Malam hari Jumaat lepas aku pasang sistem operasi Windows 8 di laptop aku. Mulanya aku format laptop sebab laptop dah rasa semakin berat bila nak buat kerja. Format balik dengan Windows 7.
Tapi entah macam mana ada sesuatu yang tak kena, laptop aku jadi gila asyik restart sendiri. Tak tau la sama ada masalah laptop atau masalah installing Windows 7. Naik risau jugak masa tu.
Sistem Operasi Windows 8
Tiba-tiba teringat installer Windows 8 yang aku download beberapa hari lepas. Aku pun cuba la kot-kot laptop boleh pulih balik.
Aku buat clean install Windows 8 kat laptop ASUS aku dan berdoa banyak-banyak dengan harapan laptop aku tak kena hantar repair kat ASUS centre. Kang tak pasal-pasal hilang lagi semua fail kerja aku macam dulu.
Nasib baik pasang Windows 8 tak berlaku apa-apa masalah. Laptop berjaya dihidupkan.
Dari segi pemasangan sistem operasi Windows 8 lebih pantas berbanding install Windows 7 (guna DVD installer). Itu kalau buat clean install. Kalau upgrade daripada Windows 7 aku tak tau macam mana proses dia. Tak sempat nak try.
Tapi aku rasa better buat clean install lagi bagus. Sisa-sisa dari pemasangan Windows sebelum ni akan dibuang sepenuhnya.
Untuk start, restart dan shut down Windows 8 pun lebih pantas membuatkan aku jadi rasa semakin suka dengan Windows 8 ni.
Lepas log masuk ke Windows 8 akan nampak paparan “Metro” Start Screen yang sangat cantik. Start Screen ni berfungsi sebagai ‘launcher’ bagi apps dan software di Windows 8 menggantikan fungsi Start Menu pada versi Windows yang sebelumnya.
Mula-mula rasa menyusahkan juga bila takde Start Menu macam Windows 7. Nak buka software pun payah. Tapi bila aku dah faham cara guna Start Screen ni, rasa macam guna Windows 7 jugak cuma dengan paparan yang berbeza.
Ada banyak lagi fungsi Windows 8 yang aku tak sempat explore. Kena cari dulu entri blog kawan-kawan yang dah buat review panduan guna Windows 8. Senang sikit nak buat rujukan nanti.
Bagi yang masih pakai Windows 7 tu, bertukarlah kepada Windows 8. Mula-mula akan rasa pening lalat dulu sebab Windows 8 sangat berbeza dengan versi Windows sebelum ni. Aku ambil masa lebih kurang 15 minit kot nak biasakan diri guna Windows 8.
Lepas tu dah boleh guna macam biasa. Windows 8 memang BEST!
Bro.. share link tu boleh… laptop saya ni dah mmg berat ssangat2.. tapi sy tak tahu nak rebootkan … leh tolong ajar kan..
laptop saya acer aspire 4950
salam bro…
bole bagi link download dia tak.. nak try laa jugak
terasa nak pakai windows 8 lak..leh bagi link tak sedara… :biggrin:
boleh bg link window 8 serta dengan key juga activate dia…… jika boleh sila hantar ke emel saya.
terima kasih.
saye nak link download windows 8
nak link jg..
laptop saya pakai windows basic 7 Bang…apakah bisa diupdate ke windows 8..?
Adakah caranya yang bisa dipakai bila ingin upgrade ke windows 8
Saya mula-mula guna dulu,mengagau nak cari button shutdown,siap bertanya kat fb lagi tu.Memang best,kalau yang preview dah habis tempoh percubaan,akan restat lepas guna 1 jam,dan akan restat lepas dua jam.
Sebab geram hari tu,terus beli kat microsoft,masa tu promosi 39.99 usd,last promosi 31/1/2013…lepas tu Mak aiii harga dia boleh tahan kalau convert ke RM.Rasa tak nyesal beli n guna window 8 nih.
Perasan tak kalau guna internet explorer lagi laju dari google chrome?
@azman, dah beli baru tau ada yg lanun nyer.
@azman, Sejak guna Windows 8 ni tak pernah lagi try guna Internet Explorer..
pakai key ke x nie?
Cadang nak angkat laptop sebiji la, nak beli macbook dah bertahun kumpul duit xterbeli. habis guna masa kahwin je hari tue
@Bro Framestone, Ada key dia bagi sekali kat tempat download tu.. Key tu kena masukkan masa proses install.. Kalau takde key memang takleh install.. Lepas siap install, guna activator pulak untuk aktifkan Windows.. Lepas tu Windows jadi macam original..
Bos, boleh share link untuk download windows 8? Thank you
@madyan, Boleh, Boleh.. Nanti akan send email bagi link download Windows 8 tu..
Pm kat fb linknya. Terasa nk format laptop plak tetiba.
Thx :)
Pm kat fb linknya. Terasa nk format laptop plak tetiba.
Thx :)
@titan, Nanti aku bagi link dia kat PM Facebook..
A few days lepas pelancaran win 8 ni bulan 10 tahun lepas, saya terus beli dan try. Mmg OS terbaik keluaran microsoft!
@MK Kimi, Nanti akan datang Windows 9 pulak akan jadi produk terbaik Microsoft.. Sama2 kita tunggu.. Mesti akan lebih hebat dari Windows 8.. huhu.. Buat masa sekarang, Windows 8 adalah produk terbaik keluaran Microsoft..
Sape2 masih guna Windows XP atau Windows 7 tu bertukarlah kepada Windows 8 SEKARANG!! :cool:
lama dah pakai windows 8 sejak tempoh percubaan hingga ke pro sekarang ni… kalau dah guna x nak patah balik dah :)
auc buat dual boot dengan satu lagi OS iaitu “Pear Linux”. Kena pasang ni sebab kalau apa2 terjadi windows kena virus ke dia tukang baikinya hehehe
@auc, Betul tu.. Bila dah guna memang taknak patah balik dah.. Windows 8 lagi best daripada Windows 7.. Tak sia2 install Windows 8 dalam laptop ni..
Tapi Windows 8 macam ada masalah dengan Flash..
Stuck guna Ubuntu – hehehe,… Bila tengok enteri nie berminat pulak nak pasang… Emelkan link download, boleh?
@Izzuddin Fauzi, Aku dah lama tak guna Ubuntu.. Dulu pernah guna Ubuntu buat dual boot dengan Windows 7.. Tapi tak guna sangat Ubuntu sebab tak berapa sesuai untuk aku buat kerja, takleh install software yang aku kerap guna.. Kerja2 aku kena guna software untuk Windows.. Oleh sebab tu aku terpaksa lupakan Ubuntu..
da pnh godek2 skali win8 kt laptop kwn..
pning ple la sbb bru lg kot..
mayb kne psng kt laptop sndr bru x pning ple..
ahaha
@Katak Comel, Ambil masa sikit untuk biasakan diri dengan Windows 8.. Kalau godek kejap2 je memang pening tu tak sempat hilang.. Try install kat laptop sendiri.. Dah lama mengadap Windows 8 nanti faham la camne dia berfungsi.. Sama je macam versi Windows sebelum2 ni, cuma interface dan function2 dia je berubah wajah..
kalau windows 8 sepertinya cocok digunakan untuk touch screen ya , baru sekali lihat sama bang iwan tapi gunakan belum pernah
@munir ardi, windows 8 memang dibangunkan dengan menyokong touch screen, laptop dan desktop semuanya boleh gunakan windows 8..
Bukan setakat Windows 8 sahaja. Windows 7 pun tidak pernah guna kerana laptop masih lagi OS Wihdows Xp?:-)
@akubiomed, wahh.. masih guna XP.. hoho.. dah tiba masa untuk upgrade kot.. windows baru ni dah semakin bagus performance dia berbanding XP..
sayang la nak tukar..masih guna windows 7 home premium je..hehe..selagi tak ada masalah malas nak kacau..
teringin jugak nak pakai Windows 8, tapi belum sampai masanya lagi kot :biggrin:
mohon add wondows 8 yea…
apa link nya bro..pm kat fb aku jugak..aku nak win8 activator tu..hehe
@hafizrahim, ok.. jap lagi aku pm kat facebook.. activator ada banyak.. nanti pilih je mana2 nak.. semua ok, aku dah test.. hehe..
@Anarm, yang aku pakai sekarang takleh nak personalize..nak try yang lain..huhu
Saya juga sudah cuba install tapi masih dalam versi beta… belum bisa teraktivasi. kalau ada link download, mohon di share.
@Bang Iwan, link download nanti saya share pada Bang Iwan melalui PM di Facebook.. hanya guna Windows 8 Activator je untuk activate versi Windows 8.. tapi tak tau boleh digunakan atau tidak pada versi beta..
honestly, aku masih pening guna Windows 8 ni. Tapi kat opis la, genuine tp guna yang Single. Aku suka part laju ;)
p/s: terasa ada mention perkataan BAKAR! boleh BAKAR kan 1 narm? hehe.
@Megat, yang part laju tu aku pun suka.. tapi aku guna yang ‘lanun’ punya je.. selama guna windows ni tak pernah lagi aku guna yg genuine.. hehe..
p/s: lupa plak laptop aku takleh ‘membakar’.. tak tau masalah kenapa.. kalau bagi link tu takde hal.. huhu..
Nak link @Anarm,
@shahrul, nanti aku share.. ada Facebook? lagi senang bleh PM je link tu..
Emel je la… nk fb search guna emel yg sama @Anarm,
@shahrul, ok.. aku dah send link dia ke email bro..