AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Movie » P1 Sponsor Tiket Tayangan Perdana Batman The Dark Knight Rises

P1 Sponsor Tiket Tayangan Perdana Batman The Dark Knight Rises

18/07/2012 Anarm 21 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sebanyak 56 keping tiket tayangan perdana Batman The Dark Knight Rises tajaan P1 telah diberi kepada Denaihati untuk dikongsikan dengan rakan-rakan blogger. Terima kasih P1 dan Denaihati.

Tiket wayang Batman tajaan P1

Sayangnya beberapa orang blogger tak dapat hadir di TGV Sunway Pyramid semalam untuk layan movie Batman, termasuk Denaihati sendiri.

Kepada yang join semalam, terima kasih juga walaupun tak sempat nak beramah mesra sebab kesuntukan masa.

Secara keseluruhannya, cerita Batman The Dark Knight Rises yang tengok semalam boleh dikatakan sangat awesome! Cuma aku ternanti-nanti kemunculan Batman pada awal cerita yang agak slow.

Lebih kurang 1 jam kemudian baru Batman mula beraksi dengan costume kelawarnya.

Batman The Dark Knight Rises

Batman Dark Knight Rises

Watak Batman agak kurang dalam movie kali ni tapi masih mampu menghiburkan ramai penonton. Sampai ada yang bertepuk tangan selepas cerita tamat.

Ringkasan Movie Batman The Dark Knight Rises

8 tahun telah berlalu sejak peristiwa dalam The Dark Knight. Bruce Wayne (Batman) mengurungkan diri di dalam rumah setiap masa.

Perjuangan Batman menggagalkan agenda Joker dan Harvey Dent (Two-Face) sebelum ni berakhir dengan dirinya menjadi buruan polis akibat dituduh bersalah atas kematian District Attorney Harvey Dent yang berpengaruh di bandar Gotham.

Rakyat Gotham juga seperti dah tak memerlukan Batman untuk menentang jenayah memandangkan Akta yang dibuat oleh Dent telah berjaya mengurangkan kadar jenayah dan memberi lebih kuasa kepada pihak polis.

Batman kembali beraksi menentang penjahat bila munculnya pencuri licik, Selina Kyle (Cat Woman) yang muncul dengan agenda rahsia di mana dia telah mengambil cap jari Bruce Wayne dan juga mencuri rantai leher kepunyaan ibu Bruce Wayne.

Cap jari Bruce Wayne yang diambil tu rupa-rupanya ada kaitan dengan rancangan jahat Bane yang ingin menghancurkan keseluruhan Gotham City dengan bom nuklear.

Catwoman in Batman Dark Knight Rises

Bane in Batman Dark Knight Rises

Penjahat bernama ‘Bane’ ni kalau korang nak tau dia lebih kuat daripada Batman. Batman sampai patah tulang belakang kena belasah dengan mamat Bane ni.

Macam mana agaknya Batman nak lawan orang yang lagi kuat daripada dia?

Tengok la sendiri cerita Batman The Dark Knight Rises di pawagam yang berhampiran.

Terima kasih sekali lagi kepada P1 selaku penaja tiket tayangan perdana Batman semalam, dan juga Denaihati yang telah berkongsi tiket dengan rakan-rakan blogger.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Tonton Lawak Ke Der 2 di Pawagam
  • Review Filem Sniper : Nyawa atau Nyawa

Kategori : Movie Keyword : batman 2012, P1 taja tiket wayang, rakan blogger denaihati, review filem batman, tgv sunway pyramid, tiket wayang percuma

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Aku Cinta Masalah
Next article:
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012

21 Comments

  1. Bro Framestone says

    30/07/2012 at 12:00 AM

    Bro sampai sekarang masih belum berkesempatan nak menonton filem ini.

    Reply
  2. daddydee says

    21/07/2012 at 11:05 PM

    belum ada masa nak terjah wayang…tunggu tengok dvd je la nanti…

    Reply
  3. eddie says

    21/07/2012 at 10:46 AM

    pergh…aku dah tegok semalam..memang puas hati…terbaeek!!…jauh lebih bagus daripada spider-man

    Reply
  4. KakiWayang.com says

    20/07/2012 at 10:27 PM

    Hoho, memang terbaik filem batman terbaru ni.
    Kitorang pun ada buat review lengkap di KakiWayang.com
    TQ anarm :smile:

    Reply
  5. Zarul Umbrella says

    19/07/2012 at 9:30 PM

    Spiderman belum tgk lagi ni..dah kuar Batman adeh

    Reply
    • Anarm says

      19/07/2012 at 10:28 PM

      @Zarul Umbrella, sama laa tak tengok lagi cerita Spiderman.. :cwy:

      Reply
  6. Bring Me Info says

    19/07/2012 at 6:07 PM

    wow ..batman tros..haha

    Reply
  7. faizalPj says

    19/07/2012 at 1:56 PM

    hebat citer nie tai mula2 slow le..tapi sangat ohsem..thank anarm

    Reply
  8. woot articles says

    19/07/2012 at 2:27 AM

    sangat merindui watak joker :cwy:

    Reply
  9. Jebeng Otai™ says

    19/07/2012 at 12:30 AM

    mg dri komik lagik bane ni musuh terhebat batman..

    Reply
  10. Shahrul says

    18/07/2012 at 8:34 PM

    untungnye dapat tiket free…nak kena layan jgk batman nih

    Reply
    • Anarm says

      18/07/2012 at 9:44 PM

      @Shahrul, rezeki dapat tiket free.. cerita batman best.. cuma kena sabar kejap sebab mula2 tu jalan cerita dia macam slow sikit.. lepas tu memang best..

      Reply
  11. azriMy says

    18/07/2012 at 4:50 PM

    wah best ni.. tengok blog2 lain semua review cite ni gempak :D

    Reply
    • Anarm says

      18/07/2012 at 8:07 PM

      @azriMy, bagi aku, nak kata gempak tu takde la gempak sangat.. tapi best jugak la layan semalam..

      Reply
  12. akubiomed says

    18/07/2012 at 4:49 PM

    Kalau diberi tiket belum tentu dapat pergi kerana jauh sangat. Harap dapat enjoy menonton filem ini.

    Reply
    • Anarm says

      18/07/2012 at 8:06 PM

      @akubiomed, next time mungkin ada rezeki boleh join event2 macam ni..

      Reply
  13. Eyriqazz VS Denaihati says

    18/07/2012 at 3:39 PM

    Memang best batman malam tadi. Aku suka jer cerita batman yang baru ni. :)

    Reply
    • Anarm says

      18/07/2012 at 4:08 PM

      @Eyriqazz VS Denaihati, yup.. memang best.. cuma lama sangat tunggu batman keluar..

      Reply
      • Jyundoo says

        23/07/2012 at 9:21 AM

        @Anarm,
        lepas ni boleh tgk Nolan lancar filem Man Of Steel plak. superman jadi mcm style batman :) :biggrin:

        Reply
  14. wandisini says

    18/07/2012 at 3:21 PM

    nampak macam best je citer ni anarm. tak ada tiket lebih lagi ke

    Reply
    • Anarm says

      18/07/2012 at 3:35 PM

      @wandisini, best.. tiket takde dah.. tawaran terhad hari tu je..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy