Minggu lepas aku bercuti seminggu niat nak balik kampung di Perak nak setelkan urusan permohonan untuk berkahwin. Tapi disebabkan abang ipar eksiden, mak abah aku pun sekarang ada dekat-dekat sini je, tak jadi la balik kampung.
Aku nak balik kampung sebab ada orang cakap permohonan untuk berkahwin ni perlu dibuat ikut alamat dalam IC atau kad pengenalan.
Kalau IC alamat Perak, kena buat di Perak. Kalau IC alamat Kelantan, kena buat di Kelantan. Kalau IC alamat Johor, Kedah, Melaka, Pahang, kena ikut negeri masing-masing.
Untuk dapatkan kepastian, aku pergi tanya orang Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat di Kajang. Nasib baik orang pejabat agama tu cakap boleh je buat kat sini.
Ujian HIV pula boleh buat di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Rasa lega sikit.
Kalau tak silap aku time hadir kursus kahwin dulu memang ada diterangkan prosedur macam mana nak mohon kebenaran untuk berkahwin. Tapi masa kursus kahwin tu aku macam tak ambil kisah sangat sebab time tu tak terfikir langsung nak kahwin bila. Aku nak dapatkan sijil kursus kahwin tu je. Hehe..
Tau-tau dah bertunang. Lepas tu tak sangka pula tahun 2012 ni akan berlangsung majlis.
Rasa berdebar-debar sangat.
Aku pergi kursus kahwin dulu sebab ada dengar cerita harga untuk kursus kahwin akan dinaikkan. Tak tau betul ke tidak. Sebab tu cepat-cepat aku pergi kursus kahwin dengan cik tunang.
Tapi kalau betul akan dinaikkan harga, baik pergi kursus kahwin sekarang. Baru RM80.
Kursus kahwin sekali je kena pergi dan sijil kursus kahwin sah untuk seumur hidup. Dah naik harga nanti baru padan muka menyesal kena bayar lebih.
Borang Nak Kahwin dan Ujian HIV
Borang permohonan kebenaran berkahwin aku dah ambil minggu lepas di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Dah siap isi nanti nak kena bawa mengadap Penolong Pendaftar Nikah pulak nak mintak sign pengesahan.
Jangan dia tanya macam-macam soalan sebelum sign borang tu dah la.
Ujian HIV pun aku dah buat dah. Lebih kurang 15 minit terus dapat result ujian. Result ujian HIV ni sah untuk tempoh 6 bulan sahaja. So, tak boleh buat awal-awal sangat.
Ada orang cakap paling elok buat 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Ujian HIV aku lulus dengan cemerlang! Tapi jari pedih siot kena cucuk jarum. Aku memang tak suka jarum. Huuu..
Sebelum kena cucuk jarum doktor ada tanya “Pernah melakukan hubungan seks? Pernah ambil dadah tak? Pernah terima darah tak? Kena jawab dengan jujur yee“. Aku pun apa lagi, 100% kejujuran aku bagi kat doktor tu.
Aku rasa ada hikmahnya aku tak jadi balik kampung. Semua urusan dengan borang kahwin ni aku kena buat sendiri. Dapat juga timba pengalaman.
Lepas dah selesai urus borang permohonan kahwin lelaki ni, boleh la bagi pada cik tunang untuk dia uruskan borang dia pulak.
Harap-harap semua urusan berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T..
salam,utk test hiv perlu bawa ape2 borang taw form x?
@lan, Waalaikumussalam.. Untuk test HIV ni kalau tak silap dia bergantung pada negeri mana kita buat test tu..
Sesetengah negeri tak perlu bawa apa2 borang atau form.. Bawa badan je pergi kat mana2 klinik kesihatan kerajaan.. Kat situlah ambil borang, kat situlah isi borang dan buat ujian darah..
Sesetengah negeri pulak dia dah sekalikan borang HIV test tu dengan borang permohonan kahwin.. Kalau ada disertakan sekali borang tu, kena la isi dan bawa borang yg dah diisi tu semasa nak pergi buat HIV test..
Untuk kepastian, boleh tanya Pejabat Agama Islam daerah tempat tinggal sekarang.. atau boleh jugak terus pergi ke klinik kesihatan kerajaan yg berdekatan..
HIV test ni tak kisah buat kat mana2 asalkan klinik tu MILIK KERAJAAN.. klinik swasta tak boleh buat..
Tahniah2..wah, demam kawen nampak. planning nak kawen juga.but im still gtudy lorr…gatai..
Tahniah tuan..semoga berjalan lancar segala urusan nya…. :biggrin:
jawapan adalah rahsia. aku suka. haha.. :biggrin:
Terima kasih untuk entry ini.
Banyak membantu bro dalam membuat keputusan penting dalam hidup bro juga.
Borang dah lama ada, masih belum di isi.
Takut juga nak buat HIV… Bukan takut dengan resultnya tetapi takut dengan jarumnya.
Jika ada apa-apa yang bro perlu tahu, mu kongsikan di blog ini.. Insya’lah bro akan membacanya
Kat tempat aku study la ni kira murah. Baru RM 65 jer. Jika nak banding dengan kat luar sana.. hehe
@shaharil, RM65 tu dah kira cukup murah.. setengah2 tempat luar sana dengar cerita ada yang dah naik sampai RM100 lebih..
@shaharil, kitorng student dekat luar negara, dapat free
Masa saya dulu belum ada lagi ujian HIV..Baguslah kalau setiap pasangan nak bernikah kena buat.
sy pon lom pi kursus lgik..bgus la entri ni sbb btau step2 yg perlu diambil.. :)
Ujian selepas in shake hand dengan Tok kadi pula. Jangan sonyap yo selepas Tok kadi henjut tangan. :-)
@akubiomed, taktau la camne nanti.. entah2 cakap tak keluar suara.. neves sangat.. hahaha..
@akubiomed, hahahaha nervous punya pasal, TERGAMAM, suma lupa :dizzy:
Beres semua dh senang bro … cepat settle nnt tak payah kalut2 nak uruskan lagi … pengalaman
@razifredz, yup.. nak kena settle secepat mungkin.. nanti nak kena uruskan banyak benda2 lain pulak.. masa makin suntuk.. *pengsan* haha..
aku punya borang, Kedah tulis jawi.
pasal HIV tuh aku nak tanya sikit sebab aku tak buat lagi;
1- Bukan valid 3 bulan ja ka?
2- Dekat mana-mana pon boleh buat? Aku dengar dekat kursus dia kata kat negeri nak kahwin ja.
Ada kontek number pejabat agama hulu langat tuh dak?
@OrangAkaun, kalau dari apa yang ditulis kat bahagian bawah surat HIV ada dengan aku ni, memang jelas tunjuk valid untuk tempoh 6 bulan.. taktau la mungkin kalau lain negeri lain pulak tempoh dia.. hiv test boleh je buat kat mana2 klinik kerajaan.. yang penting dapat dia punya result..
kontek number pejabat agama hulu langat aku takde.. aku pergi sana terus hari tu pun lupa nak tanya nombor phone.. ni kot nombor dia, aku ambil dalam web JAIS..
PAID HULU LANGAT
TEL : 03-87377387 / 03-87361381 / 03-87330428
@Anarm, Kira aku dapat maklumat salah la. Thanks bro!
@OrangAkaun, tak tau salah maklumat ke tak.. nak lebih yakin cuba tanya orang pejabat agama terdekat..
dulu aku masuk kursus kahwin pun bermotifkan macam ko..nak sijil je
tapi jangan risau bro…untuk buat perkara baik ni, insyaallah Dia akan permudahkan jalan kita
@wandisini, harap2 dipermudahkan oleh-Nya.. seram sejuk pulak bila fikir dah nak kawin.. huhu..
Haha..Tahniah…Debar kenapa pulak??nk kwin best la…haha
@Hafizul, terima kasih.. hehe.. debar2 la rasa takut nak jawab akad nikah, segan nak sanding depan orang ramai, macam2 lagi.. :dizzy:
@Anarm, Emm sy hari tu hafal lirik akad nikah tu..Last2 tok kadi suruh baca lirik dia..haha nasib sekali lafaz je, semua settle…Emm mcm mn nk buat bila sy blas komen seseorng dlm blog sy, dan akan di bgtau dalam emel orang tu…Macam yang en anarm buat ni. Bila en anarm bls komen sy ni, terus masuk dalam emel sy ckp komen sy dekat blog anarm dah dibalas..nak buat mcm mn yer???hehe
@Hafizul, time akad ada skrip depan mata ek? senang la kalau camtu.. hehe..
fungsi komen yang bagitau dalam email tu boleh guna plugin wordpress — Comment Reply Notification..
@Anarm, eh mana ada script..oooo tq anarm….
@Hafizul, takde skrip eh? kena ingat dalam kepala jela camtu? adehh.. :pinch: