AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Aplikasi » Phone pakai CyanogenMod (Android)

Phone pakai CyanogenMod (Android)

24/05/2012 Anarm 18 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sekarang smartphone Android aku dah tukar ke CyanogenMod (custom ROM). Sebelum ni pakai DarkyROM.

Performance Galaxy S I9000 aku nampaknya lebih bagus dengan CyanogenMod berbanding DarkyROM.

Android Cyanogenmod

ISI KANDUNGAN hide
1 CyanogenMod 7.2 RC2
2 Flashing Custom ROM
3 CyanMobile Untuk Pengguna Samsung Galaxy Mini

CyanogenMod 7.2 RC2

Aku guna CyanogenMod 7.2 RC2 je sekarang ni. Sebelum ni dah cuba pasang atau flashing CyanogenMod 9 dengan Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich tapi rasa macam banyak bug lagi dan perlu update sekerap yang boleh.

Aku takde masa sangat nak godek telefon sebab tu aku downgrade balik ke CM7 yang aku rasa lebih stabil buat masa ni.

Rasanya baru sebulan lebih kot aku guna CyanogenMod lepas tengok blog saudara SyahrilHafiz @Caenz yang asyik update entri tentang Android dan CyanogenMod di blog dia. Terus buat aku rasa tertarik nak cuba CyanogenMod untuk Galaxy S aku.

Tak sia-sia aku cuba custom ROM ni. CyanogenMod memang best!

Flashing Custom ROM

Flashing custom ROM buat aku rasa takut-takut sebab risikonya telefon ‘rosak’ kalau tersalah buat.

Tapi aku beranikan diri cuba buat juga ikut step-by-step tutorial flash custom ROM yang dikongsi di blog-blog rakan blogger. Alhamdulillah berjaya buat tanpa sebarang masalah.

Hasilnya phone rasa bertambah laju, bateri tahan lebih lama, dapat buang system apps yang tak berguna, dan macam-macam lagi boleh dibuat.

CyanMobile Untuk Pengguna Samsung Galaxy Mini

Hari tu aku cuba flash custom ROM pada phone Galaxy Mini milik cik tunang pula sebab dia mengadu Galaxy Mini dia macam bermasalah je sejak kebelakangan ni.

Dengan merujuk entri “Flashing CyanMobile untuk pengguna Galaxy Mini” yang ditulis oleh saudara Caenz, phone cik tunang berjaya dinaiktaraf.

Tapi sebelum tu berlaku masalah sampai phone tak boleh nak ON langsung. Rasa gelabah tu tak payah cakap. Nasib baik dengan bantuan Caenz semuanya setel.

Sekarang Samsung Galaxy Mini cik tunang dah berfungsi balik dengan cukup ‘smooth‘. Cuma warranty phone dia dah tak boleh pakai. Tapi takpe la. Lagipun tinggal beberapa bulan je lagi tempoh warranty tu nak tamat.


Susah juga nak pilih custom ROM yang sesuai dengan jenis smartphone Android sebab ada banyak sangat custom ROM yang best-best.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Aplikasi Keyword : android phone, cyanmobile untuk galaxy mini, cyanogenmod, darkyrom, flash custom rom, ice cream sandwich, samsung galaxy mini, samsung galaxy s

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Tukar Skin AIMP3 Audio Player
Next article:
Sampai Bila Nak Jadi Perokok?

18 Comments

  1. tansrinor says

    18/02/2013 at 2:46 AM

    nak tanya kekawan semua kalau nak format semula apa yang terbaik untuk tel galaxy young

    Reply
  2. sensasi2020 says

    30/05/2012 at 9:22 PM

    Nak tahu jugak bro??? Apa itu dikatakan root pada phone android? dan bagaimana ia berfungsi. Adakah ia macam restart spt desktop atau laptop?

    Reply
  3. syahrilhafiz says

    30/05/2012 at 1:20 PM

    terima kasih untuk backlink..
    betul tu, nak cari rom kalau dah guna Android memang susah. sebab semua hampir sama, cuma kita nak sesuatu yang selesa..phone dah ok..huh alhamdulillah.warranty tu dengar kata kalau nak save backup stock rom lama dan unroot balik boleh..cuma leceh la..

    Reply
    • Anarm says

      30/05/2012 at 1:41 PM

      @syahrilhafiz, banyak kerja pulak nak kena backup, unroot.. baik biarkan je root.. bleh guna custom rom.. baru la rasa kacak sikit..

      Reply
  4. sensasi2020 says

    26/05/2012 at 2:18 AM

    Assalamualaikum….

    -Saya guna telefon samsung galaxy y (young) GT-S5360.

    -Bagaimana nak selesaikan masaalah saya ni? Selalu tak dapat guna wifi, dia macam skjp ada skjp tiada, macam kena bug/virus, tapi saya terpaksa reset kembali telefon saya ke asal, jadi semua yg kita d/load app dahulu habis hilanglah!!

    – Bagaimana cara nak atasi masaalah ini?

    #Diharap agar saudara sudi menjawabnya.

    Sekian,terima kasih.

    Reply
    • syahrilhafiz says

      30/05/2012 at 1:24 PM

      @sensasi2020, 1. mungkin coverage wifi tu slow, sebab android dengar kata under 1k memang tak power bab2 ni, ..tarik line tak kuat.
      2. nak backup aplikasi, root fon guna titanium backup..terbaik! :)
      ada jugak yang nak backup tak payah root, tapi kalau guna android tak root tak syok lah..hehe

      Reply
      • Sarah says

        10/04/2013 at 11:07 AM

        Saya pun ada msalah yg sama gak.Bila refresh balik galaxy Y tuh,truih,wasap berjujuk masuk.walhal coverage wifi penuh.Cuma bila pkai wifi dekat rumah ok ja.adakah kerana sy guna share wifi yg mana ramai user.jadi sy xdpt nk guna.kena refresh selalu? :whistle:

        Reply
  5. sensasi2020 says

    26/05/2012 at 2:07 AM

    Macam mana nak selesaikan masaalah ttg telefon samsung galaxy y (young) yang selalu tak boleh guna wifi, semacam kena bug? Bila kita reset, baru boleh guna wifi semula tapi semua app yg kita download dulu tak adalah(kena d/load semula). Ada tak cara2 terbaik utk atasi masaalah ini? :unsure:

    Reply
  6. ProfHariz says

    26/05/2012 at 12:37 AM

    Kawan aku pakai ICS mmg banyak bug. Pakai Cyanogenmod ni mmg ok :)

    Reply
  7. Jebeng Otai™ says

    24/05/2012 at 3:20 PM

    mmg kene berani nk modding..silap2 x idup lak nnt..

    Reply
  8. Mohd Isa says

    24/05/2012 at 1:09 PM

    ades…citer pasal android aku jadi noob terus, maklumlah berangan nak pakai galaxy s x lepas2 lagi…tgu masa nak rembat je…hehe

    Reply
    • Anarm says

      24/05/2012 at 1:39 PM

      @Mohd Isa, Selagi tak pakai Android, selagi tu la tak dapat nak belajar. Aku dulu pon tak paham langsung pasal Android. Bila dah pakai Galaxy S ni terus dapat faham Android ni macam mana.. Memang best ahh..

      Reply
  9. akubiomed says

    24/05/2012 at 1:09 PM

    Wah hebat boleh tweak telefon tunang. :-)

    Reply
    • Anarm says

      24/05/2012 at 1:37 PM

      @akubiomed, hebat la sangat.. kalo hebat takkan ada masalah masa tweak.. kelam kabut dibuatnya hari tu.. haha..

      Reply
  10. anif says

    24/05/2012 at 12:00 PM

    Pilih yang stabil jer.. yang baru biasanya ada masalah :D

    Reply
    • Anarm says

      24/05/2012 at 12:16 PM

      @anif, betul tu.. tapi kalo dapat pakai ICS best jugak.. nak buat camne ICS untuk I9000 banyak bug lagi.. malas nak pening kepala dengan bug..

      Reply
  11. ZooL says

    24/05/2012 at 11:51 AM

    cyanogenmod mmg antara rom yg terbaik! pernah gune pd htc sy ttapi lebih ttarik dengan platform windows phone… :)

    Reply
    • Anarm says

      24/05/2012 at 12:15 PM

      @ZooL, pernah try windows phone tapi rasa macam kurang menarik.. masing2 ada citarasa sendiri..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy