Tinggal beberapa hari saja lagi Pesta Belon Udara Panas 2013 akan diadakan di Putrajaya iaitu pada 28 – 31 Mac 2013 (Khamis hingga Ahad) bermula jam 7:00 pagi hingga 9:00 malam.
Mesti ramai yang akan pergi serang lokasi Pesta Belon Udara Panas 2013 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Masuk tak kena bayar. PERCUMA!
Aku dah banyak kali tak berkesempatan nak pergi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya sebelum ni. Kali ni harap-harap dapat pergi. Teringin sangat nak naik belon.
Aktiviti di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013
Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 ni ada banyak aktiviti outdoor boleh dilakukan di sana untuk sesiapa yang pergi. Ada wall climbing, paint ball, car simulator, water ball dan macam-macam lagi.
Bayaran untuk setiap aktiviti adalah sekitar RM5 – RM20.
Disarankan bawa pakaian lebih sebab baju dan seluar mungkin akan basah.
Bawa juga payung dan spek mata hitam sebab cuaca kadang-kadang tak menyebelahi kita. Mungkin di sana nanti cuaca akan terlampau panas atau tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Tiket untuk naik belon udara panas adalah limited atau terhad. So, kena datang awal kalau nak naik belon. Kalau datang lewat mungkin tak boleh nak naik belon dah.
Dengar-dengar cerita akan ada yang beratur seawal jam 4 pagi untuk naik belon. Giler betul..
Bagi pencinta photography memang harus pergi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 sebab ada banyak benda boleh diambil gambar. Boleh ambil gambar belon, gambar orang naik belon, gambar awek cun, gambar pakcik makcik dan sebagainya.
Bila dah ambil gambar tu mesti la nak tweet, instagram dan share ke Facebook kan.
Boleh guna hashtag #myballoonfiesta untuk memudahkan kawan-kawan follow keseronokan di pesta belon udara panas tu nanti melalui social media.
Di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 biasanya tempat letak kenderaan akan jadi satu masalah bagi pengunjung.
Tahun lepas member aku bagitau dia pergi dengan motor takde tempat nak parking motor. Inikan pulak pergi dengan kereta, lagi la tak cukup tempat nak parking kereta.
So, aku rasa lebih senang kalau pergi dengan menaiki pengangkutan awam.
Perkhidmatan KLIA Transit dan bas Nadi Putra ada disediakan untuk pengunjung ke tapak lokasi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013.
Bagi mereka yang pergi dengan kereta kalau takde tempat parking yang berdekatan dengan tapak lokasi boleh letak kereta kat mana-mana tempat yang dibenarkan, yang ada sediakan perkhidmatan bas. Lepas dah parking kereta boleh naik bas Nadi Putra untuk pergi ke lokasi belon panas.
Jom ramai-ramai kita pergi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013. Set tarikh dan masa di kalendar. Takut terlupa pulak nanti.
5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013
Tempat : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya
Tarikh : 28 Mac 2013 (Khamis) – 31 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 7:00 am – 9:00 pm
Untuk maklumat lanjut tentang Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2013 ni boleh layari website www.MyBalloonFiesta.com. Like Facebook Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta.
Acara yang pasti ramai tertunggu-tunggu. Seronok tengok belon panas yang pelbagai rupa dan bentuk tu.
Jom naik belon udara panas… Tahun lepas tak sempat naik.
ko dah pi sana ke?
Hmm..memang teringin sangat nak tengok event seperti ini..kat Sabah tempat tumpah darahku lum ada lagi mcm ni…huhu…
tak pernah pergi lagi tgk pesta belon nih, mcm best, teringin juga nak pergi…
Tahun lepas sudah pergi tetapi tidak dapat melihat belon panas kerana acara sudah terlepas. Tahun ini belum tahu samada akan pergi atau tidak.
Apa yang seronok tinggal di Bandar ialah banyaknya aktifity macam ini
Teringin nak cuba.. tapi tak yakin dengan keselamatannya..
Aku pun macam tak berapa yakin jugak.. Tapi memang teringin sangat2 nak cuba..
dulu pergi masa malam. nak try pegi pagi2 plak kali ni. :lol:
Kalau pergi malam nampak belon tak?
nampak. dorang ada pasang spotlight dan api dlm belon tuh pun buat belon tu terang.
malam tu dorg siap pasang lagu dan dorg hidupkan api tu ikut rentak lagu. kira bercahaya je belon tu. styloooo… :biggrin:
Waahh.. Macam cantik je belon bercahaya.. Nanti boleh try pergi malam2..
gaya penulisan advertorial yg bagus.
semoga syok ler korang yg dpt pergi tengok belon dan awek2 belon tu nanti yer..
time tu aku balik kampung kot..rindu mertua kat kampung..haha
Aku pun taktau lagi dapat pergi ke tak.. Ada jugak cadang2 nak balik kampung.. Rindu mak abah dan suasana kat kampung..
Yang tahun lepas aku pegi..tapi pegi petang..dah tak banyak belon yang naik..tahun ni aku nak pegi awal pagi pulak..kalo bleh matahari nak terbit..hehr
Kalau pergi sebelum matahari terbit rasanya dapat naik belon tu.. Tahun lepas aku tak pergi sebab dengar member cakap jalan sesak giler, terus jadi takde mood nak pergi..
senang kalau ada public transport… fuh sanggup beratur pukul 4 pagi…. tapi kalau pergi pagi pagi best jugak. tak ramai orang kan.. nak cuba lah pergi kali ini. insyaAllah
Event macam ni memang kena ada kemudahan public transport.. Kalau takde rasanya ramai jugak yg tak dapat pergi..
Jumpa di sana.. Kita meriahkan Putrajaya. Daripada dok melepak kat rumah kan. :biggrin:
In Shaa Allah kalau takde apa2 memang aku nak pergi pesta belon panas tahun ni.. Tahun2 lepas tak sempat pergi.. Daripada dok melepak kat rumah baik keluar tengok awek kat sana.. Haha..
Takut ahh nak naik belun udara ni..tapi kalau tak cuba menyesal pulak..tak ada pengalaman..mesti anarm naik belon nih..kan?
Aku tak pernah lagi naik belon ni.. Takut memang takut tapi macam nak try naik.. Setakat ni takde peluang lagi naik belon.. Nak try kat event belon ni nanti..