Rasanya hampir sebulan kat kawasan perumahan aku tinggal sekarang ni sedang buat operasi cat semula rumah pangsa. Aku pelik jugak kenapa nak dicat semula bangunan condo apartment ni sebab aku tengok cat dia masih elok lagi. Takde nampak kusam pun.
Agaknya nak tukar warna lain kot. Dah boring dengan warna lama.
Kerja-kerja mengecat semula bangunan apartment ni berjalan dari pagi sampai ke petang. Petang semalam rasa sakit hati pulak sebab tengah syok tengok TV tiba-tiba siaran Astro terputus. Nak kata siaran putus sebab hujan, kat luar takde hujan pulak.
Bila aku selak langsir jenguk kat luar tengok piring Astro aku dah kena selungkup dengan plastik hitam. Orang yang buat kerja mengecat tu yang selungkup piring Astro aku dengan plastik sebab taknak bagi cat terkena kat situ.
Terus aku hilang mood nak tengok TV walaupun lepas tu siaran TV dah kembali OK.
Sepanjang diorang buat kerja-kerja mengecat, jalan untuk keluar masuk ke perumahan ni pun jadi agak memeningkan. Dah banyak kali bila aku drive kereta nak keluar pergi kerja, jalan kena block dengan lori. Terpaksa pusing balik melawan arus laluan masuk sebab jalan keluar masuk sehala je.
Bila dah pusing balik tu kena keluar ikut pintu pagar lain dan tak guna access card. Bila keluar tak sentuh access card, nak masuk nanti satu hal pulak nak kena sentuh keluar dulu access card tu baru boleh sentuh masuk. Kalau tak palang automatik kat pintu depan tak naik.
Tapi ada 2-3 orang pak guard yang jaga kat pintu depan tu dah kenal aku. Kadang-kadang diorang yang control naikkan palang tu untuk bagi aku masuk.
Bila entah nak siap operasi cat semula rumah pangsa ni. Aku paling malas bila jalan keluar masuk kena block dengan lori. Buang masa je nak kena pusing balik kereta.
Harap-harap bila dah siap cat baru nampak lebih cantik bangunan rumah ni. Kalau nampak sama je baik tak payah cat. Wife aku pulak cakap nampak makin buruk.
Hehe..buruk ke?tak bermakna mengecat kalau nampak buruk..ehehe
berwajah baru hanya alasan.. yang pasti tujuannya untuk mengusik duit berkepok, then boleh masuk ke poket sikit..
sekurangnya..dari jauh boleh nampak rumah lu. haha..
kat tempat saya pun rumah flat dah di cat semula…
Lepas ini bling-bling selepas proses mengecat siap. :-)
kasik wajah baru sikit
biar rajin sikit balik rumah tu :)
Mungkin rumah tepi jalan so pemaju nak bagi nampak comey sikit hehehe..
dah cat warna kelabu nampak buruk la.. warna lama ok dah, ceria je nampak..
duit maintainance banyak lebih kot tuh yang dorang nak cat baru tuh…:)
ok lah tu cat baru..new look..new feel! hehee
Orang nak bagi cat free.. amik je la.. sebarang kesulitan adalah untuk kesenangan di masa hadapan.. hehe…