Korang mesti pernah guna fungsi ‘Screen Capture’ atau ‘Print Screen’ yang ada pada laptop atau PC korang kan? Ada masa-masa tertentu, korang gunakan fungsi tu untuk membuat screenshot mana-mana paparan menarik yang korang terjumpa semasa tengah melayari internet.
Mungkin nak gunakan untuk masukkan ke dalam entri blog, mungkin nak share dengan kawan-kawan, dan sebagainya.
Untuk buat screenshot kadang-kadang memerlukan kita ‘print screen’ dan kemudian buka mana-mana software image editor yang kita ada untuk paste screenshot tersebut. Kadang-kadang juga nak buat editing sikit-sikit.
Ada yang gunakan perisian Adobe Photoshop, ada yang gunakan Paint, Photoscape, GIMP dan lain-lain.
Bagi yang pakai Windows 7, ada tersedia aplikasi Snipping Tool yang juga boleh membantu kita buat screenshot.
Di sini aku nak kongsi satu software menarik yang fungsinya untuk membuat screenshot malah disediakan juga dengan fungsi image editor dan bermacam-macam fungsi lain yang menarik iaitu PicPick.
Info Ringkas tentang PicPick
PicPick merupakan satu perisian yang sangat mesra pengguna dan dilengkapi dengan fungsi menarik untuk gambar anda. Sesuai digunakan oleh Software Developer, Graphic Designer dan juga pengguna-pengguna biasa di rumah.
Ianya merupakan satu program ‘All-in-One’ yang menyediakan fungsi Screen Capture, Image Editor, Color Picker & Palette, Screen Pixel Ruler, Magnifier, Screen Protractor, Screen Crosshair dan juga Whiteboard.
Screen Capture | Image Editor | Color Picker & Palette | Pixel Ruler |
Magnifier | Screen Protractor | Screen Crosshair | Whiteboard |
PicPick bukan saja memiliki banyak fungsi menarik, malah ianya ringan dan pantas, tersembunyi di system tray dan hanya akan aktif apabila diperlukan sahaja (diaktifkan melalui shortkey).
Software PicPick ni adalah freeware, percuma tanpa sebarang caj atau bayaran. Ada juga disediakan untuk tujuan komersial, dengan bayaran sebanyak $21.99 untuk 1 lesen.
Paparan ‘Program Options’ PicPick
Fungsi Upload Gambar ke Internet
PicPick juga ada menyediakan fungsi untuk muat naik (upload) gambar yang korang capture terus ke ImageShack, akaun Facebook, Twitter korang, ke FTP dan juga Email (Outlook).
PicPick – Fungsi Upload
wah, menarik ni. aku nak test gak la camni. bosan dah asyik tekan print screen kat keyboard, nak kena masuk paint dlu…haha
@Mohd Isa, kalau nak guna sekadar untuk print screen je, mcm aku, aku pakai Faststone Capture (freeware).. saiz kecik sikit daripada software PicPick ni.. aku guna untuk print screen dengan tick color je.. ada jugak yang berbayar.. yg berbayar boleh usha kat blog MokhZam.com..
@Anarm, aku test download PickPick tadi. nak install tak menjadi plak. download tak betul la agaknya. jap aku nak, yg ko pakai tu ok tak? maksud aku kualiti gambar dia.
@Mohd Isa, yang aku pakai ni bleh set DPI untuk kualiti gambar.. aku setting ikut standard DPI skrin laptop.. sesuai untuk upload masuk web.. kalau gambar nk guna untuk print ke ape ke, bleh set tinggi sikit DPI dia.. gambar pon jadi besar skit la..
gambar2 kat entri blog aku, kalau ko tgk yg mcm ade shadow, tu semua aku buat pkai Faststone Capture.. capture, crop, insert shadow, save.. tak bukak photoshop pon.. cool~ huhu..
@Anarm, oic, yg dalam post ni semua pakai benda alah tu la yerk. menarik, nak kena pakai gak la. haha
@Mohd Isa, entri2 lain yg bergambar pon pakai software capture jugak..
@Anarm, nice…aku dah install…memang teruja…haha…sll duk capture dari internet pakai add on jerk…sbb nak capture hold page..skrg bolehlah capture semua yg aku nak capture…hehe
ok jugak pakai software ni, aku ingat mula2 dulu pakai paint je…hehe
skang aku pakai FastSone Capture je, so far ok la aku pakai software ni…ade masa nanti aku cuba review pulak
@MokhZam, aku pon dah bertukar ke FastStone Capture sebab die punya saiz lebih kecik dari picpick ni.. nanti ko buat la review software FastStone Capture plak.. best.. memudahkan kerja..
@Anarm, insyaallah bro, nnt aku buat klu sempat..
terima kasih, baru tau je pasal perisian ni. :biggrin: :heart:
wahh cambest jek. lepas ni nak CUBA TRY . ok ye bro ehhee :lol:
macam best je software ni.. nk try lah nnt..
trimas En anarm.. hehe :cool:
Suka pakai screen hunter…lebih mudah dan mesra pengguna.. :whistle:
hehe
boleh capture video tak? maksudnya sesuatu part video tu kita nak capture jadi gambar,jpg
@Wan Perlis, capture video playback? boleh je..
lagi senang keje. tak payah nak bukak photoshop dah.
thanks share. :cool:
@afique, sama2.. untuk edit simple2 tu boleh pakai software ni je.. kan? nak crop ke, tulis2 ke.. kalau untuk editing yang tahap advanced, memang photoshop jugak yg diperlukan.. :wink:
wow…nice sharing bro…lagi senang la gune software ni ntuk screensot… :lol:
@arif, yup.. lebih senang pkai software mcm ni kan? good.. good..
bro, knp bila lepas tekan button printscreen dkt laptop tak keluar kotak print dkt screen..so tak blh nak paste dkt Photoscape…
@Nadri, maaf.. tak faham sgt soalan tu.. kotak print macam mana yg dimaksudkan? kat laptop kena tekan butang “fn + prt sc” kalo nak printscreen..
pakai software PicPick ni ke? kalau nk guna Photoscape, matikan dulu software ni.. Guna je fungsi ‘Screen Capture’ yang ada kat Photoscape.. nanti die terus masukkan dalam Photoscape, then boleh edit2..
FYI.. printscreen yg biasa2 dia takkan keluar apa2 kotak.. die cuma akan copy ke clipboard.. dan kita takkan nampak proses tu..
@Anarm, skrg baru faham…dah install software Gadwin Print Screen 4.5 & dah blh capture imej dkt screen..thanks bro…
menarik..
linux ada tak?
dan lagi satu, nak entri 404 tuh bro.. :biggrin:
@syahrilhafiz, aku pakai ‘Shutter’ kat ubuntu..
@syahrilhafiz, entri 404 aku tgh buat.. kene buat part by part kot.. panjang nak kena tulis bagi orang faham.. :pinch:
@Anarm, :lol: :lol: baiklah, nantikan ye :w00t:
best guna ni.. xyah bkk photoshop dh.. cepat skit keja.. :cool:
@Suraya, tau takpe.. print screen, crop, pastu bleh terus save.. best kan? kan? :happy:
boleh pasang kat ubuntu tak?
@megat, untuk Ubuntu boleh try ‘Shutter’..
Seduttt! Hehehe. :biggrin:
Terima kasih ya bro Anarm yg sentiasa macho :cool:
dulu pernah guna jugak..last2 guna snipping tool je senang :pouty:
@aizuddin, snipping tool pengguna windows 7 je bleh pakai.. windows lain2 xde kot.. huhu..
PicPick ni aku byk pkai Color Picker dgn Pixel Ruler.. senang nk edit theme blog.. tukar2 color, tukar2 saiz.. :wub:
@Anarm,
bab tukar2x ni semua yang best ni… :heart:
em. software yang bagus untuk dimiliki. :happy:
wah.. sesuatu yg baru..
rasa kacak sedikit..
Guna PrintScreen key apabila terdesak dan edit guna Paint Brush apabila guna komputer dipejabat
@akubiomed, lepas pasang PicPick ni, try tekan Print Screen key, tengok ape jadi.. :face:
nice one :D , memang nak try guna :D
@zuls, bleh jugak setting jadi macam fungsi print screen kat ubuntu.. :wub:
nk try guna la, nice bro!
@suffer8zine, selamat men-try.. :tongue:
@Anarm,
heheh terima kasih