AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Sistem Operasi » Pengalaman Guna Sistem Operasi Ubuntu

Pengalaman Guna Sistem Operasi Ubuntu

02/11/2010 Anarm 119 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sistem Operasi Ubuntu

Hingga hari ni, rasanya dah sebulan aku menggunakan sistem operasi Ubuntu dengan sepenuhnya (sebelum ni dual-boot).

Semuanya gara-gara hard disk laptop yang bermasalah. Godek punya godek, repair punya repair, akhirnya Windows corrupt!

Bila nak reinstall Windows 7, hard disk macam tak benarkan sistem operasi tu dipasang. Fail-fail dalam hardisk semua aku dah buang. 5 kali aku try reinstall Windows, 5 kali jugak la error keluar lepas dah sampai tahap 94%. Hampeh!

So, nak taknak aku try pasang Ubuntu 10.10 yang aku download hari tu. 100% Ubuntu sahaja!

Alhamdulillah, Ubuntu berjaya diinstall dan beroperasi tanpa sebarang masalah. Cuma setiap kali ON je dia akan keluar alert bagitau “Hard disk ko rosak weh. Sila backup fail-fail ko tu ye.” Macam tu lah lebih kurang.

Terpaksa ‘angkat’ hard disk baru nanti. Sape tahu harga latest hardisk laptop?

Pada mulanya, Ubuntu ni memang macam menyusahkan terutamanya dari segi software. Software yang aku sering guna di Windows ada yang tak boleh guna kat Ubuntu. Tapi bila dah keadaan yang memaksa, aku teruskan pakai Ubuntu sambil-sambil explore dan study.

Kini, aku dah mula sukakan Ubuntu, dan aku nak terus menggunakannya.

ISI KANDUNGAN hide
1 Kenapa Aku Suka Menggunakan Ubuntu?
1.1 Kebal dengan Serangan Virus
1.2 Ubuntu adalah PERCUMA
1.3 Performance Ubuntu yang Super Ringan dan Pantas
1.4 Aplikasi Yang Tersedia
1.5 Aplikasi Windows dalam Ubuntu
1.6 KEBERKATAN

Kenapa Aku Suka Menggunakan Ubuntu?

ubuntu lab
Ubuntu yang dah ditukar menjadi Macbuntu. Jakun kejap!

Kebal dengan Serangan Virus

Ini sebab utama kenapa aku tertarik dengan Ubuntu. Sistem operasi berasaskan Linux ni memang dah disahkan kebal dengan serangan virus. “Real Men Don’t Use Antivirus!” diorang cakap.

Kalau tak percaya, boleh cuba tanya mana-mana pengguna tegar Ubuntu, confirm itu jawapan yang korang akan dapat. Dah tak payah susah-susah nak cari crack antivirus. Nak cucuk pendrive pon dah tak payah scan dulu. Terus buka tanpa ragu-ragu.

Aku rasa aku patut ajar boss aku berjinak-jinak dengan Ubuntu. Baru la komputer dan pendrive dia selamat daripada ancaman virus.

Awek aku pun dah pandai pakai Ubuntu, cuma dia ada masalah sikit dengan beberapa software untuk buat design yang dia selalu guna.

Di Windows, benda utama yang memberatkan komputer korang adalah antivirus!

Ubuntu adalah PERCUMA

Ubuntu merupakan sistem operasi lengkap berasaskan Linux yang diberi percuma kepada sesiapa yang berminat.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh download di laman web Ubuntu atau boleh request CD Ubuntu melalui laman ShipIt.

Ada juga yang buat bisnes dengan Ubuntu – diorang jual CD Ubuntu kepada sesiapa yang malas nak download dan malas nak request kat ShipIt.

Bayaran yang dikenakan tu adalah untuk perkhidmatan yang diberikan. Khidmat tolong request CD installer Ubuntu, khidmat tolong download, tolong burn dalam CD, tolong pos.

Performance Ubuntu yang Super Ringan dan Pantas

Sebelum ni aku ‘dual-boot’ Windows 7 bersama Ubuntu. Sekarang, aku menggunakan Ubuntu sepenuhnya, dan aku rasa aku dah makin suka dengan sistem operasi Ubuntu ni.

Dari segi performance, memang ianya jauh lebih ringan dan pantas daripada Windows 7 yang aku pakai sebelum ni. Cuma kalau dual-boot tu aku rasa slow sikit la, tapi tetap superb. Aku tau sebab aku dah rasa sendiri. Nak install dia pon sekejap je dah siap.

Aplikasi Yang Tersedia

Lepas je korang pasang Ubuntu, segala macam aplikasi dah tersedia dalam komputer korang. Click dan guna je.

Web browser Firefox dah ada, aplikasi edit video dah ada, audio/video player dah ada, driver pon takde masalah, macam-macam lagilah.

Kalau ada software lain yang korang nak guna, masuk je dalam “Ubuntu Software Center”, search, jumpa, tekan install, kemudian proses memuat turun akan dijalankan hinggalah ke proses install. Semua proses berjalan tanpa korang perlu buat apa-apa. Korang dok rilek je tunggu proses tu siap, lepas tu dah boleh guna.

Semua software tu dah disahkan selamat daripada segala ancaman yang kurang sihat sebab ianya diambil dari sumber yang sentiasa dipantau dan dijaga oleh komuniti pembangun dan pengguna Ubuntu.

Aplikasi Windows dalam Ubuntu

Mungkin ada software di Ubuntu yang buat korang tak berapa selesa sebab dah terbiasa pakai software Windows. Alternatifnya adalah dengan memasang WINE, CrossOver atau PlayOnLinux (mungkin ada lagi yang lain), dan software Windows dapat dijalankan di Ubuntu dengan bantuan aplikasi tersebut.

Tapi ada juga beberapa software yang aplikasi tu tak support menyebabkan ianya tak boleh run dalam Ubuntu. So, pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya.

Aku rasa yang ni lah punca utama yang membuatkan pengguna Windows tak menggemari Ubuntu. Sebab dah gemarkan software Windows, dan kat Ubuntu pulak tak boleh nak run software yang digemari tu. WINE pon tak support banyak software lagi.

1 lagi sebab diorang cakap Ubuntu kena banyak main ‘command’. Diorang tak try lagi kot. Dengar orang cakap je.

KEBERKATAN

Ubuntu adalah open source, percuma. Secara tak langsung, ianya menghindari kita daripada menggunakan benda-benda yang tidak berkat, yang diperoleh melalui jalan yang salah.

Bila dah masuk bab agama ni, aku malas nak ulas panjang lebar. Ilmu aku tentang agama pon cetek lagi. Aku malas nak berdebat. Pandai-pandai la kita fikir yang mana bagus, yang mana lebih baik.

Lepas ni nak kurangkan berkongsi sumber bahan cetak rompak. Jadi baik sikit la lepas ni. Tapi perkongsian link sedut movie akan berjalan seperti biasa. Hehe..

Itu je kot setakat ni sebab-sebab yang buatkan aku nak berhijrah meninggalkan Windows. Aku bukan berniat nak memperlekehkan Windows, tapi saje nak berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Memang betul apa pengguna Ubuntu bagitau, bila korang dah biasa menggunakan sistem operasi Ubuntu, korang akan rasa nak ucapkan selamat tinggal kepada Windows. Apa yang korang perlu tahu, Ubuntu adalah lebih selamat daripada Windows.

Tak rugi kalau korang cuba try test.

Bila dah hari-hari menggunakan Ubuntu, makin lama jadi makin best dan semakin mahir sebab ilmu pun bertambah setiap kali aku hadapi masalah dengan Ubuntu.

Terima kasih kepada pengguna-pengguna Ubuntu yang lain sebab banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar. Terima kasih juga kepada Pakcik Google. Sekarang baru aku tahu kenapa pengguna Windows perlu bertukar menggunakan Ubuntu.


Effect yang aku paling suka kat Ubuntu. Hehe..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Pasang Sistem Operasi Windows 8 dalam Laptop

Kategori : Sistem Operasi Keyword : dual boot, linux, sistem operasi, ubuntu, windows

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Apa Itu Firebug dan Fungsinya Bagi Blogger
Next article:
Apa itu #FollowFriday (Twitter)

119 Comments

  1. gamepoint says

    21/04/2011 at 9:02 PM

    Bang..saye ade wat entry pasal ubuntu jugak. ade amek skit idea dari blog ni..entry dkat sini

    Reply
  2. Ian says

    29/11/2010 at 1:55 AM

    Kalau guna dua2 OS (ubuntu & windows 7) x berat ke? OS xkan crash ke?

    Reply
    • Anarm says

      29/11/2010 at 2:14 AM

      @Ian, selama aku pakai ubuntu + win7 tak pernah berlaku crash pada OS.. ini kelebihan linux..

      Reply
      • Ian says

        29/11/2010 at 2:19 AM

        @Anarm,
        ok.thanks..

        Reply
  3. lazaac says

    23/11/2010 at 12:34 PM

    + – la kita ni bro… disebabkan aku tak dpt nak install balik windows 7, terpaksa pakai ubuntu 10.10 ni… last2 melekat terus… bye2 windows… :p :devil:

    Reply
  4. Ali ridha says

    20/11/2010 at 6:32 PM

    aku masih buntu lagi dengan ubuntu.
    selalu guna Windows 7.

    Reply
  5. Pisyek says

    19/11/2010 at 7:34 AM

    haha… tahniah kerna telah menggunakan UBUNTU dgn sepenuh harddisk.. hehe… :biggrin:

    Reply
  6. mosyar says

    09/11/2010 at 7:41 AM

    aku ingat aku nak try gak ubuntu sepenuhnya…. tapi skang ni guna fedora sebagai dual boot, ni dah ada skit masalah ni.

    tapi kalu aku guna laptop utk ubuntu sepenuhnya, pikir2 mcm nak cari laptop baru satu…hehehe. senang skit, satu fokus utk ubuntu, satu utk windows….hahaha.

    Reply
  7. zik says

    09/11/2010 at 4:13 AM

    setakat nie belum pernah guna lagi ubuntu.. setakat dengar2 dari kawan2.. ada tergerak juga nak pasang ubuntu nih…

    Reply
  8. cronozz says

    09/11/2010 at 3:45 AM

    real man use windows without antivirus..haha

    aku x pakai antivirus pun dalam windows sebab buat lembab. Alhamdulilah,Setakat ni x kena virus lagi sebab aku guna hati2. Aku pun pakai dual boot..cuma dominan masih kat windows..semua sebab game dan idm.hehe

    linux memang best..banyak guna untuk surfing internet.

    Reply
  9. Adam Roslan says

    08/11/2010 at 12:37 PM

    Ubuntu boleh double finger dan pinch macam Macbook. Itu hebat tu!

    Reply
  10. Nizam6281 says

    07/11/2010 at 2:02 AM

    Nanti ah aku berkecimpung dalam dunia Linux ni
    Haha
    Tunggu ko power dan selesai macam2 masalah baru aku try

    Selamat datang ke Dunia Ubuntut anarm .
    Eh Ubuntut plak..Ubuntuuuu

    Reply
    • Anarm says

      07/11/2010 at 2:38 AM

      @Nizam6281, aku memang dah takde hal pkai ubuntu ni.. sume masalah berjaya selesaikan.. :w00t:

      Reply
  11. arrizz says

    06/11/2010 at 9:06 PM

    aku nak try la tp xde kwn yg aku boleh rujuk klau ade apa2 yg xfham..

    Reply
    • Anarm says

      07/11/2010 at 1:40 AM

      @arrizz, boleh je tanye kat sini atau tanye kat mana2 blog yg bercerita tentang ubuntu (jomlinux.com, melayubuntu.blogspot.com, dll).. forum untuk pengguna ubuntu pon ada banyak.. just google for it..

      Reply
  12. nasih says

    06/11/2010 at 6:15 AM

    pingback:

    Reply
  13. Adlan says

    06/11/2010 at 12:17 AM

    salam. aku pun nak guna ubuntu cuma bila fikirkan nak guna software2 design yang lain tu seperti Adobe, 3D modelling yang tak pasti boleh (maybe boleh) dan tak sanggup nak spend masa setup segala sementara ada projek, tu yang tak jadi nk guna. tapi untuk laptop, terfikir juga nak guna ubuntu for netbook.

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2010 at 12:29 AM

      @Adlan, ada masa nanti boleh la cuba.. gerenti tak menyesal.. ubuntu ni tak jadi pilihan ramai sebab ramai yg dah biasa dengan software2 windows kan, dan kat ubuntu pulak ada lagi software2 windows yg masih belum support.. tapi dari masa ke semasa ada usaha nak capai ke arah tu..

      mungkin 1 hari nanti, semua software windows dapat pasang di ubuntu.. time tu mesti ramai yang akan pindah ke ubuntu atau distro2 linux yg lain.. untuk masa ni, mungkin software alternatif dapat digunakan.. amik masa sikit la nak biasakan diri dgn software alternatif tu kan..

      software2 open source di ubuntu pon senang je nak pakai dan ada kelebihan2 dia.. cuma mentaliti kita je masih ‘terkurung dalam tingkap’ yg membuatkan software tu nampak menyusahkan.. :wink:

      Reply
  14. Azam says

    05/11/2010 at 9:41 PM

    masih belum berkesempatan untuk menggunakan ubuntu single boot…aih..bilalah nak dapat ni

    Reply
    • Anarm says

      06/11/2010 at 12:12 AM

      @Azam, kenapa? mengapa? buat je single boot.. susah camne pon, kalo ade masalah ke apa2 ke, cuba jugak cari solution smpai dapat.. elakkan putus asa pastu masuk windows.. camtu la aku belajar ubuntu ni.. paksa diri.. huhu

      Reply
  15. pejol says

    05/11/2010 at 2:18 PM

    tunggu aku ade laptop kedua br aku nak guna ubuntu.. sayang plak ngan windows ni sbb dah mahir giler… hakhak..

    Reply
    • Anarm says

      05/11/2010 at 7:52 PM

      @pejol, dah bersedia nanti jangan lupa try.. mesti terpikat punye lah.. hehe

      Reply
  16. Baloot says

    05/11/2010 at 5:15 AM

    Dua je yang aku tak berkenan guna Ubuntu ni;

    1- Takde adobe photoshop / adobe illustrator
    2- Takde adobe dreamweaver

    Boleh guna wine, tapi tak menjadi-jadi aku try. Banyak setting buat ikut tutorial dlm internet ni,tapi still tak menjadi. Setiap kali nak design website mesti kena on win7. Time nk tulis blog, blog walking, surfing mmg terbaek layan ubuntu. Laju jerk.. :devil:

    Reply
    • Anarm says

      05/11/2010 at 7:51 PM

      @Baloot, AI dgn DW aku try install pon takleh gak.. tp photoshop bleh je aku install..

      surfing memang lebih laju dengan ubuntu.. terbaik..

      Reply
      • Baloot says

        05/11/2010 at 9:30 PM

        @Anarm, Camane ko install tu? Aku problem masa lepas install Wine lepas tu sistem Ubuntu takleh nak install Windows font tu. Sbb tu je problem. Ko tau camane cara nak solve-kan ni? :biggrin:

        Reply
        • Anarm says

          06/11/2010 at 12:09 AM

          @Baloot, kene pakai winetricks, pasang runtime libraries, pasang ms fonts.. try rujuk entri @melayubuntu ni:

          http://melayubuntu.blogspot.com/2010/05/photoshop-cs5-portable-dalam-ubuntu.html

          Entri cara pasang photoshop portable.. kalau untuk yg full, lebih kurang je kot cara dia.. gapo2 pon try dulu boh.. jadi x jadi tu pikir smula.. hehe

          Reply
  17. Jom Linux says

    05/11/2010 at 12:46 AM

    bagus! terus menyebarkan Ubuntu!

    Reply
    • Anarm says

      05/11/2010 at 1:08 AM

      @Jom Linux, baik tuan! menurut perintah.. :biggrin:

      Reply
  18. akubiomed says

    04/11/2010 at 10:42 PM

    Saya pernah install Ubuntu pada desktop malangnya motherboard ada masalah jadi tidak dapat full performance. Pada masa akan datang memang nak pakai Ubuntu selepas buat pengantian motherboard

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 11:13 PM

      @akubiomed, yang aku tengah pakai ni lappy bermasalah dengan hardisk.. windows memang takleh pasang terus dah kt hardisk.. nasib baik ubuntu boleh pasang..

      Reply
  19. wazy says

    04/11/2010 at 9:30 PM

    wahhh best kan guna ubuntu
    aku gak yang belum install ni

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 11:47 PM

      @wazy, kene try cepat2 tu.. huhu

      Reply
  20. farrell says

    04/11/2010 at 8:28 PM

    “Tapi, jangan perkecilkan Windows, kita semua bermula dari dia”
    –> bagi aku kita x perlu berterima kasih kerana windows ni dominasi bisnes dari microsoft. Microsoft dah untung berjuta2 dolar kena windows. Dominasi ni menyebabkan kita malas untuk berusaha mencari benda lain selain windows. Jadi duduk lah kita dalam “tempurung”. Ini ditambah dgn menggunakan software haram.. tambah lg dosa free… :)

    p/s- juz pendapat..

    Reply
  21. farrell says

    04/11/2010 at 8:19 PM

    @anarm… tahniah anda telah bebas dari tempurung windows…

    @katak —> ak setuju yg ada virus utk linux tp cara utk atack linux x semudah yg disangkakan. Untuk windows boleh kata amat mudah kerana setiap software private yang anda pakai(keygen, crack, dll) kebayakkannya telah di “bind” dgn rat, worm dan mcm lg. Jadi bila anda menggunakan windows utk perbankan online/fb/myspace dan lain2… username dan password akan direkod. So “katak” kena hati2..

    “@katak, tapi plis anarm, buang icon apple tu. jgn bg malu ubuntu… hakhakhak..”
    —> @katak, ubuntu ni open source, bila sebut open source, kita boleh edit ikut suka, nak ubah ke nak wat apa2 ke,.. sume nya boleh.. dan mmg digalakkan lagi. try ko search apa tu open source.. ni mesti x baca lagi sebelum komen.. hahaaaa….

    Bagi aku, faktor utama pengguna windows ni x guna ubuntu sbb takut pada mempelajari benda baru dan x faham halal haram… Sedangkan Tuhan dah cakap cari yang halal dan kita adalah umat yang terbaik. Oleh itu, dgn guna ubuntu/linux ni kita dapat ubah pemikiran dan menambah ilmu. Kan bagus kalo surau/masjid pakai ubuntu.. heheee…

    p/s- @katak- sila lah teliti dulu sebelum membuat satu komen dan sila guna ubuntu/linux, anda mampu mengubahnya.. jgn jadi katak bawah tempurung..

    @anarm- cuba guna virtualbox anda akan jumpa sesuatu menarik lg…

    Reply
  22. one says

    04/11/2010 at 8:12 PM

    saya juga telah berjinak dgn ubuntu wlpun masih amalkan dual-boot.

    Kehebatan linux ialah saya dpt layari internet dgn laju..kalau dalam window…ada waktu laju..ada waktu slow….

    Ubuntu/linux juga mengajar saya utk mula berjinak dgn terminal dan menggunakan bahasa komputer…..heee…hee…kekadang berangan juga…bagusnya kalau jadi programmer….tapi alhamdulillah ubuntu memberikan asas itu…walaupun peringkat mula-mula pening kepala betul….

    Komuniti ubuntu/linux adalah komuniti yang tidak kedekut ilmu…walaupun diberi secara percuma jer….

    Tahniah komuniti linux…….anda penjaga dunia siber yang hebat!

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:59 PM

      @one, yup.. mula2 tu memang pening sikit.. tapi bila dah tau dan faham cara dia, semua masalah rasa macam senang je nak cari solution.. tambah plak dengan bantuan komuniti linux, ada masalah pon rasa macam takde masalah..

      Reply
  23. hotfloppy says

    04/11/2010 at 12:19 PM

    ubuntu for life !! hahahaha.. :happy:

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:19 PM

      @hotfloppy, ubuntu for all.. yeahh..

      Reply
  24. bob says

    04/11/2010 at 11:28 AM

    ini panduan kepada sesiapa yang hendak menggunakan ubuntu

    pastikan pc anda sekurang-kurangnya mempunyai prosessor intel celeron 2.0 ghz
    dan mempunyai kapasiti ram sekurang-kurang nya 512 mb

    jika anda mengalami masalah driver wifi(terutamanya bagi pengguna broadcom wireless card)
    anda boleh install driver windows xp bagi wifi card anda dengan menggunakan applikasi ndis wrapper.dan bagi pengguna broadcom pula cukuplah anda dapatkan wired connection sementara dan masukkan kata arahan ini di terminal

    application>accessories>terminal

    sudo apt-get install –reinstall bcmwl-kernel-source

    selamat mencuba :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:19 PM

      @bob, terima kasih kerana berkongsi info.. :happy:

      Reply
  25. L says

    04/11/2010 at 10:02 AM

    Nice bro!
    aku dah 2 tahun pakai Ubuntu, sebelum tu setahun lebih aku pakai Fedora. Aku pernah pakai Suse, Mandriva, Slackware, Debian dan macam2 distro Linux lagi, but still Ubuntu is the best for me

    @samanosuke_04:
    Linux takde virus bukan sebab tak ramai orang pakai, tapi sebab Linux tu Open Source. Jadi virus yang dibina untuk satu Linux machine belum tentu berfungsi dalam Linux machine yang lain. sebab kernel, driverspace, userspace, filesystem etc dalam Linux customized ikut user. Lagipun reporting system dalam Linux distros memang cukup laju, so virus takkan tahan lama. Bukan tak pernah ada virus untuk Linux, dah berlambak kuar tapi takde satu pun berjaya serang banyak PC ataupun bertahan lama. Beberapa jam je dah kiok.

    Berbanding windows, semua komputer yang guna windows sama je sistem dia, so satu virus boleh attack berpuluh ribu PC dengan kod yang sama. Bayang la, Windows NT, 2000, XP, Vista, 7 semua pakai kernel yang sama so tak perlu buat banyak variasi virus untuk attack semua windows ni. sebab semua sama daaa…

    dan ramai orang pakai windows bukan sebab windows bagus, tapi itu adalah perbezaan di antara USD12billion marketing (Windows) dan USD0 marketing (Linux).

    Wallahu’alam

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:19 PM

      @L, penerangan yang sangat bagus.. terima kasih sebab berkongsi info kat sini.. mungkin next entri akan petik komen yg ni, jadikan content..

      Reply
  26. Affan says

    04/11/2010 at 9:47 AM

    aku ingat nak dual boot dulu. skg busy, kang papehal blh guna windows dulu.
    amacam?

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:17 PM

      @Affan, aku pn start dgn dual-boot.. bila dh dual boot, tiap kali on laptop je aku boot masuk ubuntu.. ade bende2 yg takleh buat kt ubuntu baru aku masuk windows.. tukar2.. tp skrg dh tak perlukan windows.. i like.. hehe

      Reply
  27. syahrilhafiz says

    04/11/2010 at 9:34 AM

    wah otai maverick dah review…
    terbaik dari ladang bro =)
    peeewwiittt…. :w00t:

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:16 PM

      @syahrilhafiz, haha.. otai pebendenye.. just pandangan aku je ni.. bab teknikal aku tak reti sangat.. last2 kat google gak aku buat rujukan.. huhu

      Reply
      • syahrilhafiz says

        05/11/2010 at 10:57 AM

        @Anarm, ala..linux is our passion kan..haha..otai la tuh..

        Reply
  28. Ayie says

    04/11/2010 at 5:04 AM

    Aku telah masukkan ubuntu 10.10 ini dalam cd.. then.. aku restart pc.. utk try it.. tapi tak boleh lah..

    btw… menggunakan ubuntu sepenuhnya, perisian2 seperti adobe photoshop boleh digunakan dalam ubuntu x?

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:15 PM

      @Ayie, ko dah setting boot from cd?

      ubuntu bleh pasang adobe photoshop.. aku pkai CS5 sekarang.. berfungsi sama seperti kat windows..

      Reply
      • Ayie says

        06/11/2010 at 6:28 AM

        @Anarm, boot from cd? Maksud kau, kita install / burn ubuntu tu ke cd? Kalau tu, dah…

        Reply
        • Anarm says

          06/11/2010 at 9:25 AM

          @Ayie, masukkan cd, restart komputer, masuk bios, tukar boot order bagi dia read from cdrom.. default die read hardisk.. so kene tukar bg read from cdrom, baru die bleh run cd 1st.. kalo read hardisk dulu, die terus masuk system yg sedia ada..

          kalo laptop bleh tekan apa2 button utk run dr cdrom (masa tgh restart)..

          Reply
          • Ayie says

            06/11/2010 at 1:39 PM

            @Anarm, erkkk. thanks bg step by step…

            Reply
  29. ProfHariz says

    04/11/2010 at 4:45 AM

    Masih belom mendapat hidayah untuk cuba ubuntu.. Harap2 suatu hari dapatlah hidayahnya~

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 8:13 PM

      @ProfHariz, haha.. menunggu hidayah rupanya.. ok2.. kt twitter ade awek nama hidayah.. nak? hehe..

      Reply
  30. samanosuke_04 says

    03/11/2010 at 11:47 PM

    hehe…. senanye untuk OS yang takde virus nie, tak ramai orang guna.. sebab tuelaa takde orang yang buat virus… hehe, windows ramai orang yang guna, dan ramai gak yang pandai… so, sebab tuelaa ade virus tetiap hari.. hohoho

    Reply
    • Anarm says

      04/11/2010 at 1:37 AM

      @samanosuke_04, so, agak2 yg mane lagi best? yg banyak virus atau yang takde virus? huhu..

      Reply
      • samanosuke_04 says

        04/11/2010 at 1:25 PM

        @Anarm, yang free.. hahahha.. aku pakai windows, tapi xde antivirus.. sbb tanak lembabkan pc.. haha

        Reply
        • Anarm says

          04/11/2010 at 8:12 PM

          @samanosuke_04, xde antivirus penat gak tu sume nak kena guna kepakaran menangkis virus.. salah tekan link, redirect masuk web ada virus, naya..

          Reply
  31. Ayieblog says

    03/11/2010 at 7:28 AM

    Assalamualaikum,anarm terbaiklah open source linux :),ringin pc yang lama pun boleh pakai spefikasi yang digunakan ringan :). Lepas nie boleh kongsi ilmu anarm :)..

    Reply
    • Anarm says

      03/11/2010 at 10:44 AM

      @Ayieblog, boleh.. boleh.. no problem..

      Reply
  32. GM says

    03/11/2010 at 1:38 AM

    Dulu ada gak try pasang2 ubuntu ni. Memang ok. Tapi da berbelas tahun idop ngadap microsoft. Rasa lain macam je. :tongue:

    Lagi satu tang ubuntu ni slalu plak ada update2 dia.

    Tapi benda camni elok sebab dapat tambah ilmu. :ninja:

    Reply
    • Anarm says

      03/11/2010 at 3:06 AM

      @GM, yup.. memang mula2 rasa lain macam.. tp bila dah lama guna, mungkin boleh biasakan diri..

      update tu kadang2 mungkin untuk tutup ‘lubang’ yg ade kat ubuntu.. bab security memang sentiasa dijaga.. kalo ade terjumpe ‘lubang’, komuniti ubuntu pantas sediakan ‘penutup’ (update).. users pon ada kuasa sediakan ‘penutup’ kalo pandai main dengan kod sumber sebab ianya sumber terbuka, boleh diubah2 oleh sesiapa pon.. tu salah satu la.. yg lain2 tu mungkin update biasa2 je..

      microsoft (windows) plak kalau ade ‘lubang’, users terpaksa tunggu microsoft bagi ‘penutup’.. kalo microsoft lambat, users sah2 akan terdedah dgn bahaya.. hanya microsoft je yg ada kuasa sediakan ‘penutup’ sebab windows adalah sumber tertutup.. tak macam sumber terbuka seperti linux/ubuntu..

      walau camne pon, terpulang pada kita nk pilih yg mana.. kan? kalau nk selesa, windows lebih sesuai sebab kita semua kan memang membesar dgn windows.. dah biasa.. kalo nakkan pembaharuan, OS yg lain2 mungkin boleh jadi pilihan (contohnya seperti ubuntu).. :happy:

      Reply
  33. arkimz says

    02/11/2010 at 10:53 PM

    mcm gempak je ubuntu ni..

    nak try la..

    Reply
    • Anarm says

      03/11/2010 at 12:15 AM

      @arkimz, mcm gempak? memang gempak pun.. :wink:

      Reply
  34. Anzur Anuar says

    02/11/2010 at 10:37 PM

    cam best je bro.. :biggrin:

    Laman Ping Terbaru: jom ping entry terbaru disini

    Reply
    • Anarm says

      03/11/2010 at 12:13 AM

      @Anzur Anuar, memang best.. belum cuba belum tahu.. hehe

      Reply
  35. apiih says

    02/11/2010 at 4:36 PM

    pengalaman itu oenting…hahaha :whistle:

    Reply
    • Anarm says

      03/11/2010 at 12:12 AM

      @apiih, yup.. dalam apa jua perkara, pengalaman memang penting.. huhu

      Reply
  36. aizuddin says

    02/11/2010 at 12:14 PM

    keberkatan paling penting..dah macam mak adif cite dunia baru je ni..hehe..
    btw..nt ak nak try gak explore ubuntu..jgn segan2 kalau aku mintak tlg ajar lepas ni.. :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 2:04 PM

      @aizuddin, kaf.. ba.. ro.. kaf.. alif.. ta.. nun.. keberkatan.. haha.. selamat mengexplore ubuntu.. tunjuk ajar bila2 masa je bleh mintak.. tanpa segan silu..

      Reply
  37. fitri says

    02/11/2010 at 12:04 PM

    windows live writer yg gne utk tylis blog tu ley letak x dalam ubuntu? :angel:

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 2:02 PM

      @fitri, berdasarkan perbualan aku dengan owner jomphp.com kat facebook hari tu, WLW macam takleh pasang kat ubuntu.. aku try Google pon takde jumpe sebarang penyelesaian.. cuma jumpa perkongsian software lain yg setanding dgn WLW (alternative utk ubuntu).. mungkin akan datang kot baru dia dapat support.. mungkin.. aku tak pernah guna WLW..

      Reply
  38. pakeri says

    02/11/2010 at 11:57 AM

    best kan pakai ubuntu.hahaha.efek die yg default tu mmg best la main2.cam getah je

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 1:58 PM

      @pakeri, efek tu la yg aku suke main.. goyang2.. haha..

      Reply
  39. dAzz says

    02/11/2010 at 11:38 AM

    aku pun dah hampir 2 tahun dah pakai ubuntu ni kat desktop aku, 2 tahun aku tk pening dgn masalah virus. 2 tahun aku tak perlu main format install ni. cukup masa update jer ape2 yang ubuntu ni nk update.

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 1:57 PM

      @dAzz, terbaik.. performance steady je kan? kalo windows, dalam 2 tahun tu rasanya dah jadi makin lama makin berat..

      Reply
  40. bistari says

    02/11/2010 at 10:45 AM

    Kalo game pun mesti banyak yang tak support lg kan anarm?

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 11:09 AM

      @bistari, aku tengok macam banyak je game yg bleh main kat ubuntu.. kat web PlayOnLinux ade tunjuk game2 yg apps tu support..

      aku tak berape layan sgt main game.. aku main game kt ofis je.. hahaha

      Reply
  41. mohdkasni says

    02/11/2010 at 10:32 AM

    Terpaksa guna UBUNTU sbb pc kt opis nie sengal, if install windows asyik2 app close unexpectedly, guna ubuntu ok jek. tapi xde adobe pny software.huhu, terpaksala vmware.

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 11:08 AM

      @mohdkasni, vmware bleh pasang semua adobe ke? illustrator, indesign, after effect..??

      Reply
  42. Suraya says

    02/11/2010 at 10:14 AM

    best gak guna ubuntu ni.. klu xjumpa cari icon nk shutdown pc leh wat sudo “shutdown -h now”.. :silly:

    *xjumpa cari sbb anarm asyik wat xperimen je.. jap camtu jap mcm ni.. dh la kita ni bru nk knl ubuntu.. wat plik2 dh xjmpa cari mane nk shutdown.. huhu

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 11:07 AM

      @Suraya, nanti abg ajar sudo yg lain2 plak.. hehehe.. :tongue:

      Reply
  43. zuls says

    02/11/2010 at 10:08 AM

    ulasan memang terbaik.. aku memang suka pakai ubuntu ni.. kalau pakai command lagi laju la pulak wat keje.
    Tapi aku still pakai dual boot lagi.

    Dulu aku pakar redhat, lepas tu beralih ke XandrOS,

    sekarang ni pakau ubuntu lak.

    Banyak nak kena belajar ngan anarm ni.

    Reply
    • zuls says

      02/11/2010 at 10:10 AM

      @zuls, silap taip tu bukan pakar redhat.. tapi PAKAI redhat

      Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 10:16 AM

      @zuls, ulasan ni ikut apa pandangan aku tentang ubuntu.. lain orang mungkin lain ulasan dia.. dalam entri ni just cerita sebab2 kenapa aku suka ubuntu.. secara kasar.. bab2 teknikal kat ubuntu ni aku still lemah.. nasib baik ade banyak support dari user2 lain yang bagi tunjuk ajar, kongsi2 solution.. forum pon banyak boleh buat rujukan..

      * lepas ni kalau ade yg mintak tolong pasal masalah virus, boleh la jawab “virus tu ape?”.. kih3.. :tongue:

      Reply
  44. katak says

    02/11/2010 at 9:37 AM

    OS linux/unix (Ubuntu, Fedora, Red Hat, Mac OS X) bukan kebal. Orang yang guna dan tak pernah kena virus je kata ia nya kebal, even developer2 sendiri tak kata ianya kebal, CUMA virus targeted pada OS selain Windows tidak disebarkan seperti mana yang disebarluas pada Windows. Boleh kata hampir 100% bebas virus, bukan 100%. HAMPIR.

    Lagi, tak banyak berita virus yang dihidupkan atas OS linux/unix merosakkan keseluruhan sistem, banyak yang direka hanya utk suka2. Just for fun.

    Tambahan pula, pengguna Linux/Unix tidak ramai seperti pengguna Windows. Kalau semua virus ditarget kepada Linux/Unix, memang takkan ada la orang pakai OS open source ni. Walaupun free.

    Tapi aku setuju dengan point, kepantasan. Aku sendiri pengguna Mac OS X (Unix) dan Fedora (Linux), memang rasa sangat perbezaannya berbanding Windows. Dari sudut kestabilan takyah cerita, apa lagi security.

    Tapi, jangan perkecilkan Windows, kita semua bermula dari dia. :tongue:

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:50 AM

      @katak, yes.. memang ada virus yg target platform linux tapi dr apa yang aku penah baca, virus tu tak mendatangkan kesan yg teruk macam apa yg selalu jadi kat windows.. aku pon tak tau kenapa..

      kepantasan, kestabilan, ke-security-an, memang jauh lebih bagus dari windows.. terima kasih windows kerana dah kenalkan aku dgn ubuntu ni.. kalo takde windows, nak donlod ubuntu ni pon takleh.. camne nk connect intenet kan? hahaha..

      Reply
    • JundullahOsman says

      04/11/2010 at 12:50 PM

      aku suka la ayat ni
      “api, jangan perkecilkan Windows, kita semua bermula dari dia:.
      aku guna juga, p tak tau kenapa, susah nak datang zupp nak guna secara total ni. he

      Reply
      • Anarm says

        04/11/2010 at 8:09 PM

        @JundullahOsman, yup.. sape2 pon mesti akan start dgn windows dulu.. generasi akan datang mungkin akan bermula dengan linux terus.. gempak.. hehe

        Reply
        • JundullahOsman says

          04/11/2010 at 9:26 PM

          @Anarm,
          Silap2x dah ada OS lain dah di gunakan secara meluas.example: cloud

          Reply
    • katak says

      04/11/2010 at 3:33 PM

      @katak, tapi plis anarm, buang icon apple tu. jgn bg malu ubuntu… hakhakhak.. :silly:

      Reply
      • Anarm says

        04/11/2010 at 8:10 PM

        @katak, aku dah buang pon.. dah replace dgn ubuntu balik..

        Reply
  45. ST says

    02/11/2010 at 9:28 AM

    Tunjuk ajarku Sifu :)

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:45 AM

      @ST, banyak ahh ko sifu.. baru sebulan kot pakai ubuntu sepenuhnya.. tak layak lagi panggil sifu.. ko lagi otai kan?

      Reply
  46. adil says

    02/11/2010 at 9:27 AM

    anarm, idm bole pkai ke kt ubuntu? Aku try guna wine pn xbole. Guna mac bole.

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:57 AM

      @adil, aku ade pasang IDM ari tu.. pon takleh guna jugak.. sekarang aku pakai Uget.. kadang2 pkai addons firefox je, DownThemAll.. speed die aku rasa sama macam IDM..

      Reply
      • mrnamie says

        02/11/2010 at 11:59 AM

        @Anarm, guna downthem all aku tak reti sangat weh..huhu… aku try pakai hari tu still blur2…

        Reply
        • Anarm says

          02/11/2010 at 3:07 PM

          @mrnamie, senang je kot pakai DownThemAll.. sebelum ni pon aku blur2 jugak.. tp bila dah faham konsep downloader, jadi ok la sikit..

          nk kene buat tutorial ke? haha

          Reply
          • mrnamie says

            02/11/2010 at 7:22 PM

            @Anarm, Kalau sudi boleh gak, tapi kalau malas tak per la..harap2 ko rajin la sebab aku jarang berlepak kat ubuntu aku sebab tak ada idm je.. huhu kalau da tahu, bole lepak sana selalu… :)

            Reply
            • Anarm says

              02/11/2010 at 9:44 PM

              @mrnamie, IDM kalo bleh pasang pon, takleh nk sync dgn browser.. tu je masalah die.. aku pkai Uget, sync pkai addons Flashgot.. tp aku lebih suke pkai DownThemAll.. Uget ngan DownThemAll aku pkai sama laju mcm IDM.. superb! :w00t:

              Reply
  47. Loq says

    02/11/2010 at 9:27 AM

    Since aku merupakan seorang gamers tegar,terpaksalah guna dual boot.Aku dengar ada ubuntu yg khas untuk guna pada netbook? Sebab rasanya nak run full ubuntu pada netbook aku ni,

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:44 AM

      @Loq, bleh sedut ubuntu versi netbook.. ade 1 lagi distro yg lebih ringan, kalo tak silap lubuntu ke ape ntah nama dia..

      Reply
      • Ayieblog says

        03/11/2010 at 7:27 AM

        @Anarm, Assalamualaikum.. ubuntu,kubuntu and edubuntu :)… kubuntu kot ayie rasa yang anarm bagi tahu kan? :)..

        Reply
  48. Syafrizal says

    02/11/2010 at 9:25 AM

    bagus lah kalau dah suka pada Ubuntu..
    aku guna gak dulu tapi pasal PC aku masih PC lama
    zaman Athlon lagi… jadi aku nak beli PC baru dulu
    baru guna balik Ubuntu…

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:37 AM

      @Syafrizal, pc lama pon bleh gak pakai.. bleh pasang distro yg lebih ringan.. itu ape yg orang bagitau aku la.. so far aku tak pernah try lagi distro yg lain2 tu..

      Reply
      • Syafrizal says

        02/11/2010 at 9:40 AM

        @Anarm, takpe aku dah test macam2 distro sebelum ni.. aku suka Ubuntu dari yang lain.. tu sebab aku nak beli PC baru

        Reply
        • Anarm says

          02/11/2010 at 9:55 AM

          @Syafrizal, next distro aku teringin nak try fedora.. tp nk otaikan dulu dengan ubuntu ni.. dah otai nanti baru test distro lain..

          nampaknye ko mcm otai je ni.. bleh mintak tunjuk ajar nanti.. sama2 sharing bende halal.. hehe

          Reply
          • Syafrizal says

            02/11/2010 at 9:59 AM

            @Anarm, takde la.. aku ni jenis kalau satu distro tu ok.. aku akan gunakan sampai bila2.. Ubuntu je la aku suka.. BSD ke apa ke. memang berat dan perlukan pengetahuan teknikal hehe

            Reply
            • Anarm says

              02/11/2010 at 10:06 AM

              @Syafrizal, ooo.. patut la orang cakap ubuntu ni distro yang paling mudah dan paling mesra pengguna.. tapi ade gak yang cakap susah nak guna.. padahal malas.. keh3..

              Reply
              • Syafrizal says

                02/11/2010 at 10:11 AM

                @Anarm, linux banyak target pada golongan tertentu.. yg geek tentu tak suka Ubuntu sebab terlampau GUI.. bagi aku takyah gaduh2.. sapa suka guna distro tertentu.. gunalah sampai puas.. aku suka yang tak nyusahkan dan ada banyak tempat nak refer kalau ada problem..

                Reply
  49. paeh says

    02/11/2010 at 9:14 AM

    linux dan ubuntu memang dah terkenal dengan kekebalan daripada virus. itu sebab kenapa hackers dan crackers akan guna OS macam niii… kerja dorang lebih laju dan mudah. kalau korang pakai OS linux dan ubuntu dulu then pakai windows. bila windows ada bug yang tak kena… petik jari je korang setelkan masalah kat windows tuu… ekekekeke

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:36 AM

      @paeh, filem hebat “Avatar” pon buat pakai linux.. memang terbaik ahh.. filem2 yg animasi & yang banyak menggunakan efek CGI memang biasanya diorang buat pakai linux sebab proses render lebih laju di linux.. hebat tak hebat la.. kalo pakai Windows, lambat kot nak siap..

      Reply
      • paeh says

        02/11/2010 at 9:39 AM

        @Anarm, tapi aku malas nak pakai lagi. dulu penah pakai kejap jee… tapi takde tenet… bosan gila doee~ tggu ada laptop lagi seketul baru pakai… tak suak nak pakai dual boot… semak~

        Reply
        • Anarm says

          02/11/2010 at 9:54 AM

          @paeh, sebelum ni aku dual boot sebab saje try test.. sejak pkai full ni, memang best btol ah.. dual boot aku tak rasa semak pon.. ubuntu pkai space kecik je kan.. apa yg ko semak? huhu

          Reply
          • paeh says

            02/11/2010 at 9:59 AM

            @Anarm, tau kecik. tapi kang mula laa pilih kasih… tu aku malas lg tuu… laptop tu umpama suami. OS tu umpama bini. wakakaka.

            Reply
            • Anarm says

              02/11/2010 at 10:05 AM

              @paeh, dual boot pkai jela ubuntu.. kalo ade bende yg macam susah nak buat kat ubuntu baru boot masuk windows.. huhu..

              Reply
              • paeh says

                02/11/2010 at 10:16 AM

                @Anarm, tanak gak… =P… dah2 maleh nak sembang sinii… apa2 ilmu linux ke ubuntu ke, post la yee… :sleeping:

                Reply
  50. arynet says

    02/11/2010 at 9:14 AM

    :biggrin: waahh.. dah terer la. Bagus2. lepas ni boleh ajar saya pulak. haa.. kongsi2 ilmu..

    Reply
    • Anarm says

      02/11/2010 at 9:30 AM

      @arynet, masih noob.. masih perlukan tunjuk ajar daripada otai2 ubuntu.. hehe..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy