AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Isu Semasa » Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

26/12/2013 Anarm 24 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Aku baru saja balik dari pejabat LHDN pergi hantar borang Permohonan BR1M 2014 tadi. Permohonan BR1M sebelum ni aku tak dapat. Dah hantar permohonan secara online tapi tak dapat. Tak tahu sebab apa.

Kalau ikutkan aku dah malas nak buat urusan BR1M kali ni tapi abah aku pulak dok desak aku suruh buat. “Kerajaan Malaysia nak bagi duit, ambil jela“, kata abah aku.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Permohonan BR1M 2014

Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014 dan boleh dibuat melalui 2 cara:

  1. Permohonan secara online – melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Permohonan secara offline – Di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan.

Untuk permohonan BR1M 3.0 kali ni aku buat secara offline pulak. Lepas dah isi borang, aku hantar borang tu ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nasib baik tak ramai orang. Dah masuk dalam aku terus pergi ke kaunter urusan BR1M.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Semasa berurusan di kaunter LHDN, orang yang jaga kaunter tu tanya aku, “Sebelum ni pernah daftar permohonan BR1M secara online tak?”

Aku jawab “Pernah mohon online sebelum ni tapi sekali pun tak pernah dapat duit BR1M“.

Dia tanya lagi, “Kenapa tak dapat?“.

Aku pun jawab, “Mana laa saya tahu“.

Perbualan terhenti setakat tu je dan orang tu pun uruskan borang permohonan BR1M yang aku dah serahkan pada dia.

Tak sampai 5 minit, keratan bahagian bawah borang tu dia bagi pada aku untuk disimpan sebagai rujukan sekiranya ada sebarang masalah, tak dapat duit BR1M atau sebagainya.

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang berjaya, pembayaran akan dibuat terus melalui akaun bank bermula Febuari 2014.

Sebarang maklumat lebih lanjut tentang BR1M boleh lihat di laman web BR1M 3.0 atau Facebook BR1M 3.0.

BR1M 2014

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Duit BR1M 2014 Baru Masuk Akaun

Kategori : Isu Semasa Keyword : bantuan rakyat 1malaysia, borang permohonan br1m, br1m, brim, cara mohon br1m 2014, lembaga hasil dalam negeri, lhdn, tak dapat duit br1m, tarikh tutup permohonan br1m

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Sulam T-Shirt Sendiri di Rumah
Next article:
Selamat Datang Tahun 2014

24 Comments

  1. siti says

    21/02/2014 at 9:12 PM

    mak saya dh dapat brim, tp dpt yg rm450 je, pendapatan pun bwah rm1500, bukan ke sepatutnye mak saya boleh dpt rm650 sbb warga emas..mohon penjelasan..kene pg lhdn ke?

    Reply
  2. yusri says

    02/01/2014 at 12:11 AM

    Kerajaan nak bagi.
    Ambik jelah bro bukan kena bayar pun hehe.

    Reply
  3. Rina says

    01/01/2014 at 1:45 PM

    Semoga permohonan untuk mendapatkan BRIM lekas dipenuhi …

    Reply
  4. Syahril Hafiz says

    30/12/2013 at 1:42 PM

    Gara gara kesilapan teknikal dalam ebr1m, salah aku.. Haha pagi ni dah pi pejabat LHDN isi borang secara manual. Sebelum ni dapat, kali ni kemaskini no akaun bank saja.. Duit masuk tu dalam bulan 3 :)

    Reply
    • Anarm says

      30/12/2013 at 5:12 PM

      Salah isi form ke apa? Haha.. Isi borang secara manual pun ok jugak. Harap2 aku dapat lah BR1M kali ni. Nak beli TV baru. Kih3..

      Reply
  5. fahmimustakim says

    29/12/2013 at 12:04 PM

    tak pernah apply lagi, thanks untuk info ni bro..

    Reply
  6. kakiblog says

    29/12/2013 at 9:01 AM

    sekarang menjadi isu hangat buat rakyat Malaysia..

    Reply
  7. hazman aka species1980 says

    28/12/2013 at 11:49 AM

    Yeahh…. bila dah ada yang online nie mesti lagi ramai orang apply kan…. kalau timing tak kena ada masa website dia down kejap

    Reply
    • Anarm says

      28/12/2013 at 2:16 PM

      Website dia tiap kali aku masuk je mesti down.. Nak isi borang online pun susah..

      Reply
  8. Nur says

    27/12/2013 at 3:38 PM

    brim yang terbaru ni duit terus masuk ke akaun kita :)

    Reply
  9. papa mifz says

    27/12/2013 at 11:55 AM

    mana tau kali nih rezeki bro pulak kan…

    Reply
  10. Kamil Salleh says

    27/12/2013 at 11:26 AM

    Moga dapa BR1M3.0 untuk kali ini. Tahniah dah buat permohonan di LHDN.

    Reply
  11. relevan says

    26/12/2013 at 10:51 PM

    yess.. BR1M

    Reply
  12. blogger lelaki says

    26/12/2013 at 7:31 PM

    kalau terus bank in bagus la..xpayah dah nk pergi beratur

    Reply
  13. Faizalpj says

    26/12/2013 at 4:04 PM

    Ohh macam tu ke kalau online tak dapat kena buat offline
    Memang mcm tu ke ?

    Reply
    • Anarm says

      26/12/2013 at 6:36 PM

      Entah.. Aku pun tak tahu.. Tapi sebelum ni pernah buat online.. Tak dapat.. Cuba buat offline pulak mana tahu dapat..

      Reply
  14. Fadhil says

    26/12/2013 at 2:37 PM

    Harap – harap tahun ni apply dapatlah duit. :D

    Reply
  15. titan says

    26/12/2013 at 2:26 PM

    jadi..meh ramai-ramai gi apply yek.

    Reply
  16. Mohd Isa says

    26/12/2013 at 2:14 PM

    sebelum ni aku pernah dapat, jadi aku kemaskini sahaja. tapi untuk status perkahwinan dan maklumat isi rumah tak boleh kemaskini. lagu mana tu? hehe

    Reply
    • Anarm says

      26/12/2013 at 6:34 PM

      Kalau pernah dapat BR1M sebelum ni cuma boleh kemaskini maklumat selain daripada status perkahwinan dan maklumat Isi rumah..

      Untuk kemaskini status perkahwinan dan maklumat Isi rumah, kena hantar borang permohonan ke cawangan LHDN yang berhampiran..

      Reply
  17. AMiRU says

    26/12/2013 at 1:47 PM

    Nak apply yang bujang tak lepas, nak apply yang isi rumah tak kahwin lagi :(

    Reply
  18. Anuar says

    26/12/2013 at 1:43 PM

    Elok juga ada dua kaedah mengisi borang iaitu secara online dan offline… Memudahkan urusan seluruh rakyat malaysia dari pelbagai segenap lapisan masyarakat…

    Reply
  19. Dkna Abza says

    26/12/2013 at 1:37 PM

    nasib baik LHDN tak jauh sangat :)

    Reply
  20. Mus says

    26/12/2013 at 1:16 PM

    baguslah kalau terus bank in

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy