ONEXOX Prepaid Untuk Penjimatan Call, SMS dan Internet

Dah lebih sebulan aku jadi pengguna ONEXOX prepaid setelah bertukar dari postpaid Celcom.

Sekarang ni perbelanjaan untuk prepaid semuanya ikut suka hati aku nak topup ke, tak nak topup ke. Dah tak perlu komitmen bayar bil bulanan beratus-ratus ringgit macam guna postpaid sebelum ni.

Dari postpaid Celcom aku bertukar kepada Prepaid ONEXOX sebab tertarik dengan pelan yang ditawarkan. Nombor phone aku masih kekalkan nombor yang sama.

Lebih Penjimatan Dengan ONEXOX Prepaid

Prepaid ONEXOX ini lah yang banyak beri penjimatan kepada aku.

Sejak guna ONEXOX prepaid, aku dapat jimatkan duit hampir 50% berbanding masa guna postpaid dulu. Alhamdulillah. Banyak juga penjimatannya bila guna prepaid ONEXOX ni.

ONEXOX prepaid penjimatan dengan kadar murah

Kenapa aku pilih prepaid ONEXOX? Kenapa tak pilih telco yang biasa orang guna seperti Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile, Altel atau lain-lain?

Masa aku tengah survey tentang ONEXOX, rasa macam kurang percaya juga dengan penjimatan yang dikatakan.

Lepas dah cuba sendiri, terbukti segala info yang dikongsikan di internet tentang prepaid ONEXOX ni semuanya memang benar belaka.

ONEXOX memang prepaid yang menjimatkan! Prepaid jimat macam ni lah yang aku nak.

Setakat ni aku sangat-sangat berpuas hati guna prepaid ONEXOX.

Prepaid jimat ONEXOX hanya RM10

Pengenalan ONEXOX

ONEXOX merupakan jenama kepada perkhidmatan mudah alih prabayar yang dimiliki oleh ONE XOX Sdn Bhd (anak syarikat XOX Com Berhad).

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian kita. Selain kadar biasa yang kompetitif, ONEXOX juga menawarkan lebih penjimatan untuk panggilan suara, SMS dan pelan data internet dengan kadar yang rendah.

ONEXOX menggunakan rangkaian Celcom. Ini salah satu sebab kenapa aku memilih untuk guna prepaid ONEXOX.

Kat kampung aku cuma line Celcom je boleh guna. Line telco-telco selain Celcom memang langsung tak boleh pakai bila aku balik kampung. Sebab itu lah aku tak pilih telco lain.

Kelebihan ONEXOX Prepaid

Kelebihan prepaid ONEXOX menawarkan penjimatan kepada pengguna

ONEXOX menawarkan pelan perkhidmatan yang cukup fleksibel.

Pengguna-pengguna ONEXOX prepaid tidak akan terbeban dengan caj panggilan yang masuk ke voice mail, tidak akan berlaku kehilangan kredit akibat caj “Pay Per Use” (ONEXOX tiada Pay Per Use).

Pengguna ONEXOX prepaid juga tak perlu risau kredit tamat tempoh kerana setiap pengguna ONEXOX diberi tempoh sah kredit 28 bulan. Tempoh aktif terpanjang di Malaysia!

Dan yang paling penting, ONEXOX 100% tiada caj-caj tersembunyi. Malah kadar yang dikenakan untuk caj panggilan, SMS dan internet pun murah.

Internet dia pun laju dan stabil. Memang terbaik dan sangat membantu bagi orang macam aku yang tiada kemudahan internet Streamyx / Unifi di rumah.

ONEXOX Prepaid Jimat

Mulakan Penjimatan Dengan ONEXOX

Kalau ada sesiapa berminat nak bertukar ke prepaid ONEXOX, boleh beli simkad ONEXOX secara online. Simkad akan dihantar secara PERCUMA terus sampai depan pintu rumah.

Harga simkad ONEXOX hanya RM10. Boleh pilih nak kekalkan nombor lama (MNP) atau dapatkan nombor baru.

41 Comments

    • Simkad ONEXOX boleh beli dengan saya . Harga satu simkad RM10 sahaja (untuk pos, tambah RM5) .

      Berminat boleh hubungi saya . Call / Whatsapp / Telegram .

      011-3244 8800
      KHAIRUL ANAM
      (ONEXOX Authorised Dealer)

  1. klau kte nak convert num asal ke plan onexox. jum baki dlm num lama msih kekal ke? or tpksa burn?

    sye tk fhm la ttg user get user? bleh tlong jelaskan.

    thankyou

    • Convert nombor asal ke ONEXOX, baki sedia ada kira burn . Baki credit tak boleh pindah, cuma boleh pindah nombor je . Sebelum convert disaran habiskan dulu credit yang masih ada . Lepas tu baru convert . Bukan onexox je . Convert ke mana2 telco pun credit memang tak boleh pindah .

      User-Get-User tu bila kita ajak kawan2 guna ONEXOX kita akan dapat komisen 5% daripada jumlah topup kawan2 tu setiap kali mereka topup .

      Contoh:
      Kita ajak 5 orang kawan bertukar ke ONEXOX dan 5 orang kawan tu masing2 topup RM30 setiap bulan .

      RM30 x 5 kawan = RM150
      5% daripada RM150 = RM7.50 komisen kita akan dapat . Lagi ramai kawan kita ajak, lagi banyak komisen kita akan dapat .

  2. wah, mcm best je ni.. skrg ni tgh survey prepaid yg paling bagus utk whole family.. sbb nanti nak port in je terus.. tengah cari prepaid yang validity paling lama sbb my dad jarang top up and selalu complain ttg validity 5, 7 hari je.. and satu lagi unlimited internet utk watsapp, waze (gps utk ayah) and wechat.. sbb xperlu susah2 sms dah kan.. abang recommend mcm mana? ada match tak dgn yang onexox ni? boleh ke port in utk prepaid yang ni? hehe.. thank you.

  3. salam. bro anarm.
    maaf sy kurang faham la part “tempoh sah kredit 28 bulan” tu.
    adakah itu dikira sbgai kontrak??

    dan tentang plan internet ONEXOX :
    – RM7 untuk 250MB / 1 hari.
    – RM18 untuk 500MB / 30 hari.
    – RM29.99 untuk 1.5GB / 30 hari.

    RM7 utk 1 hari. Kalau dlm 1 hari tu, saya tak habis guna lagi quota 240MB tu, mcm mana? sbb sy guna redone sekrg nie. Dalam plan internet, dia cuma bgtahu 100MB/RM5. tu je. xde mention hari pulak.

    • 28 bulan tu tempoh sah kredit (validity) . Bukan kontrak . ONEXOX takde kontrak . Kalau dah guna tapi tak puas hati bila2 masa boleh lompat keluar pergi ke telco lain yang rasa lebih sesuai .

      RM7 (250MB / 1 hari) kalau tak habis guna kuota 250MB tu dikira burn sebab jumlah kuota tu untuk tempoh 1 hari sahaja .

      Redone saya tak tahu pelan dia macam mana sebab tak berminat dah dengan postpaid yang terikat dengan kontrak .

    • Bagi saya, guna ONEXOX lagi untung dan menjimatkan.

      Memang Celcom sekarang bagi plan internet harga baru yang nampak menarik. Tapi hakikatnya, ada caj “Pay Per Use” yang mahal bila kita terlebih guna internet.. Yang tu merugikan bila dia auto tolak kita punya credit prepaid..

      Lagi satu kadar panggilan Celcom jugak bagi saya agak mahal.. Call sekejap je pun dah kena caj banyak.. Call masuk voice mail takyah cakap lah.. Dah banyak kali kena sebelum ni masuk voice mail je kredit hilang beringgit-ringgit..

      Jimat atau tidak tak boleh tengok pada kadar internet je.. Kadar lain pun kena tengok jugak.. Kalau memang guna untuk internet sahaja yang tu takpe lah..

      Pilih ikut kesesuaian dengan cara penggunaan kita..

      • Pay per use tu memang tak dinafikan agak merugikan pengguna.. kalau kekalkan no. lama, tukar ke onexox coverage ok x? ada yang kata line problem kalau convert ni tapi tak tahu lah boleh pakai ke tak teori tu..haha

        • Takde masalah kalau convert dan kekalkan nombor lama.. Line problem tu bergantung pada coverage..

          ONEXOX guna coverage Celcom.. Tempat yang line Celcom ok, line ONEXOX pun akan ok jugak..

          Cuma bezanya dari segi caj.. ONEXOX ada kadar tersendiri untuk caj panggilan, sms dan internet.. dan takde pay per use..

  4. Memang betul2 menjimatkan ni, tapi sayang la pula say terikat dengan 24yr contract. So, kena pakai dulu la postpaid ni

    • Memang laku keras. Dah ramai budak kolej dan universiti dah tukar ke ONEXOX. Masing2 nakkan penjimatan guna prepaid. Semua puas hati guna ONEXOX ni..

    • Kalau berminat boleh bagitau je.. Aku akan mintak detail yang diperlukan.. Lepas tu hulur lah RM10.. Kemudian aku bagi simkad ONEXOX dan urusan pun selesai.. Hehe..

    • ONEXOX pun RM1 untuk 1 hari.. Cuma lebihnya pada tawaran tempoh sah sehingga 28 bulan.. Lebih banyak topup, lebih panjanglah tempoh sah kredit tu..

    • Yup, betul tu.. Telco lain kalau tak silap cuma tawarkan validity untuk 1 tahun je. Itupun kena beli baru dapat. Tahun depan kalau nak extend lagi kena beli lagi.. Dengan ONEXOX dapat free je tempoh sah kredit 28 bulan @ 2 tahun 4 bulan.

    • Kurang memuaskan macam mana tu ye? Sebab ONEXOX ni pun guna coverage Celcom.. Cuma pelan yang ditawarkan je berbeza dan lebih menjimatkan..

    • Memang berbaloi.. Prepaid ONEXOX ni 2 dalam 1.. Penjimatan dan Keuntungan.. Jimat sebab kadar rendah untuk panggilan, SMS dan Internet.. Untung pula sebab ada peluang bisnes..

  5. tempoh expired 28 bulan? wow, buat masa sekarang guna DiGi Smart Plan sbb limit mobile data tak terhapus walau credit dah expired. nak guna yang ini rasanya, nak try.

    • Yup.. Tempoh expired 28 bulan atau 2 tahun 4 bulan.. Akan bertambah lagi tempoh dia bila kita topup.. Lagi banyak topup, lagi lama lah tempoh expired tu..

      Aku dah tak pakai DiGi sebab takde coverage langsung kat kampung aku..

    • Betul.. Ikut suka kita nak topup atau taknak topup.. Tapi kalau telco biasa nak taknak kena topup juga sebab biasanya kalau tak topup selama 3 bulan simkad akan expired, tak boleh guna dah.. Kecuali kita langgan validity untuk tempoh setahun.

      Kalau jadi pengguna prepaid ONEXOX ni validity 28 bulan (2 tahun 4 bulan) diberi percuma. Tak topup lebih 3 bulan pun takpe, simkad masih aktif dan boleh guna lagi..

Leave a Reply