Bayangkan Hidup Anda Tanpa Ibu / Mak

Bayangkan hidup anda tanpa ibu

Hari Ibu bakal disambut pada 10 Mei 2009 (Ahad)

Rasa macam awal pulak aku post tentang Hari Ibu ni. Tak kisah la. Entri ni aku buat lepas terima email yang diforward oleh awek aku.

Rasanya elok sangat kalau aku share dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni dan jugak kawan-kawan.

Tanpa banyak songeh, artikel di bawah ni aku copy paste dari email yang aku terima. Baca la. Untuk renungan bersama sempena Hari Ibu.

Bayangkan Hidup Anda Tanpa Ibu / Mak

Bila dahaga, yang susukan aku – Mak
Bila lapar, yang suapkan aku – Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku – Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut – Mak
Bila bangun tidur, aku cari – Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang – Mak
Bila nak bermanja, aku dekati – Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah – Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya – Mak
Bila nakal, yang memarahi aku – Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma – Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah – Mak
Bila takut, yang tenangkan aku – Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk – Mak
Aku selalu teringatkan – Mak
Bila sedih, aku mesti talipon – Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu – Mak
Bila bengang, aku suka luah pada – Mak
Bila takut, aku selalu panggil – Maaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah – Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga – Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu – Mak
Bila ada masalah, yang paling risau – Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni – Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku – Mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk – Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku – Mak
Yang selalu berleter kat aku – Mak
Yang selalu puji aku – Mak
Yang selalu nasihat aku – Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk – Mak

Aku Ada Pasangan Hidup Sendiri

Bila seronok, aku cari – pasanganku
Bila sedih, aku cari – Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada – pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada – Mak

Bila bahagia, aku peluk erat – pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat – Mak

Bila nak bercuti, aku bawa – pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah – Mak

Bila sambut Valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut Hari Ibu… Aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” kat mak

Selalu… Aku ingat pasanganku
Selalu… Mak ingat kat aku

Bila-bila… Aku akan talipon pasanganku
Entah bila… Aku nak talipon mak

Selalu… Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… Aku nak belikan hadiah untuk mak

Tapi kalau mak sudah tiada
MAKKKKK… RINDU MAK… RINDU SANGAT…

Berapa Ramai Yang Sanggup…

Berapa ramai yang sanggup… menyuapkan ibunya.
Berapa ramai yang sanggup… mencuci muntah ibunya.
Berapa ramai yang sanggup… menggantikan lampin ibunya.
Berapa ramai yang sanggup… membersihkan najis ibunya.
Berapa ramai yang sanggup… membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.
Berapa ramai yang sanggup… berhenti kerja untuk menjaga ibunya.
dan akhir sekali berapa ramai yang… sembahyang JENAZAH ibunya.

Kos Upah Membantu Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lantas menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

  • Tolong pergi kedai : RM4.00
  • Tolong jaga adik : RM4.00
  • Tolong buang sampah : RM1.00
  • Tolong kemas bilik : RM2.00
  • Tolong siram bunga : RM3.00
  • Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah = RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Lalu si ibu mencapai sebatang pen dan mula menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  • Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
  • Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
  • Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
  • Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
  • Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA

Jumlah keseluruhan nilai kasihku = PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.

Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya sayangkan Ibu“. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Renungan Bersama

Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, boleh tak kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..

Berderai air mata jika kita mendengarnya dari mulut mak.

28 Comments

  1. ish.. nangis aku baca entry ko nh… aku ni dh la jenis manja ngan mak. :cwy:

    Entri Niijiusan yang terbaru di blog beliau.. Musang Berbaju Batik

  2. Dah tu…aku buka blog ni ader crite ni…bukak blog org lain pun ada crita ni…bukak email pun orang anto crite ni…dah tu macam mana…tak baca krang kecik hati pulok..

  3. :sad: sedih ar…aku baca byk kali pun tetap sedih…huwaaaaaaaaaaa!

  4. mak aku dh xde… dh 2 tahun dh.
    aku baca semua yang kat atas… siapa pn xleh nafikan
    semua tu hakikat dalam hidup.

    bukan aku tak mahu buat artikel tentang ibu. banyak sgt aku nk cerita tp semua tersimpan dlm fikiran tak mahu keluar. mungkin lebih baik mcm tu…

    Entri zariel yang terbaru di blog beliau.. 40 WordPress Optimisation Tips

  5. aku nangis bila baca..
    apsal ko letak benda ni anarm..
    insaf aku…
    ades…
    seriusly menitik air mata jantanku..
    :sad: :sad: :sad: :sad: :sad:

    Entri Jaws yang terbaru di blog beliau.. Contest Datang Lagi

  6. kita dah ada anak sendiri
    baru kita tahu……..
    pengorbanan n kasih sayangnya kepada kita

  7. byk dose la 2 kalo da ngs bc entry 2…
    hahahaha

    • @qwerty_gurl: sekurang2nye kite tau kite ada wat dosa dgn mak.. tinggikan suara skit kt mak pn dah kire berdosa.. mak suruh wat ape2, kite ckp “ahh”, “alaa”, mengeluh ke ape ke tu pn berdosa gak..

      jgn anggap diri tak penah buat dosa dgn mak..
      mesti ade gak dosa kite wat dlm tak sedar..
      hehe.. just mengingatkan je.. sebagai seorang kawan :smile:

  8. pehh..xmcm nak ngalir plak air mata aku..
    hari ahad ni balik jumpe mak..
    hadiah Hari Mak x beli lagik..hurmm

    Entri aisyah yang terbaru di blog beliau.. 10 : How to check WHERE is your mobile phone made in?

  9. selamat hari ibu utk semua ibu. ntah kenapa aku x rasa pape pun lepas baca entry ni. maksud aku, tiada emo. tapi seronok baca :)
    happy mother’s day ma~ :wub:

  10. sy sayang ibu sy
    :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart: :heart:

    Entri loq yang terbaru di blog beliau.. Blog Azwan Ali memang bangang!

  11. erk..mmm..aaa…
    nasib baik aku xde pasangan.. :whistle:
    erk..aaaa…mmm..
    aku slalu wt kejutan je..
    ape aku nak tulis ni..
    (kusut pas bace entry ni..berdosakah aku? :unsure: )

    Entri -Ring 0- yang terbaru di blog beliau.. Tak Percayanya Aku Menang

  12. :cwy: aku tgh nangis ni..

  13. :angry: ko x tepon mak? :getlost:
    yg psl copy-n-paste first tu, tu bezanya pompuan ngan laki. pompuan emo sbb tu bulih jd mak. ha.ha.ha. (tgh emo gak sbb hadapi male chauvinist tiap-tiap hari) :face:

  14. Ya Allah. jangan tulis cmni dowh. sedih aku. adoii. aaargh. tepon mak aku jap

    Entri ubey yang terbaru di blog beliau.. Tak Salah Berkain Pelikat, Tapi…

Leave a Comment