Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

Alhamdulillah, permohonan kahwin dah diluluskan oleh pendaftar di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Nasib baik ada seseorang yang aku baru kenal di internet baik hati bagi panduan dari A sampai Z macam mana nak uruskan semua borang permohonan berkahwin ni.

Sebelum ni ada mereka-mereka yang bagi info salah katanya permohonan berkahwin mesti buat di pejabat agama Islam ikut alamat dalam IC atau kad pengenalan. Macam aku ni alamat IC kat Perak. Penat juga nak balik Perak.

Kena pulak kalau ada urusan tertangguh terpaksa berulang balik kampung. Mungkin yang tu prosedur permohonan berkahwin dulu-dulu kot.

Borang permohonan berkahwin lelaki

Bagi yang berbeza alamat IC dengan alamat tempat tinggal sekarang boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan, ambil borang permohonan berkahwin dan borang akuan pengesahan mastautin untuk mengesahkan korang dah menetap di tempat tinggal sekarang dah melebihi 4 bulan (syarat mastautin).

Kalau kurang daripada 4 bulan yang tu tak dikira mastautin. Kena balik kampung lah kot, atau pergi tukar alamat dalam IC guna alamat tempat tinggal sekarang.

Prosedur Permohonan Berkahwin (Lelaki)

  • Pergi Kursus Pra Perkahwinan

    Kalau tak nak kahwin lagi pon takpe, boleh je pergi kursus kahwin sebab sijil kursus sah untuk seumur hidup. Best pergi kursus kahwin. Banyak ilmu yang korang tak pernah terfikir akan dapat dari kursus tu. Aku pergi kursus kahwin kat Al Shahir Putrajaya. RM80 je untuk 2 hari kursus.

  • Dapatkan Borang 2A (Permohonan Berkahwin)

    Boleh dapatkan di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing, atau bagi yang menetap di Selangor boleh buat permohonan berkahwin secara online melalui laman web ncr.jais.gov.my. Aku tak tahu macam mana buat secara online tu sebab aku buat secara manual.

    Bagi yang ada perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat IC pastikan ada juga Borang 1 (Akuan Pengesahan Mastautin).

    Jangan lupa tanya siapa nama Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang perlu kita jumpa nanti untuk buat pengesahan pada borang. Minta nombor telefon PPN tu bagi memudahkan kita contact dia untuk sebarang urusan.

  • Pemeriksaan Ujian Darah (HIV)

    Ujian saringan HIV boleh buat di KLINIK KERAJAAN SAHAJA! Tak kisah kat mana-mana pon asalkan klinik kerajaan. PAID tempat aku (Selangor) suruh pergi terus ke klinik kerajaan dan dapatkan borang ujian HIV kat klinik tu.

    Untuk negeri-negeri lain, borang ujian HIV ada juga yang dikeluarkan oleh pejabat agama sendiri. Aku pun tak pasti sangat. Sila rujuk pejabat agama di daerah/negeri masing-masing.

    Nak buat ujian HIV biasanya kena set appointment dulu. Bila dah buat ujian darah lebih kurang 10-15 minit terus dapat result. Doktor klinik aku pergi hari tu cakap di Selangor kalau keputusan ujian darah negatif, takde masalah, dia akan bagi satu salinan result yang dah disahkan kepada kita. Kalau positif HIV, dia takkan bagi.

    Keputusan ujian HIV sah selama 6 bulan sahaja. Jangan buat awal sangat ye.

  • untung kalau kahwin

  • Lengkapkan Borang Permohonan Berkahwin dan Dokumen Sokongan

    Borang permohonan berkahwin mesti dilengkapkan dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah. Isi semua maklumat yang diperlukan kecuali bahagian tarikh dan tandatangan tinggalkan kosong dulu.

    Kalau takut tersalah isi, tulis dulu dengan pensel sebelum tulis betul-betul guna pen dakwat hitam atau biru (semua huruf besar). Sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan.

    DOKUMEN SOKONGAN
    SEMAKAN
    1
    Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
    X
    2
    Salinan MyKad (warganegara) / passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
    X
    3
    Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan salinan (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
    X
    4
    Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja)
    X
    5
    Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam Kad Pengenalan).
    X
    6
    Surat Perakuan Cerai dan salinannya. (Jika bercerai hidup).
    7
    Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kematian pasangan beserta salinannya (Jika bercerai mati).
    8
    Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
    9
    Surat kelulusan dari KAGAT / PDRM (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).
    10
    Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat / Kedutaan / UNHCR dan Imigresen (Jika warganegara asing).
    11
    Salinan Borang 2A dan dokumen sokongan (Jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara) – *buat 2 salinan
    X

    Tanda semakan ‘X’ tu dokumen sokongan yang aku lampirkan dalam borang

  • Dapatkan Pengesahan Penolong Pendaftar Nikah

    Borang yang dah lengkap diisi (tanpa tarikh dan tandatangan) perlu dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Qariah (PPN). Bawa bersama 2 orang saksi lelaki semasa proses pengesahan borang.

    Pemohon yang nak berkahwin dan 2 saksi tu akan turunkan tandatangan di depan PPN sebelum PPN sahkan permohonan tu dengan tandatangan beliau dan cop rasmi. Tulis tarikh hari pengesahan dibuat.

    Untuk proses ni ada yang beritahu supaya persiapkan diri sekiranya ditanya sebarang soalan berkaitan agama Islam. Aku tak kena soal. Hehe..

  • Hantar Borang Permohonan Nikah ke Pejabat Agama Islam

    Lepas semua pengesahan pada borang dah dibuat, bolehlah hantar borang permohonan kahwin tu ke pejabat agama. Bayar RM10 dan datang balik esok untuk ambil borang yang telah diluluskan oleh pendaftar nikah kahwin.

    Sesetengah tempat boleh dapat terus hari yang sama. Sebelum pergi hantar pastikan dah buat 2 salinan semua borang dan dokumen sokongan (jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara).

  • Bagi Borang Permohonan Berkahwin Kepada Pasangan

    Borang permohonan kahwin lelaki yang dah diluluskan perlu bagi kepada pasangan untuk si dia uruskan permohonan berkahwin perempuan pula. Si dia akan buat prosedur yang sama juga cuma kalau tak silap aku ada perbezaan sikit yang melibatkan wali dan kadi.

Akhirnya selesai juga urusan permohonan aku untuk berkahwin. Sekarang ni cuma tunggu cik tunang uruskan borang permohonan dia pulak. Lepas dah selesai semua boleh la kahwin. Yeayy!

Cuma ada satu lagi urusan aku belum selesai. Rumah sewa tak jumpa jumpa lagi ni. Adehh.. Takkan lepas kahwin pun nak duduk rumah bujang asing-asing lagi kot. Mana tahan..


p.s. Dalam senarai semak dokumen sokongan takde bagitau tentang Surat Akuan Bujang. Tapi aku ada buat surat akuan bujang sebab member ofis cakap kena buat. Surat akuan bujang boleh minta dengan majikan tempat kerja atau pergi minta dengan penghulu. Aku taip sendiri je lepas tu bagi kat majikan untuk sign dan sahkan aku masih bujang.

66 Comments

  1. salam,saya nk tnye sye lahir dari johor tetapi alamat ic saya ni di penang,saya dah duduk di sini 10tahun,macam mne ye..tunang saya org kedah.cm mne yer.saya cadang nk nikah 30julai niy.tolng sye cm ne nk wat proses ni

    • Waalaikumussalam.. Permohonan kahwin boleh je buat kat mana2.. Buat kat Johor boleh, buat kat Penang pun boleh.. Paling mudah, permohonan kahwin tu buat kat tempat kita tinggal atau tempat kita bermastautin atau ikut alamat dalam IC.. Pergi ke Pejabat Agama Islam yang terdekat.. Tunang orang Kedah pun sama jugak..

      Selesaikan dulu permohonan kahwin pihak lelaki.. Bila dah siap, pihak lelaki kena serah surat kebenaran berkahwin dia kepada pihak perempuan untuk perempuan pulak buat permohonan berkahwin..

      Senang je.. Tak perlu pening2.. Nak lebih detail lagi boleh pergi atau call Pejabat Agama Islam lepas tu tanya diorang.. InsyaAllah diorang akan bantu.. :)

  2. As salam saudara, saya ada sedikit kemusykilan . Harap awak dapat bantu . Saya akan berkahwin bulan 8 nanti di Johor. Tapi saya menetap di Shah Alam. saya baru lepas buat ujian HIV di klinik kerajaan di Klang . Keputusan nya doktor sudah bagitahu iaitu NEGATIVE . Cuma , pada kertas biru yang doctor bagi untuk salinan saya bawak pulang tu, tak de tulis KEPUTUSAN UJIAN sama ada Positive atau negative . Jadi kalau saya lampirkan kertas biru (Salinan HIV) pada borang nikah , pejabat agama terima ke ? Harap saudara dapat membantu. :(

    • Waalaikumussalam..
      Pejabat agama terima.. Kalau dah dapat kertas tu maknanya ujian darah OK.. Dalam kertas takde tulis keputusan ujian atas sebab kerahsiaan.. Kalau keputusan ujian darah tak OK, doktor takkan bagi kertas salinan.. Akan ada sesi kaunseling kalau keputusan tak OK sebelum dibenarkan berkahwin..

      Ujian HIV dah selesai, bolehlah teruskan dengan urusan permohonan kahwin tu.. Tahniah ye..

      • Ohhh . macam tu ya . Tapi ada lagi sikit kemusykilan la . Sorry ya banyak tanya . :) Tunang saya punya Salinan warna biru tu , ada tulis keputusan dia ‘NEGATIVE’ . Cuma kat kertas saya je tak de . Itu yang saya agak confuse tu . Tapi kalau saudara kata pejabat agama boleh terima , senang la hati saya . Sebab risau jugak kalau pejabat agama tak terima , nanti kena buat lagi sekali ujian nya . :(

  3. Salam.. saya nk tnya, admin buat ujian HIV pakai borang HIV JAIS ke? mmg die bg borang camtu je ke? xltak dalam sampul yang diseal ke??pasal ada yng cakap sepatutnya borang HIV tu kena letak dalam sampul yang disealkan
    Terima kasih

    • Ujian HIV boleh terus pegi klinik kesihatan kerajaan pastu cakap nak buat ujian HIV untuk kahwin.. Nanti dia akan bagi borang untuk isi dan lepas tu buat ujian darah.. Takpun cuba tanya borang ujian HIV tu kat pejabat agama.. Ada sesetengah negeri diorang bagi borang permohonan kahwin sekali dengan borang HIV.. Sesetengah negeri lagi ambik kat klinik kesihatan je.. Kena cuba tanya diorang..

      Yang sampul kena seal tu rasanya bukan borang.. tapi keputusan ujian HIV.. Masa buat dulu (kat Selangor) doktor tak seal pun keputusan HIV tu.. Dia terus bagitau dan tunjuk keputusan ujian darah tu ok atau tak ok.. Kalau tak ok, akan ada tambahan sesi lain lagi (kaunseling, etc) sebelum dibenarkan berkahwin..

      • maaf sbb tersalah.. mksd saya keputusan.. ari tu lepas saya buat ujian HIV, die cuma bg mcm tu je.. JAIS terima ke?

        • Terima.. Diorang ada rekod yang akan submit ke JAIS.. Saya buat dulu dia takde bagi pun.. Doktor cuma tunjuk je kertas keputusan ujian tu dan dia simpan.. Lepas tu balik tak bawa apa2 pun.. Klinik tempat saya buat ujian dulu, kalau dia tak serah result ujian maknanya result ok.. Kalau dia serah kertas ujian tu maknanya positif HIV..

