Panduan Cari Kerja dan Tips Temuduga

Temuduga Kerja Kerajaan

Balik je dari office siang tadi, tengok kat peti pos ada surat yang macam biasa aku tengok. Surat pertama aku tarik, bil Maxis Broadband. Adehh.. Mintak duit pulak dah Maxis ni. Surat kedua aku terima adalah surat bertulis “URUSAN KERAJAAN – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia“. Tengok je surat tu dah tau dah aku terima panggilan temuduga kerja kerajaan. Yeayy..

Dengan adanya surat panggilan temuduga ni, maka akan bertambah lagi satu percubaan aku untuk menjawat jawatan dalam sektor awam. Cubaan sebelum-sebelum ni kesemuanya gagal dengan cemerlang.

Aku tak tau apa punca yang menyebabkan kegagalan tu. Mungkin sebab time tu rezeki aku belum sampai lagi kot. So, untuk kali ni aku akan cuba lagi sebaik mungkin.

Semoga kali ni rezeki berpihak pada aku. Amin~

Bagi yang baru nak masuk ke alam pekerjaan, sebagai langkah pertama disarankan korang mendaftar di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kalau ada rezeki, mak abah korang mesti seronok bila anak mereka berjaya mendapat kerja kerajaan yang boleh menjamin masa depan.

Aku tak maksudkan pekerjaan dalam sektor swasta tu tak menjamin masa depan, cuma pada pandangan mak abah kita, kerja kerajaan mungkin lebih banyak faedahnya berbanding kerja swasta. Majoriti mak dan abah mesti nak anak-anak mereka bekerja dengan kerajaan, betul tak? Aku pon nak kerja dalam sektor kerajaan. Banyak benefit boleh dapat. Huhu..

Tips Ambil Exam SPA

Masa jawab soklan tu, ko kena pikir yg ko dah memang kojo gomen. Jadi jawapan ko tu ala-ala govement thinking la, bukan kojo swasta.
~ SumberTerbuka.net

Kat Mana Nak Cari Kerja?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Selain laman web SPA, ada juga laman-laman web lain yang menyediakan perkhidmatan mencari kerja. Di bawah ni aku senaraikan beberapa laman web cari kerja yang aku tahu. Antaranya:

Lepas dah daftar dengan mana-mana laman web yang aku senaraikan tu, korang boleh la cari-cari kerja dalam web tu yang korang rasa sesuai dengan korang atau ikut kelayakan korang.

Ada juga diberi senarai-senarai kerja yang mungkin bersesuaian. Ianya disediakan mengikut data-data yang korang berikan di bahagian profile. Email notification pun ada untuk inform kepada kita sekiranya ada kerja yang sesuai.

Selain laman web, korang juga boleh cari kerja berpandukan iklan-iklan jawatan kosong di akhbar-akhbar tempatan.

Sebelum ni, aku selalu cari kerja di akhbar The Star, khususnya pada setiap hari Rabu (kalau tak silap aku) sebab pada hari tu akhbar The Star mencetak ruangan iklan lebih banyak daripada hari-hari biasa.

So, iklan kerja-kerja kosong pon ada banyak yang boleh dibuat pilihan. Tapi jangan terlalu memilih.

Tips Menghadapi Temuduga

Temuduga adalah cabaran yang perlu korang hadapi sebelum ditawarkan bekerja di mana-mana syarikat. Ini merupakan proses di mana majikan akan berkenal-kenalan dengan kita dan akan menilai sama ada kita layak ataupun tidak untuk bekerja di situ.

Kalau pakai ‘orang dalam’ mungkin tak payah temuduga dah kot, terus comfirm dapat kerja.

Di bawah ni aku senaraikan beberapa tips dan panduan temuduga yang boleh dibuat rujukan bagi membantu korang persiapkan diri dalam menghadapi temuduga, tidak kira sama ada temuduga untuk kerja di sektor awam (kerajaan) ataupun di sektor swasta.

  • Persediaan Temuduga – Rahsia penulisan resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta dengan resume anda (Resume Paparkan Personaliti)
  • Persediaan Sehari Sebelum Temuduga
  • Contoh-contoh Pakaian untuk Temuduga
  • Kaedah Menghadiri Temuduga
  • Contoh Soalan Temuduga
  • Temuduga Kerja – Yang Perlu dan Yang Jangan
  • Panduan lengkap untuk temuduga
  • Tips Temuduga (updated)
  • Tips Untuk Job Hunting (updated)
     

Banyak lagi sebenarnya sumber yang boleh dibuat rujukan untuk panduan cari kerja dan tips menghadapi temuduga.

Jika korang menggunakan perkhidmatan Google.com dengan bijak, korang akan jumpa banyak bahan yang boleh dirujuk dan dibaca untuk memantapkan lagi diri korang bagi berdepan dengan si penemuduga.

Akhir kata, bagi yang baru melangkah ke alam pekerjaan, selamat maju jaya aku ucapkan. Gunakan sebaik mungkin segala ilmu dan skill yang ada bagi meningkatkan lagi produktiviti dan mutu kerja kita.

* Credit:  Thanks to PooJiePooH for sharing the links

41 Comments

  1. Pernah menjadi panel penemuduga macam gaya yang datang temuduga tapi dari pemerhatian yang hadir terutama fresh graduate tak buat study sikit profile company datang berlengang jer. Cert dalam file pun berterabur :-(

  2. oh! selamat maju jaya ^^ memang semua ibu bapa nak anak diorang kerja kerajaan, mcm saya elok2 dah amek kos lawyer, terus kena paksa masuk maktab jadi cikgu. haih~ mcm tu la bila cita2 x kesampaian. sedih kot.. hehe..

    apa2 pun, gud luck k. buat yg terbaik. InsyaAllah dpt..

    • @Kujie, terima kasih kak jie.. huhu.. belanja tu boleh je tapi kalau dapat kerja tu la.. hehe.. insyaAllah akan cuba sebaik mungkin.. kalau ade rezeki, alhamdulillah.. percubaan yg entah kali ke berape pon dah tak ingat ni.. sebelum ni asyik gagal je.. harap2 mulut masin mak sebut “bertuah punye budak” dulu2 tu memberi kesan la kali ni.. :tongue:

  3. fuh mantap..
    nak cakap tu biar lebat tapi ada isi,
    baru mudah nak dapat
    kalau aku ni malu tapi mahu
    dokdepan laptop je lebih, kalau direct..
    erk, memang la peramahnya aku ni..haha

      • @Anarm, haha..jangan jauh sangat..
        aku minx SPA ni sekali je, tak dapat terus tak minx.. :biggrin:
        dah boleh bawak apa yg aku study sekarang..

        • @syahrilhafiz, aku dah banyak kali isi SPA.. cukup tempoh setahun, isi lagi sebab SPA kan expired setahun.. dari habis belajar smpai la sekarang.. interview pon dah banyak kali dapat tapi masih tak berjaya dapat kerja.. harap dapat la kerja gomen kali ni.. aku dah penat kerja buat design.. :cwy:

          • @Anarm, ha ah setahun je expired..insyaallah kali ni bro mesti dapat..amin2

            p/s menyedihkan bro cakap macamtu :cwy: :cwy:

  4. Bro, aku ada satu tips nak amik exam SPA neh

    masa jawab soklan tu, ko kena pikir yg ko dah memang kojo gomen. Jadi jawapan ko tu ala-ala govement tihinking la, bukan kojo swasta.

    ps: Tips neh aku dpt dari org yg dah berjaya lepas exam tu.. huhu. Betul atau tak, aku pun tak sure.. huhu.

    Anyway, aku harap ko berjaya la yerk :)

  5. good luck bro..aku ari ni g interview safeguard..tgk2 ko update lak pasal interview ni..hihihihi..jom same2 try test tgk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *