Pertama Kali Terpandang Hati Rasa Terpaut

Entri ni adalah untuk penyertaan “Giveaway Ulangtahun Perkahwinan Kak Jie yang ke-21” anjuran blogger Kujie2.com. Lamanya usia perkahwinan Kak Jie. Aku pula baru berkahwin tak sampai 1 bulan.

Giveaway Ulangtahun Perkahwinan Kujie ke-21

Semoga rumahtangga Kak Jie, suami dan anak-anak akan terus kekal dan bahagia sampai bila-bila.

FYI, contest yang dianjurkan ni adalah untuk blogger yang dah berkahwin sahaja. Yang bujang lagi tu dok diam-diam ye. Hehe.

Segan sebenarnya nak tulis entri jenis personal sangat macam ni. Tapi sebab syarat dah ditetapkan macam tu, tulis jela. Mana tahu ada rezeki dapat menang hadiah honeymoon di Legend Cherating Resort.

Hati Rasa Terpaut

Pertama kali bertemu si dia (isteri tercinta) semasa belajar di kolej yang sama di Taiping, Perak. Itu pun atas jasa baik seorang rakan, Amir @ Meor yang kenalkan aku dengan si dia.

Bila terpandang je terus hati rasa terpaut.

Masa tu semester pertama. Dalam kelas, si dia duduk bahagian depan. Aku pula duduk di belakang sikit. Apa yang diajar masa dalam kelas tu aku dah tak ambil peduli, asyik tengok si dia je. Haha.

Luar kelas pun bila terserempak dok pandang-pandang, jeling-jeling je. Segan nak tegur. Hehe..

Semester kedua baru aku mula bertegur sapa dengan si dia. Tapi bukan secara depan-depan. Segan lagi. Kitorang main balas-balas email. Aku dah tak ingat macam mana aku boleh dapat alamat email dia.

Waktu malam aku suka lepak atau main game kat CC. Aku hantar email “Salam Perkenalan” kat dia. Hehe.

Malam esoknya aku online lagi. Bila check email tak sangka dapat respon baik dari si dia. Aku pun reply balik email dia, dan begitu lah seterusnya kami berbalas-balas email.

Sampai sekarang dia ada simpan lagi email yang aku hantar masa mula-mula nak mengorat dulu. Malu giler bila baca balik.

Kadang-kadang layan mIRC yang memang HOT masa tu. Macam tu la cara kitorang berhubung. Sampai satu masa kitorang tukar cara berhubung melalui telefon pulak.

Mengumpul duit syiling jadi hobi aku time tu sebab nak call si dia guna public phone. Kena call nombor kawan sebilik dia sebab si dia belum ada handphone lagi masa tu.

Bila dia dah miliki handphone sendiri, kitorang layan balas-balas SMS pulak.

Pertemuan Dua Hati

Tak lama lepas tu baru berani bersua muka dan ajak keluar makan, buka puasa sama-sama, keluar jalan-jalan kat pekan Taiping, pergi Bukit Larut, Lake Garden, mandi air terjun di Burmese Pool, pergi funfair, dan macam-macam aktiviti lagi.

Tapi sekadar kawan je masa tu sebab si dia belum bersedia nak couple katanya.

Memori cinta di Taiping
Taiping tempat pertemuan aku dan isteri tercinta

Percintaan Jarak Jauh

Habis semester akhir, kitorang terpaksa berpisah sebab dah habis study. Si dia pulang ke kampung tapi aku masih kat situ sebab kena repeat paper. Huuu. Sedih je rasa time tu.

Tapi ok la dapat tumpang gembira dengan kejayaan si dia terima anugerah dekan. Si dia pelajar cemerlang kat kolej. Aku pula seorang budak bermasalah yang ada rekod buruk dan teruk kat kolej. Haha..

Kadang-kadang segan juga bila fikirkan diri yang ‘tak berapa betul’ ni impikan untuk memiliki seorang wanita yang cukup ‘sempurna’ (bagi aku).

Tapi yang amat gembirakan aku bila si dia tetap terima diri aku seadanya.

Pada malam terakhir di kolej, si dia SMS beritahu dia terima ‘lamaran’ aku untuk jadi kekasih hati. Seronoknya!! Tak sia-sia aku menunggu dari awal semester sampai akhir semester.

Sejak dari tu mula timbul rasa nak berubah dalam diri ni. Nak berubah menjadi lebih baik. Untuk si dia.

Semasa majlis konvokesyen si dia, aku datang tengok. Masa tu juga pertama kali aku jumpa mak dan ayah dia. Jantung berdebar-debar betul time tu! Dup dap dup dap!

Hati rasa terpaut

Tahun 2006 kitorang jumpa balik bila si dia bekerja di Kajang. Aku pula praktikal di Muzium Negara. Hujung minggu kitorang keluar dating di KL.

Lepas tamat praktikal, si dia recommend aku kerja di company percetakan tempat dia bekerja.

Sejak dari tu kitorang asyik berkepit je. Tapi bila dah selalu sangat berkepit mula lah timbul krisis tu krisis ni dan pelbagai masalah lain yang hampir-hampir memisahkan aku dan si dia.

Kalau Dah Jodoh Takkan Ke Mana

Kalau dah jodoh takkan ke mana. Begitulah aku dan si dia. Walaupun dah banyak kali bergaduh, merajuk, terpisah, jumpa balik, pastu terpisah lagi, kemudian berjumpa balik dan macam-macam peristiwa lagi yang berlaku. Tapi dua hati tetap kembali bersatu.

Cewahh!

Awal tahun 2012 aku ambil keputusan hantar rombongan meminang si dia. Malu betul rasanya bila nak bagitau mak dan abah aku untuk pergi masuk meminang. Hehe.

Aku dan si dia pun bertunang selama 6 bulan.

Alhamdulillah sepanjang tempoh pertunangan takda berlaku apa-apa masalah walaupun ada yang berpesan supaya berhati-hati dan bersiap-sedia sebab dugaan bertunang tu dahsyat katanya. Sebab tu kot ramai yang bagitau jangan bertunang lama-lama.

Dipendekkan cerita, akhirnya pertemuan dua hati dan perkenalan aku dengan si dia selama lebih kurang 9 tahun disatukan secara rasmi sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 31 Ogos 2012.

Rasa seronok dan bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah.

Dah berkahwin ni rasa ada kelainan sikit dalam hubungan aku dan isteri tercinta. Bila dah tinggal bersama jadi lebih memahami sikap dan perangai masing-masing.

Rasa lebih menyayangi. Rasa lebih ‘geram’ pun ada. Hehe..

Akad nikah Anarm dan Suraya
Aku terima nikahnya Si Dia binti Ayah Dia dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut

Pengalaman Menarik Sepanjang Perkahwinan

Sekarang dah hampir 1 bulan aku dan si dia hidup sebagai suami isteri. Adakalanya rasa macam tak percaya kitorang dah berkahwin. Pengalaman malam pertama.. eh, yang tu tak boleh cerita. Haha. Tak boleh!

Tak tau nak cerita apa pengalaman menarik sepanjang perkahwinan ni sebab masih junior lagi usia perkahwinan kitorang. Yang pasti semuanya manis belaka.

Hanya orang dah berkahwin je tahu betapa menarik, seronok dan bestnya perkahwinan. Kalau nak tahu, kena la kahwin cepat-cepat ye.

Semoga Allah SWT berkati hubungan aku dan si dia, berikan hati yang sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup berumahtangga. Semoga kami kekal bahagia selama-lamanya dan dikurniakan zuriat secepat mungkin. Tak sabar nak ada baby. Hehe.

40 Comments

  1. wah …haha..lawak ayat aku terima nikah Si Dia binti Ayah Dia ..haha
    terbaik …

  2. Satu kisah pecintaan dari awal perkenalan sampai ke jinjang pelamin,sebagai seorang kawan,aku doakan supaya ko menang contest ni

  3. Seronoknya baca kenangan-kenganan indah dalam penyatuan Dua Hati.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.. ;)

    • Teringin nak join Giveaway ni.. Tapi malulah nak cerita pasal kisah cintun-cintun saya dan isteri.. hehehe.. Good Luck.. ;)

  4. Hehehe..menarik betul kisah cinta anarm ni..memang betul anarm..hanya mereka yang sudah berkahwin tahu apa yang sedapnya berkahwin ni..hahahaha…aku pernah melalui sama mcm anarm lalui juga..semoga berbahagia smp ke akhir hayat yer…aminnn

  5. 9 tahun masa berkenalam bukan waktu yang lama, syukurlah disatukan dalam sebuah pernilkahan..
    keren ni ceritanya :cheerful:

  6. tertarik nak baca entri ni sebab tajuk. Sebab Sya nak tahu perasaan orang lelaki yang jatuh cinta pandang pertama. Dulu sya tak percaya dengan sekali pandang terus suka ni. Bila dah sendiri alami, baru percaya yang ianya wujud. Nak buat macam su lah, lama baru terima :-)

  7. Oh bestlah zaman skarang muda-mudi becinta byk kemudahan,SMS/Emel ada..,masa aku 28 tahun lalu,aku gorat isteri dgn tel pejabat jer…kebetulan ada kaitan dgn tugas pula masa tu….so 2 dalam 1 lah….!!!

  8. Assalamualaikum, wah terharu baca cerita kau anarm :), agak lama 9 tahun dan sudah ketentuan Allah swt, kamu disatukan :), insyallah aku bakal menyunsur :wink: .

    • @ann, Alhamdulillah.. dalam bercinta 9 tahun tu macam2 ujian berlaku.. nasib baik boleh tempuhi sama2 dan berkahwin jugak akhirnya.. best.. :tongue:

  9. aku nak komen apa pon tak tahu sebab dah komen dekat dekat blog si Sue tadi haha.. tapi 9 tahun tempoh kenal tu memang lama tahniah sebab berjaya sampai je jinjang pelamin.. semoga rumah tangga korang bahagia dan kekal sampai bila-bila hehehe

  10. Lama gak ek ko berkawan dengan isteri tu. Alhamdulillah berkekalan.
    Sblm ni pernah beberapa kali ke Taiping, sebab abang belajar kat seratas.

  11. Cepat cepat timang baby ye… pas tu jemput i ke majlis cukur jambul… kui kui kui! LOL! :cheerful:

  12. Comel jer baca cerita ni… bertambah comel bila tengok gambar lelama tu… klasik… semoga bro dan suraya kekal bahagia selamanya, dan aku doakan semoga bro menang contest ni, walaupun aku pun sertai gak, tapi biarlah pengantin baru yang menang kan… :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *