AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

Permohonan Kahwin Dah Diluluskan

28/06/2012 Anarm 66 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Alhamdulillah, permohonan kahwin dah diluluskan oleh pendaftar di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Nasib baik ada seseorang yang aku baru kenal di internet baik hati bagi panduan dari A sampai Z macam mana nak uruskan semua borang permohonan berkahwin ni.

Sebelum ni ada mereka-mereka yang bagi info salah katanya permohonan berkahwin mesti buat di pejabat agama Islam ikut alamat dalam IC atau kad pengenalan. Macam aku ni alamat IC kat Perak. Penat juga nak balik Perak.

Kena pulak kalau ada urusan tertangguh terpaksa berulang balik kampung. Mungkin yang tu prosedur permohonan berkahwin dulu-dulu kot.

Borang permohonan berkahwin lelaki

Bagi yang berbeza alamat IC dengan alamat tempat tinggal sekarang boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan, ambil borang permohonan berkahwin dan borang akuan pengesahan mastautin untuk mengesahkan korang dah menetap di tempat tinggal sekarang dah melebihi 4 bulan (syarat mastautin).

Kalau kurang daripada 4 bulan yang tu tak dikira mastautin. Kena balik kampung lah kot, atau pergi tukar alamat dalam IC guna alamat tempat tinggal sekarang.

ISI KANDUNGAN hide
1 Prosedur Permohonan Berkahwin (Lelaki)
1.1 Pergi Kursus Pra Perkahwinan
1.2 Dapatkan Borang 2A (Permohonan Berkahwin)
1.3 Pemeriksaan Ujian Darah (HIV)
1.4 Lengkapkan Borang Permohonan Berkahwin dan Dokumen Sokongan
1.5 Dapatkan Pengesahan Penolong Pendaftar Nikah
1.6 Hantar Borang Permohonan Nikah ke Pejabat Agama Islam
1.7 Bagi Borang Permohonan Berkahwin Kepada Pasangan

Prosedur Permohonan Berkahwin (Lelaki)

  • Pergi Kursus Pra Perkahwinan

    Kalau tak nak kahwin lagi pon takpe, boleh je pergi kursus kahwin sebab sijil kursus sah untuk seumur hidup. Best pergi kursus kahwin. Banyak ilmu yang korang tak pernah terfikir akan dapat dari kursus tu. Aku pergi kursus kahwin kat Al Shahir Putrajaya. RM80 je untuk 2 hari kursus.

  • Dapatkan Borang 2A (Permohonan Berkahwin)

    Boleh dapatkan di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing, atau bagi yang menetap di Selangor boleh buat permohonan berkahwin secara online melalui laman web ncr.jais.gov.my. Aku tak tahu macam mana buat secara online tu sebab aku buat secara manual.

    Bagi yang ada perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat IC pastikan ada juga Borang 1 (Akuan Pengesahan Mastautin).

    Jangan lupa tanya siapa nama Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang perlu kita jumpa nanti untuk buat pengesahan pada borang. Minta nombor telefon PPN tu bagi memudahkan kita contact dia untuk sebarang urusan.

  • Pemeriksaan Ujian Darah (HIV)

    Ujian saringan HIV boleh buat di KLINIK KERAJAAN SAHAJA! Tak kisah kat mana-mana pon asalkan klinik kerajaan. PAID tempat aku (Selangor) suruh pergi terus ke klinik kerajaan dan dapatkan borang ujian HIV kat klinik tu.

    Untuk negeri-negeri lain, borang ujian HIV ada juga yang dikeluarkan oleh pejabat agama sendiri. Aku pun tak pasti sangat. Sila rujuk pejabat agama di daerah/negeri masing-masing.

    Nak buat ujian HIV biasanya kena set appointment dulu. Bila dah buat ujian darah lebih kurang 10-15 minit terus dapat result. Doktor klinik aku pergi hari tu cakap di Selangor kalau keputusan ujian darah negatif, takde masalah, dia akan bagi satu salinan result yang dah disahkan kepada kita. Kalau positif HIV, dia takkan bagi.

    Keputusan ujian HIV sah selama 6 bulan sahaja. Jangan buat awal sangat ye.

  • untung kalau kahwin

  • Lengkapkan Borang Permohonan Berkahwin dan Dokumen Sokongan

    Borang permohonan berkahwin mesti dilengkapkan dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah. Isi semua maklumat yang diperlukan kecuali bahagian tarikh dan tandatangan tinggalkan kosong dulu.

    Kalau takut tersalah isi, tulis dulu dengan pensel sebelum tulis betul-betul guna pen dakwat hitam atau biru (semua huruf besar). Sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan.

    DOKUMEN SOKONGAN
    SEMAKAN
    1
    Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
    X
    2
    Salinan MyKad (warganegara) / passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
    X
    3
    Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan salinan (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN).
    X
    4
    Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja)
    X
    5
    Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam Kad Pengenalan).
    X
    6
    Surat Perakuan Cerai dan salinannya. (Jika bercerai hidup).
    7
    Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kematian pasangan beserta salinannya (Jika bercerai mati).
    8
    Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
    9
    Surat kelulusan dari KAGAT / PDRM (Jika pemohon anggota Tentera / Polis).
    10
    Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat / Kedutaan / UNHCR dan Imigresen (Jika warganegara asing).
    11
    Salinan Borang 2A dan dokumen sokongan (Jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara) – *buat 2 salinan
    X

    Tanda semakan ‘X’ tu dokumen sokongan yang aku lampirkan dalam borang

  • Dapatkan Pengesahan Penolong Pendaftar Nikah

    Borang yang dah lengkap diisi (tanpa tarikh dan tandatangan) perlu dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Qariah (PPN). Bawa bersama 2 orang saksi lelaki semasa proses pengesahan borang.

    Pemohon yang nak berkahwin dan 2 saksi tu akan turunkan tandatangan di depan PPN sebelum PPN sahkan permohonan tu dengan tandatangan beliau dan cop rasmi. Tulis tarikh hari pengesahan dibuat.

    Untuk proses ni ada yang beritahu supaya persiapkan diri sekiranya ditanya sebarang soalan berkaitan agama Islam. Aku tak kena soal. Hehe..

  • Hantar Borang Permohonan Nikah ke Pejabat Agama Islam

    Lepas semua pengesahan pada borang dah dibuat, bolehlah hantar borang permohonan kahwin tu ke pejabat agama. Bayar RM10 dan datang balik esok untuk ambil borang yang telah diluluskan oleh pendaftar nikah kahwin.

    Sesetengah tempat boleh dapat terus hari yang sama. Sebelum pergi hantar pastikan dah buat 2 salinan semua borang dan dokumen sokongan (jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara).

  • Bagi Borang Permohonan Berkahwin Kepada Pasangan

    Borang permohonan kahwin lelaki yang dah diluluskan perlu bagi kepada pasangan untuk si dia uruskan permohonan berkahwin perempuan pula. Si dia akan buat prosedur yang sama juga cuma kalau tak silap aku ada perbezaan sikit yang melibatkan wali dan kadi.

Akhirnya selesai juga urusan permohonan aku untuk berkahwin. Sekarang ni cuma tunggu cik tunang uruskan borang permohonan dia pulak. Lepas dah selesai semua boleh la kahwin. Yeayy!

Cuma ada satu lagi urusan aku belum selesai. Rumah sewa tak jumpa jumpa lagi ni. Adehh.. Takkan lepas kahwin pun nak duduk rumah bujang asing-asing lagi kot. Mana tahan..


p.s. Dalam senarai semak dokumen sokongan takde bagitau tentang Surat Akuan Bujang. Tapi aku ada buat surat akuan bujang sebab member ofis cakap kena buat. Surat akuan bujang boleh minta dengan majikan tempat kerja atau pergi minta dengan penghulu. Aku taip sendiri je lepas tu bagi kat majikan untuk sign dan sahkan aku masih bujang.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : akuan bujang teruna, cara nak kahwin, daftar nikah, kahwin anak dara, permohonan berkahwin, prosedur kawin orang asing, prosedur untuk kahwin, tak tahan nak kahwin, untung kalau kahwin

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Licin Bila Basah
Next article:
Gushcloud Dah Jadi Web Lain

66 Comments

  1. siti says

    18/06/2014 at 9:05 PM

    salam,saya nk tnye sye lahir dari johor tetapi alamat ic saya ni di penang,saya dah duduk di sini 10tahun,macam mne ye..tunang saya org kedah.cm mne yer.saya cadang nk nikah 30julai niy.tolng sye cm ne nk wat proses ni

    Reply
    • Anarm says

      19/06/2014 at 6:42 PM

      Waalaikumussalam.. Permohonan kahwin boleh je buat kat mana2.. Buat kat Johor boleh, buat kat Penang pun boleh.. Paling mudah, permohonan kahwin tu buat kat tempat kita tinggal atau tempat kita bermastautin atau ikut alamat dalam IC.. Pergi ke Pejabat Agama Islam yang terdekat.. Tunang orang Kedah pun sama jugak..

      Selesaikan dulu permohonan kahwin pihak lelaki.. Bila dah siap, pihak lelaki kena serah surat kebenaran berkahwin dia kepada pihak perempuan untuk perempuan pulak buat permohonan berkahwin..

      Senang je.. Tak perlu pening2.. Nak lebih detail lagi boleh pergi atau call Pejabat Agama Islam lepas tu tanya diorang.. InsyaAllah diorang akan bantu.. :)

      Reply
  2. Mia says

    12/06/2014 at 1:55 PM

    As salam saudara, saya ada sedikit kemusykilan . Harap awak dapat bantu . Saya akan berkahwin bulan 8 nanti di Johor. Tapi saya menetap di Shah Alam. saya baru lepas buat ujian HIV di klinik kerajaan di Klang . Keputusan nya doktor sudah bagitahu iaitu NEGATIVE . Cuma , pada kertas biru yang doctor bagi untuk salinan saya bawak pulang tu, tak de tulis KEPUTUSAN UJIAN sama ada Positive atau negative . Jadi kalau saya lampirkan kertas biru (Salinan HIV) pada borang nikah , pejabat agama terima ke ? Harap saudara dapat membantu. :(

    Reply
    • Anarm says

      12/06/2014 at 4:50 PM

      Waalaikumussalam..
      Pejabat agama terima.. Kalau dah dapat kertas tu maknanya ujian darah OK.. Dalam kertas takde tulis keputusan ujian atas sebab kerahsiaan.. Kalau keputusan ujian darah tak OK, doktor takkan bagi kertas salinan.. Akan ada sesi kaunseling kalau keputusan tak OK sebelum dibenarkan berkahwin..

      Ujian HIV dah selesai, bolehlah teruskan dengan urusan permohonan kahwin tu.. Tahniah ye..

      Reply
      • Mia says

        13/06/2014 at 6:33 PM

        Ohhh . macam tu ya . Tapi ada lagi sikit kemusykilan la . Sorry ya banyak tanya . :) Tunang saya punya Salinan warna biru tu , ada tulis keputusan dia ‘NEGATIVE’ . Cuma kat kertas saya je tak de . Itu yang saya agak confuse tu . Tapi kalau saudara kata pejabat agama boleh terima , senang la hati saya . Sebab risau jugak kalau pejabat agama tak terima , nanti kena buat lagi sekali ujian nya . :(

        Reply
  3. fazrul says

    10/06/2014 at 9:17 AM

    Salam.. saya nk tnya, admin buat ujian HIV pakai borang HIV JAIS ke? mmg die bg borang camtu je ke? xltak dalam sampul yang diseal ke??pasal ada yng cakap sepatutnya borang HIV tu kena letak dalam sampul yang disealkan
    Terima kasih

    Reply
    • Anarm says

      10/06/2014 at 11:43 AM

      Ujian HIV boleh terus pegi klinik kesihatan kerajaan pastu cakap nak buat ujian HIV untuk kahwin.. Nanti dia akan bagi borang untuk isi dan lepas tu buat ujian darah.. Takpun cuba tanya borang ujian HIV tu kat pejabat agama.. Ada sesetengah negeri diorang bagi borang permohonan kahwin sekali dengan borang HIV.. Sesetengah negeri lagi ambik kat klinik kesihatan je.. Kena cuba tanya diorang..

      Yang sampul kena seal tu rasanya bukan borang.. tapi keputusan ujian HIV.. Masa buat dulu (kat Selangor) doktor tak seal pun keputusan HIV tu.. Dia terus bagitau dan tunjuk keputusan ujian darah tu ok atau tak ok.. Kalau tak ok, akan ada tambahan sesi lain lagi (kaunseling, etc) sebelum dibenarkan berkahwin..

      Reply
      • fazrul says

        10/06/2014 at 11:55 AM

        maaf sbb tersalah.. mksd saya keputusan.. ari tu lepas saya buat ujian HIV, die cuma bg mcm tu je.. JAIS terima ke?

        Reply
        • Anarm says

          10/06/2014 at 12:27 PM

          Terima.. Diorang ada rekod yang akan submit ke JAIS.. Saya buat dulu dia takde bagi pun.. Doktor cuma tunjuk je kertas keputusan ujian tu dan dia simpan.. Lepas tu balik tak bawa apa2 pun.. Klinik tempat saya buat ujian dulu, kalau dia tak serah result ujian maknanya result ok.. Kalau dia serah kertas ujian tu maknanya positif HIV..

          Reply
          • fazrul says

            10/06/2014 at 1:08 PM

            owh.. sebab saya ari tu, dia serah keputusan & ckp result negatif pastu die suruh serah je pada pegawai agama

            Reply
            • Anarm says

              10/06/2014 at 3:32 PM

              Ok lah camtu.. Boleh serahkan pada pegawai agama.. Takde masalah apa dah.. Just lengkapkan permohonan, submit dan lepas tu boleh fokus pada persiapan untuk berkahwin..

              Reply
  4. faizal says

    27/05/2014 at 7:01 PM

    Asalamualaikum…saya org pahang dan ingin berkahwin dgn seorg gadis d selangor. Adakah saya perlu mengisi borang 2a atau atau pon isi borang kebenaran berkahwin d pahang?
    Yang ke dua, saksi semestinya org pahang atau org dr selangor pon boleh?
    Terima kasih

    Reply
    • Anarm says

      27/05/2014 at 11:11 PM

      Waalaikumussalam, Faizal.. Borang 2A tu borang untuk pemohon yang nak bernikah di luar daerah / negeri.. Kalau nak bernikah di Selangor, perlu isi borang 2A sebab luar daripada Pahang.. Kalau nak bernikah di Pahang, yang di Selangor perlu isi borang 2A.. Masa ambil borang boleh tanya orang di Pejabat Agama Islam untuk lebih jelas lagi..

      Saksi untuk borang permohonan tak kisah orang dari negeri mana.. Kawan2 terdekat pun boleh jadi saksi..

      Reply
      • fazrul says

        05/06/2014 at 12:42 PM

        Salam.. Nak tnya. masa buat pengesahan bermaustatin, kena bawak saksi bersama ke?

        Reply
        • Anarm says

          05/06/2014 at 2:03 PM

          Waalaikumussalam.. Untuk pengesahan mastautin tu seeloknya bawak lah saksi sekali.. Kalau kita kenal rapat dengan penghulu / ketua kampung, mungkin tak kisah sangat tak bawak saksi pun.. Bahagian butiran saksi pastikan dah isi..

          Cuma bila nak buat pengesahan borang dengan Penolong Pendaftar Nikah, time tu mesti bawak saksi sebab saksi perlu tandatangan depan Penolong Pendaftar Nikah..

          Reply
          • fazrul says

            05/06/2014 at 2:11 PM

            Terima kasih atas jawapan tersebut.. satu lg, Ape yang perlu dibawa semasa nak buat pengesahan maustatin? dan juga, dimana perlu jumpa Penolong Pendaftar Nikah? adakah di kawasan tmpat tinggal ataupun di Jabatan Agama Daerah?

            Reply
            • Anarm says

              05/06/2014 at 4:20 PM

              Pengesahan mastautin just bawak borang akuan mastautin yang dah isi.. Bila dah lengkap semua borang, baru boleh bawak borang2 tu jumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah untuk dia sahkan semua borang permohonan..

              Penolong Pendaftar Nikah pulak boleh tanya orang kat Jabatan Agama Islam Daerah.. Nanti dia akan bagitau dengan siapa kita kena jumpa, kat mana boleh jumpa, dan boleh ambil nama dengan no.phone untuk contact terus dengan Penolong Pendaftar Nikah tu.. Biasanya kat Jabatan Agama diorang ada tampal senarai nama Penolong Pendaftar Nikah ikut daerah dan kawasan masing2..

              Reply
          • fazrul says

            09/06/2014 at 11:45 AM

            Salam.. boleh x jika adik perempuan kepada bakal isteri sy yang jadi saksi untuk permohonan perkahwinan saya??

            Reply
            • Anarm says

              09/06/2014 at 12:00 PM

              Waalaikumussalam.. Saya pernah jugak tanya soalan macam tu kat pejabat agama.. Diorang jawab, saksi kena Lelaki..

              Reply
  5. Wan Aisyah says

    02/12/2013 at 2:35 PM

    Assalamualaikum wbt. Saya ada sedikit persoalan disini utk dikemukakan kepada saudara.

    Detail saya:-
    – Saya dilahirkan di Kelantan, jadi I/C tengahnya 03 tapi saya menetap dari lahir hingga sekarang selama 25 tahun di Kajang.

    Detail bakal suami:-
    – Bakal suami dilahirkan di Terengganu, jadi I/C tengahnya 02 tapi dia menetap dari lahir hingga sekarang selama 25 tahun area Bangi & Kajang.

    Saya akan bernikah di Kelantan iaitu di kampung saya pada hujung bln 3/2014, insyaAllah. Saya akan mengunakan borang permohonan kahwin negeri Kelantan manakala bakal suami menggunakan borang permohonan kahwin negeri Selangor. Persoalannya di sini, dalam borang permohonan kahwin saya nanti perlu gunakan alamat di kampung atau alamat dalam I/C saya? Perlu juga ke attach sekali dengan Borang Akuan Pengesahan Permastautin? Saya ucapkan terima kasih banyak & hanya Allah saja boleh balas segala kebaikan saudara.

    Reply
    • Anarm says

      02/12/2013 at 4:41 PM

      Waalaikumussalam.. Borang Pengesahan Mastautin tu hanya diperlukan kalau alamat dalam IC tak sama dengan negeri tempat ambil Borang Permohonan Kahwin..

      Tentang nak guna alamat mana satu.. Kalau IC memang alamat di Kelantan, boleh guna alamat IC.. Kalau IC bukan alamat Kelantan, boleh jugak guna alamat kampung.. Cuma yang IC bukan alamat Kelantan tu tak pasti pulak kena ada borang pengesahan mastautin ataupun tak..

      Cuba tanya Pejabat Agama Islam Daerah tempat nikah.. Boleh dapat info lebih tepat.. Urusan kahwin ni lain negeri lain prosedur dia.. Takut tersalah bagi info.. :)

      Reply
  6. adda syuhada says

    18/10/2013 at 3:24 PM

    Thanks for the info. Alamat rumah skrg dgn alamat dlm ic sy berbeza. jadi, untuk isi borang permohonan nak guna alamat yg mana ye? Sbb tunang saya isi borang dia guna alamat ic saya. jd sy tak pasti utk borang saya perlu isi guna alamat yg mana. awak tau tak?

    Reply
    • Anarm says

      18/10/2013 at 6:33 PM

      Untuk borang permohonan kahwin guna alamat tempat tinggal sekarang. Kalau alamat tempat tinggal sekarang berbeza dengan alamat dalam IC, kena isi juga Borang Akuan Pengesahan Pemastautin. Borang akuan tu sahkan dengan Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A.

      Kalau alamat ikut dalam IC, borang permohonan kahwin kena dapatkan di pejabat agama yg berhampiran dengan alamat IC. Misalnya sekarang ni tinggal di Selangor, tapi alamat IC di Pahang. Kalau ikut alamat IC, kena balik Pahang untuk ambil borang kat sana, isi dan buat pengesahan sebelum submit di Pahang jugak.

      Kalau nak ikut alamat tempat tinggal sekarang, ambil Borang Permohonan Kahwin + Borang Akuan Pemastautin di pejabat agama berhampiran dengan tempat tinggal. Borang Akuan Pemastautin tu untuk sahkan yang kita dah jadi penghuni tetap di kawasan tu (sekurang-kurang 3 bulan).

      Paling mudah rasanya guna alamat tempat tinggal sekarang.

      Reply
  7. yuyu says

    26/02/2013 at 8:51 PM

    btoi ka borang kebenaran nikah hantar hari ini sok leh ambik dah…? cepatnya.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2013 at 9:03 PM

      @yuyu, Masa saya buat dulu memang macam tu.. Hari ni hantar borang ke Pejabat Agama Islam, esok dah boleh pergi ambik borang rasmi kebenaran nikah yang dah diluluskan.. Masa hantar borang tu, orang pejabat agama sendiri yang bagitau boleh datang esok utk amik borang.. Tapi kat negeri2 lain tak tau pulak macam mana prosedur dia.. Ada juga dengar cerita (taktau negeri mana) borang yang hantar tu boleh ambik terus hari tu jugak..

      Reply
  8. pali says

    20/01/2013 at 5:29 PM

    Salam..sy nk tye sikit pasal 2 org saksi..kalau sy gune kawan rapat sy sbg saksi bole k?? thx

    Reply
    • Anarm says

      21/01/2013 at 12:32 AM

      @pali, waalaikumussalam.. untuk permohonan kahwin tak kisah sape2 pun boleh jadi saksi.. kawan rapat pun boleh jadi saksi.. sebab untuk saksi borang je.. saya pun mintak tolong kawan jugak untuk jadi saksi masa buat pengesahan borang permohonan kahwin..

      Reply
      • pali says

        21/01/2013 at 9:15 PM

        @Anarm, ooo…ok2 faham2 terima @anarm..so,perlu la sy nk ulang alik perak lg…thx once again for your info..salam

        Reply
  9. Nina Maslizza says

    02/01/2013 at 9:58 AM

    Entah dalam surah apa tu, tapi, Allah da janjikan “terbuka pintu rezeki” bagi sesiapa yang berumah tangga ni..

    Reply
  10. syed says

    21/12/2012 at 4:16 PM

    klu salah nama tapi sebutan betul diterima lepas ke daftar kat belah pompuan ah??.. takot x lopeh plak…hihihi….

    Reply
  11. maszull says

    12/08/2012 at 8:05 AM

    assalamualaikum bro…betul tu mcm2 perkara yg perlu dilakukan sebelum berkahwin ni kalau x dilakukan susah juga nanti…:)

    Reply
    • Anarm says

      12/08/2012 at 8:33 AM

      @maszull, betul tu.. undang2 dah tetapkan prosedur utk berkahwin.. follow jela walaupun macam2 kena buat.. tak ikut arahan kang tak boleh kawin pulak..

      Reply
  12. Suraya says

    12/07/2012 at 1:09 AM

    alhamdulillah.. tunggu permohonan belah perempuan pulak ye.. :happy:

    Reply
  13. gamep01nt says

    08/07/2012 at 9:31 AM

    amboi berderet prosedur dia :dizzy:

    Reply
  14. Affan Ruslan says

    02/07/2012 at 3:55 AM

    Wah banyak jugak ye perkara kena buat. Mmg benda-benda macam ni kena tanya org yang ada pengalaman.

    Agak-agak bila nikah ye Anarm? Moga dipermudahkan :)

    Reply
  15. daddydee says

    02/07/2012 at 12:08 AM

    Tahniah tuan sebab bakal mendirikan mahligai indah.

    Saya dulu pun buat surat akuan bujang memang diorang ada minta.

    Reply
  16. eddie says

    30/06/2012 at 3:30 PM

    Tahniah…dapat kahiwn dgn awek pasir mas tue :biggrin:

    Reply
  17. Bro Framestone says

    30/06/2012 at 5:17 AM

    Thank untuk info nie…

    HIV test je bro xbuat lagi..

    Pemohonan nikah bro buat dekat tempat bro.. walaupun dah bertahun dok KL… tapi xrasa macam bermastautin dekat sini.

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:41 AM

      @Bro Framestone, kalau mohon ikut alamat dalam IC senang sikit tak payah buat yang pengesahan mastautin tu.. bro nak kawin jugak ke? bila? :cheerful:

      Reply
  18. Hazmin Hamudin says

    29/06/2012 at 4:14 PM

    Tahniah bro. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:39 AM

      @Hazmin Hamudin, insyaAllah.. harap2 macam tu la.. terima kasih..

      Reply
  19. budak felda says

    29/06/2012 at 4:11 PM

    huhu tahniah bro..kalau mcm ni tak lama je lagi hehehe..:)

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:37 AM

      @budak felda, terima kasih.. memang tak lama dah.. lagi 2 bulan.. huhu..

      Reply
  20. mykrk says

    29/06/2012 at 10:04 AM

    Tahniah :smile:

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:37 AM

      @mykrk, terima kasih..

      Reply
  21. Jebeng Otai™ says

    28/06/2012 at 11:53 PM

    byk gak prosedur nya..huhu

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:36 AM

      @Jebeng Otai™, memang banyak.. nak buat macam mana, undang2 dah tetapkan prosedur macam tu.. kena follow.. kalau tak, tak boleh kawin..

      Reply
  22. dzuandiey says

    28/06/2012 at 8:53 PM

    pewit..tudia..best la nak kawin..hahaha…mana kad nih?.. :-) :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:36 AM

      @dzuandiey, kad baru nak cetak.. tgh tunggu approve design.. nanti invite pkai fesbuk dulu..

      Reply
  23. AyieBlog says

    28/06/2012 at 7:48 PM

    Assalamualaikum, taniah and syabas bro :) ….

    Reply
    • Anarm says

      30/06/2012 at 11:34 AM

      @AyieBlog, terima kasih..

      Reply
  24. spudin says

    28/06/2012 at 5:58 PM

    tak ada orang lagi datang pinang aku.hahaha…OPSS!!

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2012 at 6:08 PM

      @spudin, ko la pergi pinang orang.. jgn tunggu lama2.. haha..

      Reply
  25. Zarul Umbrella says

    28/06/2012 at 5:58 PM

    wah dah nak kawin…tahniah bro..
    p/s good info ni bagi yang nak kawin

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2012 at 6:07 PM

      @Zarul Umbrella, terima kasih.. :cool:

      Reply
  26. anif says

    28/06/2012 at 5:40 PM

    :D Tahniah… Semoaga segala urusan dipermudahkan.

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2012 at 6:04 PM

      @anif, terima kasih.. harap2 macam tu la..

      Reply
  27. OrangAkaun says

    28/06/2012 at 2:11 PM

    aku punya tulis jawi..juling mata jugak la nak baca..hahaha
    Aku punya Kedah pengakuan bujang tak payah tulis surat. Dalam borang ada part tuh. Just bawak jumpa tok imam kariah, mintak dia tolong sahkan ja.

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2012 at 2:16 PM

      @OrangAkaun, borang kahwin selangor tulis bahasa malaysia je.. borang kat kelantan pun tunang aku cakap tulis jawi.. nasib baik selangor tulis BM.. kalau tak juling jugak mata aku nak baca jawi..

      Reply
      • dzuandiey says

        28/06/2012 at 8:57 PM

        @Anarm, jagan bebel siam sudahh..kang lari tok kadi nak akad..hihihi :biggrin:

        Reply
  28. akubiomed says

    28/06/2012 at 2:04 PM

    Lepas ini tunggu untuk shake hand dengan Tok Kadi. :-)

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2012 at 2:09 PM

      @akubiomed, tu yang buat aku berdebar-debar tu..

      Reply
      • dzuandiey says

        28/06/2012 at 8:56 PM

        @Anarm, habis laaaa…kah3.. :tongue:

        Reply
  29. titan says

    28/06/2012 at 2:03 PM

    best la ko. dah nak kahwin dahh. haha..

    Reply
    • Anarm says

      28/06/2012 at 2:06 PM

      @titan, kahwin memang best.. sebab tu aku nak kahwin..

      Reply
    • dzuandiey says

      28/06/2012 at 8:54 PM

      @titan, sapa takmo kawin oiii..hahahhaa.. :lol:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy