Pengelap Cermin Kereta MR DIY

Pengelap cermin (wiper) kereta aku dah berkhidmat lebih setahun. Prestasi pun macam dah berkurang. Jadi, dah sampai masanya kena tukar yang baru.

Sekarang aku guna pengelap cermin kereta MR DIY je.

Sebelum ni aku ada cuba guna pengelap cermin kereta yang harga mahal. Kononnya nak yang lebih berkualiti dan boleh tahan lama.

Tetapi rupanya ketahanan dia lebih kurang sama saja macam wiper yang aku beli di kedai MR DIY.

Pengelap cermin kereta MR. DIY
Pengelap cermin kereta MR. DIY

Oleh sebab tu, aku guna pengelap cermin kereta MR DIY semula. Harga pun lebih murah. Tak perlu membazir duit beli wiper mahal, tapi prestasi dan tempoh gunanya sama saja macam wiper murah.

Kereta aku setiap hari berjemur bawah panas matahari. Parking tempat terbuka. Waktu tengahari memang panas terik.

Disebabkan tiap-tiap hari berpanas, wiper memang susah sikit nak tahan lama. Guna wiper jenis getah biasa atau silikon sekalipun, tetap sama.

Setiap 1 tahun (atau lebih) mesti kena tukar wiper baru. Walaupun dah amalkan angkat wiper setiap kali parking, kerap bersihkan cermin kereta dan bilah wiper.

Kadang-kadang tak sampai setahun wiper dah rosak. Kalau bernasib baik, wiper boleh bertahan sampai 2 tahun.

Itu pun bergantung pada cara penjagaan wiper.

Wiper kereta Perodua Alza

Harga Pengelap cermin kereta MR DIY

Pengelap cermin kereta MR DIY yang aku guna ni harga dia RM16.XX sahaja (tak ingat berapa sen). Dapat sepasang (2 bilah) kiri dan kanan.

Pada bungkusan dia ada tunjuk saiz bilah wiper tu sesuai untuk model kereta apa. Jadi, senang lah nak pilih.

Kalau beli satu bilah je, harga dia lebih kurang RM9. Cuma kena tahu saiz wiper kereta kalau nak beli berasingan.

Setiap bilah wiper tu saiz dia berbeza. Satu pendek dan satu lagi panjang. Jangan tersalah pilih saiz pula.

Saiz wiper Perodua Alza boleh guna bilah yang bersaiz 16″/17″/18″ + 24″. Kereta Alza aku guna wiper 17″+24″. Ingat lepas ni nak cuba saiz wiper 18″+24″ pula.

5 Comments

  1. Boleh gi borong lepas ni. banyak juga kereta nak kena tukar wiper ni.. huhuhu

  2. salam.
    nak mencuba juga jenis yang lain seperti yang di sebut kan tadi, Pengelap Cermin Kereta MR.DIY
    ketika ini pakai jenis yang melengkung ikut cermin kereta,
    yang di jual di tepi jalan.
    terima kaseh atas entry tadi

    • Wiper yang jual tepi jalan tu ok juga. Saya pun pernah pakai wiper tu. Tahan 1 tahun. Kira bagus juga lah. Harga pun murah. Boleh la sambil-sambil support peniaga kecil yang jual wiper tu.

  3. Uda Dara senyum berbalas,
    Berputik rindu setiap saat.
    Kalau mutu tiada terjejas,
    Boleh berjimat sambil bermanafaat.

  4. Tak adalah mahal sangat. Berbaloi juga. Terima kasih atas info.

Leave a Comment