Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Aku baru saja balik dari pejabat LHDN pergi hantar borang Permohonan BR1M 2014 tadi. Permohonan BR1M sebelum ni aku tak dapat. Dah hantar permohonan secara online tapi tak dapat. Tak tahu sebab apa.

Kalau ikutkan aku dah malas nak buat urusan BR1M kali ni tapi abah aku pulak dok desak aku suruh buat. “Kerajaan Malaysia nak bagi duit, ambil jela“, kata abah aku.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Permohonan BR1M 2014

Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014 dan boleh dibuat melalui 2 cara:

  1. Permohonan secara online – melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Permohonan secara offline – Di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan.

Untuk permohonan BR1M 3.0 kali ni aku buat secara offline pulak. Lepas dah isi borang, aku hantar borang tu ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nasib baik tak ramai orang. Dah masuk dalam aku terus pergi ke kaunter urusan BR1M.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Semasa berurusan di kaunter LHDN, orang yang jaga kaunter tu tanya aku, “Sebelum ni pernah daftar permohonan BR1M secara online tak?

Aku jawab “Pernah mohon online sebelum ni tapi sekali pun tak pernah dapat duit BR1M“.

Dia tanya lagi, “Kenapa tak dapat?“.

Aku pun jawab, “Mana laa saya tahu“.

Perbualan terhenti setakat tu je dan orang tu pun uruskan borang permohonan BR1M yang aku dah serahkan pada dia.

Tak sampai 5 minit, keratan bahagian bawah borang tu dia bagi pada aku untuk disimpan sebagai rujukan sekiranya ada sebarang masalah, tak dapat duit BR1M atau sebagainya.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang berjaya, pembayaran akan dibuat terus melalui akaun bank bermula Febuari 2014.

Sebarang maklumat lebih lanjut tentang BR1M boleh lihat di laman web BR1M 3.0 atau Facebook BR1M 3.0.

BR1M 2014

24 Comments

  1. mak saya dh dapat brim, tp dpt yg rm450 je, pendapatan pun bwah rm1500, bukan ke sepatutnye mak saya boleh dpt rm650 sbb warga emas..mohon penjelasan..kene pg lhdn ke?

  2. Gara gara kesilapan teknikal dalam ebr1m, salah aku.. Haha pagi ni dah pi pejabat LHDN isi borang secara manual. Sebelum ni dapat, kali ni kemaskini no akaun bank saja.. Duit masuk tu dalam bulan 3 :)

    • Salah isi form ke apa? Haha.. Isi borang secara manual pun ok jugak. Harap2 aku dapat lah BR1M kali ni. Nak beli TV baru. Kih3..

  3. Yeahh…. bila dah ada yang online nie mesti lagi ramai orang apply kan…. kalau timing tak kena ada masa website dia down kejap

  4. sebelum ni aku pernah dapat, jadi aku kemaskini sahaja. tapi untuk status perkahwinan dan maklumat isi rumah tak boleh kemaskini. lagu mana tu? hehe

    • Kalau pernah dapat BR1M sebelum ni cuma boleh kemaskini maklumat selain daripada status perkahwinan dan maklumat Isi rumah..

      Untuk kemaskini status perkahwinan dan maklumat Isi rumah, kena hantar borang permohonan ke cawangan LHDN yang berhampiran..

  5. Elok juga ada dua kaedah mengisi borang iaitu secara online dan offline… Memudahkan urusan seluruh rakyat malaysia dari pelbagai segenap lapisan masyarakat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *