AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Operasi Cat Semula Rumah Pangsa

Operasi Cat Semula Rumah Pangsa

02/03/2013 Anarm 11 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Rasanya hampir sebulan kat kawasan perumahan aku tinggal sekarang ni sedang buat operasi cat semula rumah pangsa. Aku pelik jugak kenapa nak dicat semula bangunan condo apartment ni sebab aku tengok cat dia masih elok lagi. Takde nampak kusam pun. Agaknya nak tukar warna lain kot. Dah boring dengan warna lama.

cat semula bangunan lama

Kerja-kerja mengecat semula bangunan apartment ni berjalan dari pagi sampai ke petang. Petang semalam rasa sakit hati pulak sebab tengah syok tengok TV tiba-tiba siaran Astro terputus. Nak kata siaran putus sebab hujan, kat luar takde hujan pulak.

Bila aku selak langsir jenguk kat luar tengok piring Astro aku dah kena selungkup dengan plastik hitam. Orang yang buat kerja mengecat tu yang selungkup piring Astro aku dengan plastik sebab taknak bagi cat terkena kat situ. Terus aku hilang mood nak tengok TV walaupun lepas tu siaran TV dah kembali OK.

piring astro kena tutup

Piring Astro kena selungkup dengan plastik sampai hilang siaran TV

Sepanjang diorang buat kerja-kerja mengecat, jalan untuk keluar masuk ke perumahan ni pun jadi agak memeningkan. Dah banyak kali bila aku drive kereta nak keluar pergi kerja, jalan kena block dengan lori. Terpaksa pusing balik melawan arus laluan masuk sebab jalan keluar masuk sehala je. Bila dah pusing balik tu kena keluar ikut pintu pagar lain dan tak guna access card. Bila keluar tak sentuh access card, nak masuk nanti satu hal pulak nak kena sentuh keluar dulu access card tu baru boleh sentuh masuk. Kalau tak palang automatik kat pintu depan tak naik.

Tapi ada 2-3 orang pak guard yang jaga kat pintu depan tu dah kenal aku. Kadang-kadang diorang yang control naikkan palang tu untuk bagi aku masuk.

lori cat blok apartment

Bila entah nak siap operasi cat semula rumah pangsa ni. Aku paling malas bila jalan keluar masuk kena block dengan lori. Buang masa je nak kena pusing balik kereta. Harap-harap bila dah siap cat baru nampak lebih cantik bangunan rumah ni. Kalau nampak sama je baik tak payah cat. Wife aku pulak cakap nampak makin buruk.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : cat rumah, condominium murah, lori cat, operasi cat semula rumah pangsa, piring astro, rumah apartment

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Senarai Pemenang Social Media Awards MSMW 2013
Next article:
1 Tahun Bersama Serverfreak dan Namecheap

11 Comments

  1. Hafizul says

    19/03/2013 at 11:50 AM

    Hehe..buruk ke?tak bermakna mengecat kalau nampak buruk..ehehe

    Reply
  2. menteil says

    07/03/2013 at 11:40 AM

    berwajah baru hanya alasan.. yang pasti tujuannya untuk mengusik duit berkepok, then boleh masuk ke poket sikit..

    Reply
  3. titan says

    07/03/2013 at 6:10 AM

    sekurangnya..dari jauh boleh nampak rumah lu. haha..

    Reply
  4. sukma says

    04/03/2013 at 9:27 AM

    kat tempat saya pun rumah flat dah di cat semula…

    Reply
  5. akubiomed says

    02/03/2013 at 10:16 PM

    Lepas ini bling-bling selepas proses mengecat siap. :-)

    Reply
  6. auc says

    02/03/2013 at 6:19 PM

    kasik wajah baru sikit
    biar rajin sikit balik rumah tu :)

    Reply
  7. azman says

    02/03/2013 at 4:13 PM

    Mungkin rumah tepi jalan so pemaju nak bagi nampak comey sikit hehehe..

    Reply
  8. Suraya says

    02/03/2013 at 2:02 PM

    dah cat warna kelabu nampak buruk la.. warna lama ok dah, ceria je nampak..

    Reply
  9. papa mifz says

    02/03/2013 at 12:06 PM

    duit maintainance banyak lebih kot tuh yang dorang nak cat baru tuh…:)

    Reply
  10. sha says

    02/03/2013 at 11:30 AM

    ok lah tu cat baru..new look..new feel! hehee

    Reply
  11. Jaws says

    02/03/2013 at 11:27 AM

    Orang nak bagi cat free.. amik je la.. sebarang kesulitan adalah untuk kesenangan di masa hadapan.. hehe…

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy