Esok, 14 Disember 2013 (Sabtu) aku nak ke MIECC, Mines, Seri Kembangan untuk join acara Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia yang dianjurkan oleh MYNIC. Acara akan berlangsung mulai pukul 9 pagi hingga 7 malam.
Kalau boleh aku nak berada kat situ sampai event tamat sebab tengok banyak aktiviti best diadakan pada hari tu.
MYNIC menganjurkan acara ni yang dinamakan #blogrrr : Blogger Most Wanted bertujuan untuk mengumpulkan penulis blog seluruh tanah air serta nama-nama besar di dunia blogging dalam cubaan mencipta rekod ‘The Malaysia Book of Records‘ melalui Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia.
Dalam acara ini akan ada pelbagai aktiviti, promosi dan mini seminar percuma untuk para pengunjung dan blogger yang hadir.
Dalam acara yang sama, pihak MYNIC akan mengadakan acara penyampaian anugerah kepada beberapa blog tempatan iaitu Anugerah Blogrrr 2013 yang merangkumi 11 kategori blog terbaik. Pemilihan pemenang Anugerah Blogrrr 2013 akan ditentukan oleh hakim-hakim berpengalaman dalam arena blogging di Malaysia.
Calon Blog Terbaik Blogrrr Awards 2013
Senarai Top 5 Blog Terbaik Anugerah Blogrrr 2013 dah pun diumumkan oleh pihak penganjur. Calon-calon yang layak ke peringkat akhir memang bukan calang-calang blogger. Semuanya dah dikenali ramai dan hebat dalam aktiviti blogging mengikut niche blog masing-masing.
Aku ada juga calonkan blog aku ni walaupun dah tahu memang takkan terpilih. Haha.

Dalam acara #blogrrr ni juga pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis blog terkemuka di Malaysia seperti Abang Nara (Beautifulnara.com), Nisa Kay, Aman Firdaus, Ikhwan Nazri (Amanz.my) dan ramai lagi, serta artis-artis popular seperti Sharifah Sakinah, Marsha Milan Londoh, Iqram Dinzly dan Ally Iskandar.
Selain tu, pengunjung juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Jom ramai-ramai kita meriahkan acara Malaysia’s Largest Blogger Gathering ni.
Kenapa perlu join event Blogrrr? Salah satu sebabnya kenapa aku nak pergi event ni esok, aku nak dapatkan T-Shirt Blogrrr. Selain tu untuk seronok-seronok, bersosial, jumpa kawan-kawan blogger dan tengok-tengok peluang yang ada. Lagipun masuk adalah PERCUMA!
Malaysia International Exhibition and Convention Centre
(MIECC), Mines, Seri Kembangan
Masa: 9:00 am – 7:00 pm
Tarikh: 14 December 2013 (Sabtu)
Siapa nak pergi boleh daftar di laman web www.blogrrr.my. Kalau tak sempat daftar, Aman Firdaus beritahu boleh walk in je pagi esok. Ada banyak goodies katanya.
Sebarang live update tentang event ni boleh follow hashtag #blogrrr di Twitter dan Facebook. Jumpa kat sana esok..
p/s: Blogger WordPress dah update versi baru WordPress 3.8?
Selamat buat semua blogger yang masuk di masing2 nominasi dalam ajang Blogrrr anjuran MYNIC :)
Tahniah kepada semua pemenang.
boleh tau siapa yg menang?…
jumpa sana esok bro…
jumpa sana. :) dah update dah WP 3.8 ..cantik kotttt.hehehe
Selamat berjimba2 esok bro…mana tau, ada rezeki menerjah masuk utk bro esok…ameen
sayangnya, ambe tak dapat jumpe bro n geng2 lain…ada urusan family yg kena didahulukan…
apa2pun, kalau blog hafizmohd.com ternaik, bro tolonglah p amik yer…hehehhee =)
Jumpa disana
Jom ramai-ramai kita meriahkan event ini… Semoga kita berjaya dapat Malaysia Books Of Records bagi perhimpunan blog terbesar di Malaysia.. ;)
Tak dapat hendak turun kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Apa selamat berjaya kepada mereka yang dicalonkan.
SA baru jer nak terjah BBW esok..kalau dah mcm ni confirm jammed giler…
aku rasa tempat tu mesti sesak esok. bertindih pulak dengan Big Bad Wolf tu…
mesti jem teruk…
naik motor je lah pergi sok
Confirm sesak.. Aku pun tgh fikir nak naik kereta ke tak.. Takut takde tempat parking..
aku kalau nak senang, parking kat depan ofis je..free lagi..hehehe
Depan ofis bro ke? Nak tumpang parking situ boleh? hee..
wahhhhh sangat2 teruja hihi
Teruja je? Jom la join sekali.. Hehe..
Jumpa di sana, en anarm.
Orait.. Jumpa sana esok..
Rasa cam nak pergi jerrr..
Jom pergi. Jom.. Dekat je kan..
mesti penuh tempat tu esok. haha..
Mesti penuh punya lah.. Nak kena datang awal sikit takut takde tempat kosong nak parking kereta..
jumpa disana bos. :)
Ok bro.. Tak sabar nak dengar “Penulisan Blog dalam Bahasa Ibunda, Kenapa ia Penting”..