Terkejut dengar berita sahabat seperjuangan semasa di kolej dulu dah kembali ke rahmatullah. Arwah meninggal disebabkan penyakit kanser darah (Lymphoma).
Dah lama tak jumpa tiba-tiba dapat berita dia dah tiada. Rasa sedih jugaklah teringat kenangan lama ketika sama-sama belajar di kolej dulu.
Teringat hari pertama di kolej nampak ‘budak gemuk’ (arwah). Lepas tu berkawan sampai tamat belajar kat kolej.
Lepas habis belajar, tak lama lepas tu nampak arwah muncul kat TV jadi pelakon iklan.
“Perghhh, dah kurus member aku. Jadi artis la pulak“.
Arwah berlakon iklan Maggie, iklan Kitkat dengan M.Nasir, iklan KFC, pelakon drama dan yang terbaru berlakon dalam drama ‘MANIS’ bersama Siti Saleha yang disiarkan di Astro.
Ajal maut di tangan Allah. Ajal maut juga tak mengira usia. Arwah sebaya dengan aku tapi dia dah ‘pergi’ dulu.
Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kulim berdekatan dengan rumahnya.
Al-fatihah. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan bertakwa. Takziah buat keluarga arwah.
Nabil Abdul dalam kenangan (1985 – 2014)
Salam takziah untuk sahabat tuan…
Takziah atas pemergian beliau.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Allahummaghfirlahu warhamhu
Alfatihah buat arwah.
Semoga kita yang masih hidup, lebih cekal menghadapi hari muka..amin ya rabbal’alamin
Iklan kit kat lakonan arwah dan M.nasir antara iklan fav saya..sempoi je..tapi menarik!
Salam kenal dr saya
Che’pah
al-fatehah..buat arwah..suka tgk dia berlakon
Al Fatihan buat sahabat bro ….. tapi gambar masa belajar tu memang sempoi laa…..
salam takziah..
saya pun kehilangan rakan awal mac lepas..memang sebak dan buat sendiri merenung kematian itu sangat hampir
Salam takziah..
Alfatihah, buat arwah
takziah diucapkan dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman…
alfatihah buat arwah.setiap yg hidup psti mati.kita yang tinggal ni kena sentiasa ingat mengingati….in shaa allah selamat dunia akhirat.
ramai gak geng aku yang dah pergi..
sedih gak bila kenang balik kenangan lama.
Al-fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat