Pais Tempoyak Ikan Patin di The Rodongs (Restoran Masakan Pahang)

Hari Isnin lepas aku bersama Food Blogger Malaysia, Pakar SEO, Pakar Facebook Marketing dan Pakar Unit Trust berpeluang menikmati hidangan lazat makan tengahari dalam sesi food review di sebuah restoran masakan Pahang – The Rodongs.

Restoran The Rodongs ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

The Rodongs Restoran Masakan Pahang
The Rodongs – Restoran Masakan Pahang

Menu istimewa yang dihidangkan untuk kami hari tu – Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Pais Tempoyak Ikan Patin.

Pertama kali aku makan hidangan Pais Tempoyak Ikan Patin. Memang terbaik menu yang disediakan oleh The Rodongs.

Pais Tempoyak Ikan Patin

Aku dah biasa makan Tempoyak Ikan Patin, tapi hidangan di restoran The Rodongs ni memang lain macam sedap dia terutamanya menu Pais Tempoyak Ikan Patin.

Boleh cuba sendiri kalau nak tahu macam mana sedapnya hidangan yang dimasak.

Pais Tempoyak Ikan Patin The Rodongs
Pais Tempoyak Ikan Patin The Rodongs

Di kedai-kedai makan yang aku pernah pergi biasanya ikan patin dipotong kepada 3 bahagian iaitu bahagian ekor, badan dan kepala untuk dimasak.

Tapi berlainan dengan Restoran The Rodongs ni. Ikan patin di restoran The Rodongs cuma dibelah dua je.

Jadi, setiap pelanggan berpeluang untuk menikmati hidangan ikan patin dengan “portion” yang lebih besar dan lebih banyak.

Gulai Tempoyak Ikan Patin The Rodongs
Gulai Tempoyak Ikan Patin The Rodongs

Dari segi harga pula biasanya untuk satu bahagian ikan patin adalah sekitar RM10 – RM12. Tetapi harga satu bahagian ikan patin di The Rodongs hanya RM8. Terlajak murah!

Dengan “portion” yang besar dan harga yang murah semestinya The Rodongs ni jadi tumpuan bagi mereka yang gemar menikmati hidangan ikan patin.

Sangat-sangat berbaloi datang menikmati menu Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Pais Tempoyak Ikan Patin di restoran The Rodongs ni.

Ayam The Rodongs

Blogger food review di The Rodongs, Restoran Masakan Pahang

Siapa teringin nak makan hidangan Tempoyak Ikan Patin yang sedap dan lazat bolehlah singgah di restoran The Rodongs dan rasai sendiri betapa enaknya hidangan yang dimasak.

THE RODONGS
(landmark Restoran Lawang Sari)

No XG2, Jalan Plumbum X7/X, Pusat Komersial
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Tel : 012-359 6838

Waktu operasi: 11 pagi – 4 petang
Instagram: http://instagram.com/therodongs
Facebook: https://www.facebook.com/TheRodongs

15 Comments

  1. sape2 happen to be around shah alam,leh pekene ikan atin tempoyak kat restoran temerloh, sek 19, memang terbaikkkk…!!!

    tips says cepat hamil?

  2. saya tak makan patin masak gulai tempoyak, tapi gambar pais patin nie betul2 buat saya teringin nak cuba. hehe.

  3. saya pun tak pernah rasa lagi pais ikan tempoyak nih..kalau masak tempoyak biasa tu selalu la..nak google resepi la mana tau kot2 boleh cuba malam ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *