Damien Walters tu.. cilake! bile ntah aku bleh wat camtu.. hahaha.. dengki siot.. :lol:
baru sembang pasal ni dengan fazreen semalam… huahua~
@paeh, een tu minat parkour.. sama la mcm aku.. ko minat gak ke? huhu
@Anarm, aku minat je. tapi keadaan tak mengizinkan aku nak main apa pun… =____=
@paeh, sama la kita.. aku dah la gemok.. nk lompat2 pon tak larat.. pkai spek pulak tu.. tertanggal spek kang langsung tak nampak ape.. ade gak yg sondol dinding satgi.. haha