          • owh.. sebab saya ari tu, dia serah keputusan & ckp result negatif pastu die suruh serah je pada pegawai agama

            • Ok lah camtu.. Boleh serahkan pada pegawai agama.. Takde masalah apa dah.. Just lengkapkan permohonan, submit dan lepas tu boleh fokus pada persiapan untuk berkahwin..

  4. Asalamualaikum…saya org pahang dan ingin berkahwin dgn seorg gadis d selangor. Adakah saya perlu mengisi borang 2a atau atau pon isi borang kebenaran berkahwin d pahang?
    Yang ke dua, saksi semestinya org pahang atau org dr selangor pon boleh?
    Terima kasih

    • Waalaikumussalam, Faizal.. Borang 2A tu borang untuk pemohon yang nak bernikah di luar daerah / negeri.. Kalau nak bernikah di Selangor, perlu isi borang 2A sebab luar daripada Pahang.. Kalau nak bernikah di Pahang, yang di Selangor perlu isi borang 2A.. Masa ambil borang boleh tanya orang di Pejabat Agama Islam untuk lebih jelas lagi..

      Saksi untuk borang permohonan tak kisah orang dari negeri mana.. Kawan2 terdekat pun boleh jadi saksi..

        • Waalaikumussalam.. Untuk pengesahan mastautin tu seeloknya bawak lah saksi sekali.. Kalau kita kenal rapat dengan penghulu / ketua kampung, mungkin tak kisah sangat tak bawak saksi pun.. Bahagian butiran saksi pastikan dah isi..

          Cuma bila nak buat pengesahan borang dengan Penolong Pendaftar Nikah, time tu mesti bawak saksi sebab saksi perlu tandatangan depan Penolong Pendaftar Nikah..

          • Terima kasih atas jawapan tersebut.. satu lg, Ape yang perlu dibawa semasa nak buat pengesahan maustatin? dan juga, dimana perlu jumpa Penolong Pendaftar Nikah? adakah di kawasan tmpat tinggal ataupun di Jabatan Agama Daerah?

            • Pengesahan mastautin just bawak borang akuan mastautin yang dah isi.. Bila dah lengkap semua borang, baru boleh bawak borang2 tu jumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah untuk dia sahkan semua borang permohonan..

              Penolong Pendaftar Nikah pulak boleh tanya orang kat Jabatan Agama Islam Daerah.. Nanti dia akan bagitau dengan siapa kita kena jumpa, kat mana boleh jumpa, dan boleh ambil nama dengan no.phone untuk contact terus dengan Penolong Pendaftar Nikah tu.. Biasanya kat Jabatan Agama diorang ada tampal senarai nama Penolong Pendaftar Nikah ikut daerah dan kawasan masing2..

          • Salam.. boleh x jika adik perempuan kepada bakal isteri sy yang jadi saksi untuk permohonan perkahwinan saya??

  5. Assalamualaikum wbt. Saya ada sedikit persoalan disini utk dikemukakan kepada saudara.

    Detail saya:-
    – Saya dilahirkan di Kelantan, jadi I/C tengahnya 03 tapi saya menetap dari lahir hingga sekarang selama 25 tahun di Kajang.

    Detail bakal suami:-
    – Bakal suami dilahirkan di Terengganu, jadi I/C tengahnya 02 tapi dia menetap dari lahir hingga sekarang selama 25 tahun area Bangi & Kajang.

    Saya akan bernikah di Kelantan iaitu di kampung saya pada hujung bln 3/2014, insyaAllah. Saya akan mengunakan borang permohonan kahwin negeri Kelantan manakala bakal suami menggunakan borang permohonan kahwin negeri Selangor. Persoalannya di sini, dalam borang permohonan kahwin saya nanti perlu gunakan alamat di kampung atau alamat dalam I/C saya? Perlu juga ke attach sekali dengan Borang Akuan Pengesahan Permastautin? Saya ucapkan terima kasih banyak & hanya Allah saja boleh balas segala kebaikan saudara.

    • Waalaikumussalam.. Borang Pengesahan Mastautin tu hanya diperlukan kalau alamat dalam IC tak sama dengan negeri tempat ambil Borang Permohonan Kahwin..

      Tentang nak guna alamat mana satu.. Kalau IC memang alamat di Kelantan, boleh guna alamat IC.. Kalau IC bukan alamat Kelantan, boleh jugak guna alamat kampung.. Cuma yang IC bukan alamat Kelantan tu tak pasti pulak kena ada borang pengesahan mastautin ataupun tak..

      Cuba tanya Pejabat Agama Islam Daerah tempat nikah.. Boleh dapat info lebih tepat.. Urusan kahwin ni lain negeri lain prosedur dia.. Takut tersalah bagi info.. :)

  6. Thanks for the info. Alamat rumah skrg dgn alamat dlm ic sy berbeza. jadi, untuk isi borang permohonan nak guna alamat yg mana ye? Sbb tunang saya isi borang dia guna alamat ic saya. jd sy tak pasti utk borang saya perlu isi guna alamat yg mana. awak tau tak?

    • Untuk borang permohonan kahwin guna alamat tempat tinggal sekarang. Kalau alamat tempat tinggal sekarang berbeza dengan alamat dalam IC, kena isi juga Borang Akuan Pengesahan Pemastautin. Borang akuan tu sahkan dengan Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A.

      Kalau alamat ikut dalam IC, borang permohonan kahwin kena dapatkan di pejabat agama yg berhampiran dengan alamat IC. Misalnya sekarang ni tinggal di Selangor, tapi alamat IC di Pahang. Kalau ikut alamat IC, kena balik Pahang untuk ambil borang kat sana, isi dan buat pengesahan sebelum submit di Pahang jugak.

      Kalau nak ikut alamat tempat tinggal sekarang, ambil Borang Permohonan Kahwin + Borang Akuan Pemastautin di pejabat agama berhampiran dengan tempat tinggal. Borang Akuan Pemastautin tu untuk sahkan yang kita dah jadi penghuni tetap di kawasan tu (sekurang-kurang 3 bulan).

      Paling mudah rasanya guna alamat tempat tinggal sekarang.

    • @yuyu, Masa saya buat dulu memang macam tu.. Hari ni hantar borang ke Pejabat Agama Islam, esok dah boleh pergi ambik borang rasmi kebenaran nikah yang dah diluluskan.. Masa hantar borang tu, orang pejabat agama sendiri yang bagitau boleh datang esok utk amik borang.. Tapi kat negeri2 lain tak tau pulak macam mana prosedur dia.. Ada juga dengar cerita (taktau negeri mana) borang yang hantar tu boleh ambik terus hari tu jugak..

    • @pali, waalaikumussalam.. untuk permohonan kahwin tak kisah sape2 pun boleh jadi saksi.. kawan rapat pun boleh jadi saksi.. sebab untuk saksi borang je.. saya pun mintak tolong kawan jugak untuk jadi saksi masa buat pengesahan borang permohonan kahwin..

  7. klu salah nama tapi sebutan betul diterima lepas ke daftar kat belah pompuan ah??.. takot x lopeh plak…hihihi….

  8. Thank untuk info nie…

    HIV test je bro xbuat lagi..

    Pemohonan nikah bro buat dekat tempat bro.. walaupun dah bertahun dok KL… tapi xrasa macam bermastautin dekat sini.

  9. aku punya tulis jawi..juling mata jugak la nak baca..hahaha
    Aku punya Kedah pengakuan bujang tak payah tulis surat. Dalam borang ada part tuh. Just bawak jumpa tok imam kariah, mintak dia tolong sahkan ja.

Leave a Reply