Tiket Nuffnang Blogopolis 2012 yang booking hari tu dah pun sampai ke tangan aku beberapa hari yang lepas.
Bagi sesiapa yang tak tahu lagi tentang acara ni, Nuffnang Blogopolis 2012 merupakan persidangan untuk blogger oleh blogger anjuran Nuffnang Malaysia yang akan diadakan pada 14 Julai 2012 (Sabtu) di Concorde Hotel, KL.
Dalam persidangan blogger Nuffnang Blogopolis 2012 ni, komuniti blogger Malaysia akan berkumpul untuk perkongsian ilmu, mendidik, belajar dan mengajar, serta memupuk pertumbuhan blogosphere di Malaysia.
Banyak topik tentang blogging yang akan dikongsi dan dibincangkan dalam persidangan blogger Nuffnang Blogopolis 2012 nanti. 9 Master Class yang berbeza sesuai untuk semua blogger sama ada blogger lama atau blogger yang baru nak bermula.
Dengan cara ni dapat mendidik penulis-penulis blog di Malaysia meningkatkan kemahiran blogging dan menimba pengetahuan tentang blog.

Nuffnang Blogopolis 2012
Nuffnang Blogopolis 2012 juga memberi kita peluang berjumpa dan mendengar perkongsian ilmu dari beberapa nama besar dan mempunyai pengaruh dalam dunia blogging di Malaysia! Antaranya ialah Ken Wooi (kenwooi.com), Kenny Sia (kennysia.com), Abang Nara (Beautifulnara.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), Premesh Chandran (malaysiakini.com), Sue Anna Joe (bududanbelacan.blogspot.com), dan beberapa orang lagi.

Inilah masa yang sesuai untuk kita belajar dan menambah lagi ilmu pengetahuan kita tentang selok belok dunia blogging supaya mutu blog kita dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan boleh pergi lebih jauh. Speakers yang akan bercakap pada hari tu pun merupakan antara blogger yang telah berjaya.
Kalau kita nak berjaya jugak mestilah kena belajar daripada orang yang dah berjaya, kan?
Masa aku booking tiket Nuffnang Blogopolis 2012 hari tu, 1 tiket berharga RM300 untuk seorang. Semalam aku baca email daripada Nuffnang yang menyatakan diorang bagi potongan harga kepada sesiapa yang berminat nak join blogger conference ni.
1 tiket ke Nuffnang Blogopolis 2012 sekarang berharga RM180 (next 20 purchases only). Bagi mereka yang dah bayar tiket berharga RM300 hari tu Nuffnang bagitau dapat bawa 1 orang lagi untuk turut serta.
The RM180 promo is meant for the next 20 purchases only. However, because we manage to recruit more partners for this event, we are able to further subsidize those who have shown their support from the beginning as a token of appreciation. Therefore, for the RM300 that you’ve paid, we are giving you… Wait for it…. 2 tickets instead of 1! Now you can bring a +1 to experience this first of its kind Nuffnang event. :D Once you’ve decided on who to bring, just drop us an email at info[at]nuffnang.com with the details of your +1 and we will allocate a ticket for him/her.
tak pernah lagi join benda2 berkait dengan blogging.. teringin jugak..
mencuba nasib untuk dapatkan tiket dari tuan Denaihati.
Kalau dapat pergi memang best.
memang tak dapat pergi la ni. jangan lupa share bro isinya nanti. :happy:
Ok..now dah faham apa tuh blogopolis.. thanz anarm. penerangan yang lengkap..
Dapat email juga dari nuffnang tentang hal ini tapi sayang
tidak dapat hadir.. all d best
huuu..semuanya blogger hebat tu..
Event yang menarik.. nak juga ambil peluang jumpa dan mengenali blogger lain.. tapi bagi kami yang jauh ni memang tak adalah peluang untuk datang
Perlu selalu menambah ilmu.
300?..agak mahal bagi saya.. :)
@Jebeng Otai™, RM300 masa mula2 dia open hari tu.. sekarang dah turun harga, RM180 je..
kan bagus kalau boleh jmpa otai2 nnt boleh sharing idea
Bukan je ilmu yang dapat, yang lagi bermakna kawan-kawan dan networking tu.
Ada orang nuffnang hubungi bro dan invite bro untuk confference ini… masih dalam pertimbangan :)
@Bro Framestone, invite jadi peserta atau speaker? power.. power..
@Anarm, semestinya invite jadi peserta… if nak jadi speaker boleh aje…
kena pasang iklan dorang dan rajin kipas orang atasnya…
walaupun orang atasnya kenal bro, tapi dorang tak tahu yang bro memang xpasang iklan dorang..
Teringin nak join macam ni. Tapi, banyak komitmen lain
semuanya aku tak pernah jumpa lagi. haha..
@titan, aku pon tak pernah jumpa jugak.. jumpa dalam blog pernah la..
Dalam bebanyak Blogger hebat tu hanya Ken Wooi dan Abang Nara je pernah jumpa.
komitmen kerja menyebabkan terpaksa diketepikan dulu.
@hatiputera, hari sabtu pon kerja jugak ke?
@Anarm,
kerja bro,,,tapi bukan kerja yang official la…cuma kerja part time tapi mesti dilakukan.
Memang menarik apa yang nuffnang bagi tu. sayangnya aku tak dapat join banyak aktiviti dalam dua tiga bulan ni.