AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Pelihara Alam Semulajadi dengan PDF, WWF

Pelihara Alam Semulajadi dengan PDF, WWF

05/02/2011 Anarm 21 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Dunia hari ni dah makin tenat dah akibat kekurangan pokok yang merupakan salah satu satu sumber alam semulajadi.

Alam semulajadi kini dah ditukar ganti dengan alam buatan manusia yang berbentuk bangunan-bangunan pencakar langit.

Banyak pokok yang telah ditebang, dipotong dan sebagainya, kemudian diproses untuk menghasilkan kertas yang banyak digunakan pada zaman sekarang.

Kawasan yang dah tiada pokok tu kemudiannya dibangunkan bangunan-bangunan tinggi selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang dari masa ke semasa.

Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF, WWF

Dunia yang semakin berkembang maju dengan teknologi moden yang canggih membuatkan kesedaran kita akan kepentingan alam semulajadi tu kian pudar atau mungkin juga sudah terpadam.

ISI KANDUNGAN hide
1 Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF
2 Cara Membuat Fail PDF
3 Perisian Mencipta Fail PDF
4 Perisian Membaca Fail PDF
5 Format Fail WWF, Usaha Memelihara Alam Semulajadi

Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF

Rasanya semua dah tau tentang PDF, kan? Ada yang tak tahu lagi? Meh sini nak cerita sikit.

PDF atau Portable Document Format merupakan salah satu format fail yang popular digunakan di laman web.

Biasanya fail berformat PDF (.pdf) ni digunakan sebagai perkongsian dokumen yang mengandungi gambar, teks, dan lain-lain, sama seperti Microsoft Word, tetapi dengan saiz yang lebih kecil berbanding fail Microsoft Word.

Format PDF banyak digunakan dalam penghasilan e-book oleh penggiat ‘Internet Marketing’.

Pada hari ini, format PDF bukan sahaja digunakan oleh golongan ‘Internet Marketer’, malah juga menjadi pilihan bagi golongan-golongan yang terdiri daripada para pelajar, pekerja, dan lain-lain untuk melaksanakan kerja-kerja tertentu.

Di samping itu, format fail PDF ini juga mampu membantu dalam memelihara alam semulajadi dengan mengurangkan kadar penggunaan kertas.

Cara Membuat Fail PDF

Sekarang ni dah ada bermacam-macam software wujud di dunia internet yang berfungsi untuk membuat fail PDF.

Oleh kerana terlalu banyak pilihan, kadang-kadang rasa macam sedikit rumit untuk kita tentukan yang mana paling best dan berfungsi dengan baik.

Perisian Mencipta Fail PDF

Di bawah ni ada beberapa software untuk cipta fail PDF di mana ianya berfungsi seperti sebuah printer!

Biasanya printer digunakan untuk cetak sesuatu ke atas kertas kan? Tapi tidak bagi perisian-perisian ni.

Ianya mesra alam, tak perlu korbankan mana-mana pokok untuk dijadikan kertas. Hanya bertindak ‘mencetak’ sesuatu dokumen menjadi fail PDF.

Semuanya berlaku di atas skrin komputer tanpa membabitkan sebarang kertas mahupun pokok-pokok.

Logo DoPDF

  • Bullzip PDF Printer
  • PDFill Printer
  • PDF Creator
  • PrimoPDF
  • Cute PDF Writer
  • PDF24 Creator
  • doPDF
  • PDF-XChange Lite

Perisian Membaca Fail PDF

Untuk buka atau baca fail PDF, kita perlukan software Pembaca PDF atau PDF Reader. Adakah korang gunakan Adobe Reader untuk baca fail PDF?

Mesti tak ramai yang tahu masih ada software lain yang lebih digemari selain Adobe Reader. Antaranya adalah seperti berikut:

PDF XChange Viewer

  • PDF-XChange Viewer
  • Foxit Reader
  • Cool PDF Reader
  • Sumatra PDF Viewer

Dengan terciptanya fail PDF, sedikit sebanyak kita dapat menyumbang ke arah kesejahteraan alam di mana aktiviti penebangan pokok-pokok (untuk dijadikan kertas) dapat dikurangkan.

Format Fail WWF, Usaha Memelihara Alam Semulajadi

Selain PDF, satu lagi cara yang sesuai untuk menyokong usaha memelihara alam semulajadi adalah dengan Save as dalam format .WWF – satu format fail yang diperkenalkan khas untuk menyelamatkan kuantiti pokok daripada ditebang demi menghasilkan kertas.

Istimewanya fail .WWF ini ialah kita tak boleh print out fail atau dokumen tersebut ke atas kertas. Macam mana nak baca fail WWF tu? Boleh gunakan mana-mana software PDF Reader yang digemari.


Pendapat aku tentang format fail WWF:

  1. Sama seperti fail PDF yang disetkan security untuk elakkan fail dicetak atau diubah.
  2. Nak kena taip balik nama untuk fail, tak macam PDF writer yang secara automatik akan jadikan title dokumen atau perkataan pemula sesuatu dokumen sebagai nama fail.
  3. Saiz fail WWF berkali-kali ganda besarnya berbanding fail PDF.
  4. Fail WWF yang dihasilkan akan ditambah 1 lagi page yang mengandungi lebih kurang macam trademark / copyright WWF – “This is a WWF document and cannot be printed!“

Sama ada PDF ataupun WWF, tu semua tak kisah. Yang penting, semuanya bergantung pada niat kita sama ada berusaha untuk memelihara alam semulajadi ataupun biarkan alam semulajadi terus dirosakkan.

Hargailah Alam Semulajadi Untuk Kesejahteraan Bersama!

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • PDF Xchange Viewer, Alternatif kepada Adobe Reader dan Foxit Reader

Kategori : Informasi, Perisian Keyword : Bencana Alam, Free PDF Writer, Mesra Alam, PDF Creator, PDF Xchange Viewer, Pelihara Alam Semulajadi, Rumah Hijau

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Selamat Tahun Baru Cina 2011 dari AnarmNet
Next article:
Zon Internet 3G Wireless Dalam Rumah

21 Comments

  1. Rumah says

    10/03/2012 at 7:09 AM

    agk menarik disitu…hanya dgn pdf….alam semulajadi terpelihara…. :biggrin: :biggrin:

    Reply
  2. auction says

    15/02/2011 at 8:13 PM

    perkongsian menarik……thanks for sharing…..

    Reply
  3. cikgufaezah says

    13/02/2011 at 12:34 AM

    hehe..mari jaga alam sekitar. :happy:

    Reply
  4. Mohd Isa says

    10/02/2011 at 6:54 AM

    hoho…terbaiklah…tp kalau takda paper…cam mana nak print thesis? hehe

    Reply
  5. 5sal says

    08/02/2011 at 4:05 PM

    kempen ini perlu diperluaskn, mari bersama-sama menyelamatkan bumi kita…!

    Reply
  6. syahrilhafiz says

    07/02/2011 at 10:11 PM

    menarik
    kalau la government buat macam ni terbaik!!
    skank pun aku la student
    isi je borang on9, pastu kena print lak..hurmm bukan ke mencemarkan alam sekitar kita ni
    cakap nak jimat..

    Reply
  7. zik says

    07/02/2011 at 1:43 PM

    pdf file sekurang2nya boleh disimpan…. yang nie boleh protected tak bro?? macam nak bukak kena letak password… saja tanya..

    Reply
  8. wazy says

    07/02/2011 at 1:32 PM

    salam
    memang betul tu,kalau guna format PDF boleh menjimatkan masa
    selamatkan bumi kita
    sam-sama kita menjaganya

    Reply
  9. akubiomed says

    06/02/2011 at 10:47 PM

    Format PDF antara fail yang paling kerap digunakan ketika berkongsi dokumen untuk mengelakkan di ubah atau di salin

    Reply
  10. Anip says

    06/02/2011 at 9:21 PM

    jom selamatkan bumi, hehe. ingatkn ape la td, rupenye x nak bazirkan kertas.

    Reply
  11. Suraya says

    06/02/2011 at 8:12 PM

    biasa kalo taknak bagi print, setkan security je kat fail pdf tu.. format .wwf smart jugak.. tp kadang2 rasa mcm nama ‘gusti’ plak.. hehe.. :tongue:

    selamatkan bumi kita.. :heart:

    Reply
  12. encik luth says

    06/02/2011 at 11:59 AM

    khas utk sektor kerajaan. depa dok guna krtas lagi. bkn nak guna email

    Reply
    • Anarm says

      06/02/2011 at 4:39 PM

      @encik luth, betul2.. aku paling nyampah, skit2 faks.. skit2 faks.. apsal tak email je.. lagi senang..

      Reply
  13. saya_arief says

    06/02/2011 at 10:06 AM

    setuju sangat2..
    menuju ke zaman paperless.
    ;D

    Reply
    • Anarm says

      06/02/2011 at 4:39 PM

      @saya_arief, zaman teknologi macam ni, pakai la internet kalo nk share2 dokumen.. buat fail pdf.. takyah nak print atas kertas.. pastu kertas tu campak merata..

      Reply
  14. Jaws says

    06/02/2011 at 3:16 AM

    ya..
    kita wajib mencintai alam sekitar..
    lihatlah betapa tercemarnya sungai dan bumi kita hari ini..
    datang dari siapa?!
    Kita~
    Kita yang mencemarkan tempat tinggal kita..
    :ninja:

    Reply
    • Anarm says

      06/02/2011 at 4:37 PM

      @Jaws, macam iklan tv plak.. haha..

      Reply
  15. Piston Pecah says

    06/02/2011 at 12:31 AM

    mari bersama-sama menyelamatkan bumi kita…!

    Reply
    • Anarm says

      06/02/2011 at 4:37 PM

      @Piston Pecah, save the world! :heart:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy