AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Pengajaran Dari Drama Nora Elena (TV3)

Pengajaran Dari Drama Nora Elena (TV3)

18/06/2011 Anarm 25 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Drama Nora Elena dah pun habis beberapa hari lepas. Episod terakhir aku layan masa melepak di Restoren Amir dengan beberapa orang rakan yang muka masing-masing nampak ganas tapi hati kiut. Haha..

Pengajaran Dari Cerita Nora Elena (TV3)

Lakonan para pelakon drama Nora Elena semuanya mantap-mantap. Aaron Aziz dengan Watak Seth Tan, seorang yang romantis dan penyabar, tak pernah marah, akhirnya terhambur juga kemarahan dia sekejap sebab Yvonne culik baby dia.

Lakonan Yvonne pun mantap. Watak jahat yang dibawa oleh Wan Sharmila tu memang buat ramai penonton rasa nak bagi penampar, penyepak, ludah dan sebagainya.

Lakonan Siti Saleha (Nora Elena) pulak, kadang-kadang buat aku rasa meluat jugak dengan perangai dia dalam cerita tu. Degil bebenor. Nasib baik dia lawa.

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok drama Nora Elena ni, ianya adalah adaptasi dari sebuah novel berjudul “Kasih Yang Suci” karya Meen Zulaikha, terbitan Karangkraf.

Siapa-siapa ada link download novel “Kasih Yang Suci”, kongsi la ye. Bukan apa. Tak sempat nak pergi beli. Keh keh keh..

pelakon drama nora elena

Pengajaran Dari Drama Nora Elena

Setiap movie yang kita tengok, kita seharusnya lihat pada pengajaran yang nak disampaikan melalui movie tu. Bukan sekadar layan tanpa mengambil manfaat daripada movie tu. Ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada drama Nora Elena. Antaranya:

  • Kita perlu berani pertahankan hak kita sebagai pengguna, macam Nora Elena marah kat driver teksi sebab mintak tambang lebih. Lakonan brader bawak teksi tu tak best langsung. Berapa duit diorang bayar ko? Haha..
     
  • Jangan ego melampau sangat ye. Terutamanya lelaki. Termasuk juga perempuan. Perempuan pun ada jugak yang ego, bukan lelaki je. Tak payah nak nafikan. Ini kenyataan!
     
  • Jangan mudah syak wasangka terhadap orang lain tanpa usul periksa. Selidik dulu betul-betul sebelum nak tuduh orang yang bukan-bukan, atau dengan kata lainnya memfitnah.
     
  • Jangan tengok movie lucah atau cerita blue. Nanti nafsu jadi membuak-buak, tak tahan dan mungkin akan terjadi kes rogol, sepertimana yang berlaku terhadap Seth Tan. Nampak betis Nora Elena sikit je terus air naik kepala. Cehh..
     
  • siti saleha nora elena
    Siti Saleha yang cantik. :P

    Setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, jika orang tu mintak maaf dengan 100% keikhlasan dan penuh penyesalan, kita patut memaafkannya. Manusia kan tak lari daripada membuat kesalahan. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa. Terasa siot!

  • Seorang rakan yang baik akan sentiasa menasihati rakannya yang lain jika ternampak rakannya buat sesuatu yang tak berapa nak betul. Aku respek betul kat Malik. Susah nak dapat kawan macam tu. Begitu juga dengan kawan baik Nora Elena – Adila. Walaupun dia nyanyi tak best masa karaoke.
     
  • Kalau duduk berjauhan, gunalah Skype untuk video calling atau video conferencing. Free je. Yang penting ada sambungan internet dan komputer. (Pengajaran jugak ke ni?)
     
  • Seorang anak yang baik akan sentiasa menjaga dan mengambil berat terhadap kedua ibu bapanya.
     
  • Seorang boss yang baik akan sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya. Bila pekerja seronok dapat boss baik, produktiviti kerja juga akan meningkat. Sebagai pekerja pulak jangan la ambil kesempatan atas kebaikan boss tu. Hormatilah boss kita dan hargailah apa saja yang boss kita buat untuk kita.
     
  • Seorang inspekter polis tak seharusnya kerja naik turun tangga je setiap hari. Takde kerja lain ke nak buat? Banyak kes jenayah berlaku sekarang ni. Takkan nak harapkan orang bawahan je buat kerja. Ampun encik polis.
     
  • Sebagai seorang beragama Islam, jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap Allah S.W.T.. Jangan tinggal sembahyang, sentiasa menderma, menolong orang susah dan lain-lain. Jangan minum arak!
     
  • Jangan berbohong kalau tak pandai berbohong. Tapi kalau boleh jangan buat la kerja-kerja membohong menipu semua tu kan. Tak elok.
     
  • Seorang suami tak seharusnya mendera isteri. Menjadi tugas lelaki untuk menjaga kaum wanita dan bukannya berkasar dengannya. Sebagai komuniti dalam masyarakat pula, jika kita ternampak atau terdengar berlakunya penderaan, kecurian atau sebagainya, menjadi tugas kita untuk laporkan kepada pihak berkuasa.

Itu je kot pengajaran dari drama Nora Elena yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan dalam hidup kita. Kalau ada lagi pengajaran lain, korang boleh tambah kat ruangan komen.

Kalaulah hidup aku sebagai orang bujang ni macam dalam drama Nora Elena, mesti best. Ada kereta, kaya, banyak duit, dapat makan kat tempat-tempat best. Rumah pun penuh dengan perabot macam orang dah kawin.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : drama adaptasi dari novel, drama Nora Elena, Novel Kasih Yang Suci, pengajaran dan tauladan dari movie, pengajaran dari drama Nora Elena

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?
Next article:
Selamat Hari Bapa, Happy Father’s Day 2011

25 Comments

  1. Izwan says

    28/06/2011 at 5:38 PM

    serius tak tengok cite ni..lepas cite ni tamat baru amik full episode dari member .. layan time cuti.. :cool:

    Reply
  2. Adol says

    22/06/2011 at 8:04 PM

    memang layan citer nie tapi episod akhir aku x sempat tgk lagi, lama aku x dtg blog nie… huhuhu

    Reply
  3. sayacomel says

    21/06/2011 at 5:51 PM

    ramainya peminat nora elena.. :happy:

    Reply
  4. wazy says

    20/06/2011 at 5:56 PM

    hahah betul tu
    walaupun sejauh mana kita berada,skype boleh kita guna untuk berhubung
    janji ada sambungan internet :biggrin:

    Reply
  5. Fikri Adhiey says

    19/06/2011 at 3:06 PM

    pinjam entry…nanti aku bagi backline kat ko…siap source lagi untuk slot ‘entry pilihan’ di blog aku.

    ni link nya…
    http://fikriadhiey.blogspot.com/2011/06/entry-pilihan-pengajaran-dari-drama.html

    Reply
    • Anarm says

      19/06/2011 at 9:50 PM

      @Fikri Adhiey, ok.. terima kasih

      Reply
  6. Piston Pecah says

    19/06/2011 at 8:32 AM

    tapi kalau seth mati lagi banyak pengajaran kot? haha :lol:

    Reply
    • Anarm says

      19/06/2011 at 9:47 PM

      @Piston Pecah, ko rasa ape pengajaran dia kalau seth mati? kongsi la.. hehe

      Reply
  7. niq says

    19/06/2011 at 7:32 AM

    hahhaha…gelak2 jer aku bace entry nih… :whistle:

    Reply
  8. abrablog says

    18/06/2011 at 11:28 PM

    hoho..jangan baik sangat dengan bos..nanti bos tackle kita..haha..

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 11:54 PM

      @abrablog, bos tackle? hahaha.. baik biasa2 dah la.. jangan sampai ‘baik ada makna’..

      Reply
  9. Sabahan Bloggers Club says

    18/06/2011 at 10:23 PM

    Bro pun minat drama ni ke? Ni mesti best ni, kita tak tengok lagi cerita ni. :)

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 11:52 PM

      @Sabahan Bloggers Club, minat.. kalau tak minat, tak tengok dah.. hehe.. tak tengok lagi ke? kat tonton.com.my ada, bleh tengok.. best cerita dia..

      Reply
  10. akubiomed says

    18/06/2011 at 9:36 PM

    Tidak sangka bro boleh layan drama ini :-)

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 11:48 PM

      @akubiomed, hahaha.. aku ni kalau movie yg asal dari novel, memang giler la.. aku kaki novel.. dalam hati ada taman.. keh3..

      Reply
      • muhammad fakhruddin says

        21/06/2011 at 12:09 AM

        @Anarm, tak sangka bro pun kaki novel :cool:

        Sekarang ni banyak juga drama adapatasi dari novel.

        Reply
  11. eiyda says

    18/06/2011 at 8:55 PM

    huyoooo hahah owang xlayan pon noraelena ni…sebb keje huhuhuhu :sad: :sad: :pouty: :pouty: :pouty:

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 9:05 PM

      @eiyda, download je.. hehe..

      Reply
  12. zik says

    18/06/2011 at 8:25 PM

    nasib baik tak tertengok cerita nih…kalau tak… naya2 aku…dah habis… rupanya..hehe :whistle:

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 8:30 PM

      @zik, nasib baik ko tak tengok.. kalau tengok, abis sume kerja tak jalan kot.. macam aku.. petang2 melekat depan tv.. kerja tertangguh.. adehh..

      Reply
  13. Izamir Ridzwan says

    18/06/2011 at 8:05 PM

    btw, nice pengajaran bro..

    Reply
  14. Melz says

    18/06/2011 at 8:05 PM

    Style-style . aku suka … banyak pengajaran yang ang dapat daripada cerita ini. hehe good2

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 8:16 PM

      @Melz, ada lagi kot.. baru terpikir.. tapi malas plak nk edit entri ni.. haha..

      Reply
  15. Izamir Ridzwan says

    18/06/2011 at 7:57 PM

    yg psl skype tuh, tips kot bro.. heheheh

    Reply
    • Anarm says

      18/06/2011 at 8:01 PM

      @Izamir Ridzwan, oo.. aku dah tersilap la ni? konfius jugak masa taip entri ni.. takpe la.. malas plak nk delete.. biar jela kat situ..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy