Hari tu ada rakan beritahu aku, dia bercadang nak tukar HDD kepada SSD untuk laptop dia. Dia tanya aku – “SSD apa yang bagus?”
Aku pun tak pasti SSD apa paling bagus. Ada banyak jenama SSD sekarang ni. Rasanya mana-mana SSD semuanya lebih kurang sama je kot. Asalkan jangan beli SSD dengan jenama yang tak dikenali.
Aku sendiri guna SSD Patriot Burst.
‘Patriot’ antara jenama yang terkenal juga dengan produk SSD (Solid State Drives), kad microSD, USB drive, RAM dan peralatan gaming.
Dah 3 bulan lebih aku pasang dan guna SSD Patriot Burst di PC aku. Tukar dari hard disk biasa (HDD) kepada SSD.
Setakat ni takda apa-apa isu atau masalah yang timbul. Memang puas hati guna SSD ni. Komputer jadi lebih laju!
SSD Patriot Burst dari Patriot Memory
PC aku guna SSD Patriot Burst 240GB SATA III keluaran Patriot Memory. Aku beli SSD ni secara online di Shopee dengan harga RM110 termasuk penghantaran sampai depan pintu rumah.
Mulanya aku fikir nak beli yang kapasiti 480GB (harga dalam RM200). Tapi bajet tak cukup pula.
Jadi, aku pun beli la yang saiz kecil sikit 240GB.
Selama aku guna SSD Patriot Burst ni memang sangat puas hati dengan kelajuan dia. Hidupkan PC tak sampai 10 saat dah siap! Guna perisian yang berat pun dah takda sangkut-sangkut macam pakai hard disk biasa (HDD) sebelum ni.
Baki ruang storan SSD aku ni masih ada 191GB belum digunakan.
Macam tak luak pula space dia walaupun aku dah install banyak perisian dalam PC. Fail-fail kerja pun banyak juga aku simpan dalam tu.
Maknanya saiz 240GB dah lebih daripada cukup untuk kegunaan aku.
Tapi kalau nak guna SSD untuk simpan fail-fail yang bersaiz besar, kapasiti 240GB memang tak cukup. Sekurang-kurangnya kena guna yang 480GB.
Atau guna HDD pun ok juga untuk jadikan sebagai tempat simpanan fail. Kapasiti HDD lebih besar dan harga pun lebih murah daripada SSD.
Cuma speed HDD tu je yang tak best. HDD sangat slow berbanding SSD.
Spesifikasi Patriot Burst SSD 240GB
- Phison S11 Series Controller
- DRAM Cache: 32MB SDR
- Static and Dynamic Wear Leveling
- Bad Block Management
- Low Power Management
- Trim Support
- Smart Zip
- MTBF: 2,000,000 hours
- 4K Aligned Random Read: up to 80K IOPs
- 4K Aligned Random Write: up to 60K IOPs
- Sequential Read (ATTO): up to 555MB/s
- Sequential Write (ATTO): up to 500MB/S
- Terrabytes Written (TBW): 180TB
- Interface: SATA III 6Gb/s
- Form Factor: 2.5″
- Operating Voltage: 5v
- Operating Temperature: 0 ~ 70°C
Patriot Burst SSD Laju dan Mampu Milik
Aku pilih SSD Patriot Burst sebab tengok speed ‘Read / Write‘ dia laju. Tapi dari segi kelajuan tu tak banyak sangat perbezaan dia dengan SSD jenama lain.
SSD Patriot Burst ni jenis SATA III 6Gb/s. Sesuai juga digunakan pada komputer yang hanya menyokong SATA II 3Gb/s. Cuma untuk komputer jenis SATA II, speed dia akan dapat separuh je daripada speed sebenar SSD SATA III.
Selain tu, aku pilih SSD jenama Patriot ni sebab harga dia lebih murah berbanding SSD lain yang dalam kategori ‘SSD low budget‘.
Aku bandingkan harga SSD 240GB yang dijual di Shopee. Kalau beli di kedai luar, tak pasti berapa harga dia. Mungkin lebih mahal sikit kot.
Beli online biasanya dapat harga lebih murah.
SSD Tingkatkan Kelajuan PC atau Laptop
Aku guna SSD ni untuk tingkatkan kelajuan ‘boot‘ sistem operasi (Windows 10), untuk guna perisian / program, dan untuk simpan fail-fail tertentu sahaja.
Fail-fail lain seperti lagu, movie, gambar-gambar, dan fail-fail backup yang bersaiz besar aku simpan dalam HDD lama bersaiz 1TB.
Itupun tak cukup sebab fail banyak sangat.
Nasib baik aku ada lagi satu HDD yang aku ambil dari laptop lama yang dah rosak. HDD laptop tu aku cabut dan tukarkan jadi external hard disk. Boleh la guna untuk simpan fail. Tak perlu beli hard disk lain.
2 minggu lepas aku beli lagi satu SSD untuk pasang di PC isteri aku. Aku beli SSD Patriot Burst juga sebab puas hati dengan performance dia.
Tapi aku belikan saiz 120GB je untuk isteri aku. Cukup dah sekadar untuk lajukan PC dia. Lagipun dia dah ada HDD bersaiz 2TB untuk tempat simpan fail.
Harga SSD Patriot Burst 120GB ni RM80 sahaja di Shopee.
Siapa nak tukar HDD kepada SSD aku rekomen guna SSD Patriot Burst. Walaupun bukan SSD yang paling bagus, tapi terbaik juga la SSD Patriot Burst ni.
Kalau nak beli SSD jenama lain, pastikan tengok dulu spesifikasi SSD tu terutama speed dia. Boleh baca “5 Tips Memilih SSD“.
wow, mantop aku tengah plan nak tukar prosesor Ryzen 5 + motherboard + SSD, tapi tunggu masuk rumah baru dulu, dah siap urusan pindah rumah lebihan baru upgrade PC :)
laptop aku ni teringin gak nak tukaq ke ssd.
tunggu masa aje.
sibuk sekarang ni nak fikir banyak benda.
haha..
Tukar, jangan tak tukar. Sekarang ramai dah pakai SSD. Guna laptop / pc best sikit sebab lebih laju.
Kalau laptop, tempat CD / DVD tu dah takda guna kot sekarang ni. Boleh ganti letak HDD lama kat situ jadikan 2nd storage.