Pindah Rumah Sewa

Minggu lepas dapat Whatsapp dari tuan rumah yang aku menyewa sekarang. Dia bagitau rumah sewa tu dah dijual. Paling tak best dia bagitau owner baru nak masuk rumah hujung bulan Julai.

Bermakna aku kena pindah keluar, cari rumah sewa baru. Sakit hati jugak sebab 1 bulan je masa dia bagi untuk aku pindah. Dalam bulan puasa pulak tu.

Bukan senang nak cari rumah sewa sekarang. Kalau ada pun harga sewa tinggi bukan main. Deposit pulak biasa kena bayar 2+1. Lebih kurang RM1,000 – RM2,000 lebih juga nak kena keluar duit.

Lepas tu nak kena kemas barang-barang, nak sewa lori nak angkut barang, duit lagi. Memang penatlah bulan puasa kali ni.

Mencari rumah untuk disewa

Tengahari semalam aku keluar pergi cari rumah sewa. Nasib tak menyebelahi sebab tak jumpa rumah untuk disewa. Balik je terus terlelap sebab penat melampau.

Ada juga cari rumah sewa di laman web Mudah.my, iProperty dan lain-lain. Call tuan rumah tapi semua dah ada penyewa.

Mati kutu dah tak tahu nak cari rumah kat mana lagi.

Harap-harap dapatlah rumah sewa dalam tengah bulan ni, sebelum Hari Raya. Kalau tak, tak tahulah macam mana.

Nak beraya pun takde mood. Silap hari bulan tak balik raya tahun ni. Macam-macam program jugak rasanya terpaksa cancel sebab nak uruskan hal pindah rumah sewa ni.

Tuan rumah buat senyap je aku mintak balik duit deposit 1 bulan. Hurmmm…
Alhamdulillah, dah dapat balik duit deposit. Dah selesai semua hal dengan tuan rumah.

33 Comments

  1. Ish! Tak baik tuan rumah tu. Saya pun ada sewakan rumah saya kat penyewa tapi tak baik aniaya orang. Lagi2 bulan puasa ni.

  2. Kejap sangat notis pindah tu. patut 3 bulan baru adil bagi dua-dua belah pihak. nanti dah sewa rumah baru, buat perjanjian sesiap notis pindah in case klu dia nak suruh pindah in the future, takla kita ni huru hara sangat.

  3. memang sakit hati kan…geram n macam macam lagila kan…aritu pernah sekali rumahs sewa saya ada orang mai nak tengok..tapi tuan rumah x bagitau…dia mintak ambik gambar dalam rumah…suka hati dia je kan…dahla main terjah je…

  4. Dah jumpa ke rumah nak sewa?… ada kenalan fb nak sewakan rumah dia kat rawang. Apartment tingkat 2..sewa rm400 lebih.. siap ada perabot.. kalau berminat nak try tanya dia dah ada penyewa ke belum…

  5. dah cuba check di 7E ? Saya dulu cari di 7E rumah sewa.. Tuan rumah pun patut kena bagi hint awal-awal so kita pun dah bersedia dengan sebarang kemungkinan..

    Semoga dapat cari rumah dengan segera dan dipermudahkan urusan

  6. dugaan bulan puasa.. patut kena ada kontrak sewa hitam putih.. baru la penyewa n tuan rumah terjaga.

  7. Memang menyusahkan bab pindah ni…akak banyak pengalaman bab pindah ni. Maafkan tak dapat nak bantu. Hanya nak beritahu kawasan rumah akak ni sewa rumah kosong saja paling murah boleh dapat rm1300.

  8. Mudah mudahan jumpalah rumah yg dicari2 ni..ameen insyaAllah.

    Dan…hrpnye tuan tanah kedaun tu dibukak pintu hatinya utk kembalikan deposit bro anarm…

  9. bertabah lah dengan dugaan yang datang .. in sya allah masalah akan selesai … sama2 tolong anarm semoga di permudahkan urusan ya :D

  10. Kesian dekat Bro.. Anggaplah ini semua dugaan di bulan Ramadhan.. Bro nak cari rumah sewa dekat area mana?

    Cuba cerita secara detail.. Manalah tahu ada yang sudi membantu.. Terutamanya Abang Ensem, yang banyak link dengan pelabur-pelabur hartanah..

  11. perh..kalo nak 2 bln lagi rumah sewa aku duduk ni ada..tp wangsa maju la..
    tp kalau nk dlm bulan ni mmg payah gak tu..poning kepalo den..

    (ni sebab aku beli rumah skrg..takut jd mcm ni)

  12. Sudah tiba masanya mencari rumah milik sendiri. Susah kalau bukan rumah tersebut milik kita dan kalau dapat pula tuan rumah ntah apa-apa.

  13. Dugaan bulan puasa.
    Sabar yer Anarm dan Sue.
    Semoga ada sinar dihujungnya nanti.
    Rumah sewa makcik aku kat seksyen 7 ada penyewa pula, kalau tak bleh rekemen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *