Polisi Privasi

Polisi Privasi

Polisi Penafian dan Kerahsiaan

AnarmNet.com adalah sebuah penerbitan tentang semua perkara yang berkaitan dengan blog.

AnarmNet.com berkongsi sumber berita, menyediakan maklumat umum dan khusus serta fenomena kejadian dalam dunia blogging. Penulis sentiasa cuba sedaya upaya untuk berikan maklumat yang telus dan yang terkini.

Pelawat yang masuk ke blog ini secara automatik tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan – “Creative Commons

Keselamatan Data Peribadi Anda

AnarmNet.com tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga.

AnarmNet.com juga tidak akan menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda.

Anda bersetuju untuk membenarkan AnarmNet.com menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut daripada pelayar internet anda.

Dalam keadaan yang dikecualikan, pihak AnarmNet.com mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Data Peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang Malaysia.

Pihak AnarmNet.com sentiasa komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar dengannya.

Jaminan dan Penggunaan Maklumat

Semua kandungan yang disediakan di blog AnarmNet.com ini adalah sekadar perkongsian idea, pendapat, pengalaman dan perkongsian maklumat sahaja.

AnarmNet.com tidak membuat sebarang jaminan tentang ketepatan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di dalam blog ini atau yang didapati melalui mana-mana pautan di blog ini.

AnarmNet.com juga tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kesilapan atau kesalahan pada maklumat yang diterbitkan.

Sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan daripada paparan atau menggunakan maklumat itu adalah atas tanggungjawab sendiri.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, anda boleh hubungi pihak AnarmNet.com melalui pautan – https://anarmnet.com/contact

Penulisan Komen

Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab sendiri jika ianya melanggar undang-undang negara. Pihak AnarmNet.com tidak akan bertanggungjawab ke atasnya dan juga ke atas individu tersebut.

AnarmNet.com berhak menukar atau memadam mana-mana komen yang dihantar ke blog ini tanpa notis sekiranya:

  • Komen disifatkan sebagai ‘spam’ dan mempunyai pautan yang tak dibenarkan.
  • Komen yang tidak senonoh, lucah dan sebagainya.
  • Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh menyinggung perasaan atau sensitiviti kaum / agama lain.
  • Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi.
  • Komen keluar daripada topik yang dibincangkan.
  • Komen yang ditulis dengan ejaan yang salah.
  • Komen yang tidak difahami.

Hakcipta Artikel, Maklumat serta Bahan Penulisan

AnarmNet.com merupakan blog peribadi penulis. Kandungan di dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Pandangan dan pendapat dalam blog ini mewakili penulis sendiri dan bukan institusi atau organisasi serta individu lain.

Segala artikel di dalam blog ini adalah hakmilik AnarmNet.com kecuali dinyatakan dengan jelas.

Anda perlu mendapat kebenaran daripada pihak AnarmNet.com sekiranya anda ingin menyalin artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau sebarang media cetak dan media atas talian.

DILARANG menerbitkan semula setiap kandungan artikel yang terdapat di dalam blog ini terutamanya untuk tujuan memperoleh pendapatan dan keuntungan peribadi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada ‘AnarmNet.com’.

Untuk perkongsian di blog lain, DIBENARKAN dengan syarat perlu memberi kredit ke artikel yang asal.

Walau bagaimanapun, pengguna tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika ada apa jua tuntutan dibuat oleh pemilik asal artikel berkenaan.

Sebahagian artikel mungkin sudah tidak sesuai lagi pada satu-satu masa dan ia adalah di luar kawalan penulis.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, anda boleh hubungi AnarmNet.com melalui pautan – https://anarmnet.com/contact

Pindaan Pada Polisi Kerahsiaan

Pihak AnarmNet.com berhak mengubahsuai dan meminda Polisi Privasi pada bila-bila masa.

Polisi privasi ini mungkin diubah dari semasa ke semasa tertakluk kepada perubahan mengikut kesesuaian pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Sekiranya polisi privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini dan anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya ada pindaan dibuat.

Aduan Mengenai Pelanggaran Kerahsiaan

Jika anda mendapati privasi anda telah dilanggar oleh pihak AnarmNet.com, sila hubungi melalui pautan https://anarmnet.com/contact untuk menyelesaikan perkara ini.

 
*Polisi Privasi ini dikemaskini pada 19 Oktober 2023.