Penipuan Jual Beli melalui PayPal

Abang aku hampir-hampir kena tipu dengan seseorang kononnya berminat nak beli motor yang abang aku nak jual. Dia iklankan motor tu kat Mudah.my.

Si penipu contact abang aku beritahu dia berminat nak beli motor tu dengan harga RM5,000 dan siap tambah RM1,950 untuk kos penghantaran. Pembayaran dibuat melalui PayPal.

Oleh sebab abang aku takde akaun Paypal, dia minta guna akaun PayPal aku untuk urusan jual beli tu. Aku pun bagi jela.

penipuan jual beli melalui paypal

Semalam abang aku hantar SMS beritahu pembeli tu dah transfer duit ke akaun PayPal aku. Bila aku check, takde pun duit masuk. Aku dah mula rasa pelik dan syak sesuatu.

Aku suruh abang aku contact balik ‘orang’ tu dan minta bukti transaksi PayPal atau apa-apa yang boleh sahkan yang dia dah transfer duit ke akaun aku.

Biasanya bila ada apa-apa transaksi berlaku dalam akaun PayPal aku akan terima email.

Tiba-tiba aku dapat email daripada seseorang bernama Abdullah Rospinnata. Nama orang yang nak beli motor abang aku tu. Katanya dia kerja Oil Rig Sub Sea Engineer for Petronas.

Hi,
I just want to inform you that i have just completed the payment and you must have been notified in your email about the payment i made via PayPal. Check your e-mail for the confirmation of payment from PayPal.

Kindly check the Spam/Junk folder of your email incase you did not find the confirmation of payment in your Inbox maybe your email provider reroute the notification into your spam because i have received the receipt for the payment and the money has been completely deducted from my PayPal account.

As i have indicated to you before in my email that i will transfer the money inclusive with the shipping fees,so i have added an extra RM1,950 to take care of the shipping fees.

Make sure you read and understand all the messages in the confirmation of payment as they should contains guidelines on how to clear your money into your account immediately.

Thanks for the business and i await your prompt reply.

Jadi bertambah pelik dibuatnya bila dia suruh check email pengesahan daripada PayPal dalam folder “Spam / Junk”.

Aku dah filter semua email PayPal. Biasanya apa-apa email yang aku terima daripada PayPal akan terus masuk dalam satu folder khas yang aku dah buat. Macam mana boleh masuk folder spam pulak?

Bila aku check memang ada email menggunakan nama “service@intl.paypal.com” tapi nampak macam berbeza sikit daripada email PayPal yang biasa aku terima.

Aku tengok alamat email yang digunakan – “fundservice@email.com“.

Tak ke pelik PayPal guna alamat email macam tu? PayPal biasanya akan hantar email dengan domain sendiri.

Memang sah penipu! Dah la hantar guna Gmail.

paypal money scam

Teknik Penipuan Bayaran PayPal

Dalam email yang kononnya daripada PayPal tu dia beritahu RM5,000 dah dipindahkan ke akaun PayPal aku beserta RM1,950 untuk kos penghantaran motor.

Jumlah semua RM6,950 termasuk kos penghantaran yang ditanggung sepenuhnya.

Tapi, oleh sebab pemindahan tu melibatkan jumlah yang besar, PayPal hold dulu duit tu untuk tujuan keselamatan katanya.

Duit akan masuk akaun selepas abang aku bayar RM1,950 kepada shipping company atas nama Kazeem Olatunji Musa, menggunakan Western Union sahaja.

Kena guna duit sendiri dulu? Lepas shipping company terima duit baru kesemua duit berjumlah RM6,950 tu akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal aku.

Bila aku buat carian di internet, jumpa banyak kes penipuan melalui PayPal dengan teknik yang sama.

Nasib baik abang aku tanya aku dulu dan mintak aku tolong check sebab dia pun rasa orang tu mencurigakan.

Katakan laa abang aku percaya dan pergi bayar duit shipping tu, mesti lepas tu si penipu terus senyap. Rugi RM1,950 bagi kat si penipu.

Teknik dia mudah je, tapi licik. Kalau tak selidik betul-betul memang boleh tertipu.

123 Comments

  1. salam.
    sebenarnya saya tk pandai dlm jual beli secara luar negara. sy cuma nak tanya bolehkah seseorang membayar melalui acc paypal tetapi buyers tu takde acc paypal ? mohon penjelasan segera. time kaseh

  2. Assalamualaikum semua.
    Sekadar nak berkongsi pengalaman yang baru je berlaku pagi tadi, harap-harap boleh menyokong lagi intipati post ni.
    Saya dapat mesej sesat yang suruh saya mesej balik dia mengenai iklan yang baru je saya post dalam Mudah.my minggu ni.
    Emel nilah yang dimaksudkan: johnsoncambel@gmail.com
    Sebenarnya saya agak dah yang mesej ni memang scam.
    Nombor datang dari Nigeria (hahahah!), jauh sesat tuh.
    Jadi, hati-hatilah semua kalau ada sape-sape terima mesej macam ni.
    Be logic.
    Terima kasih.

  3. Saya semalam dpt scammer. Tetapj selepas sya bagi no acc bank and kononya die sudah trasfer melalui paypal. Sya risau acc no bank tuh. Takde masalah kan ? Mcm mne ye ?

    • No acc bank yang dah terbagi tu tak perlu risau. Rasanya takde apa yang dia boleh buat dengan no acc bank tu..

      • Abang? thanks for your information .
        I also received the message from the person as well by last week .
        The message :
        From:

        Batuhan John
        johnbatuhan202@gmail.com

        Thank you for getting back to me. Am really satisfied in buying your AD.I’m ready to pay your asking price RMxxxx including the PayPal transfer charges,How i wish i could come to inspect this item but currently i’m working away from the country… But the issue is i am an oceanographer and i do have a contract now so am presently on sea.The contract is strictly no call due to the lack of reception on the sea area. But I’m able to access email anytime as we will make use of laptop so my only quickest payment option is PayPal as i can send money via PayPal anytime.Since I’m requesting this transaction to be done via PayPal, i will be responsible for all the paypal charges on this transaction and if you don’t have an account with paypal, its pretty easy, safe and secured to open one. Just log on to http://www.paypal.com. I hope we can make the purchase as fast as possible? I have a mover that will come for it once payment clears and they will take care of very necessary paper for me.I need your PayPal Full name and email address so i can send the money now.

        Many Thanks

        ” luckily I haven’t sent any account to the “buyer”.

        Thanks !

  4. Saya juga telah mendapat message sms dari scammer ni and suruh saya email ayah dia sebab ayah dia nak belikan lorry yang saya iklankan di mudah.com.my

    Berikut adalah perbualan email ayah orang yang message saya yang berminat untuk membeli lori tersebut. Harap kita lebih berhati hati. Hampir tertipu tapi nasib baik Allah telah memberi akal untuk saya search kat web berkenaan pekerjaan orang yang email ni. terus dpt info pasal scammer.

    Hi,
    I’m Mr Vincent. It was my son that SMS you through his online “Maxis” prepaid service to email me. I will like to know the final price for it and i want you to get back to me with more pictures and its current condition because i can’t come over to view it. I am buying it locally here as a gift for my son that just graduated in Philippine.

    I am Oil Rig Sub Sea Engineer for Petronas here in Malaysia and due to the nature of my work, I am restricted to phone call. I can only communicate via email.

    You need not worry about how it will get to him there in the Philippine as I have a shipping agent that will be coming from Philippine to do the inspection at PUSPAKOM and the name transfer at JPJ on my behalf.

    The following email:
    Ok, that’s fine with me. Can you send me some more pictures of the interior and the engine

    The following email:
    Thanks for the pictures. I’d like to know certain things too.
    Are you the first owner?
    Does it have any mechanical disabilities presently?
    What is your reason for selling it?

    I’m sorry, just want to be sure about the sale before i proceed.

    The following email:
    Thanks for the information, it was really of immense help. I am really interested in buying it and i want to go ahead with the purchase, i am pleased with the price but I can only conclude the transaction through PayPal for our own protection,PayPal act as a neutral third party. it is safe,secure and reliable.

    I insisted on PayPal mode of payment because i don’t have access to my bank account online as i don’t have internet banking but i can pay from my PayPal account as i have my bank a/c attached to it and also due to the fact that i am currently offshore and I won’t definitely be able to make it to my bank to wires money across to you.It is what safe and convenient for me.

    The following email:
    There is a charges of 3.9% and I’m ready to cover that if you can’t.

    After you have received the payment in your bank account then the shipping agent will come from Philippine for the pick up at your given time, date and location and he will handle all the necessary paper work for it.

    When I told him that I prefer cash on delivery.
    This is what he replied:
    – I said I will pay for it. Good luck then

  5. Salam..sy pun skang mcm saudara jgk..suami sy iklan nk jual rim proton saga kt mudah ngan hatga Rm310.80..pas2 sy ada terima email drpda someone yh ckp dia minat nk beli rim 2..pas2 dia ckp dia da hntr duit rm 3,160.80 ke akaun paypal sy trmasuk rm2,580 untuk shipping ke China..sy ada terima email drpd service @ intl.paypal.com bgtau yg duit rm3,160.80 da transfer pg account sy tp kna hold dulu..sy kna pg byr rm2,580 dulu kt western union guna duit sdri then bg receipt kt paypal pas2 bru dorg credit duit 2 msuk acc sy..mksudnye ni sume tipu la kan?sy xpnh guna paypal ni..ni first time guna..please advice..

    • Taktik penipuan yang sama.

      Paypal takkan hold apa2 pembayaran. Bila transfer paypal akan terus masuk akaun penerima. Penerima boleh login akaun paypal dan check rekod transaksi. Kalau takde sebarang rekod, jelas memang menipu.

      Fikir logik je. Kita jual. Pembeli cuma perlu buat bayaran. Kenapa kita pulak yang kena bayar utk barang yang kita jual?

  6. Tpi aq da bgi smua alamat n nama no acc bank..sbb dy nk bank in .so aq bgi la.so kalau duit kat dlm acc aq dy bleh amk x?

  7. Aku ada jual beg harga 400 kat mudah.com. n ada org email name mohamad amir ingtkan mlayu or indon bila dy whsap pkai no mcm luar negara
    Ni dy mntk la nme alamat n no acc may bank aq.so aq ckp la aq xpndai jual brg luar negara ni..n trus dy msj ni

    Dear Shaharuddin bin Shamsudin,

    Adalah penting kita mengetahui status barangan yang dibeli daripada anda oleh salah seorang pelanggan kami, Mohamad Amir dengan ID Transaksi: KMM31562078V63677L0KM, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap anda kerana anda telah tidak e-mel kami mengenai maklumat pemindahan Western Union dan resit diimbas pemindahan kesatuan barat.

    Kami percaya yang anda masukkan ke dalam perjanjian dengan meminta wang melalui PayPal dari pembeli, dan dengan tidak menghantar e-mel kepada kami dengan butir-butir maklumat pemindahan kesatuan barat, anda melanggar pengguna PayPal perjanjian dalam akta daripada 1999 Undang-undang dengan kerjasama Law Dunia Agensi penguatkuasaan.

    Anda mandat untuk memindahkan jumlah RM2,550.00 MYR kepada syarikat pengangkutan untuk Bayaran Pick-Up dan email kepada kami bukti pemindahan dalam 24Hrs depan, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan penglibatan Agents Penguatkuasaan Undang-undang Persekutuan melanggar arahan dan pengguna perjanjian PayPal dalam tindakan 1999 Undang-undang dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Dunia.

    ?

    Kami memastikan untuk membuat Transaksi Dalam Talian tempat yang lebih selamat, oleh itu kita perlu menetapkan keyakinan pada semua pengguna kami.

    Kami meminta maklumat Transfer Western Union dari Western Union sebab-sebab keselamatan tertentu untuk membuktikan pemindahan itu telah dibuat dalam 24Hrs depan dan kita akan membiayai wang itu ke dalam akaun anda atau anda akan menghadapi akibat TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

    Ini dilakukan untuk melindungi kedua-dua penjual dan pembeli daripada aktiviti penipuan internet yang berterusan.

    Terima kasih kerana menggunakan PayPal Pembayaran Online !!.

    Yang ikhlas,

    A. Williams,
    PayPal Bantuan Team

  8. Salam semua
    Saya tengah menghadapi penipuan ni sekarang, konon nya dia nak beli laptop yang saya iklan kan kat mudah.my, saya siap dah poskan sekali, last2 dia mintak saya dahulukan duit RM850 kalau saya nak duit hasil jual laptop tu. Jadi macam mana ye sekarang, apa yang saya boleh buat? Alamat ke tempat yang saya pos tu ada. Klu saya buat report polis or bawak polis ke alamat tu untuk tuntut laptop saya boleh ke?

  9. Sy pum dah terkena. Tp, dia guna email markjanet1@hotmail.com. caranya sama.. Saya jual kamera sy dgn hrga 1K, lpas tu dgn senang hati dia mau beli. Dia dari USA pula.. Dia kata dah transfer ke paypal tp, saya kena ada cas 2.5k utk byr agen baru dpt withdraw dr paypal.. Fake paypal siap hntr amaran lagi utk fbi tu. Yg sy pelik, dia di USA, tapi kena transfer duit agent di china, lpas tu sruh bagi dgn agent dia kamera sy tu.. Kenapa tdk dia bayar ja terus kepada agennya 2.5k tu dan bank in dgn sy hrga kamera saja? Dan lagi satu, kenapa dia sanggup beli kamera yg hrga 1k dgn cost shipping 2x ganda dr hrga kamera?

    • Saya pun Kena pula
      Juga email markjanet1
      Kesian betul
      Saya ni Student Cina saja
      Kena tipu RM10,000

      • Baru dapat email dari markjanet1. Memang dah agak scam, sebab tu google, terjumpa komen Aishah dalam artikel ni.

        Sebelum tu ada seorang lagi, kononnya dari US nak beli barang yang saya iklankan di mudah.my. Memang tak logik langsung dia nak beli barang yang saya iklankan, sebab obviously barang yang sama dengan condition 1st hand boleh dapat lagi murah kalau beli di US.

  10. Hii..sayapun alaminya skarang..saya asyik dpt call dr nigeria n indonesia..
    Adakah saya patut bt report polis??
    Mohon bantuan..

  11. Jangan risau..saya mangsa sudah call paypal sebenar. Diorang kata scam. Pastu saya siap dapat legal action notice daripada penipu tu. Mana x cuak saya. Bila saya call paypal diorang kata jangan risau. Diorang ugut je. Sebab tu diorang bg masa terhad 12hour supaya kita x pikir panjang. Info kita dorg x akan dapat buat pape. Cuma jangan bayar kat western union walaupun diorang ugut macam2. Better report polis. Sebab ramai dah kene tipu

  12. Saya pun mangsa. Sebijik ayat yang digunakan. Bila call paypal sebenar baru diorang kata scam. Trus close acc paypal. Ingat kan orang kaya mana nak bagi duit lebih. Nasib baik x bayar pape. Ade ke kita jual barang kita plak nak kene dahulukan duit. Teruk sangat la cara diorang tipu ni. Kene lalukan sesuatu

  13. Hii. Nak tnya. Macam mana kalau kiya dah terbagi no acc ya? Saya pun salah satu mangsa.. hummm.

  14. Saya tgh kena skrg ni. Saya jual hand bag kt mudah. Then ada sorg ni nama dia mohamed ahmed. Konong nya duduk kt laut susah nk dpt coverage. Bag tu 85. Saya pun tkda paypal then saya buat. Saya rasa bodoh sgt sbb saya tk selidik dulu. And then lepas semua tu. Dia suruh saya pergi western union. Nasib baik saya jumpa page ni dulu dr kawan saya. Saya menangis ketakutan. Skrg ni saya ignore je whatsapp dia. Patut ke report polis ?

    • Saya kena macam awak kena. Mohamad Ahmed juga nama dia. Saya dapat tahu ni saya terus block number dia. Apa yg patut saya buat?

      • saya pun tgh alami ni .. brg dia nk beli hrga sribu .. then dia masukkm 2,450.00
        1k hrga brgg, 1,350 freight charge yg sy kena masukkn kt western union kena guna duit sndrik dlu..lgy sratus dia ktaa caj untuk westernunion..

  15. ya Allah! saya pun tertipu dgn email johnsoncamel@hotmail.com ?? saya dah bagi details email semua. tak bahaya ke. helpppp!!

  16. Terima kadih info dalam blog ini, saya pun nak share ada terima message dahlah no telefon dari Nigeria dsn Sweden, lepas tu bagi email ni johnsoncambel@gmail.com

  17. Terima kasih pada owner blog ini.saya ad postkn duit syiling yasin untuk dijual.dan pembeli dari dubai ingin membayar melalui paypal.dan seperti abg owner kena,turut terjadi kepada saya.saya perlu mendahulukan duit shiping.dan saya sudah agak ini hanya scam.bila saya tak melayan email pembeli tersebut,email dr paypal mengatakan memberi last warning kepada saya dan fbi akan datang menangkap saya.dia ingat saya bodoh dengan ugutan dia tu..apa2 pun,kepada smua,hati2 dengan pembeli luar negara.slalunya ini kerja si negro.tq

  18. Salam…hati hati orang ini baru menipu I konon kata Paypal hold money for security reason….nama si penipu Batuhan John emel : johnbatuhan202@gmail.com
    Licik conman ni…suruh bayar shipping company dulu…teknik tipu sama je. Check kat ip locator dari Mountain View California Amerika pulak. Macam macam scam untuk menipu eBayer, Mudah.my user, Locanto, Gumtree.. I dah kena bayak kali tapi tak Berjaya tipu I kerana I pandai cari & siasat maklumat kat internet. Ini le kes terbaru! Setakat untuk kongsi info scam je…

    • Sy pon ade kene mcm ni jugak dr jihn batuhan tu. Da dpt emel Legal notice dr paypal dah. Tp x tahu betul ke x. So mcm mane ya? Apa perlu sy buat? Sy dah runsing dah ni sbb notice tu dlm 24 jam je. Tolong sy plis

  19. salam.., trima kasih kpd owner blog ni kerana share pengalaman.. saya pun baru2 ni kena mcmni jugak. situasi dan tektik mereka yg licik. sebab rasa pelik bila minta kita buat bayaran dulu ,jd saya pun cari kes penipuan guna paypal ni.. sah,mmg ada.. email yg mereka hntar guna email paypal palsu yg mngatakan duit tlah di ‘hold’ dulu. saya pun buat xlayan terus. siap kata akn kna tindakan undang2 kalau saya x bayar duit kat western union. ni email dia (alejandrodann202@gmail) ,hrp xda yg kna tipu dgn dia ni )

  20. Salam , sye pon kena jugak mcmni , sye jual coins dkt mudah , pastu ade org mesej sye mse mula2 tu mmg perh suka la an , pastu sye balas la email dye , dye minx email paypal sye , sye pon bg je la pastu tetibe dye ckp dye msukkan duit dkt account paypal sye , sye pon check la , sye tgok duit x msuk langsung , pastu paypal email sye dye ckp duit dh dimasukkan ke account sye melalui western union pastu sye kene bayar rm7500 utk duit tu msuk ke dlm acc sye , kalau ikutkan kena ade ntcm number tp dye x bg , lepastu dye ckp ntcm number bukan isu dye tp sye kena bayar dulu bru duit tu boleh msuk ke dlm acc sye , lpastu dye ugut memacam ckp kalau sye x email paypal nnt FBI akan dtg rumah sye smue , sye pon mcm dye ni mmg penipu ni , and after that email paypal smue msuk ke box spam , pastu sye pon mmg sah la dye ni penipu , klau email paypal x msuk ke dlm spam pon mesti bahasa inggeris dye tunggang langgang . So utk buat kan dye diam , sye x balas email dye n email dri paypal pon sye x balas sbb dh sah2 itu paypal palsu .

  21. Is it something like BINROSPINNITA that will email us? I also get scammed! shit!

  22. as salam
    saya mempunyai pengalaman seperti penulis anarm.net, stelah saya mengiklankn produk untuk dijual saya telah mnerima email. beliau memberitahu untuk membeli produk saya. email charleevb@gmail.com seperti anarm terima. cerita pn sama. terima kasih update email address beliau… kpd sesiapa yg terasa ditipu boleh google dlu email @ country code sbb mmg pbelian oversea ni byk penipi 9/10. jd kita hati2. sekian

  23. Nasib baik jumpa blog ni. Saya memang syak charleevb@gmail.com ni penipu paypal. Kita jual murah dia nak beli lagi mahal pula. Pelik, biasanya org akan minta diskaun.. Jika siapa2 yg iklankan di mudah.com dan dapat emel daripada charleevb@gmail.com (dua kali tukar nama 1. Muhamad Bin Ismail, 2. Muhamad Amir Bin Ismail). Semoga kita semua lebih berhati2.. Thanks blogger En. Khairul Anam.

    • aku pun baru semalam dapat email nak bayar via paypal. aku tak ada akaun paypal aku suruh dia bank in mb2u aku. dia suruh aku buka akaun paypal juga. aku pun search isu ni. so, macam mana kita nak kenakan penjenayah ni? takkan nak biarkan?

  24. berhati hati dgn
    charleevb@gmail.com +447400345357
    johnsoncambel@gmail.com
    Mr Edwir +2347036385813

    scam yg aktif berleluasa…kepada penjual2 di mudah sila berhati2

    biasanya dia akan cakap dia akan urus kan semua penghantaran termasuk duit sipping…email dr egent mereka akan urus kan…dan mula mendapat email…..salah satu nye Dhl expres dan paypal…

    cara2 penipuan scam
    1- dpt email dr egen sperti Dhl Expres atau pon syarikat2 penghantaran dhl.consultant@consultant.com
    2-pembyaran melalui paypal dan dia suruh kite pos kan dulu item dan tunjuk kan bukti resit
    3-pendding payment dr Scotiaplc_transfers@mail.com supaya kita pos dlu barang yg dia mahu kan dan tunjuk bukti resit yg kite sudah di pos ke tempat nya dan payment baru boleh dpt…

    kalau fikir logik…barang kite kite lah yg perlu buat urusan jual beli dan dia perlu ikut kite punye rules kan….klau ada mat saleh yg nak beli barang anda suruh dia buat payment 50% bank transfer,selepas dia dpt barang baru kembali kan selebih nya atau bayar kesemuanye terus…kite penjual bro…xkan nak ikut pembeli kot…biasa scem ni dia akan buat dia punye rules sendiri…dia akan ckp supaya urusan jual beli akan lebih selamat dan bersih…

    jadi nye if you want it you pay 50% or 100% payment
    if you pay 50% after you get it you pay the belance

  25. Hi saya pn terkena mcm ni jgk tp email Muhamad Amir Bin Ismail
    charleevb@gmail.com
    sy jual rm200 jea tp die bg extra rm2200 utk shipping charges..mase die ckp dh trnsfer sy check kt acc paypal xde pn sy dh curiga la pastu de lak msk 1 lg email bgtaw yg bnde tu hold dlu n kne g kt wastern union buat byrn gune duit kte dlu..xsdp ati jd sy search nsb baek jmpe blog abg..tq sgt2 kalo x mst takot..lps ni de email ugut dr die mmg sy wat xtaw jela..

    • Thanx .. sy pun sma gak mcm awk nma yg sma dan email yg sma .. nsib baik sy x byar lgi ke western union . Dye kta da msukkn duit melalui akaun paypal rupa2nye xda pun . Ptutlh xsdap hati . Thanx a lot

  26. hey ive got the same problem here. i baru nak jual note 2 kat sorang ni. konon dia send aku address dia, aku tanya lah country cik kat maner. mau2 dia jawab aku, dia busy, kalau dah siap postage inform kat die. aku pun mula lah syak sesuatu. lebih2 lagi bila aku login online banking aku, langsung takde transaction masuk. tak ke pelik camtu. syukur sangat lah jumper blog macam ni. email yang dia send memang serupa sangat. paypal kene hold money tu dulu utk tujuan keselamatan.

  27. Nasib baik..adik saya pun baru terkena nie dgn johnsoncambel@gmail.com ..
    Klau adik sye tk tnye sye tadi..dah sah2 kena tipu hidup2.. dan lagi satu ada jga la warga negeria yg cuba2 mahu menipu .. ini num ye sye kongsikan tkot nanti ad yg kena boleh la semak num nie kan..untuk berjaga2..

    Ini num penipu yang berasal dari negeria tu..

    +23484115873981
    +2348063520476
    +2348176158421
    +2348259372601
    +2348137885852
    +2348140986915
    +2348092294277

  28. Hey bro. I pun baru dapat inquiry dari johnson campel ni. Dia guna mudah hantar inquiry, first msg tu pun dah suspicious sgt! Kata nak deal, tapi tanya apa model dia nak. Dah tak reply dah. lps tu jumpa page ni! bagus

  29. Ya Allah…..nasib baik sy jumpa blog ni. Sy baru terkena dgn johnsoncambel@gmail.com ni. Sy jual note rm500 lama then die nak beli. Last2 hari mintak RM2750 utk shipping. Pastu siap ugut guna FBI dgn interpol. Time kasih sgt2 la. Kalau tak rugi sy RM2750.

  30. Saya pun terkena juga…nama gmail sama gak …siap bank dari uk hantar email kat saya…duit dah ada cuma nak pengesahan resit penghantaran shj..lepas hantar pic resit..bank ckp duit akan masuk dlm masa 12-24 jam..lepas 24jam dia suruh masuk duit dlm wasteran union lak rm5k..banyak songel pulak..nampak sangat penipu.saya terus fon pos..pos ckp brg dah sampai klia..saya terus gie sana..org nie betul2 menyusah saya..

  31. Saya hampir kena tipu.. tp nasib abik terbaca entri ni. Saya jual kasut. Rm225. Then org tu email ckp dk transfer rm2325. Sy kena g byr kt western union rm2000 tu untuk dapat pengesahan.then,lg rm100 sya kena byar kt shipping agent die.then lepas baca entri ni,baru tau saya kena tipu. Nasib baik saya tak g bayar ape2. Tp paypal tu asyik email je. Email tu masuk tempat spam. Saya takut jgk la. Email tu akan ambil tindakan ke atas saya.Nk bt mcm mana yer?

  32. Betul ke PayPal xde hold duit?sbb sye pon tngah mnghadapi situasi mcm ni…sye ade jual barang kt mudah.my..pastu ade org nk beli..dia suruh sya buat acc PayPal untuk mudahkn kerja dia….dia kta dia dah bayar…tp sye chek acc xde pon duit msuk…’orang’ tu ckp kne byr duit kt western union RM2k..tp berat barang 100g pon ase xlpas…ape patut sye buat?biarkn saja?

  33. Haaaaa baru je dpt deal sebijik cmni…siap ugut pakai fbi ssi csi bagai klau x bayar duit shipping tu dlu..cisss! Niga punye keje la ni.

  34. Askom.. Nasib baek jpe blog ni..
    Kalau tak mesti kne tipu..
    bru je pg td sye dpt e- mail dri
    Jonhsoncambel@gmail.com
    dan dpt msj dri 63001.
    yg berminat nk bli brg yg sye msok kn kt mudah.my
    tetiba tegerak aty nk geogle e- mail dye
    x sngka plak ade unsur penipuan

  35. Apa tindakan saudara lepas terima emel suruh bayar shipping fee tu? Biarkan emel macam tu saja ka? Saya menghadapi situasi yang sama di saat ini. Tak ada kesan kepada diri kita ke? Dahlah kita bagi alamat kita kepada mereka? Tak bahaya ka? Urgent reply

    • Saya abaikan je email suruh bayar shipping sebab dah confirm diorang tu penipu.. Takkan nak bayar jugak, kan? Takyah takut..

      • Terima kasih saudara…

      • assalamualaikum….blh tolong saya x? company oversea minta yang ini (Payment address / account #:…………………….) untuk transfer duit melalui paypal, jadi sy perlu bagi address yg mana satu @ no akaun yg mana? sebenarnya perlu hntr melalui no akaun bank tempatan @ paypal…blerr la….no akaun paypal yg mana satu ye? sesiapa yg tahu tlg sy…..

        • Waalaikumussalam.. Kalau bayar guna PayPal, bagi alamat email yang guna register PayPal tu.. PayPal takde nombor akaun macam bank.. Dia guna alamat email..

  36. Firstly..syukur alhamdulillah…saya terjumpe blog ni..kalo x dah sah2 kene tipu..berhati2 la ye ..sye terima email dr johnson camble yg berminat tuk beli coin dr sye..die ckp dh transfer duit…Seriously..sye tkt sampai skang..apa patot sye buat.

    • Sindiket ni kerja dia menipu orang je.. Kena lebih berhati-hati bila berurusan dengan customer.. Jangan mudah percaya.. Selidik dulu dengan siapa kita berurusan.. Lebih2 lagi bila melibatkan duit yang banyak..

  37. Saya pn bru2 ni trkena..dy swoh bt akaun paypal bgai sy bt la.. pstu bg detail yg dy nak..pstu dy sent email kte duit dh dikraditkn..tpi di hold dlu sbb kne byk duit pnghntran rm2550 .. siap hntr notis lg fbi interpool bgai..sy pn jdi tkut ar kan..pastu sy jmpe blog ni..nsib bek xpi byar.. sy pn ad kol paypal..paypal kta jgn byr sbb tu pnipuan je..mula yg msj sy no 63001 tu la..

    • FBI Interpol tu cuma nak takut-takutkan kita je.. Padahal takde apa pun..

      Kalau tak silap saya, PayPal tak pernah hold apa2 bayaran walau banyak macam mana sekalipun.. Bila duit dah transfer, akan terus masuk ke akaun PayPal kita.. yang kata PayPal hold dulu tu yang buat saya rasa curiga.. Rupanya penipu..

      Kena lebih berhati-hati lepas ni.. Sebelum deal dengan sesiapa yang melibatkan duit, selidik dulu dengan siapa kita berurusan.. Teknik penipuan sekarang ni ada bermacam-macam cara..

  38. hai,sy pon dpt msg jugak dari org yg guna email johnsoncambel@gmail.com.mula2 dye antar msg guna nombor 63001 suruh reply kalo coins yg sy jual tu still in good condition.lps tu i pon reply lah email dye tu n nasib baik terjumpa net yg abg tulis.dye siap tanya cost shipping n total yg perlu dibyr oleh dye.xpi yg hairan dye guna paypal.sy ckp sy xde paypal xpi dye nekad suruh buat account paypal sbb alasan dye xblh pergi bank utk buat byran.siap dye mintak address rumah,nombor teleph sy,email paypal sy.i dah x bls email dye,xpi dye keep on antar msg kat ph(no sama),n keep on email sy kat dye serious buyer.dye kata once dye dah masukkan duit kat paypal sy,dye suruh sy email bg dye n dye akan antar private secure ppl utk dtg berjumpa ngan sy(utk ambik coins yg sy jual).

    • hello! thank you naim sbb share. saya pun baru post advert di mudah, and dapat msg from 63001 jugak. mula2 excited la sbb ade org nak beli barang kite, so saye pun email je dia dekat email yg dia sebut dlm message tu. and dia pun respond to email saya.

      tapi tiba-tiba tergerak hati nak google email dia sbb ade org pesan suruh double check takut kena scam. ya Allah, tak sangka pulak memang betul scammer. terus saya block dia.

      thanks.

      beware ok, others! ni email dia! >> johnsoncambel@gmail.com

  39. Alhamdulillah tergerak hati nak search psal ni dan jumpa blog ni. Saya pon hampir terkena jual barang dekat mudah. Awalnya cakap akan transfer ke account paypal pastu akan ada agent datang pick up barang. Lepas dia buat bayaran je lain pulak cerita suruh bayar duit transport Rm 2500. kena bayar 2500 dulu sebab payment hold katanya sebelum boleh dpt refund blk. bila check email lain je dari yang official punya. tq for info it really save me.

    • Sama2.. Alhamdulillah.. entri ni pun saya tulis sebab nak kongsikan info dan tolong orang lain daripada kena tipu dengan sindiket ni.. Memang tindakan bijak lah sebab search dulu sebelum buat apa2 urusan dengan orang tu..

      Duit transport RM2500 kalau bayar memang menangis.. Dia dah dapat duit, mesti terus senyap je lepas tu.. Nasib baik tak bayar lagi..

      Kalau fikir balik, memang tak logik sebab dia yang nak beli barang dengan kita tapi kita pulak yang kena bayar duit transport.. Alasan dia, PayPal hold bayaran.. Bertambah-tambah tak logik.. PayPal tak pernah hold apa2 bayaran..

      Kena lebih berhati-hati lepas ni ye.. Teknik menipu ada macam-macam cara sekarang ni.. Jangan mudah percaya pada orang.. Selidik dulu sebelum buat apa2 urusan dengan customer..

      • sye ingin berkongsi cerita ada buyyer nk beli psvita tpi dia nk tgok no tracking poss dlu bru dia bank..klau x dia take action to interpol,fbi nma dia lios cynthia

  40. haa br hari ni sy hampir terkena..sy jual barang antik d mudah.my..esoknya dpt satu email menyatakan berminat membeli..dan sy dminta buka akaun paypal..sy tryla kemudian deal ttg harga yg sy nak..dia setuju n dapat lg satu email mnyatakan telah memindahkan bayaran ke akaun paypall sebnyk 5000usd termasuk kos kuriar service caj 2500usd..sy dmnta bayar dahulu sbnyk 2500myr sbelum blh dpt duit 5000usd tu.. pelik sebb barang sy xsampai 30gram n khidmat paling jauh sy pos ke arab kosnya br 3++..ini sampai beribu n kena bayar dl plak.. bila xpuas hati sy contack paypal customer service fan jawabnya pihak paypal tidak membuat sebarang email mahupun kos yg d sebut.. jadi saya abaikan aje..
    dtg lagi satu email mnyatakan sy mesti bayar jg dlm tempoh 24jam.jika tdk pembeli buat repot fbi sebagai tindakan.. hmmm peduli pun x

  41. *[image: PayPal]* > > > It is important we know the status of the transaction between you and ” Johnson > Cambel” otherwise “Legal Action” may be taken against you since you have > not replied to the confirmation of payment made to your PayPal account by > (Johnson Cambel). > > We believed you entered into agreement by requesting money through PayPal > and by non response to the payment confirmation made to your account you > have violate site and PayPal agreement. However the buyer has already > contacted us in other to make report about your non response. We are > ensuring to make PayPal a safer place, therefore we need to set confidence > on our users. We request for the Scanned Receipt and the Western union of > the paints in less than *2/hours* hours and we will fund the money into > your account or face the consequences of “Legal Action” this is done in > other to protect both the seller and buyer. > > We use proprietary technology and constantly innovate to help ensure > your transactions are safe. In addition, PayPal has over staffs > worldwide dedicated to keeping PayPal accounts safe, and stopping online > criminals. And we work with Internet Service Providers (ISPs) worldwide to > shut off fraudulent websites as soon as possible. > > PayPal’s Fraud Investigation Team is highly experienced in fraud > prevention. Several members of the team were former law enforcement > officials with extensive experience in fighting online fraud. Pay Pal’s > fraud investigation team focuses on: Identifying and preventing fraud > before it occurs,Detecting fraud in process Mitigating loss, if fraud does > occur, Delivering information to law enforcement around the world to help > stop those committing online fraud. > > We have your information that we will use to track . > > > > —————————— > Pay Pal Email ID:PP309 > > > * Copyright © 1999-2014 * > *PayPal**. All rights reserved.* > [image: > http://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=p/gen/privacy-outside  [image: > http://www..bbbonline.org/cks.asp?id=20111061155818568 > > * Copyright © 1999-2013 * > *PayPal* > *. All rights reserved.**PayPal* *(United States) Ltd. is **authorised > and regulated by the Financial Services Authority * > United States as an **electronic money** institution*

  42. Aku terkesan betul kena kes mcm ni..aku pos brg ni guna fedex..aku call customer service suruh die return malaysia semula..tp harapan nye 50/50..kes same seperti diatas..aku berharap dapat kembalikan iphone itu semula..

  43. Salam, tq bro sebab post cerita ni. Saya pun baru je dapat whatsapp dari nombor oversea. Sebijik cara dia mcm tu.. nak beli baju plak tu.. suh agen dia pick up katanya. Tapi saya kena bayar agent dia RM 400 pakai western union. Duit akan tranfer via paypal tapi akan hold dulu. Baru nk excited ada org nk membeli.. sekali scam rupanya.. haha.. thanks for sharing!

    • Waalaikumussalam.. Alhamdulillah, terselamat daripada kena tipu.. Kita kena faham teknik2 penipuan yang diguna oleh scammer.. Zaman sekarang ni kawan2 pun tak boleh percaya sangat bila buat urusan duit..

  44. Erkkk…nasib baik tergerak hati n nk search pasal penipuan ni…tq info ni.
    sy baru je hampir2 nk kena tipu ptg td…
    sy jual brg kt mudah.my…then ade org katanya dr USA whatsapp…
    nk beli brg n trnsfer using paypal…
    pastu die ckp nk add rm800 utk kos pickup n mintak tlg sy trnsfer thru western union bila dpt emel dr paypal..mmg sebijik cara…
    tp rasa pelik…so sy ckp je sy x nk buat jual beli ni sbb u scammer….
    then block….abis crita…huhu

  45. salam.. saya pun baru dapat email yang serupa macam tuan dapat.. Dari orang yang sama..
    “Tiba-tiba aku dapat email daripada seseorang bernama Abdullah Rospinnata. Nama orang yang nak beli motor abang aku tu. Katanya dia kerja Oil Rig Sub Sea Engineer for Petronas.”
    Nak beli motor saya.. Sampai sekarang duk was-was.. tup-tup dapat baca blog tuan.. ternyatalah penipuan telah berlaku.. Katanya duit dah masuk.. Kalau cam tu, saya buat tak tau je la.. TQ tuan…

    • Waalaikumussalam.. sama2.. Nasib baik tak sempat berurusan.. Tak yah layan dah orang tu.. Dia kata duit dah masuk tapi check akaun takde pun kan.. Kalau buat tak tau je nanti mesti dia akan hantar email lagi.. Dia cakap akan guna undang2 untuk saman kita sebab tipu duit dia.. Kelakar.. Padahal dia yang menipu.. Haha..

  46. Terima kasih diatas info tuan.
    Saya nk share kena tipu dgn scammer ni.
    Saya baru kena semalam 22 nov 2014
    Saya jual barang kat mudah.my , then ada satu mamat nama Muhamad Razif Jaffar, mcm org Malaysia tapi duk kat China berminat nk beli. Dia beriya iya sgt nk beli dan suruh saya buat account Paypal utk transfer payment . Saya pun ikut je arahan dia. Sampai satu tahap saya rasa pelik kenapa saya perlu membayar transport charges Rm2200. …sedangkan harga brg cuma Rm280..bila check2 kt internet pasal scammer paypal ni…rupanya penipu besor….dia guna alamat emel info@transferitic.com . Ni yg terbaru dari Beijing, China.
    Berhati hati kwn kwn

    • Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.. Semoga pendedahan macam ni dapat bantu ramai orang daripada ditipu oleh scammer2 yang ada kat luar sana..

  47. nasib baik aku tak pernah ada akaun paypal.. selamatlah aku.. heheh..

  48. Seriously, skrip sama mcm member aku kena. Tapi nasib baik member aku ni bijak, sebab perasan dekat email dia yg pelik tu. Iklan kat Mudah jugak. Pendedahan yg bagus tuan..

    • Mudah.my sekarang ni jadi target untuk menipu duit orang. Penjual kat situ kena hati2 bila berurusan dgn pembeli (penipu).

      Diorang guna skrip sama je cuma nama & email tu berubah. Teknik simple je tapi ada jugak yang tertipu. Kena lebih hati2.

  49. Hmm.. modus operandinya sama sahaja mcm yang biasa.
    Cuma kali ini guna Paypal dan alasan beli barang.
    Otak penipu memang hebat! Sayang digunakan di jalan yang salah.. :sad:

  50. kena berhati-hati dan kena ade ilmu sket pasal penipuan ni..tak boleh percaya bulat-bulat

  51. Ya Allah comel giler vespa tu!!

  52. ayat email tu pun cantik betul, ayat-ayat dah prepare awal tinggal copy paste je. perkongsian ni memang bagus uspaya orang lain tak terkena dan jarang jumpa kes guna akaun paypal.

  53. Kena lebih berhati-hati,semakin pandai diaorang sekarang nie.

  54. Mmg licik juga teknik penipuan ini. Nasib dapat di kesan awal.

  55. bergitu licik diorang ni nak tipu….

  56. salamm…
    saya dah terkena dengan dia ni…sy tiada pengalaman berurusan dgn paypal.
    banyak juga terkena tapi nak buat mcm mn…dah nasib saya…da buat report pun..
    kenapa lah baru ada dia info kat google ni,….

  57. Tu dia…. kira gempak gak sebab guna trick paypal yang tak ramai orang tahu/faham…Lebih kurang macam ada kes kat tempat keje aku – kononnya ada agent call customer cakap barang kena tahan sebelum bank in duit kat satu akaun nie… padahal payment dah buat in advance… memang modus scammer betul laa…

    • Tu la pasal.. Trick menipu ada macam2 pulak sekarang ni.. Nasib baik aku tahu dan faham sikit2 guna PayPal.. Alhamdulillah.. Kalau tak, rasanya boleh termasuk dalam perangkap si penipu..

  58. wahhhh antik ni narm

  59. aduhai..bermacam cara nak menipu sekarang nie kan..

  60. cantik vespa tu. mujurlah berhati2 juga kan. kalau tak habis kena tipu

  61. Macam macam cara Org menipu skrg ni.kene lebih berhati-haiI

  62. nak menipu pun agak2 la…kalau orang yang pernah gunakan paypal ni tahu la macam mana…takkan dorang hantar emel pengesahan guna gmail…mujurlah tak kena tipu…kalau tak hangus je RM1950 tu…tu la, memang kena hati-hati sekarang ni…PENIPU ni ada bermacam-macam cara nak tipu orang…

    • Tu la pasal.. Nasib baik dah selalu sangat tengok format email yang biasa PayPal hantar.. Sekali tengok dah boleh nampak mencurigakan..

  63. otak bergeliga..boleh buat batu cincin nih..tapi sayang..disalah gunakan pulak..mujur yang di tipu lebih bijak..

  64. Macam-macam cara nak tipu orang sekarang ni. Adohai. Kena berhati-hatilah semua.

  65. bahaya sungguh, nasib baik dah siap2 masuk kat dalam SPAM

  66. nasib baik.. kalau tak memang kena tipu la..

  67. Sekarang macam2 cara orang nak menipu yang nampak macam betul tapi kalau x diselidik, kita yang kena

  68. Arwah bapa saya memiliki model vespa yang sama.(first hand). Insyallah ada rezeki lebih ingin restore didalam bentuk keadaan asal.

  69. Dia suruh shipping ke mana tue ek?

  70. Wahhh ilmu baru… Nice sharing.. Baru ingat nak buka paypal.. Hehehehe.. Bdw di masa hadapan lebih berhati2..

    • Buka akaun PayPal takde masalah.. PayPal ok je untuk guna.. Tak perlu takut.. Cuma start sekarang ni kena hati2 lah sikit sebab dunia internet ni ada macam2 cara orang nak menipu kita..

  71. Kena hati-hati macam, pandai betul taktik macam tu.
    Smart ni, macam rugi je jual ni. boleh jadi saham akan datang.

  72. Memang legend motor vespa ni. Ayahku ada sebiji dah bersarang bawah bangsal..

  73. Memang kena check betul-betul ni..

  74. internet skrg memang kena hati hati, nasib baik hg tau anarm, kalau kena pada yang naif memang dah kena tipu la

    • Ramai jugak yang kena tipu dengan teknik macam ni.. Sebab tu sebelum buat apa2 urusan kena selidik betul2 dulu siapa pembeli, siapa penjual.. Kita taktau niat orang.. Kadang2 dengan kawan2 sendiri pun ada jugak yang nak menipu.. Kena hati2 dalam setiap tindakan..

  75. Mcm2 taktik kalau nak menipu. Bahaya dan perlu sentiasa berjaga2.

    Skrg penjual pun berisiko kena tipu.

    • Yup.. Betul tu.. Sebelum ni biasa dengar penjual yang tipu pembeli.. Sekarang pembeli yang tipu penjual pulak.. Macam-macam..

      Nak buat bisnes ke jual beli barang ke kalau boleh biarlah jujur..

  76. beringat sebelum terkena. dah terkena meraung tak sudah.

  77. looorrr.. aku baru jer nak guna cara tipu tu… heheheheh

  78. sepatutnya kalau nak buat payment macam tu, ko hantar invoice dulu untuk pembayaran kalau confirm, baru la betul ada transaksi dan bukti penuh..tak digalakkan untuk hanya bagi emel paypal tu je..sebab transaksi ni kan ke besar gak tu.

    lagi satu, jgn biasa sangat check statement kat emel..check je kat paypal.com :D

    • Biasa kalau dapat email aku akan check kat PayPal jugak.. Kat email pun kadang2 takleh percaya sangat..

      Yang hantar invoice tu ada terfikir jugak nak buat.. Tau2 abang aku dah deal dengan orang tu dan dia kata dah transfer PayPal ( tipu )..

      • Kalau yang dah kena tipu tu…blh dpt blik x duit tu….

        Ke kena buat police report?

      • tu le banyak sangat phising plak skang ni

      • Assalamualaikum,Sy ad iklankn laptop lenovo sy d mudah..ad sorg customer dr Chicago nk beli..dy beria nk wt payment tp dy xde plak suh wt akaun paypal..nk tny bleh ke duit tu transfer direct dr akaun luar negara ke akaun kita dlm malaysia?lg satu sy ckp sy xkn post brg tu tp dy ckp xyh post sbb pick up agent dy dr DHL dtg amek just set time jmpa dgn dy?sy tny agent dy tu dr Malaysia ke? Dy ckp dr chicago jgk..cmne kte nk tau agent dy tu sah yg btul2 agent dr DHL?perlu ke sy contact DHL sndiri tny bkaitan agent tu?dan kalo sy jmpa agent tu dy mntk ap2 bayaran x?sbb customer ckp pick up agent dy dtg amek brg lpas dy buat payment gne transfer duit ke akaun sy..andai duit btul2 direct msuk ke akaun sy and sy g cucuk cpt2 kluarkn sume duit yg ada dlm bank tu, then g jmpa pick up agent dy, adakah still bahaya utk sy?mintak tlng jwb satu2 soalan sy?trima kasih

Leave a Comment