Perjuangan Hidup Life of Pi

Malam tadi aku dan isteri tengok berita mengenai movie Life of Pi yang telah menang awards kategori Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Visual Terbaik dalam anugerah Oscar 2013.

Isteri aku tanya “Life of Pi tu cerita tentang apa?

Aku pun ceritakan la sinopsis movie Life of Pi yang aku ada baca kat internet sebelum aku download movie tu semalam.

Lepas tu isteri cakap nak tengok. Kitorang pun layan kat TV sampai pukul 1.30 pagi.

Life of Pi movie review

Kisah “Life of Pi”

Life of Pi ni menceritakan tentang seorang lelaki India bernama Piscine Molitor Patel (diambil sempena nama sebuah kolam renang di Perancis) yang selalu diejek dengan budak-budak lain sebab nama dia.

Dia diejek dengan panggilan “Pissing“.

Oleh kerana tak tahan dengan panggilan nama tu, dia cuba sedaya upaya menukar nama panggilan tu kepada “Pi”.

Bila dah besar dia berkenalan dengan seorang awek bernama Anandi tapi hubungan diorang tak lama sebab keluarga Pi terpaksa berpindah ke Winnipeg, Kanada di mana bapanya ingin menjual Zoo yang dimiliki oleh mereka.

Kapal Karam di Lautan Pasifik

Dalam perjalanan ke Kanada dengan menaiki kapal, berlaku ribut kuat. Kapal yang dinaiki oleh Pi dan keluarganya karam di Lautan Pasifik.

Tapi Pi selamat sebab dia ditolak ke dalam bot penyelamat semasa cuba minta pertolongan dari orang kapal untuk selamatkan keluarga dia.

Tiba-tiba seekor kuda belang yang dibawa bersama oleh keluarga Pi melayang ke atas bot penyelamat mengakibatkan bot tu terjatuh ke lautan.

Di situ lah pengembaraan dia bermula, perjuangan untuk terus hidup.

Life of Pi kapal karam
Pi melihat kapal yang dinaiki keluarganya karam di lautan

Dalam bot penyelamat Pi bersama dengan seekor kuda belang yang cedera, kemudian datang seekor orangutan bernama Orange Juice.

Dalam bot tu juga ada seekor dubuk yang kemudiannya telah membunuh kuda belang dan orangutan tu.

Dubuk tu pula akhirnya dibunuh dan dimakan oleh Richard Parker, seekor harimau Bengal yang menjadi teman Pi sepanjang perjuangan untuk teruskan hidup di lautan luas.

Life of Pi orangutan Orange Juice

Life of Pi harimau Richard Parker Bengal Tiger

Pi dan Richard Parker berjuang untuk terus hidup di lautan. Pi terpaksa membina tempat yang berasingan dari bot untuk selamatkan diri daripada harimau Richard Parker yang duduk di dalam bot.

Sekali sekala Pi pergi ke bot untuk beri makanan kepada Richard Parker supaya dia tak lapar.

Kalau Richard Parker lapar, kemungkinan Pi akan mati kerana harimau merupakan haiwan yang pandai berenang. Bila-bila masa saja Richard Parker boleh terjun ke laut dan berenang ke arah Pi untuk jadikan Pi makanannya.

Sebab tu Pi bekalkan makanan kepada harimau tu supaya dia selamat.

I can eat the biscuits, but God made tigers carnivorous, so I must learn to catch fish. If I don’t, I’m afraid his last meal would be a skinny vegetarian boy. – Pi Patel

Life of Pi Richard Parker Bengal Tiger

Life of Pi deepsea

Life of Pi tiger in boat

Sebuah Pulau Yang Cantik Tetapi Menakutkan

Pi dan Richard Parker terjumpa sebuah pulau yang sangat cantik tapi menakutkan. Pada siang hari pulau tu sangat cantik. Pada waktu malam pun cantik juga, tapi menakutkan.

Nasib baik Pi tersedar dari tidur pada waktu malam tu dan nampak sendiri perkara yang berlaku pada waktu malam di pulau tu.

Keesokan harinya, dia dan Richard Parker terus pergi dari situ selepas kumpul bekalan makanan yang diambil di pulau karnivor tersebut.

life of pi carnivorous island

ikan paus life of pi

Setelah lama berada di lautan dan telah mengharungi bermacam-macam kejadian bersama Richard Parker, akhirnya mereka mendarat di pantai Mexico.

Semasa babak kat sini la aku rasa nak menangis sedih sebab Pi terpaksa berpisah buat selama-lamanya dengan Richard Parker yang lari masuk ke dalam hutan.

Pengajaran Dari Filem “Life of Pi”

Ada banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita Life of Pi ni. Salah satunya adalah jangan pernah putus asa dalam hidup.

Perjuangan hidup takkan habis. Selagi masih ada nyawa, kena terus berjuang dalam hidup ni.

Selain tu, kena percaya dengan pertolongan daripada Allah SWT walaupun kita berada dalam situasi yang sulit macam mana sekalipun. Ianya merupakan ujian buat kita. Kita takkan tahu kekuatan iman kita melainkan bila ianya diuji.

Life of Pi memang movie yang sangat best untuk ditonton.

34 Comments

  1. wah, movie yg mmg menarik utk dilayan..
    bleh lar download nnti.. tq2..

  2. Sebuah cerita yang memberikan inspirasi

  3. Belum menonton lagi tunggu tayang di Astro. :-)

  4. cerita ni memang hebat .. pelakon dan teknik janaannya sangat meyakinkan dan sarat dgn nilai murni yg patut kita contohi

  5. Faris Al-Muhandisu
    Faris Al-Muhandisu

    tak pernah tengok lagi. ramai yang cakap best. kena tengok jugak sekali. hehe

  6. Waa.. Promosi yg terbaik.. Nak tgk gak laa..

  7. Masih tak berpeluang lagi nak tonton walaupun dah selesai sedut tadi… Baca banyak review, semua macam menarik jer pasal movie ni.

  8. Hari tu wife tanya cerita ini pasal apa.

    Bro jawap, ianya cerita pasal harimau naik sampan he..23x

  9. Nak download kat mana yerr

    • @Faizalpj, Boleh google tajuk movie Life of Pi mesti jumpa blog2 yang share link download. Kalau takde, kat search keyword tu tambah perkataan macam “mediafire” atau “free download” atau “download movie” atau “dvdrip” dan sebagainya. Senang je nak cari..

  10. aku tengok kat wayang..puas hati gila..10star woh

  11. nak tgk gak la.. sebab berada dalam keadaan putus asa gak skang ni.. nak download slow giler plak..

  12. saya pon br tgk semalam. DVD jek..tgk ngan family. mmg best filem ni.. kelakar, sedih semua ada.

  13. wow tak sangka anarm suka genre begini ye.. adventurous !

  14. dengan pantas mahu download..
    baca dari bro dan tuan DH, memang nampak gambaran cerita ni amat best.

  15. macam best pulak citer nih…kene tonton nih…

    terima kasih atas sinopsis cerita nih bro…:)

  16. fuh, tak sempat lagi tengok cite nih wehh..

  17. wah dah boleh donlod.. terbaik2…
    eh ni yg kuar status DH pg td kata nangis tu ye.. hehe

  18. movie ni mmg ternyata layak menang byk anugerah. tak sangka pulak rimau tu rupanya CGI. superb lah CGI diorg, dh mcm real!

Leave a Reply