AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Tips dan Panduan » Panduan Cari Kerja dan Tips Temuduga

Panduan Cari Kerja dan Tips Temuduga

26/11/2010 Anarm 41 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Temuduga Kerja Kerajaan

Balik je dari office siang tadi, tengok kat peti pos ada surat yang macam biasa aku tengok. Surat pertama aku tarik, bil Maxis Broadband. Adehh.. Mintak duit pulak dah Maxis ni. Surat kedua aku terima adalah surat bertulis “URUSAN KERAJAAN – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia“. Tengok je surat tu dah tau dah aku terima panggilan temuduga kerja kerajaan. Yeayy..

Dengan adanya surat panggilan temuduga ni, maka akan bertambah lagi satu percubaan aku untuk menjawat jawatan dalam sektor awam. Cubaan sebelum-sebelum ni kesemuanya gagal dengan cemerlang.

Aku tak tau apa punca yang menyebabkan kegagalan tu. Mungkin sebab time tu rezeki aku belum sampai lagi kot. So, untuk kali ni aku akan cuba lagi sebaik mungkin.

Semoga kali ni rezeki berpihak pada aku. Amin~

Bagi yang baru nak masuk ke alam pekerjaan, sebagai langkah pertama disarankan korang mendaftar di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Kalau ada rezeki, mak abah korang mesti seronok bila anak mereka berjaya mendapat kerja kerajaan yang boleh menjamin masa depan.

Aku tak maksudkan pekerjaan dalam sektor swasta tu tak menjamin masa depan, cuma pada pandangan mak abah kita, kerja kerajaan mungkin lebih banyak faedahnya berbanding kerja swasta. Majoriti mak dan abah mesti nak anak-anak mereka bekerja dengan kerajaan, betul tak? Aku pon nak kerja dalam sektor kerajaan. Banyak benefit boleh dapat. Huhu..

ISI KANDUNGAN hide
1 Tips Ambil Exam SPA
2 Kat Mana Nak Cari Kerja?
3 Tips Menghadapi Temuduga

Tips Ambil Exam SPA

Masa jawab soklan tu, ko kena pikir yg ko dah memang kojo gomen. Jadi jawapan ko tu ala-ala govement thinking la, bukan kojo swasta.
~ SumberTerbuka.net

Kat Mana Nak Cari Kerja?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Selain laman web SPA, ada juga laman-laman web lain yang menyediakan perkhidmatan mencari kerja. Di bawah ni aku senaraikan beberapa laman web cari kerja yang aku tahu. Antaranya:

  • JobsMalaysia.gov.my
  • JobStreet.com.my
  • JobsCentral.com.my
  • JenJobs.com
  • Monster.com.my
  • dan lain-lain… (Tolong tambah dengan menyatakan di bahagian komen.)
     

Lepas dah daftar dengan mana-mana laman web yang aku senaraikan tu, korang boleh la cari-cari kerja dalam web tu yang korang rasa sesuai dengan korang atau ikut kelayakan korang.

Ada juga diberi senarai-senarai kerja yang mungkin bersesuaian. Ianya disediakan mengikut data-data yang korang berikan di bahagian profile. Email notification pun ada untuk inform kepada kita sekiranya ada kerja yang sesuai.

Selain laman web, korang juga boleh cari kerja berpandukan iklan-iklan jawatan kosong di akhbar-akhbar tempatan.

Sebelum ni, aku selalu cari kerja di akhbar The Star, khususnya pada setiap hari Rabu (kalau tak silap aku) sebab pada hari tu akhbar The Star mencetak ruangan iklan lebih banyak daripada hari-hari biasa.

So, iklan kerja-kerja kosong pon ada banyak yang boleh dibuat pilihan. Tapi jangan terlalu memilih.

Tips Menghadapi Temuduga

Temuduga adalah cabaran yang perlu korang hadapi sebelum ditawarkan bekerja di mana-mana syarikat. Ini merupakan proses di mana majikan akan berkenal-kenalan dengan kita dan akan menilai sama ada kita layak ataupun tidak untuk bekerja di situ.

Kalau pakai ‘orang dalam’ mungkin tak payah temuduga dah kot, terus comfirm dapat kerja.

Di bawah ni aku senaraikan beberapa tips dan panduan temuduga yang boleh dibuat rujukan bagi membantu korang persiapkan diri dalam menghadapi temuduga, tidak kira sama ada temuduga untuk kerja di sektor awam (kerajaan) ataupun di sektor swasta.

  • Persediaan Temuduga – Rahsia penulisan resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta dengan resume anda (Resume Paparkan Personaliti)
  • Persediaan Sehari Sebelum Temuduga
  • Contoh-contoh Pakaian untuk Temuduga
  • Kaedah Menghadiri Temuduga
  • Contoh Soalan Temuduga
  • Temuduga Kerja – Yang Perlu dan Yang Jangan
  • Panduan lengkap untuk temuduga
  • Tips Temuduga (updated)
  • Tips Untuk Job Hunting (updated)
     

Banyak lagi sebenarnya sumber yang boleh dibuat rujukan untuk panduan cari kerja dan tips menghadapi temuduga.

Jika korang menggunakan perkhidmatan Google.com dengan bijak, korang akan jumpa banyak bahan yang boleh dirujuk dan dibaca untuk memantapkan lagi diri korang bagi berdepan dengan si penemuduga.

Akhir kata, bagi yang baru melangkah ke alam pekerjaan, selamat maju jaya aku ucapkan. Gunakan sebaik mungkin segala ilmu dan skill yang ada bagi meningkatkan lagi produktiviti dan mutu kerja kita.

* Credit:  Thanks to PooJiePooH for sharing the links

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Tips dan Panduan Keyword : cara tulis resume, cari kerja, iklan kerja kosong, jawatan kosong kerajaan, jobs malaysia, laman web spa, suruhanjaya perkhidmatan awam, temuduga

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Masalah Spam di Ruangan Komen
Next article:
5 Contact Form Percuma untuk Blogger

41 Comments

  1. smart sniper says

    24/08/2019 at 3:46 PM

    semoga berjaya bro… aku pun tengah mencari kerja… huhu.. baru jer habis belajau!

    Reply
  2. jawatan kosong says

    22/04/2011 at 12:30 AM

    good info … :biggrin:

    Reply
  3. Amirez says

    18/12/2010 at 12:20 PM

    aku tak dapat2 lagi ni surat daripada SPA.
    dah dua kali renew application

    Reply
  4. Mohd Shahrul Hafizi says

    15/12/2010 at 11:22 PM

    Alhamdulillah. Saya sudah ada CV yang baik. Sekarang kena mantapkan communication skill dan English speaking. Thanks sharing! :w00t:

    Reply
  5. ohcikgu says

    12/12/2010 at 8:34 AM

    satu tips yang menarik. Banyak membantu.

    Reply
  6. fitri says

    10/12/2010 at 4:42 PM

    persaingan tinggi dah sekarang nak mintak keje…kalau ade kabel la baru senang sikit..huhu

    Reply
  7. kerja kosong says

    08/12/2010 at 10:22 PM

    Betul tu bro, nak temu duga mestilah siap sedia jauh jauh hari.

    Reply
  8. akubiomed says

    04/12/2010 at 1:48 AM

    Pernah menjadi panel penemuduga macam gaya yang datang temuduga tapi dari pemerhatian yang hadir terutama fresh graduate tak buat study sikit profile company datang berlengang jer. Cert dalam file pun berterabur :-(

    Reply
  9. dya adriza says

    01/12/2010 at 1:44 PM

    oh! selamat maju jaya ^^ memang semua ibu bapa nak anak diorang kerja kerajaan, mcm saya elok2 dah amek kos lawyer, terus kena paksa masuk maktab jadi cikgu. haih~ mcm tu la bila cita2 x kesampaian. sedih kot.. hehe..

    apa2 pun, gud luck k. buat yg terbaik. InsyaAllah dpt..

    Reply
  10. zik says

    29/11/2010 at 3:43 AM

    semoga berjaya bro… aku pun tengah mencari kerja… huhu.. baru jer habis belajau…

    Reply
  11. Mohd Isa says

    27/11/2010 at 8:42 AM

    wah…bro dapat panggilan temuduga untuk jawatan apa ya? haish…bilalah aku nak bekerja ni…ades…study pun tak abis lagi…

    Reply
  12. atan ahmad says

    27/11/2010 at 7:03 AM

    Wife aku dh banyak amik periksa PTD, periksa lulus tp xde panggilan untuk next session… Hrmmmm

    Reply
  13. serol says

    27/11/2010 at 12:26 AM

    gudluck nanti interview. aku pun dah start mencari2 lubag pekerjaan ni..

    Reply
  14. wazy says

    26/11/2010 at 10:59 PM

    salam bro
    good luck eh
    aku doakan ko berjaya dalam temuduga tu

    Reply
    • Anarm says

      27/11/2010 at 12:27 AM

      @wazy, waalaikumsalam.. terima kasih atas doa tu.. dihargai sangat2.. :cwy: (terharu)

      Reply
  15. Kujie says

    26/11/2010 at 8:59 PM

    wahhh…jgn lupa belanja kak jie gaji pertama tu ye…
    moga dipermudahkan segala urusan

    Reply
    • Anarm says

      27/11/2010 at 12:26 AM

      @Kujie, terima kasih kak jie.. huhu.. belanja tu boleh je tapi kalau dapat kerja tu la.. hehe.. insyaAllah akan cuba sebaik mungkin.. kalau ade rezeki, alhamdulillah.. percubaan yg entah kali ke berape pon dah tak ingat ni.. sebelum ni asyik gagal je.. harap2 mulut masin mak sebut “bertuah punye budak” dulu2 tu memberi kesan la kali ni.. :tongue:

      Reply
  16. aizuddin says

    26/11/2010 at 8:57 PM

    good luck bro..lagi 3sem nanti aku tengok entri ni balik :whistle:

    Reply
    • Anarm says

      27/11/2010 at 12:21 AM

      @aizuddin, orait.. terima kasih.. nanti dah smpai masa boleh la buat rujukan..

      Reply
  17. luthfi says

    26/11/2010 at 8:54 PM

    #ehsamalah! aku pon dapat panggilan temuduga gomen jugak tadi! :D
    tq share tips ni.

    Reply
    • Anarm says

      27/11/2010 at 12:20 AM

      @luthfi, ko interview bile? jawatan ape? aku interview 3hb ni.. kerja kastam.. giler ahh.. :w00t:

      Reply
      • luthtextile says

        27/11/2010 at 9:07 AM

        @Anarm, pergh samala! aku pon dapat kastam. tapi 9hb nanti bro!

        Reply
  18. syahrilhafiz says

    26/11/2010 at 8:47 PM

    fuh mantap..
    nak cakap tu biar lebat tapi ada isi,
    baru mudah nak dapat
    kalau aku ni malu tapi mahu
    dokdepan laptop je lebih, kalau direct..
    erk, memang la peramahnya aku ni..haha

    Reply
    • Anarm says

      27/11/2010 at 12:19 AM

      @syahrilhafiz, betul tu.. cakap biar lebat dan berisi, baru mantap.. setakat lebat takde isi, bleh campak jauh2..

      Reply
      • syahrilhafiz says

        27/11/2010 at 12:27 AM

        @Anarm, haha..jangan jauh sangat..
        aku minx SPA ni sekali je, tak dapat terus tak minx.. :biggrin:
        dah boleh bawak apa yg aku study sekarang..

        Reply
        • Anarm says

          27/11/2010 at 12:34 AM

          @syahrilhafiz, aku dah banyak kali isi SPA.. cukup tempoh setahun, isi lagi sebab SPA kan expired setahun.. dari habis belajar smpai la sekarang.. interview pon dah banyak kali dapat tapi masih tak berjaya dapat kerja.. harap dapat la kerja gomen kali ni.. aku dah penat kerja buat design.. :cwy:

          Reply
          • syahrilhafiz says

            27/11/2010 at 8:14 AM

            @Anarm, ha ah setahun je expired..insyaallah kali ni bro mesti dapat..amin2

            p/s menyedihkan bro cakap macamtu :cwy: :cwy:

            Reply
  19. suffer8zine says

    26/11/2010 at 6:41 PM

    wow nice bro!

    Reply
  20. bolamalaysia says

    26/11/2010 at 4:50 PM

    Nice one bro. Tips untuk membina kerjaya ;)

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 6:52 PM

      @bolamalaysia, yup.. panduan untuk sape2 yg nk melangkah ke alam kerjaya.. not so nice kot entri ni.. btw, tengkiu.. hehe

      Reply
  21. naimulfirdaus says

    26/11/2010 at 2:12 PM

    kadang terasa jugak macam nak cari kerja..

    tapi bak kata orang kampung saya, firstly put first thing first.

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 6:51 PM

      @naimulfirdaus, tepuk dada tanye selera.. :happy:

      Reply
  22. PojiePooh says

    26/11/2010 at 2:06 PM

    Wowww, thanks bro for sharing..
    Kat sini ada a few tips gak mau kongsi from blogger friend jugala..
    Hope sama2 dapat manfaat..

    1. Temuduga

    2. Tips Untuk Job Hunting

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 6:51 PM

      @PojiePooh, ok.. aku dah masukkan link tu dlm entri.. dah bagi credit utk ko.. tengkiu dude.. :wink:

      Reply
  23. ST says

    26/11/2010 at 10:16 AM

    Bro, aku ada satu tips nak amik exam SPA neh

    masa jawab soklan tu, ko kena pikir yg ko dah memang kojo gomen. Jadi jawapan ko tu ala-ala govement tihinking la, bukan kojo swasta.

    ps: Tips neh aku dpt dari org yg dah berjaya lepas exam tu.. huhu. Betul atau tak, aku pun tak sure.. huhu.

    Anyway, aku harap ko berjaya la yerk :)

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 6:50 PM

      @ST, ok.. terima kasih.. nanti aku updatekan dlm entri.. highlight ayat ko bagi tu.. dan akan ade credit utk ko.. mekasih..

      Reply
      • syahrilhafiz says

        26/11/2010 at 8:46 PM

        @Anarm, awat ni tak kecek kelate..huhu

        Reply
  24. bistari says

    26/11/2010 at 10:11 AM

    good luck bro..aku ari ni g interview safeguard..tgk2 ko update lak pasal interview ni..hihihihi..jom same2 try test tgk..

    Reply
    • Anarm says

      26/11/2010 at 6:48 PM

      @bistari, good luck utk ko dan interview safeguard tu..

      Reply
      • bistari says

        27/11/2010 at 2:23 AM

        @Anarm, dah abis dah interview aku..moga2 dpt la Senior Application Architect kat safeguard..ko lak ngn gomen ko tu..dh dpt makin aktif la ko bblog nnti..kekekeke

        Reply
        • Anarm says

          27/11/2010 at 7:42 AM

          @bistari, harap2 macam tu la.. amin.. gomen!! here i come.. haha..

          Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy