Parlimen Malaysia Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dah mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia dibubarkan berkuatkuasa hari ini 3 April 2013 (Rabu) selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tu secara langsung pada jam 11.35 pagi tadi. Aku tengok online je kat TV1.

najib razak umum pembubaran parlimen

Berikutan pembubaran parlimen dalam pengumuman tadi Datuk Seri Najib Razak meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum PRU13 dapat diadakan secara serentak.

Selepas parlimen dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan bila tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan pilihanraya mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Semoga PRU13 nanti berjalan dengan lancar.

Jom pergi mengundi demi masa depan kita bersama. Undi kita semua adalah penentu dasar dan halatuju negara. Undi kita juga adalah penentu jatuh bangunnya Islam dan bangsa Melayu di negara kita Malaysia yang tercinta.

18 Comments

  1. ramai yg sibuk bila PM nak buabr.sibuk kutuk dan buat andaian. tetapi tarikh yg PM pilih sebenarnya memang sesuai dan boleh mengamit memory

    • Kalau tengok video pembubaran parlimen, PM Najib sebut tarikh bubar 3 April 2012.. sepatutnya 2013.. Neves kot sampai tersalah sebut tahun.. hehe..

  2. akhirnya masa yang dinantikan telah tiba.

    Undilah untuk kebaikkan semua.
    Be rational, not emotional!

    Malaysia boleh!

    • Balik kampung hari tu dari Perak on the way nak balik Bangi sepanjang jalan penuh dengan bendera parti.. Cuma kat highway je diorang takde pasang bendera..

      Tahun ni mengundi kali pertama.. Tak sabor nak rasa pengalaman mengundi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *