Kata laluan atau password merupakan perkara paling penting bagi kita semua yang memiliki akaun-akaun di internet seperti akaun Gmail, Yahoo! Mail, akaun Facebook, Twitter, akaun Blogspot, WordPress, akaun affiliate, forum, online shop dan lain-lain lagi.
Dengan jumlah akaun internet yang banyak, susah untuk kita ingat kata laluan bagi setiap akaun yang kita miliki.
Ramai ambil jalan mudah dengan menggunakan password yang sama untuk setiap akaun. Senang nak ingat. Memang senang, tapi dari segi keselamatan akaun cara macam tu adalah SANGAT BAHAYA!
Seperti yang pernah dikongsikan oleh saudara Eizil di blognya tentang pentingnya kata laluan, pilihan kata laluan yang kuat akan dapat memastikan setiap akaun kita sukar untuk diceroboh dan selamat daripada ancaman jenayah siber.
Kata laluan yang kuat biasanya menggunakan gabungan huruf kecil dan besar, nombor serta simbol seperti !,@,$,& dan seumpamanya. Tapi bila kita guna kata laluan macam tu adakalanya susah diingat. Nak salin password tu dalam fail Word atau Notepad? Bahaya dan tak selamat. Tulis dalam buku? Pun sama. Buatnya buku tu hilang, macam mana?
Urus Kata Laluan dengan Password Manager
Untuk memudahkan kita mengurus kata laluan dengan baik dan selamat, boleh gunakan perisian “Password Manager” yang berfungsi menyimpan semua kata laluan yan
mcm mne kalau kita ada satu akaun gmail atau yahoo yg menggunakan satu password untuk semua akaun seperti twitter,faceboo,insta. jadi kalau kita nk tukar password untuk akaun twitter atau facebook tersebut perlu ke kita tukar password email terlebih dahulu atau kita boleh terus tukar di akaun twitter atau facebook?? tolong jwp secepat yg mungkin
Boleh terus tukar password akaun Twitter atau Facebook.. Akaun gmail atau yahoo tu akaun yang berbeza dengan Twitter dan Facebook.. Twitter dan Facebook pun dua akaun yang berbeza.. Email digunakan sebagai username saja.. atau untuk Twitter / Facebook hantar apa2 news ke email kita..
memang betul lebih selamat gunakan password berbeza. Tapi kita ni makin tua. kadang kadang kunci rumah tu pun boleh lupa letak mana.
Kena pesan siap siap pada pasangan sendiri le
aku percaya memang satu password utk semua akaun adalah tidak selamat dan bahaya. Tapi aku masih juga buat dan degil untuk tukar-tukar password, sebabnya takut terlupa :)
Good info btw. Aku google lastpass sekejap lagi.
Aku buat manual .. tulis dalam buku …. :) senang sikit nak diakses oleh orang terdekat aku … manalah tahu jadi apa2 nanti.
Nak suruh godek komputer .. hmmm alamat komputer tu yang kena hantar repair sbb tak tahu nak cari password kat mana .. adeh.
Software dikatakan tu mungkin boleh bantu, tapi kalau yang ditinggalkan tu adalah mereka yang juga tahu guna. Kalau tak tahu, susah juga nanti.
Kata laluan yang sering aku gunakan cuma huruf kecil dan juga angka, harus lebih diperkuat
nice inpo
skrg ni ada beberapa kata laluan yg berasingan yg digunakan
xbg sama takut bahaya juga
biasa kalau sama bg akaun yg xberisiko :)
baru tahu ada pengurusan untuk kata laluan, tapi saya lebih suka guna memori jer……hihi
selama ni aku tak pernah guna lagi sebarang software untuk menyimpan kata laluan… manual menggunakan ingatan dan buat note sahaja…hehehehe…. kadang kadang konpius dan lupa..
Saudara menggunakan Lastpass ini yang free atau yang berbayar. Manakah yang terjamin selamat selama yang saudara menggunakan Application tersebut. Jika saya menggunakan yang Lastpass free, adakah saya masih boleh tengok di telefon bimbit segala password saya?
ya..bagus juga perkongsian ini..
aku nye pw sama..tp slalu tukar..cara mcm ni still selamat ke berisiko gk ye?
Terima kasih di atas perkongsian yang berguna ini. Teruskan update tuan!!!!
boleh juga try download software tu mungkin lebih bagus dari KeePass
kebanyakan password den semua sama untuk semua akaun…huhu
nak cubalah perisian yang bro kongsi nih , thanks bro…
peringatan yg berguna ni..kadang2 kita ingat nk seanng je..taruk yg sama supaya senang ingat
Aku tak pernah guna lagi benda alah ni..mungkin patut cuba..banyak sangat password nak kena ingat..hahah
baru tahu ade application mcm ni…
Dah tahu lama pasal keepass dengan lastpass ni. Tapi tak pernah nak cuba lagi. Rsanya macam kena cuba je.
Ada betulnya nasihat pasal safety password nie…. tapi password facebook memang kena cover dari awek mahupun wife…. hahahaha
Username & password saya akan tulis di buku dan biasanya akan buat 2 salinan. In case salah satu hilang masih ada backup. Btw nanti boleh lah try yang ni
Mantap sekali infonya, nanti saya akan coba pakai juga agar akaun2 saya aman
Trims atas infonya
pergh! terbaik…
nice Sharing.. aku pun nak try nanti…
Perkongsian yang amat-amat berguna. Ramai yang ambil mudah pasal pengurusan password ni.
Saya pengguna setia KeePass, dah bertahun.
Insya’lah semua password gua masih ku ingat walaupun terpaksa masuk 2-3x (ada banyak password walaupun id sama)
penting ni semua orang perlu tahu..
Banyak akaun secara tidak langsung akan banyak login dan kata laluan perlu diingati. Kadang-kadang bercampur aduk. :-)
okeh. nanti leh cuba. hehe..
Selamat mencuba..
Setakat ni sy pakai KeePass sebab dia tak melibatkan encrypted data disimpan di internet. Dia simpan password dan encrypt as local.
KeePass pun ok jugak.. Pernah guna dulu sebelum bertukar guna LastPass pulak sekarang ni..