Senarai Pemenang Social Media Awards MSMW 2013

Blogger-blogger hebat pemenang Social Media Awards 2013 dah pun diketahui dalam majlis makan malam MSMW 2013 yang baru saja habis malam tadi.

Tahniah diucapkan kepada blogger yang telah berjaya menang trofi kemenangan dalam acara tahunan World Bloggers and Social Media Awards 2013.

malam dinner msmw 2013

Majlis makan malam MSMW 2013 aku rasa sangat menarik kali ni sebab blogger-blogger yang hadir dan menang awards adalah di kalangan rakan-rakan blogger dalam rangkaian Denaihati Network. Selalu berhubung, bersembang dan ‘membahan’ dalam FB Group Denaihati Network.

Selain tu rakan-rakan Denaihati Network ni rajin berkongsi ilmu blogging, berbincang perkara-perkara berkaitan dengan blog dan social media, memberi idea dan sebagainya.

Syabas kepada Denaihati kerana telah membina network blogger yang hebat dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang awards.

blogger di malam anugerah social media msmw 2013

Life4hire, Azman Ishak dan Denaihati Ilhamku

Senarai Pemenang Social Media Awards 2013

  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com
  16. Favourite Social Media Brand – Facebook.com/SabahMalaysianBorneo
  17. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com
  18. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com
  19. Most Creative Blog – Denaihati.com
  20. Favourite Campaign on Social Media – Facebook.com/bkmalaysia
  21. Most Innovative International Blog of The Year – Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing
  22. Social Media Celebrity of The Year – Lisa Surihani yang sangat comel
denaihati pemenang most creative blog of the year 2013
Denaihati terima trofi kemenangan bagi kategori Most Creative Blog 2013
encik titan pemenang kategori favourite educational blog 2013
Encik Titan a.k.a Cikgu Cendol pemenang kategori Favourite Educational Blog 2013

blogger menang awards msmw 2013

Best betul blogger yang dapat menang awards MSMW 2013. Dengan kemenangan yang telah diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu blogger bawa jenama blog masing-masing melangkah ke next level.

Semoga success sokmo.

Tahun depan aku nak join jugak la awards MSMW ni. Tapi blog aku ni sesuai masuk bertanding dalam kategori apa? Salah masuk kategori kang marah dek orang pulak.

32 Comments

  1. tahniah tahniah akhirnya mimpi jadi kenyataan seperti reuni lagi ada banyak blogger denaihati network yang menang

  2. Tahniah kepada semua. Hebat-hebat belaka pemenangnya, tak kurang juga dengan tuan punya blog anarm.net :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *