AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Isu Semasa » Polis Tumpaskan Skim Cepat Kaya

Polis Tumpaskan Skim Cepat Kaya

29/07/2010 Anarm 64 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Pagi tadi aku terbaca berita tentang “Polis Tumpaskan Skim Cepat Kaya” di muka depan akhbar time tengah lepak-lepak minum dengan big boss aku kat kedai mamak.

Lepas tu mula cakap sorang-sorang dalam hati, “Skim haramjadah apa pulak yang menipu orang ni?“. Boss aku kat sebelah bercakap dengan aku pon aku dengar tak dengar je sebab kepala otak dok fikir macam-macam.

Apa la nak jadi manusia zaman sekarang ni. Kerana nak kaya cepat, sanggup jadi dajal menipu orang ramai.

Contoh kereta yang biasa digunakan ahli skim cepat kaya

Contoh kereta yang biasa digunakan ahli skim cepat kaya

Petikan akhbar isu Skim Cepat Kaya Tumpas

KUALA LUMPUR 28 Julai – Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu. Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi. Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim cepat kaya terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru. Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa. Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara. Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes Benz.

“Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama. Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari.

“Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah. Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya.” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

— Petikan dari Utusan Online: Skim cepat kaya tumpas

Lepas habis minum, balik ofis, aku online kat Twitter. Kebetulan ternampak tweet daripada Kak Jie

Isi kandungan link yang Kak Jie bagi dalam tweet dia tu adalah entri bertajuk “MLM Mari Berangan Kaya” hasil tulisan (menaip) seorang blogger yang hampir-hampir terjebak dengan skim cepat kaya ni.

Nasib baik jiwa beliau kental. Kalau tak, seksa la hidup nak menanggung masalah duit. Harap rakan-rakan aku kat dunia online ni tak terjebak dengan mana-mana sindiket penipuan macam ni. Amin.. Amin.. Amin..

ScammerAlert.info juga ada menyiarkan entri ekoran kes skim cepat kaya yang tumpas ni — FRIENDS CLUB, FAMILY CLUB, ONETEAM Akhirnya Diserbu Pihak Berkuasa Polis.

Seingat aku, sebelum ni aku pernah terbaca entri dalam blog tu tentang FriendsClub. Time tu seorang rakan twitter tanya pendapat aku tentang skim ni.

So aku tolong la wat research sikit, terjumpa entri tu. Memang penuh dengan respon-respon negatif je yang pengkomen-pengkomen bagi. Hari ni, respon-respon negatif tu terbukti berasas dengan terbongkarnya rahsia skim cepat kaya ni.

Nasib baik rakan Twitter tu tak jadi join. Kalau tak……. Wallahualam!

Kat sini aku nak ingatkan, sebelum buat apa-apa atau terjebak dengan apa-apa, silalah buat research dulu kat internet ke kat mana-mana ke. Aku rasa zaman sekarang ni pakai internet lagi ok sebab info-info terkini melalui internet adalah lebih pantas berbanding sumber-sumber lain.

Buka mata sikit pada dunia IT, ok? Kalau tak reti, boleh belajar. Jangan sampai orang panggil Buta IT. Kalau dah memang tak boleh nak celik IT, minta tolong orang yang tahu IT untuk carikan info tu kat internet.

Elakkan Skim Cepat Kaya

Elakkan diri daripada terjebak dengan skim cepat kaya. Kalau nak jadi kaya jugak, cari je Skim Lambat Kaya tapi PASTI.

Skim-skim cepat kaya ni belom pasti lagi boleh mengkayakan korang. Kalau nak kaya sangat, cara paling berkesan dan paling simple… menabung.

Setakat menabung je lambat kaya? Tapi kalau betul caranya, PASTI akan kaya satu hari nanti. Biar lambat, asalkan kaya.

Sape la kat dunia ni yang tak nak kaya. Korang pon mesti nak kaya kan? kan? Kalau kaya, korang nak buat apa? Jom ramai-ramai kita join Kak Jie berangan jadi kaya. Huhu..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Isu Semasa Keyword : duduk diam dapat duit, duit rakyat, family club, friends club, hukum mlm, oneteam, ops sikap, program buat duit, scammer alert, skim cepat kaya, skim cepat kaya tumpas

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Membebel Sebelum Berundur Dari Dunia Blog
Next article:
Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan 2010

64 Comments

  1. skimcepatkayap says

    01/12/2010 at 3:41 AM

    sy pernah dengar preview skim ni dulu. yg ceritanya budak melayu lelaki muda lagi. dengan style cakap ikut skrip, baju seluar jam tangan semua yg mahal2, dgn 2 org physco girl kat tepi, sy pun dengar lah walau pun pada awal penerangan sy dah boleh bantai dgn soalan2 yg dia tak boleh jawab, tapi sy diamkan sbb respek member yg bawa tu dia kata jgn bantai kita dengar jer. bila dia sebut utk masuk rm41,000 sy terus kata dlm hati. ni skim gila nak bagi org mampus cepat. mana apa org bisnes duit masuk rm41,000… amway, CNI pun baru berapa jer. nice burger pun baru rm5k. lepas tu org atas yg bawa kita masuk tak pasal2 dpt rm12k. byk nyer diaorg makan duit kita tak pasal2…apa bisnes nya dari mula sampai habis takde cerita pun. sibuk cerita pasal plan dgn makan duit downline… 2 bulan selepas tu terus kena serbu…kwn yg bawa sy di dengar tu bgtau 2 org kwn dia masuk rm41k. buat loan dgn bank rakyat rm50k. baru jer keje kerajaan. skrg nie menanggung hutang rm50k untuk 20 tahun. kenapalah mereka ini mudahnyer ditipu???

    Reply
  2. haru says

    18/08/2010 at 3:47 PM

    mlm sume same dah skrg..mlm sdah jd skim cpt kaye..nk duit cari org-downline..kl x, xdpt duet..ape kes…fcuk la :angry: :angry:

    baek aku wat biz aku sndri lg syok :cool: :angel:

    Reply
  3. Cairell says

    12/08/2010 at 1:54 AM

    MLM yg tumpas ni aku tau kot. 8282 diorang punya nama group tak silap. member rapat aku ada join. tp hasil masa dia join tu mmg nampak la. memang btol la dapat duit, kete n etc. tapi member aku ni ada la ajak aku join, aku awal2 lagi da tolak ajakan dia. sbb aku tau benda ni tipu je.

    aritu masa kuar paper pasal MLM ni, aku terus call dia. terkejut kot dia, tap dia dlm nada relax. ntah pape. skang member aku tu senyap je. tak tau apa jadi. huhu. sian dia :(

    aku nak nasihat orang boleh, tapi takot diaorang tak percaya lak. adeh.

    peace no war! :biggrin:

    Reply
  4. ST says

    05/08/2010 at 11:51 AM

    Banyak dah kes camni, tapi ramai gak yang terkena… huhu :sad:

    Reply
  5. pakar blogger says

    03/08/2010 at 12:20 PM

    Hi Geng,

    Semmgnya utk mengaburi mata org ramai diaorg dr skim cepat kaya akan berpakaian kemas dan memandu kereta mewah serta menaburkan kata-kata manis.. Kepada geng2 semua usah terpedaya cari rezeki yg halal wlpn harus bersusah-payah..

    Tq

    Reply
  6. HidrogeN says

    03/08/2010 at 12:04 AM

    memang cekik darah betul skim cpt kaya ni..kesian pada mangsa2 yg terpedaya

    Reply
  7. wazy says

    02/08/2010 at 9:58 PM

    MLm ni banyak gak yang jenis tipu,kena hati-hati je la

    Reply
  8. msbmna says

    02/08/2010 at 8:52 PM

    Sebelum ni ada juga yang promosi MLM kat aku. Dengar untungnya memang tertarik juga. Namun, apabila mengenang bayaran muka dan terma-terma yang dikenakan terus tak jadi masuk. Popular juga namanya sekarang. Tak perlulah beritahu.

    Bagi aku, MLM ni semua sama sahaja. Masih mengekalkan sistem piramid dengan keuntungan akan melimpah kepada orang di atas hasil pendaftaran orang bawah – downline. Senang cerita, MLM ni memperoleh kekayaan atas hasil kesusahan orang lain. Bagus, hidup kalian tak berkat, orang menyumpah hari-hari. Tunggu masa ditimpa bencana.

    Aku pernah ikut masuk beberapa kali ceramah yang dikemukakan oleh satu organisasi tu. Penceramah bukan main berapi berkata-kata, salutasi dan kredit tak habis-habis ditujukan kepada organisasi atas kejayaan dikecapi. Masa penerangan mesti papar kereta besar, rumah besar, gaji besar, cuma isteri sahaja yang tidak besar.

    Yang dengar pula mudah percaya sebab melihat kejayaan orang tanpa memahami, menyelidik dan menganalisis sistem tersebut sesuai atau tidak disertai. Kebobrokan sebeginilah yang menimbulkan kedurjanaan kepada diri sendiri. Kawan aku bergolok gadai komputer riba sewaktu masih belajar kerana terlalu taksub dengan MLM ni walaupun telah dinasihati. Akhirnya, makan diri.

    Pelaburan yang sah dan dijamin oleh kerajaan sahaja yang patut disertai. Yang pasti, kalian tidak akan berputih mata atau khuatir pemilik melarikan diri.

    Reply
  9. mrnamie says

    02/08/2010 at 10:33 AM

    aku pun dah tertipu dulu… nasib rm2000 je.. sampai skang aku tak percaya dengan MLM nih :sad:

    Reply
  10. kerja kosong says

    01/08/2010 at 10:04 PM

    mesti tumpaskan tu semua skim cepat kaya..

    Reply
  11. Pisyek says

    01/08/2010 at 9:09 PM

    wow~ fairlady~~~ XD

    Reply
  12. zik says

    01/08/2010 at 7:44 PM

    nak kaya sangat… hah rasakan!! :devil: :devil:

    Reply
  13. Amirez says

    31/07/2010 at 7:07 PM

    ini untuk company2 skim cepat kaya yang bermodal besar.
    harap2 pihak berkuasa ambik berat jugak dgn pihak2 yg buat scam dgn modal kecik

    Reply
  14. Affan says

    31/07/2010 at 3:14 PM

    Salam. Nice info, dah baca pasal ahlong kena pukul/ugut ngn peminjam

    hehe

    Reply
    • Anarm says

      01/08/2010 at 9:18 AM

      @Affan, erkk.. peminjam plak yg pukul ahlong? biasa dgr ahlong je yg pukul peminjam.. terbalik dah.. haha

      Reply
  15. Mr.Z says

    31/07/2010 at 2:33 PM

    sakit hati je dengar ayat2 manis diorang dulu..
    cakap lebat pakai keta mewah la..
    last2 apa cerita? tumpas akhirnya… :biggrin:

    Reply
  16. Dakjaat says

    31/07/2010 at 12:16 PM

    satu jek.. kakitangan kerajaan yg join MLM ni BEBAL nak mampus! salahgunakan keistimewaan yang diberikan (pinjaman bank) untuk melakukan perkara yang sia2.. housemate aku terkena dah. RM41K. padan muka!

    Reply
  17. etomyam says

    31/07/2010 at 12:04 PM

    ramai yg sudah terjebak, lepas ni senyap sekejap…then timbul balik hahaha :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      01/08/2010 at 9:17 AM

      @etomyam, biasanye camtu laa.. senyap kejap.. pastu nanti timbul balik bende sama tapi pakai nama baru..

      Reply
  18. AyieBlog says

    31/07/2010 at 7:16 AM

    Salam,aku pernah masuk hampir RM5000.00 kena kencing,sabar jelah aku.. hanya allah swt sahaja tahu,aku masuk pasal mak saudara masuk sekali :).

    Reply
    • RedBoy says

      31/07/2010 at 11:05 AM

      @AyieBlog, laa ye ker ayie? sabar ye.. mudah2an lps ni rezeki ko akn bertambah.. cubaan tu utk ko..

      pssst: aku berkenan kete kala kuning tu yg lampu bolat2 tu.. sgt cantik.. :biggrin:

      Reply
  19. hanif says

    31/07/2010 at 5:00 AM

    Ni skim cepat kaya ala2 Pak Man Telo Ke :biggrin: Siap boleh tolong wat loan lagi,betul2 nak dajal orang

    Reply
  20. Adlan says

    31/07/2010 at 1:16 AM

    tu tempat kerja lama aku dulu tu mentari tu. aku dah selalu sangat nampak kereta2 mewah kat kafe tu. tapi takde pun orang ajak aku join. yang penting, katakan tidak pada skim cepat kaya ala MLM!

    Reply
  21. kuihLapiih says

    30/07/2010 at 10:41 PM

    i Lurve the kereta…ahahaha :alien:

    Reply
  22. Mr.Bintang says

    30/07/2010 at 11:55 AM

    kadang² aku cemburu melihat orang² muda kaya cepat… aku terfikir, pekerjaan apakah yang mereka lakukan?

    oh! salah satunya adalah skim cepat kaya rupanya… patutlah… Alhamdulillah, kegiatan penipuan yang sememangnya salah dan haram ini tumpas juga akhirnya..:)

    Reply
  23. pawaka19 says

    30/07/2010 at 11:16 AM

    dengar cite mastermind dia sebaya aku 23 year! girl..gilak genius

    “Tutorial Kongsi atau Embed Video Facebook ke Blog”

    Reply
    • Affan says

      31/07/2010 at 3:16 PM

      @pawaka19, dah tak kira umur, budak2 skg dah genius. huhu. tapi tak guna kelebihan dgn cara yg baik

      Reply
  24. ain says

    30/07/2010 at 8:40 AM

    money – easy come easy go….
    bile manusia bertuhankan kepala agung, macam ni la jadinya,
    halal ke , haram ke, tolak tepi, memang patut pun tak berkat.
    kejap je dah kena rush…. :ermm:

    Reply
  25. paan says

    30/07/2010 at 7:59 AM

    padan mukaaaaaaaaaaa!! aku mmg fffffff laa ngan mlm. har ahjr -ararujaryaurj

    Reply
  26. Ami says

    30/07/2010 at 5:42 AM

    Kemaruk sgt dorg ni nak kaya. Kan dah tertipu,

    Reply
  27. Luth Textile says

    29/07/2010 at 10:13 PM

    takut la pulak rasa. baru nak join menda2 gini. serius

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 10:46 PM

      @Luth Textile, nak join boleh.. tapi kena selidik dulu la benda yg hang nk join tu.. tak semua menipu macam depa ni.. ada yang betul jugak.. depa2 ni la yang buat market jadi busuk.. pelaq~

      Reply
  28. syahirul says

    29/07/2010 at 9:56 PM

    gila la.. da kantoi baru la tenaang sket :)

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 10:44 PM

      @syahirul, kejap je kot tenang.. aku rasa nanti mesti muncul lagi benda2 macam ni.. org kita kan ramai yg nk cepat kaya..

      Reply
      • fahmi ibrahim says

        29/07/2010 at 10:58 PM

        @Anarm, macam2 dah ada… dulu kes swish cash… ramai yang buta sebab duit… lagikan adik beradik boleh bergaduh sebab duit…

        Reply
        • Affan says

          31/07/2010 at 3:17 PM

          @fahmi ibrahim, bila adik beradik gaduh yg tak sedap dgr tu, darah kandung sendiri tu. huhuh. mintak dijauhkan lah mnde2 cmni. kang tak pasal2 gaduh atau putus hubungan pasal duit.

          Reply
  29. Nyetok says

    29/07/2010 at 9:35 PM

    Hahaha kawe ada simpan lagi risalah pasal skim ni… ada ore mari ngepem aritu..
    nasib baik x masuk

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 10:42 PM

      @Nyetok, mujur la demo x join.. kawe dengar ore oyak pn sero pelik doh.. join takyoh paka modal.. tapi keno buat loan.. padahal loan tu la modal dio.. puluh2 ribu pulok tu.. cari nyakit belako ni..

      Reply
      • Affan says

        31/07/2010 at 3:18 PM

        @Anarm, hahah. betul gak tu bro. load tu modal lah.

        Reply
  30. fahmi ibrahim says

    29/07/2010 at 9:31 PM

    Pernah jugak aku dengar pasal program ni. Tayang kereta mewah je semua. Ramai2 serbu prospek. Mau tak goyang tengok kereta mewah bersusun kat parking tu. Semua orang muda pulak tu. Tapi aku dah agak la benda ni takkan lama. Tup tup.. .dah masuk paper hari ni.

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 10:41 PM

      @fahmi ibrahim, mulai sekarang, semua nak kena set minda supaya tak mudah goyah bila tengok sape2 tayang kereta mewah macam tu.. rezki kan ada kat mana2.. jangan terlalu kejar benda yang belom pasti.. “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.. kesian~

      Reply
  31. ..ein.. says

    29/07/2010 at 9:08 PM

    ceehhh…dia dh update dl..x sempat2 org nak update…hahaha…

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 9:45 PM

      @..ein.., update la cepat.. pastikan pakai keyword KAYU.. wakakaka..

      Reply
  32. Wan says

    29/07/2010 at 7:19 PM

    yang aku herannya kenapa ada yg percaua

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 8:05 PM

      @Wan, sebab nak cepat kaya.. mata dah nampak duit je.. buta dah..

      Reply
    • shaharil says

      29/07/2010 at 9:05 PM

      @Wan, emosi dan semangat kita pada time tu tengah high… so senang mereka manipulasikan.

      Reply
      • Anarm says

        29/07/2010 at 9:47 PM

        @shaharil, diorang semua tu dah diajar cara menggunakan psikologi.. so kena pandai2 la kita dengar dan tentukan sendiri sama ada nak terima ataupun taknak.. kalau dah tersilap langkah tu nak buat camne.. diri sendiri yang dah pilih jalan tu kan.. huhu

        Reply
  33. Kreuger says

    29/07/2010 at 6:56 PM

    baru nak update.. by theway… blog hang tak keluar la feed kat kakikomplen.
    tu la.. blog banyak sangat protection sangat. pening dowh nak buat kat blog
    hang ni. maklum la blog ade emas juta juta… hahaha..

    *komen terkeluar dari tajuk*

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 7:58 PM

      @Kreuger, ape yg peningnyee? feed blog aku mcm feed blog org lain jugak..

      Reply
  34. Nizam6281 says

    29/07/2010 at 5:25 PM

    Parents aku dah penah kena dulu
    Mahu hilang 100 ribu
    Duit still dibekukan tanpa sebarang tindakan lanjut

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 7:56 PM

      @Nizam6281, giler ahh.. 100k!! hmmm.. biasa la tu.. adat bisnes mesti ade rugi.. haahaha.. duit bleh cari.. tp jgn join bende yg bukan2 mcm ni dah la.. :alien:

      Reply
  35. x-po says

    29/07/2010 at 5:14 PM

    kawe akan join program2 yg free2 jah..hehe tak pernah join bnda hok kne byr duit..nk cari mano pitih kalu duk tanam anggur tak berbuah2 kat umah? hehe

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 7:55 PM

      @x-po, tanam anggur lagi ko? buoh doh? :lol:

      Reply
  36. zuls says

    29/07/2010 at 4:40 PM

    taktik bawak keta mewah ramai orang tertipu… , hrm jom anarm kita naik keta mewah promote referral buat duit twitter haha…

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 4:54 PM

      @zuls, buat seminar twitter tayang kete mewah.. haha.. nanti nombor plet nk beli nombor berape? yg kantoi ni dah pakai 8282.. kita? hehee

      Reply
  37. Kujie says

    29/07/2010 at 4:40 PM

    Tak pernah serik, tak pernah nak fikir dulu sebelum join benda2 ni…semua nak cepat kaya

    cepatlah kayapnya…

    btw – thanks utk backlink – sebulah lebih baru update :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 4:52 PM

      @Kujie, kayap, kurap, panau, sume boleh dapat kalau nk cepat kaya.. buat la slow2.. pastu kene gak pastikan bende tu sah dan betul.. kan? kan?

      sebulan lebih laptop hantar repair.. mood berblog pon dah jadi makin lemah.. nak kene panaskan enjin dulu bagi naik semangat balik.. :tongue:

      Reply
  38. Jaws says

    29/07/2010 at 4:39 PM

    usaha tangga kejayaan…
    nak kaya kena usaha!!!

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 4:49 PM

      @Jaws, diorang pn usaha gak tu.. tapi tersilap langkah.. siannyee

      Reply
  39. Azizwan says

    29/07/2010 at 4:37 PM

    bagus la polis tumpaskan skim cepat kaya tu.. takde la lg org2 malaysia yg nak cepat kaya terjebak dgn skim2 mcm ni..

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 4:48 PM

      @Azizwan, rasanye ade banyak lagi skim mcm ni kat luar sana.. teruskan usaha anda, encik polis!

      Reply
  40. saya_aRief says

    29/07/2010 at 4:23 PM

    kete die…
    perghh..
    tergoda aku.

    Reply
    • Anarm says

      29/07/2010 at 4:47 PM

      @saya_aRief, aku pon tergoda.. aku berkenan yg kaler kuning tu je.. :wub:

      Reply
    • PutraMalaya says

      30/07/2010 at 9:39 PM

      @saya_aRief, tegoda ayam ku…akakakakaakk :alien:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy