Hari Isnin lepas aku bersama Food Blogger Malaysia, Pakar SEO, Pakar Facebook Marketing dan Pakar Unit Trust berpeluang menikmati hidangan lazat makan tengahari dalam sesi food review di sebuah restoran masakan Pahang – The Rodongs.
Restoran The Rodongs ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Menu istimewa yang dihidangkan untuk kami hari tu – Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Pais Tempoyak Ikan Patin.
Pertama kali aku makan hidangan Pais Tempoyak Ikan Patin. Memang terbaik menu yang disediakan oleh The Rodongs.
Pais Tempoyak Ikan Patin
Aku dah biasa makan Tempoyak Ikan Patin, tapi hidangan di restoran The Rodongs ni memang lain macam sedap dia terutamanya menu Pais Tempoyak Ikan Patin.
Boleh cuba sendiri kalau nak tahu macam mana sedapnya hidangan yang dimasak.

Di kedai-kedai makan yang aku pernah pergi biasanya ikan patin dipotong kepada 3 bahagian iaitu bahagian ekor, badan dan kepala untuk dimasak.
Tapi berlainan dengan Restoran The Rodongs ni. Ikan patin di restoran The Rodongs cuma dibelah dua je.
Jadi, setiap pelanggan berpeluang untuk menikmati hidangan ikan patin dengan “portion” yang lebih besar dan lebih banyak.

Dari segi harga pula biasanya untuk satu bahagian ikan patin adalah sekitar RM10 – RM12. Tetapi harga satu bahagian ikan patin di The Rodongs hanya RM8. Terlajak murah!
Dengan “portion” yang besar dan harga yang murah semestinya The Rodongs ni jadi tumpuan bagi mereka yang gemar menikmati hidangan ikan patin.
Sangat-sangat berbaloi datang menikmati menu Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Pais Tempoyak Ikan Patin di restoran The Rodongs ni.
Siapa teringin nak makan hidangan Tempoyak Ikan Patin yang sedap dan lazat bolehlah singgah di restoran The Rodongs dan rasai sendiri betapa enaknya hidangan yang dimasak.
THE RODONGS
(landmark Restoran Lawang Sari)
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel : 012-359 6838
Waktu operasi: 11 pagi – 4 petang
Instagram: http://instagram.com/therodongs
Facebook: https://www.facebook.com/TheRodongs
tempoyak ikan patin di pahang mmang dabesttt!
aduhhh..terliur pulak malam2 ni skang..huhu..
sape2 happen to be around shah alam,leh pekene ikan atin tempoyak kat restoran temerloh, sek 19, memang terbaikkkk…!!!
tips says cepat hamil?
Dah ada dekat selangor,senang sket nak pergi makan patin nie.
sohoq rajin tol amek gambar eh..
kena p try jugakkk.
sedapppnyerr..ehe..yang tak minat ikan patin pun pasti melelehh ni..eheh
saya tak makan patin masak gulai tempoyak, tapi gambar pais patin nie betul2 buat saya teringin nak cuba. hehe.
YA Allah, tengok pun dah terliuq, camne ni? hehe, besar dan berbaloi. :D
meleleh bro..pasi patin dah lama btol aku tak merasa…puasa tahun lepas kot..hmmmm
Untung bagi yang gemar makan ikan. :)
Sedapnye meleleh air liur melihatnye…em kat mane ye Pusat Komersial tu? Kawasan Jakel tu ke tuan?
saya pun tak pernah rasa lagi pais ikan tempoyak nih..kalau masak tempoyak biasa tu selalu la..nak google resepi la mana tau kot2 boleh cuba malam ni..
Wah rajinnye memasak…saya pun rajin jugak tapi rajin mengumpul resepi aje..awal2 je bersemangat…bila try buat, dah tak berapa nak jadi, terus give up…
Nampaknya….. skang dah ada menu masakan ikan patin yang sedap dan best selain masak tempoyak…..boleh repeat lagi ni kan…