Phone Holder Kereta Menggunakan Slot CD

Phone holder atau pemegang telefon dalam kereta merupakan benda yang sangat diperlukan dan jadi satu kemestian bagi aku. Sebab mudah nak letak phone untuk tengok GPS (Waze atau Google Maps) sambil memandu.

Tapi nak pilih phone holder terbaik macam agak susah. Phone holder yang aku pernah guna sebelum ni semuanya tak sesuai. Setiap kali beli mesti ada je masalah dia.

Dah la aku ni jenis bawa kereta kena buka GPS untuk tengok arah jalan. Kalau tak, boleh sesat entah ke mana-mana.

Bila phone holder bermasalah, terpaksa letak phone atas paha je. Susah sikit la nak tengok map, lepas tu kena tengok jalan raya lagi..

GPS dalam kereta
Guna GPS sambil memandu (Gambar hiasan)

Jenis Phone Holder Untuk Kereta

Aku biasa guna phone holder jenis suction cup yang boleh lekatkan di dashboard atau di cermin kereta. Tapi phone holder jenis ni senang tercabut dan terjatuh.

Dah banyak aku beli phone holder jenis suction cup. Ingatkan yang tak melekat tu sebab dah rosak. Tapi beli yang baru pun sama juga. Selalu sangat tercabut.

Agaknya suction cup tu dah tak melekat dengan baik sebab kereta aku selalu berjemur tengah panas kot..

Phone holder jenis klip di aircond kereta pun aku dah pernah guna. Phone tak panas sebab sentiasa kena aircond. Tapi kurang stabil bila lalu jalan berbonggol atau tak rata.

Kadang-kadang bila phone sejuk sangat kena aircond (biasanya waktu malam), phone akan jadi ‘berpeluh’. Ada wap air. Risau wap air tu masuk ke bahagian dalam phone je.. Terus aku tak guna dah phone holder tu.

Phone Holder Slot CD Dalam Kereta

Hari tu aku tengok-tengok kat Shopee nak cari phone holder baru. Nak beli jenis lain pulak. Ternampak phone holder yang boleh letak di slot CD player dalam kereta.

Rupanya ada juga phone holder jenis macam ni ye.. Aku baru tahu.

Lepas aku baca komen, tengok gambar dan tengok video review di YouTube, rasa macam bagus juga phone holder slot CD ni.

Phone holder slot CD kereta
Phone holder menggunakan slot CD.

Sekarang ni dah takda kot orang guna CD player dalam kereta. Aku pun sama. Selalu dengar radio je, atau dengar lagu dari pendrive yang boleh cucuk di slot USB.

Daripada tak diguna CD player tu, lebih baik jadikan tempat letak phone holder. Kedudukan dia kat tengah-tengah tu boleh dikatakan posisi yang selamat, lebih mudah dilihat, dan kurang beri gangguan kepada pemandu.

Nak video call, buat live, atau ber-TikTok sambil memandu pun senang. Haha.. Kalau boleh tak payah la. Leka nanti. Kena hati-hati memandu.

Aku dah pun beli satu phone holder slot CD kat Shopee. Harga RM15 je..

Car phone holder CD slot 1
Car phone holder CD slot 2
Car phone holder CD slot 3

Phone holder slot CD ni jenis universal. Maksudnya boleh guna kat semua CD player yang ada dalam mana-mana kereta.

Siapa pakai kereta Alza macam aku, memang terbaik lah guna phone holder ni.

Dia ada bagi juga 3 pelapik getah untuk letak pada penyambung. Kalau rasa ‘lock’ dia macam longgar je bila dah masukkan penyambung tu dalam slot CD, boleh pasang pelapik getah bagi ketat sikit, ikut ketebalan pelapik yang sesuai.

Car phone holder CD slot Perodua Alza
Car phone holder CD slot Perodua Alza

Sejak guna phone holder slot CD ni, phone aku dah tak terjatuh lagi. Memang stabil, kukuh dan kuat dia pegang phone kat slot CD tu. Lalu jalan berbonggol atau tak rata pun takda masalah. Phone masih steady kat tempat dia.

Phone holder slot CD ni boleh beli secara online di Shopee. Penghantaran pun cepat kalau beli dengan seller ni. Tekan link di bawah untuk beli.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.