Pengajaran Dari Drama Nora Elena (TV3)

Drama Nora Elena dah pun habis beberapa hari lepas. Episod terakhir aku layan masa melepak di Restoren Amir dengan beberapa orang rakan yang muka masing-masing nampak ganas tapi hati kiut. Haha..

Pengajaran Dari Cerita Nora Elena (TV3)

Lakonan para pelakon drama Nora Elena semuanya mantap-mantap. Aaron Aziz dengan Watak Seth Tan, seorang yang romantis dan penyabar, tak pernah marah, akhirnya terhambur juga kemarahan dia sekejap sebab Yvonne culik baby dia.

Lakonan Yvonne pun mantap. Watak jahat yang dibawa oleh Wan Sharmila tu memang buat ramai penonton rasa nak bagi penampar, penyepak, ludah dan sebagainya.

Lakonan Siti Saleha (Nora Elena) pulak, kadang-kadang buat aku rasa meluat jugak dengan perangai dia dalam cerita tu. Degil bebenor. Nasib baik dia lawa.

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok drama Nora Elena ni, ianya adalah adaptasi dari sebuah novel berjudul “Kasih Yang Suci” karya Meen Zulaikha, terbitan Karangkraf.

Siapa-siapa ada link download novel “Kasih Yang Suci”, kongsi la ye. Bukan apa. Tak sempat nak pergi beli. Keh keh keh..

pelakon drama nora elena

Pengajaran Dari Drama Nora Elena

Setiap movie yang kita tengok, kita seharusnya lihat pada pengajaran yang nak disampaikan melalui movie tu. Bukan sekadar layan tanpa mengambil manfaat daripada movie tu. Ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada drama Nora Elena. Antaranya:

  • Kita perlu berani pertahankan hak kita sebagai pengguna, macam Nora Elena marah kat driver teksi sebab mintak tambang lebih. Lakonan brader bawak teksi tu tak best langsung. Berapa duit diorang bayar ko? Haha..
     
  • Jangan ego melampau sangat ye. Terutamanya lelaki. Termasuk juga perempuan. Perempuan pun ada jugak yang ego, bukan lelaki je. Tak payah nak nafikan. Ini kenyataan!
     
  • Jangan mudah syak wasangka terhadap orang lain tanpa usul periksa. Selidik dulu betul-betul sebelum nak tuduh orang yang bukan-bukan, atau dengan kata lainnya memfitnah.
     
  • Jangan tengok movie lucah atau cerita blue. Nanti nafsu jadi membuak-buak, tak tahan dan mungkin akan terjadi kes rogol, sepertimana yang berlaku terhadap Seth Tan. Nampak betis Nora Elena sikit je terus air naik kepala. Cehh..
     
  • siti saleha nora elena
    Siti Saleha yang cantik. :P

    Setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, jika orang tu mintak maaf dengan 100% keikhlasan dan penuh penyesalan, kita patut memaafkannya. Manusia kan tak lari daripada membuat kesalahan. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa. Terasa siot!

  • Seorang rakan yang baik akan sentiasa menasihati rakannya yang lain jika ternampak rakannya buat sesuatu yang tak berapa nak betul. Aku respek betul kat Malik. Susah nak dapat kawan macam tu. Begitu juga dengan kawan baik Nora Elena – Adila. Walaupun dia nyanyi tak best masa karaoke.
     
  • Kalau duduk berjauhan, gunalah Skype untuk video calling atau video conferencing. Free je. Yang penting ada sambungan internet dan komputer. (Pengajaran jugak ke ni?)
     
  • Seorang anak yang baik akan sentiasa menjaga dan mengambil berat terhadap kedua ibu bapanya.
     
  • Seorang boss yang baik akan sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya. Bila pekerja seronok dapat boss baik, produktiviti kerja juga akan meningkat. Sebagai pekerja pulak jangan la ambil kesempatan atas kebaikan boss tu. Hormatilah boss kita dan hargailah apa saja yang boss kita buat untuk kita.
     
  • Seorang inspekter polis tak seharusnya kerja naik turun tangga je setiap hari. Takde kerja lain ke nak buat? Banyak kes jenayah berlaku sekarang ni. Takkan nak harapkan orang bawahan je buat kerja. Ampun encik polis.
     
  • Sebagai seorang beragama Islam, jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap Allah S.W.T.. Jangan tinggal sembahyang, sentiasa menderma, menolong orang susah dan lain-lain. Jangan minum arak!
     
  • Jangan berbohong kalau tak pandai berbohong. Tapi kalau boleh jangan buat la kerja-kerja membohong menipu semua tu kan. Tak elok.
     
  • Seorang suami tak seharusnya mendera isteri. Menjadi tugas lelaki untuk menjaga kaum wanita dan bukannya berkasar dengannya. Sebagai komuniti dalam masyarakat pula, jika kita ternampak atau terdengar berlakunya penderaan, kecurian atau sebagainya, menjadi tugas kita untuk laporkan kepada pihak berkuasa.

Itu je kot pengajaran dari drama Nora Elena yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan dalam hidup kita. Kalau ada lagi pengajaran lain, korang boleh tambah kat ruangan komen.

Kalaulah hidup aku sebagai orang bujang ni macam dalam drama Nora Elena, mesti best. Ada kereta, kaya, banyak duit, dapat makan kat tempat-tempat best. Rumah pun penuh dengan perabot macam orang dah kawin.

25 Comments

  1. serius tak tengok cite ni..lepas cite ni tamat baru amik full episode dari member .. layan time cuti.. :cool:

  2. memang layan citer nie tapi episod akhir aku x sempat tgk lagi, lama aku x dtg blog nie… huhuhu

  3. hahah betul tu
    walaupun sejauh mana kita berada,skype boleh kita guna untuk berhubung
    janji ada sambungan internet :biggrin:

    • @zik, nasib baik ko tak tengok.. kalau tengok, abis sume kerja tak jalan kot.. macam aku.. petang2 melekat depan tv.. kerja tertangguh.. adehh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *